Thursday, May 8, 2025

SOP - PERSAMPELAN BOVINE SPONGIFORM ENCEPHALOPATHY (BSE)


BOVINE SPONGIFORM ENCEPHALOPATHY (BSE) atau  mad cow disease / Penyakit Lembu Gila ialah sejenis penyakit neurodegeneratif lembu yang boleh membawa maut. 
  • BSE merupakan penyakit kronik pada lembu yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menunjukkan tanda dan ia pertama kali dikesan di United Kingdom pada 1986. Pada jangka masa 1980 hingga 1996 telah berlaku epidemic ( merebaknya ) penyakit BSE pada lembu-lembu di Eropah. Namun selepas 1996 semua lembu yang disyaki dijangkiti penyakit ini telah dihapuskan.
  • Penyakit Lembu Gila adalah gangguan neurologi degeneratif yang terutamanya memberi kesan kepada lembu. Ia disebabkan oleh bentuk protein yang tidak normal yang dipanggil prion. Prion ini menyebabkan protein normal dalam otak menjadi salah lipatan, membawa kepada pengumpulan protein tidak normal dan pemusnahan sel saraf.
  • Punca sebenar Penyakit Lembu Gila berkaitan dengan pengambilan makanan yang tercemar dengan tisu haiwan yang dijangkiti, terutamanya masalah otak dan saraf tunjang. 



Terdapat 3 jenis BSE iaitu
  1. Classical BSE - Berlaku melalui penggunaan makanan / produk makanan yang di cemari Prion
  2. Atypical BSE type H - Berlaku secara semula jadi pada ternakan tua
  3. Atypical BSE type L - Berlaku secara semula jadi pada ternakan tua

Bolehkah manusia dijangkiti BSE?

  • Pada manusia ianya dikenali sebagai variant Creutzfeldt-Jacob (vCJD).
  • Classical BSE boleh menyebabkan  penyakit variant Creutzfeldt-Jacob (vCJD) kepada manusia yang memakan produk daging lembu seperti otak, saraf tunjang, dan saluran penghadaman yang tercemar atau di jangkiti BSE yang telah tercemar dengan Prion 
  • Jangka masa kewujudan tanda-tanda dan gejala penyakit vCJD selepas dijangkiti agen BSE adalah 28 tahun. 
  • Seseorang yang dijangkiti penyakit ini akan meninggal dunia dalam masa 13 bulan selepas kewujudan tanda-tanda dan gejala. 

  • Perlu diberi perhatian bahawa berjuta-juta orang telah terdedah kepada penyakit vCJD akibat memakan produk daging lembu yang dijangkiti agen penyakit ini, dan terdapat 174 kes sehingga Mac 2002.
  • Mulai 15hb April 2002, Pusat Darah Negara tidak menerima seseorang sebagai penderma darah sekiranya telah berada di Eropah selama 6 bulan atau lebih dari 1hb Januari 1980 hingga sekarang.

PERSAMPELAN DI RUMAH SEMBELIH BAGI BOVINE SPONGIFORM ENCEPHALOPATHY (BSE) 

  • Persampelan Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE)  dijalankan berpandukan OIE (Office International des Epizooties/World Organisation for Animal Health) Guideline (Articles 11.5.20 to 11.5.22). 
  • OIE telah menetapkan bagi mendapat Status Bebas (Neglible Risk) markah (point) yang perlu dicapai ialah sebanyak 71,500 points setiap tahun. 
  • Secara amnya sampel perlu diambil dari empat kumpulan ternakan lembu (subpopulation) yang membawa markah yang berbeza mengikut subpopulation seperti berikut 


Persampelan BSE perlu dibuat di rumah sembelih. Bilangan sampel bergantung kepada kekerapan penyembelihan dan kebenaran oleh pemilik ternakan

Sampel yang disyaki BSE (menunjukkan petanda klinikal) tanpa sebarang history, akan dikira sebagai kategori fallen stock. Oleh itu adalah amat penting untuk menyatakan clinical history 9 setiap sampel yang diambil bagi mengelakkan pengurangan points. 



 PERSAMPELAN DI RUMAH SEMBELIH
Rumah sembelih memainkan peranan yang amat penting di dalam sistem survelan penyakit haiwan di Malaysia. 

  • Objektif survelan BSE dijalankan adalah untuk mengenalpasti status Penyakit BSE dalam Negara. 
  • Setiap kejadian kematian haiwan yang melampaui bilangan piawai atau ternakan yang menunjukkan tanda penyakit tertentu perlu dilaporkan segera kepada Penguasa veterinar sepertimana yang dinyatakan dalam sistem survelan penyakit haiwan Malaysia




PENGAMBILAN SAMPEL OBEX LEMBU

Pengambilan Sampel Obex Lembu di Rumah Sembelih Ruminan Untuk Ujian BSE Kekerapan persampelan: Satu sampel obex lembu per minggu (pengambilan obex lembu adalah daripada butcher yang berlainan secara bergilr-gilir mengikut minggu) 

 Peralatan Yang Diperlukan

  1.  Sudu obex 
  2.  Pisau 
  3.  Marker 

Untuk sampel dalam formalin

  1. Botol mengandungi formalin
  2. Label 3. Kotak penghantaran sampel (kedap udara)

 

Untuk sampel sejuk beku

  1. Plastik sampel whirl pack
  2. Freezer (-18°C)
  3. Kotak penghantaran sampel (berpenebat) 
  4. Marker


KAEDAH PENGAMBILAN SAMPEL 


Penyimpanan dan Penghantaran sampel

Kedua-dua jenis sampel (formalin dan sejukbeku) boleh dikumpul untuk dihantar ke makmal dengan kekerapan sebulan sekali.

  • Untuk sampel dalam formalin Setengah obex = Satu botol 10% formalin (30 ml)
  • Sampel dihantar terus ke MVK berdekatan (untuk ujian Histopatologi dan IHC).

Cara Pembungkusan Sampel:

  1. Sampel hendaklah dimasukkan ke dalam kotak kedap udara.
  2. Kotak hendaklah diseal untuk mengelakkan proses pengewapan.
  3. Kotak hendaklah dilabel. 

Untuk sampel sejuk beku

  1. Setengah obex = Satu plastic sampel whirl pack
  2. Sampel dihantar terus ke VRI (untuk ujian Western Blot)
Contoh Cara Pembungkusan Sampel

Bekas Sampel

Sampel hendaklah dihantar menggunakan bekas sejukbeku. Untuk memelihara sampel sentiasa beku / sejuk, `dry-ice’ atau `ice-pack’ yang mencukupi digunakan bergantung kepada saiz sampel. Sampel yang telah nyahbeku atau bercampur dengan air semasa sampai ke makmal tidak sesuai untuk dianalisis.



PENGISIAN PELAPORAN & BORANG

Pelu dilaporkan kepada ADIC dengan menghantar borang EpiS09
  • Pelaporan menggunakan borang EpiS09 melalui email kepada : adic@dvs.gov.my


No comments:

Post a Comment