Undang-undang Malaysia menetapkan peraturan yang
ketat berkaitan lembu atau binatang ternakan yang berkeliaran (lepas bebas) dan
mengganggu atau menyebabkan bahaya di tempat awam.
Pemilik
yang membiarkan lembu
atau haiwan ternakan merayau bebas di kawasan awam, perumahan, atau jalan raya
boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
di bawah enakmen negeri
Kejadian ini sering terjadi. Apabila lembu dicuri, si pemilik marah dan tercari-cari lembu perliharaan mereka. Namun apabila lembu dilanggar kereta dan berlaku kematian, si pemilik diam membisu..
Haiwan ternakan di atas jalan raya boleh mengundang malapetaka yang tidak diingini kepada setiap pengguna jalan raya. Pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah badan bertanggungjawab dalam menangani permasalahan haiwan ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya. Justeru, atas dasar maslahah pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan seperti merampas dan mengenakan denda atau saman terhadap pemilik ternakan tersebut. Hal ini adalah dibolehkan di atas dasar menjaga maslahah kepada rakyat secara umumnya seperti mencegah daripada berlakunya kehilangan nyawa, akal dan harta.
Undang-Undang dan Enakmen Utama
·
Enakmen
Mengawal Lembu-Kerbau 1971 (Digunakan di
negeri seperti Selangor): Melarang penternakan atau pembiaran lembu dan kerbau
di kawasan larangan atau awam
·
Undang-Undang
Kecil Haiwan Merayau PBT (Contohnya di bawah
Majlis Bandaraya Johor Bahru [MBJB 1995] atau PBT lain): Memberi kuasa kepada
PBT untuk menangkap, menyita, melupuskan, atau mendenda haiwan ternakan yang
berkeliaran.
Tindakan Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran / Pihak
Berkuasa Tempatan & Veterinar)
·
Kuasa
Sita: Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai kuasa untuk
menyita lembu yang berkeliaran di jalan raya atau kawasan awam
·
Kompaun
& Saman: Peringatan
bahawa tindakan penguatkuasaan termasuk sitaan, kompaun terhadap Pemilik
lembu dan tuntutan kos berkaitan boleh dikenakan
sehingga RM2,000 hingga RM3,000 bagi setiap ekor atau saman maksimum ( tertakluk kepada peruntukan undang-undang berkenaan mengikut enakmen pihak berkuasa tempatan
masing-masing) Tindakan itu dilaksanakan di bawah Undang-undang Kecil Haiwan Merayau
berkaitan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
·
Prosedur
Lelongan: Lembu yang disita akan dibawa ke
kandang tahanan pihak berkuasa. Jika pemilik tidak menuntutnya dalam tempoh
yang ditetapkan, pihak berkuasa mempunyai hak untuk melelong lembu tersebut
secara sah. Tempoh Tuntutan: Pemilik biasanya mempunyai tempoh terhad
(seperti 7 hari) untuk menuntut semula haiwan tersebut dengan menjelaskan
bayaran denda dan kos penyelenggaraan
·
Jika dibawa ke mahkamah, sabitan kesalahan boleh
membawa hukuman denda boleh mencecah sehingga RM5,000 yang lebih tinggi, penjara, atau kedua-duanya
sekali, serta caj harian bagi kos tahanan haiwan
·
Kos
Tambahan: Pemilik perlu menjelaskan kos
penangkapan dan penjagaan harian jika mahu menuntut semula haiwan yang disita.
Jika tidak dituntut dalam tempoh ditetapkan, haiwan tersebut boleh dilelong
atau dilupuskan
·
Tuntutan
Saman Kemalangan: Jika lembu merayau di atas
jalan raya dan menyebabkan kemalangan atau kecederaan/kematian kepada pengguna
jalan raya, pemilik boleh disaman secara sivil oleh mangsa atau waris
·
Akta
Binatang 1953 (Akta 647): Memberikan kuasa
kepada pihak berkuasa dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk mengawal
keselamatan haiwan ternakan serta mengambil tindakan terhadap pemilik yang cuai.
·
Pengenalan
/ Tagging (DVS): Jabatan Perkhidmatan
Veterinar kini mewajibkan pemasangan tanda pengenalan (tagging)
pada ternakan ruminan supaya pemiliknya dapat dikesan dengan mudah melalui
pangkalan data jika ternakan mereka menyebabkan masalah atau kemalangan
Peraturan Jika Anda Menjumpai
Lembu Berkeliaran atau Lembu Lepas
Langkah
Betul Yang Perlu Diambil:
1. Buat laporan polis sekiranya
lembu itu menyebabkan kemalangan atau bahaya.
2. Buat laporan bertulis kepada PBT /
Majlis Daerah atau Jabatan Veterinar supaya tindakan sita dapat dilakukan
dengan resit yang sah.


































