Saturday, August 30, 2025

PENTERNAKAN ANGSA

 

PENTERNAKAN ANGSA

Angsa atau nama saintifiknya Anser cygnoides berasal dari keluarga Anatidae. Angsa merupakan haiwan unggas dari kategori burung yang mempunyai sepasang kaki dan juga sepasang kepak. mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang: bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing; ekor yang pendek;

  • Angsa mempunyai leher yang panjang dan mampu mengeluarkan bunyi yang kuat.
  • Angsa berfungsi sebagai pengawal rumah kerana ia akan membuat bising jika melihat kehadiran orang atau binatang. Selain daripada itu, ia juga bertindak sebagai mesin rumput dihalaman rumah kerana ia suka memakan rumput.
  • Berat angsa dewasa antara 1.5 kilogram hingga 4.0 kilogram.
  • Angsa sangat mudah diperlihara kerana tanpa makanan yang khusus, ia masih dapat berkembang biak dengan baik.
  • Angsa juga mudah untuk membesar, lebih tahan penyakit dan hampir tidak memelukan ubat-ubatan.
  • Disebabkan itu, di Malaysia angsa diperlihara bertujuan untuk mendapatkan dagingnya atau bagi menjaga kebun serta bertindak sebagai pengawal rumpai.
  • Daging Angsa kaya dengan rasa, kurang lemak dan kini semakin mendapat perhatian pengguna yang mengutamakan pemakanan sihat. Tambahan pula, hati angsa, bulu angsa, dan telur angsa semuanya bernilai tinggi. 
  • Angsa betina dan angsa jantan tidak mempunyai perbezaan yang ketara kecuali dari segi saiz dan organ pembiakan.
  • Namun, di Malaysia pernternakan haiwan ini kurang mendapat sambutan berbanding unggas yang lain.
  • Pemilihan baka yang sesuai, penyediaan kawasan dan kandang yang mencukupi, serta pemakanan yang seimbang akan memastikan ternakan membesar dengan sihat dan menghasilkan hasil yang berkualiti. 

JENIS-JENIS ANGSA

  1. Angsa jenis Toulouse, Embden dan African tergolong dalam kategori paling berat tubuhnya.
  2. Angsa jenis Pilgrim, Buff dan  tergolong dalam kategori berat dipertengahan
  3. Angsa jenis Chinese paling ringan.

Angsa Toulouse

Angsa Embden

Angsa African 


Angsa Pilgrim


Angsa Buff Gray Back


Angsa Roman

Angsa Chinese


Angsa Pemoranian

Angsa Steinbacher

Angsa Sebastapol

FASILITI ASAS

Angsa tidak perlu Fasiliti yang banyak seperti pagar, tempat berteduh, sistem air bersih dan perlindungan dari haiwan liar seperti biawak atau anjing liar


PEMBINAAN REBAN

Tempat yang dipilih perlulah mengambil kira   kawasan sekitar. Kawasan perlulah luas dan   membolehkan angsa bergerak bebas serta tidak menimbulkan masalah kepada jiran dan penduduk setempat

  • Angsa tidak suka tinggal dalam reban dan amat suka berkeliaran. Hal ini kerana, Angsa merupakan haiwan yang suka bergerak dan tidak duduk diam. Reban biasanya dibuat untuk dijadikan sebagai tempat berteduh, bertelur dan tempat tidur.

  • Angsa memerlukan keluasan 2 hingga 3 meter persegi setiap ekor. Kawasan yang diternak perlulah mempunyai ruang yang cukup untuk angsa bergerak dan bebas daripada belukar dan jenis tumbuhan yang menghalang pergerakan angsa. 
  • Kawasan ternakan angsa juga perlu disediakan pagar yang boleh menghalang kemasukan   binatang buas seperti ular, biawak dan anjing liar. Tinggi pagar sekurang-kurangnya 1.5 m dan perlu sentiasa dipantau daripada kerosakan dari semasa ke semasa. 
  • Kandang juga perlu mendapat cahaya matahari dan pengudaraan yang baik.Cahaya matahari dan pengudaraan yang baik boleh menghalang kelembapan tinggi yang boleh membiakkan bakteria atau kuman pembawa   penyakit. 


Kandang juga menyediakan tempat khas untuk angsa bertelur dan ruang tempat bertelur   dilapisi dengan habuk kayu atau jerami padi, yang perlu sentiasa diganti untuk memastikan kebersihan sentiasa terjaga. 
  • Apabila tiba musim bertelur, gunakan kotak kayu mahupun tayar buruk yang diletakkan rumput mahupun kain atau jerami kering sebagai sarang angsa bertelur. 
  • Pastikan tempat bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak. 
  • Pastikan sarang selamat dan terselindung daripada tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak.

KOLAM UNTUK BERENANG
Penyediaan kolam air ini juga memastikan angsa berkualiti dan sihat.  Dalam kawasan ternakan juga ditempatkan sebuah kolam yang berisi air mengalir untuk membolehkan angsa berenang. 

Selain daripada kolam air, kawasan ternakan juga perlu mempunyai sistem saliran yang baik untuk memastikan kebersihan kawasan ternakan dan dapat mengelakkan pembiakan penyakit. 

MAKANAN ANGSA

Tempat makan dan minum angsa perlu diletak di kawasan terbuka, dan angsa boleh mendapat makanan semasa mereka bergerak bebas. 

  • Angsa merupakan haiwan yang kuat makan serta cepat membesar.
  • Angsa boleh makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, hampas padi, sisa nasi atau makanan, dedak dan sisa sayur dan menjadikan kos makanan jauh lebih rendah berbanding ayam atau itik.
  • Makanan komersil yang tersedia seperti palet makanan ayam boleh digunakan tetapi haiwan ini memerlukan kuantiti makanan yang banyak jika dibandingkan dengan unggas lain.
  • Sayuran dan buangan makanan yang sesuai juga boleh diberi, termasuklah kangkung dan tumbuhan akuatik yang sesuai seperti kiambang dan paku air. 
  • Bagi tujuan penghasilan telur, perlu ditambah tambahan protein sebanyak 15% disamping bahan mineral yang lain.

PEMBIAKAN

  • Angsa paling baik diternak secara berpasangan (monogamy) atau bertiga (polygamy).
  • Jumlah telur yang dihasilan pada tahun ke dua akan lebih vanyak dari tahun pertama.
  • Induk angsa dapat terus memproduksi telur sampai 10 tahun.
  • Kemampuan reproduksi angsa jantan lebih cepat menurun dibandingkan angsa betina.



PENGERAMAN (INCUBATION)
  • Suhu yang paling baik pada tempat penyimpanan telur adalah 7 sampai 13°C dengan kelembaban relatif paling kecil 70%.
  • Masa penginkubasian telur angsa yang paling umum adalah antara 29 sampai 30 hari
  • Suhu Incubator untuk pengeraman tuler angsa adalah diantara 38°C hingga 39°C
  • Balikkan telur tiga atau lima kali sehari apabila incubator tidak bekerja sendiri.
  • Angka bilangan pembalikkan telur harus ganjil 3-5-7 kali sehari untuk mencegah letak telur berada pada posisi yang sama tiap malam.
  •  Biasa telur angsa menetas 30 – 32 hari jika guna inkubator dan kalau pakai ibu, tempohnya lebih lama.

PENJAGAAN ANAK ANGSA

  • Selepas anak telur menetas, seelok-eloknya anak angsa tersebut diletakkan ke dalam broder selama 3 ke 7 hari atau sehingga kering bulunya. Ini adalah untuk memastikan anak angsa benar-benar kuat.
  • Anak angsa perlulah mendapat penjagaan yang baik untuk tempoh 8 bulan.
  • Broder hendaklah sentiasa dibersihkan supaya ia bebas daripada hama dan tidak dihurung agas.
  • Dalam tempoh penjagaan sehingga berusia 1 bulan, anak angsa perlu mendapat makanan awalan berbentuk dedak halus daripada jagung dan  soya  
  • Selepas itu, anak angsa sedia untuk dialihkan ke reban didik seelok-eloknya ditutupi dengan jaring seperti kelambu bagi mengelakkan anak angsa digigit dengan nyamuk.
  • Selepas 2 ke 3 bulan, anak angsa boleh diturunkan ke tanah supaya ia boleh belajar untuk hidup dan membiak.
  • Anak angsa perlu dipantau supaya pembesaran tidak terbantut dan tidak diserang penyakit. Untuk memastikan anak angsa sihat sepanjang tempoh pembesaran, vaksin juga diberikan dan kaedahnya adalah dengan memasukkan vaksin dalam minuman angsa. 
  • Anak angsa perlu ditempatkan di dalam kandang khas dan perlu disediakan tempat pemakanan dan minuman yang mencukupi, 

  • Anak angsa yang sudah remaja selepas 21 hari bolehlah dipindahkan ke kawasan reban yang lebih besar sehingga ke peringkat   penghasilan telur dan seterusnya boleh dijadikan angsa pedaging. 

  • Rutin memberi makan dan minum perlu dibuat secara berterusan setiap hari, sebanyak dua kali sehari sehingga anak angsa cukup besar untuk dilepas bebas. 

  • Anak angsa membesar dengan cepat dan dalam masa dua hingga tiga bulan sudah boleh dipasarkan.
PENGURUSAN KESIHATAN ANGSA

  • Angsa terdedah kepada penyakit termasuklah kolera angsa, selesema burung, keracunan toksin bakteria, serangan cacing dan jangkitan kulat. Antara simptom angsa mengalami penyakit termasuklah angsa yang lemah dan lesu, bengkak pada muka dan sendi, najis cair dan berbau busuk, bersin dan batuk, nafas berbunyi dan kesukaran bernafas, bengkak kepala dan leher, lumpuh secara perlahan-lahan, angsa tidak boleh berdiri dan leher terkulai, tidak dapat menelan dan minum air serta kematian mengejut tanpa sebarang simptom. 
  • Kawalan berterusan perlu dilakukan untuk memastikan kurangnya penyakit. Angsa perlu disuntik antibiotik dan diberikan Enrofloxacin dalam minuman. Kawasan ternakan perlu sentiasa bersih, serta dikawal daripada kemasukan tikus yang boleh membawa bakteria. 
  • Sekiranya terdapat angsa yang sakit, ia perlu dikuarantin dan perlu   segera dimaklumkan kepada pihak veterinar. Angsa juga perlu diberikan vitamin dan elektrolit untuk menguatkan sistem imun. 
  • Penjagaan kandang adalah penting supaya sentiasa bersih dan bebas dari pencemaran najis. Elakkan juga memberi makanan yang tercemar dan bekas minuman perlu sentiasa bersih. 



PEMASARAN ANGSA

Lazimnya pasaran untuk daging angsa agak baik semasa musim perayaan sahaja dan angsa daging perlukan masa 4-6 bulan sebelum sesuai untuk dijual.

Berat angsa dewasa antara 3 kilogram hingga 4.0 kilogram. Manakala daging angsa sudah bersih berat 3 kg

Manakala telur angsa pula boleh dijual 

* Anggaran berat sebiji telur adalah di antara 120-150 gram.

* Telur segar mampu bertahan 10-14 hari pada suhu bilik.

No comments:

Post a Comment