Monday, December 19, 2022

PERSAMPELAN INDEKS LALAT


PERSAMPELAN INDEKS LALAT

Program Pemantauan Pencemaran Industri Ternakan adalah satu langkah proaktif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam menangani isu pencemaran yang berpunca dari aktiviti industri ternakan negara. Program ini bukan sekadar mengesan penyimpangan pencemaran yang memberi impak negatif pada alam sekitar tetapi lebih bertujuan untuk mengesan masalah dan menyelesaikannya.

INDEKS POPULASI LALAT

Tujuan pemantauan lalat di premis adalah untuk memastikan tiada kacau ganggu lalat yang berpunca dari kegagalan premis menguruskan sisa hasilan aktiviti dengan baik.

LALAT

Lalat (Musca domestica) merupakan serangga penghurai bahan organik dalam sistem ekologi. Peningkatan populasi lalat selalunya akan menjadi indikator pada keadaan atau lokasi dimana sisa tidak diurus dengan baik, ini juga memberi kesan negatif kepada sosio-ekonomi dan kesihatan awam kerana lalat adalah vektor pembawa penyakit. 

Untuk makluman, lalat mencemari makanan dengan membawa kuman yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia, (Salmonella dan E. coli)

PERSAMPELAN LALAT

1) Pengukuran indeks lalat mengunakan kertas pelekat lalat

  1. Menjalankan ujian saringan menggunakan kertas pelekat lalat. Pasti lokasi untuk memasang  kertas pelekat lalat
  2. Letakan kertas pelekat lalat di beberapa kawasan strategik dalam kawasan premis untuk tempoh 30 saat.

  • Dua keping kertas pelekat lalat bersaiz 27cm x 18.5cm diletakkan secara rawak dikawasan Premis Rumah Sembelih  selama 30 saat.
  • Catatkan bilangan lalat terperangkap dan puratakan bacaan tersebut. Skala Indeks lalat adalah tidak melebihi 20 ekor
  • Gagal jika >20 ekor, 30 saat.
  • Jika terdapati lebih dari 20 ekor melekat pada kertas tersebut, maka ujian indeks lalat yang lebih tepat menggunakan scudder grill perlu dilakukan

2) Pengukuran indeks lalat mengunakan scudder grill

Alat Scudder Grill

  • Perangkap untuk dihinggap oleh lalat
  • Diperbuat dari papan kayu
  • Saiz 24 inci x 24 inci

Kenal pasti lokasi kawasan permis Rumah Sembelih secara rawak yang berpotensi menjadi habitat pembiakan lalat di Premis Rumah Sembelih tersebut,

Lakar pelan ladang dan rekod lokasi serta kedudukan sampel yang akan diambil pada kertas lakaran.


  1. Letakkan scudder grill secara mendatar di tempat dan jarak yang telah ditentukan seperti pada kertas lakaran.
  2. Setkan timer (pengira masa) kepada 30 saat.
  3. Mulakan masa dan mula mengira jumlah lalat yang hinggap pada scudder grill dengan menggunakan counter dalam tempoh 30 saat.
  4. Catat hasil hitungan pada borang

Lokasi Pensampelan Populasi Lalat (anggaran jarak yang sama )

Skala Indeks Kepadatan Populasi Lalat

INDEKS SYOR KAWALAN 2 - 5

SYOR KAWALAN

0 - 2

Tiada syor kawalan diperlukan untuk ladang berkenaan

2-5

Tindakan kawalan diambil jika perlu.

5-20

Tindakan kawalan berjadual atau berkala perlu dilaksanaka

20** ke atas

Populasi sangat padat. Tindakan kawalan lalat perlu segera diambi


Fly Index Untuk Kawalan Lalat Rumah

Berikut di atas adalah fly index yang boleh digunakan sebagai panduan untuk mengawal lalat rumah disuatu tempat.  Sekiranya bilangan lalat disesuatu tempat melebihi index yang ditetapkan maka bilangan atau populasi lalat ditempat tersebut dikira banyak dan perlu dikawal.

Langkah-langkah kawalan dan mencegah pembiakan lalat  

  1. Penggunaan Pesticide/Racun Serangga sama ada Semburan pada tinja dan Fogging
  2. Penggunaan perangkap lalat yang berkesan
  3. Penghapusan tempat-tempat pembiakan lalat
  4. Pemusnahan larva dan lalat dewasa
  5. Persekitaran Kawasan premis dalam keadaan bersih.
  6. Bahan-bahan buangan harus dibungkus sebelum dibuang
  7. Tong sampah harus dibersihkan dan sentiasa ditutup rapat
  8. Memastikan pembuangan sampah dilakukan dengan sempurna

Perangkap Lalat


Forging dan Semburan Pembasmi Lalat




No comments:

Post a Comment