Thursday, May 1, 2025

PERUNDANGAN SEMASA KEBENARAN MERANCANG (KM)


Bagi Pengusaha  Rumah Penyembelihan Tempatan / Swasta yang bercadang untuk berkecimpung dalam aktiviti penyembelihan ternakan perlulah mengkaji dan mendapatkan seberapa banyak maklumat  seperti permintaan (demand) dan pasaran (market), Kedudukan Kewangan (finance) serta kedudukan atau lokasi tapak bangunan.

Namun perkara utama dan terpenting bagi seseorang pengusaha Rumah Penyembelihan Tempatan / Swasta harus faham dan perlu tahu adalah Sudut Perundangan (law and approval) supaya tidak menyalahi undang-undang yang telah di tetapkan.

Mengapakah permohonan KEBENARAN MERANCANG (DEVELOPMENT ORDER) perlu dibuat? 

Secara umumnya, sebarang pemajuan yang ingin dilaksanakan perlu mendapat Kebenaran merancang (KM) atau Development Order (DO) daripada PBN / PBT. Hal ini bertujuan untuk memastikan cadangan pemajuan adalah selaras dengan perancangan gunatanah PBN / PBT dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di peringkat Negeri dan PBT. 

Contoh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) untuk sesuatu      projek pembangunan

Ada berapa jenis permohonan KM? 

Jenis permohonan KM adalah tertakluk kepada Borang Permohonan Untuk KM (Borang A) dalam Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Am) KKPA di negeri masing-masing. 


Kebenaran Merancang Penuh adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan syarat tukar syarat tanah diperolehi,  yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan  diteruskan. sepertimana disebut  pada subseksyen 2(1) Akta 172- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

Kebenaran Merancang Terhad adalah  kelulusan yang diberikan secara bertempoh atau sementara sebagai satu syarat tambahan terhadap pemajuan.sekiranya KM Tempoh Terhad tersebut sudah tamat tempoh dan perlu dikembalikan kepada keadaan asal sepertimana mengikut seksyen 21, Akta 172 di bawah perenggan 22(5)(a).



PERUNDANGAN SEMASA BERKAITAN KEBENARAN MERANCANG (KM)

Garis panduan ini disediakan selaras dengan peruntukan dan keperluan perundangan semasa seperti berikut:

Kanun Tanah Negara (Akta 828) (Disemak 2020)

Kanun Tanah Negara (KTN) dirujuk bagi mendapatkan penjelasan kedudukan aktiviti penternakan dan pusat sembelihan dari sudut perundangan tanah memandangkan aktiviti pembangunan ladang penternakan dan pusat sembelihan berkait dengan urusan pembangunan tanah di bawah KTN. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 115(4)(d) memperincikan kedudukan aktiviti penternakan dan pusat sembelihan adalah sebahagian dari aktiviti di bawah kategori „pertanian‟ dan ini menyokong kepada saranan agar pembangunan penternakan dan pusat sembelihan  boleh dibenarkan untuk dibangunkan di atas tanah dengan kategori „pertanian‟ tertakluk kepada syarat nyata yang membenarkan tanpa perlu kepada urusan menukar kategori atau syarat nyata tanah

Terdapat PBN/PBT yang mengenakan syarat bagi pembangunan penternakan dan pusat sembelihan untuk mengemukakan permohonan menukar syarat nyata tanah dari „pertanian‟ kepada „industri‟.

Keperluan untuk pembangunan ladang penternakan ayam menukar syarat nyata kepada „industri‟ juga adalah tidak selaras dengan peruntukan dan tafsiran „pertanian‟ dalam Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) (Akta 828) yang mentafsirkan „pertanian‟ juga adalah termasuk:

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2003 (JKPTG) 

Pekeliling ini dirujuk khususnya melibatkan pembangunan aktiviti penternakan dan pusat sembelihan di atas tanah dengan kategori „pertanian‟ tetapi syarat nyata tanah tersebut dengan jelas menyatakan maksudnya yang tidak selaras bagi maksud  penternakan dan pusat sembelihan. Contohnya, apabila syarat nyata tanah disebut sebagai „tanaman jangka panjang‟ dan secara tidak langsung, keperluan untuk proses menukar/meletak/menambah syarat nyata masih terpakai dan melalui pemakaian pekeliling ini ke atas pembangunan aktiviti penternakan dan pusat sembelihan akan dapat mempermudahkan urusan pembangunan khususnya melibatkan hal tanah. 

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) 

Akta 172 menjelaskan  kedudukan pembangunan ladang penternakan dan pusat sembelihan dari sudut perancangan dan pembangunan di bawah Akta 172 yang peranannya sebagai kawal selia perancangan dan pembangunan khususnya berkenaan keperluan mendapatkan Kebenaran Merancang (KM) bagi pembangunan ladang penternakan dan pusat sembelihan. Jelas diperuntukkan Akta 172 melalui Seksyen 19(1) bahawa:

Peruntukan ini menunjukkan keperluan mendapatkan KM bagi semua bentuk pemajuan melainkan bagi apa-apa pemajuan yang telah diberikan pengecualian sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 19(2)(a) hingga (g) dan pemajuan yang telah disenaraikan dalam Panduan Pelaksanaan Pengecualian Kebenaran Merancang (Ex-PA) yang diterbitkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) pada 2010. Pembangunan penternakan dan pusat sembelihan juga tertakluk kepada KM dan ini diperjelaskan di bawah tafsiran „pemajuan‟ dalam Akta 172 sebagaimana berikut: 

Bagi menjelaskan lagi keperluan KM bagi pembangunan penternakan dan pusat sembelihan di bawah Akta 172 adalah melalui tafsiran „bangunan‟ yang disebut sebagai:

Definisi di atas jelas menunjukkan bahawa pembangunan ladang penternakan dan pusat sembelihan juga merupakan satu pemajuan yang perlu kepada mendapatkan KM dan pemberian KM tersebut adalah sebagaimana tafsiran yang dinyatakan dalam Akta 172 sebagai:

Akta 172 juga dibawah peruntukan subseksyen 22(5) juga telah menyatakan bahawa syarat-syarat yang boleh dikenakan dalam pemberian satu-satu KM antaranya termasuklah: 

Peruntukan ini telah dijelaskan melalui Panduan Pelaksanaan Prosedur Permohonan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad Di Bawah Perenggan 22(5)(a) yang diterbitkan PLAN Malaysia pada 2020 sekaligus membenarkan pembangunan penternakan dan pusat sembelihan untuk dilaksanakan di atas zon yang bercanggah atau bersifat perubahan secara material penggunaan tanahnya dengan pemberian kelulusan Kebenaran Merancang secara sementara atau bertempoh terhad yang diberikan oleh PBN/PBPT.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

 Akta 171 dirujuk berkenaan peruntukan Seksyen 101 (Kuasa tambahan pihak berkuasa tempatan), Seksyen 102 (Kuasa am untuk membuat undang-undang kecil) dan subseksyen 73(1) sebagaimana berikut: S.73(1) Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan undangundang kecil untuk menjalankan peruntukan Akta ini dengan cara lebih baik dan khususnya: 

Melalui peruntukan ini kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah pun mempunyai Undang-undang Kecil Perlesenan Ternakan dan Haiwan Merayau bagi maksud mengawal selia aktiviti berkaitan penternakan yang dijalankan di dalam kawasan pentadbiran PBT. 

Peruntukan Undang-undang Kecil tersebut juga selaras dengan peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan prosedur pembangunan yang mana telah ditetapkan dalam pemberian lesen. Antara keperluan yang perlu dipatuhi adalah berkenaan premis yang hendak digunakan sebagai premis berlesen hendaklah terlebih dahulu mematuhi kehendak-kehendak undang-undang yang ditetapkan untuk tujuan pemajuan dan pembangunan di dalam kawasan Majlis dan mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan. 

Selain itu, Akta ini juga dirujuk bagi melihat tafsiran berkenaan „kacau ganggu‟ dan seksyen yang diperuntukkan kepada PBT bagi mengambil tindakan ke atas apa-apa kacau ganggu sebagaimana ditafsirkan Akta terutama bagi kacau ganggu yang terbit di luar kawasan PBT (Seksyen 84, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171).

 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta A133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) 

Akta A133 dan UKBS 1984 dirujuk khususnya peruntukan berkenaan tafsiran „bangunan‟ dan „permit sementara‟ yang terpakai keperluannya ke atas pembangunan ladang penternakan ayam. Definisi „bangunan‟ dalam Akta 133 adalah termasuk:

Bangunan sementara pula sebagaimana definisi diberikan dalam UKBS 1984 adalah termasuk:


UKBS 1984 dibawah peruntukan undang-undang kecil 19(2) juga menyatakan bahawa suatu permit sementara boleh dikeluarkan mengikut budi bicara PBT bagi mendirikan bangunan sementara dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama UndangUndang Kecil ini. 


Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan), 1993 (Akta 507)

Undang-undang ini memperuntukkan pengeluaran lesen bagi aktiviti rumah penyembelihan meliputi pembinaan atau mengurus atau memberi perkhidmatan penyembelihan adalah di bawah kuasa Menteri Pertanian, selepas syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dipatuhi.


* Terdapat dua perundangan yang terpakai ke atas rumah penyembelihan persendirian dan di luar premis iaitu Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 serta Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 bagi pelesenan rumah penyembelihan ruminan dan babi.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) (Akta 647).

Akta 772 dan Akta 647 juga dirujuk memandangkan kedua-dua akta ini amat berkait rapat dengan haiwan memperuntukkan beberapa seksyen khusus bagi kesalahan-kesalahan penganiayaan dan memperlakukan secara kejam terhadap haiwan dengan apa-apa cara sekali pun.

Melalui Akta 772 dan Akta 647 jelas menyatakan keperluan dan kewajipan pemunya atau pemilik ternakan atau pemegang lesen Rumah Penyembelihan Swasta yang berkenaan untuk memastikan kebajikan haiwan perlu dijaga dari peringkat sebelum sembelihan, semasa dan selepas sembelihan dilakukan.


No comments:

Post a Comment