MENGENAL RUSA
Penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak, khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa).
Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon), sambar (Cervus unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), chital (Axs-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya ialah : -
Timorensis (Exotic) :
Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis.
Sambar :
Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.
Axis-Axis :
Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3000.00 keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial.
Mengenal Rusa dari mata kita
Order : Artiodactyla
Sub-order : Ruminoatia
Famili : Cervidae
Genus : Cervus
Spesies :
1. Rusa Mauritius Cervus Timorensis
2. Rusa Sambar- Cervus Unicolor Equiinus & Cervus Unicolor Brooke
3. Rusa Axis Cervus Axis Axis
4. Rusa Merah Cervus Elaphus
5. Rusa Sika Cervus Nipon
TUJUAN UTAMA PEMELIHARAAN ADALAH:
* Sebagai rekreasi dan kegemaran
* Sebagai tindakan mencegah kepupusan
* Untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi
* Sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya (UTAMA)
* Sebagai makanan enak
* Sebagai Perhiasan
INFRASTRUKTUR LADANG
Alam persekitaran dan topografi yang sesuai dengan tabiat semulajadi dan panduannya dengan Sistem Pemeliharaan Moden.

Keperluan asas:-
1. Kandang
2. Pagar perimeter
3. Pagar padok / petak
4. Kandang semi konkrit / papan
5. Bilik gelap
6. Crush
7. Lorong sempit
8. Alat penimbang
9. Pintu khas
10. Holding yard
TABIAT RUSA
Rusa sangat gemar kepada kawasan yang sunyi dan didalam suasana persekitaran semulajadi. Rimba yang redup lagi sunyi dan udara yang nyaman dan dingin, makanan rumput, dedaun dan dedak adalah menjadi kegemaranya dan makanannya. Air sungai, parit adalah perlu untuk rusa-rusa ini berkubang.

CARA PEMELIHARAAN RUSA
Terdapat 3 cara pemeliharaan rusa yang boleh diamalkan:
- Sistem Insentif
- Sistem Feed Lot/ Green Lot
- Ekstensif / Sistem lepas bebas
Jika mahu menternak rusa secara kecil-kecilan / untuk permulaan Tapak dengan ukuran 30m X 20 m sudah memadai. Boleh ternak 5 ekor rusa betina dan 1 baka. Rusa diberi makan dengan sistem fidlot.
Jika mahu menternak rusa secara komersial minima 2 ekar. 0.5 ekar buat pagar. Baki tanam rumput napier. Boleh lah ternak ibu rusa sebanyak 25 ekor,ini menjadikan jumlah keseluruhan rusa termasuk ibu dan anak sebanyak kurang lebih 50 ekor dalam satu masa. Juga mengamalkan sistem Fidlot.
Jika Tapak seluas 5 ekar, Kawasan 1 ekar buat kandang dengan pagar cyclon. 1 ekar kawasan tanam rumput Napier, baki 2 ekar tanam dengan rumput ragut. Buat 4 padok. setiap padok dimasukan rusa meragut rumput selama 5 hari dan ditukar padok.Keluasan ini mampu ternak sebanyak 100 ekor rusa semasa dengan jumlah ibu sebanyak 40 ekor.
Kandang Rusa
Kandang hendaklah dibina di tempat terlindung untuk memudahkan pengurusan. Rusa
memerlukan tempat yang selesa agar kurang terganggu. Keselesaan ini boleh
mengurangkan kejutan dan kecederaan semasa pengendalian.
Rusa adalah lebih susah dikawal berbanding dengan lembu atau kambing. Ia lebih
mudah dikendali di waktu senja atau waktu malam. Rusa lebih susah dan merbahaya
dikendali semasa musim mengawan. Rusa lebih mudah dikendali dalam kumpulan
sebanyak 10 – 12 ekor rusa.
Kandang bersaiz 40’ x 70’ x 9' tinggi / 100' x 50' x 8' tinggi akan disediakan dan sebanyak 15 ekor rusa akan di letakkan kedalamnya
kandang yg terlalu padat akan merisikokan rusa yg kecil dan lemah.
Pagar Perimeter
Membina pagar kadang rusa tak sama dengan kadang lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain
Walaupun, saiz rusa tidaklah sebesar lembu atau kerbau, tetapi kekuatan rempuhan dan kebolehan melompat jauh lebih besar.
Untuk kadang rusa, pilihan terbaik adalah pagar cyclone dengan teknik ikatan Fixed Knot. Dalam banyak kes, kegagalan pagar adalah disebabkan kelemahan pada ikatan atau simpulan pagar.
-Jenis ‘ Chain Link’ atau ‘Cyclone’
-Tinggi pagar 2.1 meter hingga 2.4 meter tinggi
-Tiang pagar persegi 15 sm X 15 sm atau bulat berdiameter 15 sm.
-Tinggi pagar 2.1 meter hingga 2.4 meter tinggi
-Tiang pagar persegi 15 sm X 15 sm atau bulat berdiameter 15 sm.
-Tiang pagar bulat dengan diameter 10sm.
-Jarak antara tiang – 9 meter
-Panjang 3 meter, dan ditanam 90 sm
-Pintu padok keluar masuk utama boleh sampai antara 4 – 4.5 meter.
-Jarak antara tiang – 9 meter
-Panjang 3 meter, dan ditanam 90 sm
-Pintu padok keluar masuk utama boleh sampai antara 4 – 4.5 meter.
Rusa gemar berjalan ditepi-tepi pagar dan jarang berada ditengah padok. Oleh yang demikian di dapati rumput ditepi-tepi pagar (lebih kurang 4 kaki dari tepi pagar) semuanya mati akibat di pijak oleh rusa-rusa tersebut kerana menjadi tempat laluan ternakan ini.
Pondok Teduhan
Pondok berbumbung perlu disediakan bagi meletak bekas makanan tambahan dan juga garam galian dan juga tempat rusa berteduh.
Disetiap pedok juga perlu disediakan dengan takungan air bagi memastikan rusa memperolehi air minum yang bersih.
-Simen konkrit, tong , culvert
-Bekas makanan sama ada Kayu, simen konkrit
-Kandang berbumbung
-Bekas makanan sama ada Kayu, simen konkrit
-Kandang berbumbung
Kolam Mandian Rusa
Memandangkan perangai rusa yang suka berkubang terutama diwaktu panas, maka tempat untuk berkubang dan berendam perlu dibina di dalam padok.
Sebuah kolam mandi yang berkonkrit dengan bekalan air bersih disediakan.
Juga dilengkapkan sistem aliran yang baik. Air kolam ditukar pada setiap tiga hari sekali. Ini bagi menjamin kebersihannya.
-Saiz kolam mandian rusa (Sebuah kolam berukuran 9m x 3m x 1.5m)
PENGURUSAN MAKANAN
Pastura Ditanam Rumput
Makanan yang cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa. Makanan diperlukan 6-8% bahan basah atau 2-3% bahan kering dari berat badan sehari.
Makanan yang cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa. Makanan diperlukan 6-8% bahan basah atau 2-3% bahan kering dari berat badan sehari.
Untuk itu pedok-pedok hendaklah mempunyai rumput yang baik lagi bermutu sepanjang masa.
Dalam pengurusan makanan yang baik rumput terpilih dan berprotien tinggi disyorkan adalah Rumput Guinea (Kuda) -panicum maksimum dan Rumput Nappier (gajah) - pennisetum purpureum
- Pemeliharaan boleh dilakukan secara separa bebas
- Dibiar meragut setiap padok 6-7 hari
- Stocking rate 1 hektar untuk 20-24 ekor rusa.
- Dibiar meragut setiap padok 6-7 hari
- Stocking rate 1 hektar untuk 20-24 ekor rusa.
- Tanaman teduhan, Petai belalang, Pokok kesenai & Pokok teduhan
Pada awal pagi rusa boleh diberi konsentrat (Cattle Pellet) jika ada. Jika tidak rusa diberi makan rumput sebanyak 2 kg. Rumput boleh di potong dan dihancurkan dan dibubuh dalam takungan makanan. Rusa akan berehat dan akan makan rumput dengan banyaknya pada waktu malam. Dengan itu pda sebelah malam bermula jam 5 petang rumput perlu diberi setiap ekor rusa sebanyak 8 kg.
Pemberian konsentrat (Cattle Pellet) dan garam jilat boleh memudahkan proses penjinakan ternakan rusa.
Rusa yang berumur 5-6 bulan diberi makan konsentrat (Cattle Pellet) 750gm sehari, meningkat berat badan 0.3kg/ekor/hari.
Tanpa konsentrat kenaikan berat badan 0.125kg/ekor/hari.
a) Konsentret 1.5 kg seekor
b) Daun petai belalang, nagka, kesenai, senduduk, daun kelapa sawit dan lain-lain pucuk kayu yang mudah diperolehi dari sekitar ladang. 8 – 10 kg sehari seekor.
c) Meragut rumput pastura
KANDANG PENGUMPULAN
Kandang pengumpulan perlu di buat agak besar bagi menampung ternakan yang dipelihara.
Kandang ini akan melegakan suasana, selepas rusa-rusa bersesak-sesak melalui lorong pengumpulan kumpulan tersebut akan di agih-agih terlebih dahulu kepada kumpulan kecil mengandungi 15-20 ekor. Ternakan akan di kuarantin selama beberapa hari supaya ternakan tersebut adaptasi dengab tempat tersebut. Selain ini tempat ini digunakan untuk merawat rusa yang sakit atau tempat penyusuan anak kematian ibu.
Kandang pengumpulan biasanya bersambung dengan rumah gelap yang bertutup dan dicat warma hitam.
Saiz kandang pengumpulan bergantung kepada jumlah rusa yang hendak ditangkap
Saiz sekurang-kurang diperlukan ialah 40 x 60 kaki. Saiz ini mampu menangkap rusa sejumlah 40 ekor.
*Dalam kandang pengumpulan disiapkan dengan pintu-pintu yang boleh berputar 360° bagi memudahkan penangkapan seseekor rusa untuk diperiksa, diberi rawatan atau dipindahkan.
RUMAH GELAP (DARK ROOM)
Rumah gelap antara keperluan ladang ternakan rusa. Haiwan ini akan jadi kurang agresif bila berada di dalam gelap. Keadaan ini penting untuk proses pengendalian rusa bagi tujuan rawatan atau pemindahan.
Menangkap rusa tujuan merawat atau membuat program kesihatan atau pun untuk dijual perlu dibuat dalam rumah gelap .
*Sebuah rumah gelap perlu dibina dimana terdapat tempat pasongan atau trevis.
*Dinding rumah dibina daripada separuh papan lapis yang tebal dan separuh konkrit dan bahagian dalam dan luar dicat hitam.
*Didalam rumah gelap rusa akan kelihatan tenteram dan cahaya yang diperlukan hanya cukup sekadar boleh melihat ruda dan boleh dibuat rawatan.
*Lantai tidak berkonkrit menggunakan pasir (Quarry Dust)
*Mempunyai pintu railing 5 kaki lebar untuk tujuan memasukkan rusa dalam rumah gelap
Pasung (Deer Crush) / tempat kekangan
Pasung tempat kekangan ternakan mengunakan mesin hidrolik membolehkan badan ternakan tertahan dan kaki tergantung. Dengan cara ini ternakan tidak mudah melompat atau meronta ketika mengendali, merawat luka , mewmotong tanduk mengambil dfarah atau menentukan kebuntingan
PENGURUSAN RUSA
KADAR JANTINA
Rusa betina bersama induk dimasukan bersama kadar 1 jantan dengan 10 betina, boleh kurang betina tapi tak boleh lebih betina, juga tak boleh lebih jantan. Rusa akan bergaduh untuk jadi taiko. pergaduhan boleh menyebabkan kematian.

Rusa betina akan mula kawin pada umur 1 tahun,jantan pula akan mula kawin pada umur 2 tahun. Biasanya rusa akan mmengawan pada awal bulan 3 (ini bukan tetap) bergantung kepada keadaan cuaca. Tanda rusa mula nak mengawan ialah apabila tanduk sudah tumbuh dan mengeras. Tanduk rusa jantan akan terus kekal dikepalanya sehingga datang musim rusa betina beranak. Bermakna rusa jantan tak bertanduk dan tumbuh semula dalam keadaan lembut,semasa rusa ada anak kecil. Bila tanduk rusa jantan sudah keras dan tajam bermakna anak rusa sudah cerai susu. Biarkan anak rusa bersama ibunya sehingga umur 3 bulan. selepas 3 bulan asingkan anak dari ibu bapanya.. Anak jantan tempat lain dan anak betina tempat lain.
Pengurusan Ternakan
Terdapat 3 jenis pengurusan yang diamalkan
- Pengurusan Rusa Dewasa
- Pengurusan Ibu Anak
- Pemgurusan Rusa Membesar
Pengurusan Rusa Dewasa
Rusa dewasa jantan dan betina ditempatkan dalam padok berasingan. Kira-kira sebulan sebelum dikahwinkan, makanan tambahan bermutu tinggi (flushing) diberikan pada kadar 0.5kg/hari seekor. Cara ini akan memberikan kesuburan yang tinggi dan memungkinkan untuk mendapatkan jumlah kelahiran yang tinggi . Selalunya pada masa mengawan rusa mempunyai selera yang rendah dan akan mengurangkan kadar pengambilan makanannya. Rusa betina yang berada pada tahap kebuntingan akhir akan mengasingkan diri dari kumpulan besar.
PENGURUSAN INDUK
Induk dibiarkan bersama jantan baka. Rusa jantan dan rusa betina mula mengawan apabila kita dapat lihat ada gumpalan rumput pada taduk rusa. Rusa jantan akan mengawal kawanan rusa betina sebanyak mungkin. Jika ada rusa jantan lain yang masuk dalam kawanan betinanya iakan menyerang. Pergaduhan akan tamat apabila salah seekor dari rusa jantan kalah. kesannya ada yang mati. ataupun kedua duanya mati. Jika kedua duanya cedera dan tak mampu mengawan rusa betina tidak bunting. Rusa betina yang telah bunting dibiarkan di kandang atau kawasan ragutan tanpa diganggu. sebarang gangguan akan menyebabkan rusa betina stress dan akan keguguran. Dengan itu rusa jangan sewenang wenangnya dihalau atau dikacau ganggu.

Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa.
- Mula dibiakan: (jantan=18-24bulan; berat = 50-60kg)(betina=16=20bulan;berat= 45-60kg)
- Estrus cycle: 18 hari, tempoh berahi= 12 hari
- Bil. Pusingan estrus / musim membiak: 2-3 kali
- Bil. Mengawan /estrus: 2-3 kali
- Masa mengawan /estrus: 2-3 kali
- Bulan melahirkan anak: oktober – disember
- Umur induk ketika lahir anak pertama: 24 bulan -28 bulan
- Tempoh bunting: 240 hari
- Nisbah jantan betina: 1 jantan: 10 betina
- Berat anak ketika lahir: 4.0-6.5kg
- Masa mula dikahwinkan : mac-april
- Peratusan kembar: jarang
- Kekerapan mengantikan baka jantan dalam kumpulan: setiap 3-4 bulan
- Berat badan umur 16 bulan : (jantan =65-70kg) (betina=60-65kg)
- Berat umur 24 bulan : (jantan =90kg-100kg) (betina=70kg-80kg)
- Peratus kematian semasa cerai susu: 5-10%
- Kebuntingan dapat dikenal
a) Palpasi per rektal
b) Kenaikan berat badan
c) Perubahan saiz di bahagian abdomen
d) Ambing susu membesar
e) Vulva membesar
Pengurusan Ibu dan Anak
Anak yang baru lahir dibiar bersama ibu dan di asingkan selepas 3 atau 4 bulan iaiyu selepas cerai susu. Sekiranya ibu mati atau anak ditinggal oleh ibu bantu dengan susu formula sekurang-kurang 4 kali sehari.
Pada masa yang sama, anak-anak rusa dilatih memakan konsentrat (pallet) dan rumput
Penjagaan anak
Berat lahir 8 – 10 kg
- Bangun selepas 20 – 30 minit dilahirkan
-Anak rusa suka menyembunyikan diri dalam rumput / semak, lebih kurang 10 hari
-Pusat disapu iodine, elak jangkitan kuman
-Pemberian susu gantian

PENGURUSAN ANAK BETINA
Anak betina dipelihara dalam kumpulan betina sahaja. Diberi makan secukupnya. Lihat pembesaranya. Mana mana anak betina yang dilihat pembesaran melebihi anak yang lain dipilih dan dijaga dengan baik sebagai induk gantian. Induk gantian ini boleh disimpan atau pun dijual. Induk gantian ini akan dikahwin dengan induk yang baru dibeli dari ladang lain.Anak betina yang didapati kecil,lambat membesar,hendaklah digemukan dan dijual sebagai daging.
PENGURUSAN ANAK JANTAN
Anak jantan dipelihara dalam kumpulan anak jantan sahaja.Anak anak jantan ini diberi makan secukupnya dan dilihat perkembanganya. mana mana yang besar disimpan sebagai baka. Anak jantan baka akan dijual sebagai baka. Anak jantan baka tidak boleh disimpan bagi kegunaan ladang sendiri.

PENGURUSAN KESIHATAN RUSA
1. Mengurangkan kontak langsung antara haiwan sakit dengan haiwan sihat.
2. Mengelakkan penyebarluaskan organisme infektif.
3. Mengelakkan atau mengurangkan tekanan.
4. Mengawal nutrisi ( pemberian nutrisi seimbang)
5. Elakkan pastura yang tidak sesuai.
6. Elakkan makanan tambahan yang tercemar.

PENGURUSAN TERNAKAN UNTUK MENGELAKKAN PENYAKIT
1. Pilih ternakan bebas penyakit.
2. Kuarantin atau asingkan ternakan berpanyakit.
3. Elakkan akan dan dewasa dalam kawasan ragutan yang sama.
4. Periksa dan rawat rusa yang baru masuk stok
1. Pilih ternakan bebas penyakit.
2. Kuarantin atau asingkan ternakan berpanyakit.
3. Elakkan akan dan dewasa dalam kawasan ragutan yang sama.
4. Periksa dan rawat rusa yang baru masuk stok
MENGELAKKAN PENYEBARLUAS ORGANISME INFEKTIF
1. Melaksanakan amalan kesihatan yang dapat mengurangkan kontaminasi tinja.
2. Kurangkan debu dan lumpur.
3. Kurangkan kesesakan stok.
4. Kurangkan vektor penyakit.
ELAKKAN TEKANAN
1. Kurangkan kesesakan
2. Elakkan terlalu banyak penanganan.
3. Elakkan pengurusan/pertukaran pengurusan yang mendadak.
4. Elakkan kemungkinan kemalangan/trauma.

PENGAWALAN NUTRISI
1. Elakkan pertukaran makanan mendadak
2. Elakkan terlebih atau kurang makanan.
3. Amalkan makanan seimbang.
4. Elakkan tumbuhan/rumput yang berpotensi untuk menyebabkan keracunan makanan.
1. Elakkan pertukaran makanan mendadak
2. Elakkan terlebih atau kurang makanan.
3. Amalkan makanan seimbang.
4. Elakkan tumbuhan/rumput yang berpotensi untuk menyebabkan keracunan makanan.
PENYAKIT BERJANGKIT
Walaupun rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi tehadap serangan penyakit, namun rusa juga tetap mempunyai masalah kesihatan dan serangan penyakitnya yang tersendiri. Antara penyakit yang sering menghantui aktiviti penternakan rusa ialah :-

Kecacingan (endoparasit)
-Berpunca daripada internal parasite dan longworm.
Menyebabkan penurunan berat badan dan kematian pada rusa-rusa muda (Mylrea etal.,1991)
Tanda-tanda : Diarea, depresi, terbaring dan tidak ceria. Jumlah telur cacing (FEC) >200 EPG = singnifikan.
Menyebabkan penurunan berat badan dan kematian pada rusa-rusa muda (Mylrea etal.,1991)
Tanda-tanda : Diarea, depresi, terbaring dan tidak ceria. Jumlah telur cacing (FEC) >200 EPG = singnifikan.
Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan.
Serangan Kutu : Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga minggu.
Aktiviti kesihatan gerompok perlu dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan dan dirancang.Rekod aktiviti program yang dijalankan.
Gunakan Bilik gelap (dark room) dan pasung ketika melakukan aktiviti menimbang, mengambil darah, vaksinasi dan sebagainya
Asingkan ternakan yang cedera , sakit , luka dan sebagainya.
Ujian saringan Tuberkulosis (TB) dijalankan setiap 3 tahun sekali
Vaksinasi merupakan kaedah mencegah dan mengawal penyakit dengan meningkatkan imuniti dalam haiwan. Vaksin FMD diberi secara suntikan di bawah kulit (subcutaneous, SQ).
PENGURUSAN REKOD
Penyimpanan rekod adalah perlu bagi menentukan kecekapam dan keuntungan dalam menternak rusa. Rekod juga membantu mengukur prestasi ternakan
Antara rekod-rekod penting yang perlu dibuat adalah
- Rekod Stok Ternakan
- Rekod kelahiran & kematian
- Rekod Jualan
- rekod makanan
- rekod rawatan / kesihatan ternakan
ASPEK EKONOMI
1. Baka
2. Daging
3. Tanduk lembut (Velvet)
4. Tanduk (Antlers)
5. Kulit
6. Ekor
7. Sinews
1. Baka
2. Daging
3. Tanduk lembut (Velvet)
4. Tanduk (Antlers)
5. Kulit
6. Ekor
7. Sinews
Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara dan golongan penternak itu sendiri ialah seperti berikut :-
DAGING :
Digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga mempunyai pasaran yang luas melalui permintaan yang tinggi dari hotel-hotel terkemuka negara, restoran-restoran dan para pemborong tempatan mahupun luar negara.

KULIT :
Digunakan sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan industri barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan lain-lain produk.
ANTHER/VELVET (TANDUK) :
Digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and chicken). Tanduk rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama dalam menghiasi dinding kediaman.
TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES :
Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan.
GIGI :
Dieksport keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.
LIGAMEN & TENDON :
Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar negara seperti di negara jiran, terutama Thailand.
EKOR :
Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam dan luar negara seperti Hong Kong.
Pemotongan Velvet
1. Dipotong sekali setahun
2. Nilai velvet (A,B,C,D)
3. Dipotong apabila mencapai
4. Gunakan bius setempat
5. Ikat pangkal tanduk dengan getah
6. Potong dengan ‘embryotome wire’ diatas 1 sm dari koronet.
7. Simpan dalam chiller / freezer

Pemproses Velvet
1. Pembungan bulu dengan membakar
2. Hiris nipis ½ sm
3. Keringkan pada suhu 45-65 dengan menggunakan ketuhar.
4. Digiling / tumbuk / kisar halus sehingga menjadi serbuk
No comments:
Post a Comment