Wednesday, July 17, 2024

PROSEDUR PENGURUSAN INDEKS KESIHATAN AWAM VETERINAR (PIKAV)

Mikro-organisma adalah mikrob yang terdiri dari virus, parasit dan bakteria. Bakteria patogen adalah mikrob yang boleh menyebabkan penyakit atau keracunan Pada manusia walaupun hadir di dalam jumlah yang sedikit seperti Salmonella spp, E.Coli 0157, Campylobacter jujeni, Yersinia enterocolitica, Listeria manacytogens, Staphlococcus aureus, Escherichia coll dan lain-lain patogen berbahaya. Bakteria indikator adalah mikrob yang terdapat di dalam produk atau persekitaran yang digunakan sebagai penunjuk untuk memantau tahap kebersihan/hygin produk yang dikeluarkan seperti "total plate count" (TPC), coliform dan lain-lain. Jika kehadiran bakteria indikator ini melebihi had yang dibenarkan ianya boleh merosakkan produk atau memudharatkan pengguna.


Rujuk Garis Panduan Pengurusan Indeks Kesihatan Awam Veterinar ( PIKAV)

DEFINISI PATOGEN/MIKROORGANISMA

Terdiri dari virus, parasit dan bakteria

  • Contoh Bakteria patogenSalmonella spp, E.coli 0157, Campylobacter jejuni, Yersinia enterocolitica, Listeria monocytogens,  Avian Influenza Virus

DEFINISI BAKTERIA INDIKATOR

Mikrob yang terdapat di dalam produk atau persekitaran yang digunakan sebagai penunjuk untuk memantau tahap kebersihan/hygiene produk

  • Contohnya : “Total plate count” (TPC), E. coli, Coliform, Staphylococus

1) Bakteria patogenik

  1. Salmonella gallinarum
  2. Salmonella pullorum
  3. Salmonella typhimurium
  4. Salmonella enteritidis

2) Hygiene Indikator

  1. TPC, 
  2. Coliform, 
  3. E. Coli,
  4.  Staph. Aureus, 
  5. Salmonella spp. 
  6. Yeast & mould

3) Residue Drug Veterinar

  1. Drug Veterinar Terlarang

Surat Pemakluman Nortifikasi Pengurusan Inkeks Kesihatan Awam Vewterinar (PIKAV)


Prosedur Pengurusan indeks KAV

Bila sesuatu kes penyimpangan dari normal dikenalpasti, penyiasatan atau proses dayajejak hendaklah dimulakan untuk mengenalpasti puncanya.

Indeks KAV melibatkan proses menyusuri kembali sesuatu kes penyimpangan dari normal dengan pemberian status seperti:-

  1. Indeks Merah :- Bagi kes penyimpangan/ positif yang melibatkan isu keselamatan makanan produk hasilan ternakan. Kes tersebut akan diberi status indeks KAV dan ia dilakarkan sebagai merah Pada carta pemantauan.
  2. Indeks Kuning :- Bagi kes penyimpangan yang sedang di dalam proses siasatan dan dalam proses pembetulan akan diberikan indeks KAV kuning.
  3. Indeks Hijau :- Bagi kes penyimpangan yang telah diambil tindakan pembetulan dan telah kembali kepada keadaan normal tetapi perhatian dan pemantauan masih diteruskan dalam tempoh satu bulanatau setiap konsaimen seterusnya akan diberikan indeks KAV hijau.

Sekiranya sesuatu indeks itu telah berjaya ditangani maka indeks berkenaan dianggap sebagai telah selesai.


Persampelan untuk pengawasan dan kawalseliaan

Persampelan hendaklah dijalankan di Abatoir/tempat penyembelihan

  1. Karkas lembu, kerbau, kambing, bebiri Tisu/daging/organ yang dikeluarkan dari setiap abatoir atau tempat penyembelihan yang berdaftar hendaklah diambil secara rawak sebanyak 250-500 gm sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  2. Karkas babi Tisu/daging/organ hendaklah diambil secara rawak sebanyak 250-500 gm sekurang-kurangnya dua kali setahun dari setiap abatoir yang berdaftar.


Ujian pengesahan makmal

Ujian pengesahan makmal hendaklah dilakukan terhadap sampel yang diambil daripada setiap peringkat yang dijejaki untuk pengesahan residu dan kontaminan.

  • Beta-agonist  Merupakan Ujian saringan iaitu ELISA dijalankan ke atas sampel. Jika dikesan positif ujian pengesahan iaitu LCMS-MS akan dijalankan.
  • Nitrofuran dan CHPC  Merupakan  Ujian pengesahan menggunakan LCMS-MS akan dijalankan ke atas sampel.
  • Residu Drug Merupakan Ujian saringan menggunakan `Six Plate Method dijalankan. Kaedah ini dapat menyaring kumpulan antibiotic iaitu Aminoglycoside, Macrolide, B-Lactam, Sulphonamide, Tetracycline dan Quinolone. Sekiranya dikesan positif Pada sekurang-kurangnya satu plate, maka ujian pengesahan akan dijalankan mengikut jenis antibiotik iaitu : Sulfonamide HPLC/ UV,  Tetracycline HPLC-PDA dan Quinolone - LCMS-MS 

PENGAMBILAN SAMPEL  PERSEKITARAN ( CALITAN SWAB MIKROORGANISMA ) 

  • Memastikan pematuhan tahap sanitasi dan kebersihan di dewan sembelih dan peralatan yang digunakan.
  • Memastikan status kebersihan dewan sembelihan di tahap tidak tercemar dengan mikroorganisma (Escherichia coli dan Salmonella spp.) semasa aktiviti penyembelihan dijalankan yang secara langsung boleh menjejaskan kualiti daging yang akan dikeluarkan daripada rumah sembelih.
  • Memastikan spesifikasi mikrobiologi (Total Plate Count dan Coliform) pada tahap dibenarkan, jika tidak tindakan susulan akan lakukan sebagai pembetulan dan pencegahan dipremis berkenaan.
  • Memastikan tahap kebersihan premis Rumah sembelih di tahap yang memuaskan.

Persampelan ini merangkumi dua aspek penting iaitu 

  1. Jenis Sampel - Calitan swab (menggunakan media dan sterile wooden cotton)
  2. Tempat Persampelan- di kawasan dewan sembelih dan peralatan yang digunakan sebelum aktiviti penyembelihan dilakukan oleh premis.

Rumah sembelih Pengurus rumah sembelih hendaklah menyimpan rekod:

  1. Sumber ternakan yang masuk ke rumah sembelih (nama dan alamat pembekal ternakan, alamat sumber ternakan)
  2. Nombor pendaftaran kenderaan yang membawa ternakan serta nama pemandu.
  3. Nombor AKP dan SKV dan sijil kesihatan
  4. Tarikh ternakan dibawa ke rumah sembelih

Bagi Pengambilan Sampel Makanan 
Premix Kuantiti Minimum 500g / sampel

Untuk sampel jenis bahan pepejal, blok dan roughages, beg plastik yang dilengkapi
zip-lock atau kepingan dawai boleh digunakan. Beg yang digunakan hendaklah
bersih, kering dan sterile (bagi sampel mikrobiologi dan mikotoksin)

Bagi sampel vitamin dan premix, sampel hendaklah disimpan di dalam bekas
berwarna gelap, atau dibungkus bekas atau beg plastik menggunakan kertas gelap
bagi mengelakkan sampel terkena cahaya



Bagi Pengambilan  Sampel Air Minuman 
Kuantiti minimum 500ml / sampel

Bagi sampel untuk bahan cecair, botol perlukan bukaan yang lebar dan boleh terdiri
daripada bahan kaca atau plastik. Gunakan penutup dari bahan plastik, jika
menggunakan penutup dari bahan logam, perlu dialas getah atau plastik di bahagian
dalam bagi mengelakkan sampel bersentuhan terus dengan bahan logam




Prosedur tindakan keatas indeks KAV
  1. Pengurusan hendaklah menyiasat dari mana punca yang menyebabkan isu keselamatan makanan dari produk hasilan ternakan.
  2. Surat tindakan hendaklah dihantar kepada pengurusan tentang teguran yang perlu dilakukan.
  3. Khidmat nasihat hendaklah dilakukan kepada pemilik premis di mana penyimpangan berlaku
  4. Penguatkuasaan oleh DVS hendaklah dilakukan ke atas premis terlibat bagi mengelakkan makanan yang tercemar dari memasuki pasaran.
  5. Dayajejak (Tracebility) hendaklah  dilakukan ke atas premis yang didapati positif dengan ujian saringan di mana proses dayajejak dijalankan dengan kaedah satu langkah ke hadapan dan ke belakang (one step foward and backward) bagi mengenalpasti di mana peringkat pencemaran dan edaran berlaku.
  6. Produk hendaklah dipanggil semula (recall) dari pengedaran jika pengujian produk yang menunjukkan produk tersebut boleh mendatangkan risiko atau kemudharatan kepada awam.
  7. Jika berlaku penyimpangan kali pertama, amaran pertama hendaklah dikeluarkan kepada premis terlibat. Persampelan semula hendaklah dijalankan selepas 30 hari dari tarikh penyimpangan berlaku
  8. Lesen/Sijil/Permit hendaklah digantung jika penyimpangan kali ke dua berlaku Pada premis yang sama. SKV ditegah dikeluarkan ke atas premis yang ingkar dan masih gagal menjamin keselamatan produk.
  9. Tindakan pembaikan hendaklah segera dijalankan bagi mengembalikan status indeks KAV hijau dan dapat dibuktikan bahawa keadaan pulih supaya semua sekatan ditarikbalik. 
"Root Cause Analysis (RCA)"
"Root Cause Analysis (RCA) adalah mencari tahu akar masalah atau penyebab utama / investigasi terstruktur untuk mengidentifikasi penyebab sebenarnya dari sebuah masalah atau kejadian yang tidak diinginkan yang berkaitan dengan Food Safety di loji-loji Pemprosesan.
Analysis 5 Why adalah suatu pendekatan terstruktur di mana mengajukan pertanyaan mengapa berulang kali untuk memahami penyebab masalah ini, dan untuk menghasilkan tindakan korektif melalui hasil investigasi yang efektif dengan menyusuri sumber-sumber penyebab suatu masalah.
Kaedah Fishbone Diagram atau Ishikawa Diagram digunakan untuk mengurangi atau menyelesaikan sesuatu masalah (corrective) segera. Seterusnya langkah-langkah pencegahan (corrective Action) perlu diambil supaya masalah yang sama tidak akan berulang di masa yang akan datang..

CONTOH 1:


CONTOH 2:



CONTOH 3:


CONTOH 4:





Setelah penyiasatan mencari punca penyimpangan dilakukan. Seterusnya adalah melakukan tindakan PEMBETULAN dan PENCEGAHAN dalam kadar yang segera dengan melengkapkan  " Borang Indeks KAV 1(C) dan mengemukakan beberapa dokumen dan Laporan Tindakan Pembetulan (Corrective Action Report) 




CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN YANG DIKELUARKAN:



CONTOH PENGISIAN BORANG  ( Indeks KAV 1(C) )  :




CONTOH TINDAKAN PEMBETULAN YANG DILAKUKAN:

Selepas melengkapkan " Borang Indeks KAV 1(C)  Laporan Tindakan Pembetulan (Corrective Action Report) perlulah dihantarkan seberapa segera kepada Unit Pengesahan Patogen dan residu.

Sekiranya premis berkenaan berjaya mengekalkan prestasi, indeks berkenaan dianggap selesai.


No comments:

Post a Comment