Monday, May 5, 2025

PENTERNAKAN BABI


Baka-baka ini biasanya dipilih berdasarkan faktor seperti kadar pertumbuhan, kecekapan pembiakan, kualiti daging, dan kebolehsesuaian kepada persekitaran yang berbeza.

Berikut adalah beberapa baka babi yang selalu diternak:

 

1. Yorkshire: Dikenali kerana kebolehsesuaian dan kecekapan pembiakan yang tinggi. Yorkshire sering digunakan dalam pengeluaran komersial kerana kadar pertumbuhan yang baik dan kualiti daging yang tinggi.

Yorkshire merupakan babi yang berasal dari british dengan ciri-ciri

  • Tubuh besar , Panjang
  • Telinga tegak
  • Kepala / muka berbentuk bulat
  • seluruh tubuh berwarna putih
  • bersifat keibuan

2. Duroc: Diiktiraf kerana kualiti daging yang sangat baik dan kecekapan makanan. Duroc biasanya digunakan kerana ciri-ciri daging yang diingini.

 Duroc adalah baka asal dari Amerika dengan ciri-ciri berikut:
  • Tubuh panjang besar
  • Warna merah atau merah tua
  • Leher sampai punggung berbentuk busur
  • Telinga terkulai
  • Muka cengkung 
  • Jumlah susu banyak

3. Landrace: Terkenal kerana prestasi pembiakan yang tinggi dan bilangan anak yang besar.  Landrace  boleh menghasilkan anak babi dalam jumlah yang tinggi.

Landrace berasal dari Denmark yang merupakan kacukan antara Yorkshire dengan babi lokal Denmark dengan ciri-ciri berikut:

  • Warna kulit putih
  • Kepala Kecil dan panjang telinga terkulai
  • Punggung seperti busur panjang dan lebar

4. Berkshire: Dikenali kerana daging babi berkualiti tinggi dengan marbling dan rasa yang baik. Berkshire sering digunakan untuk produk daging istimewa.

Berkshire merupakan babi yang berasal dari british dengan ciri-ciri

  • Tubuh panjang dalam dan halus
  • Lebar punggung sedang
  • Telinga tegak condong ke depan
  • Warna hitam pada bahagian keempat-empat kaki muka dan ekor berwarna putih
  • Kaki berukuran panjang
  • Mempunyai daging yang banyak

 

5. Hampshire: Diiktiraf kerana daging yang rendah lemak dan otot yang kuat. Hampshire sering digunakan dalam program kacukan untuk meningkatkan kualiti daging.

Hampshire merupakan baka asal British dengan ciri-ciri berikut:

  • Kepala berukuran sedang halus
  • Rahang rata
  • Telinga tegak
  • Punggung berbentuk busur
  • Warna tubuh hitam tetapi pada bahagian bahu berwarna putih sampai ke kaki

6. VDL ( Vereedelde Duitse Landvarken): Merupakan babi baka asal dari Jerman mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Tubuh besar daging banyak
  • Telinga besar panjang jatuh ke bawah
  • Kepala besar dan sedikit panjang
  • Tulang belakang panjangdan lebar hampir bulat

Kegunaan Babi

Kebanyakan babi digunakan untuk makanan manusia tetapi juga membekalkan kulit, lemak dan bahan lain untuk digunakan sebagai pakaian, bahan untuk makanan, diproses,kosmetik, kegunaan perubatan dan digunakan untuk sektor-sektor lain-lain.

Menurut kajian ada 185 kegunaan babi dari hujung kepala hingga hujung ekor diantaranya adalah:



PANDUAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG INDUSTRI TERNAKAN


Kawalan penternakan babi adalah di bawah bidang kuasa. Kerajaan Negeri yang dilaksanakan melalui enakmen-enakmen

Antara Peraturan  di bawah enakmen berkaitan sisa buangan babi: 
  1. Kelulusan pelan susun atur dan rekabentuk pembinaan ladang babi termasuk sempadan dan kemudahan mengawal luahan atau pembuangan sisa babi diperlukan sebagai syarat lesen.
  2. Menjadi kesalahan pemegang lesen jika apa-apa sisa babi yang tidak diolah, diluah atau dibuang dengan apa jua cara ke dalam atau ke mana-mana sungai, tasik atau laut, longkang awam, takungan air atau kolam atau tanah yang terletak di luar sempadan ladang babinya, jalan, tanah diberi milik, tanah kerajaan, tanah rizab atau hutan simpan kekal
  3. Kandang babi tidak boleh didirikan di kampung Melayu, di rumah atau bangunan yang digunakan oleh orang Islam, dan mana-mana tempat yang mungkin menyebabkan pencemaran kepada mana-mana perigi, sungai, anak sungai, jalan air, perairan di darat atau taliair atau yang airnya digunakan atau mungkin digunakan oleh manusia.
  4. Empunya babi hendaklah menentukan bahawa segala tinja babi tidak dibuang atau disalurkan ke dalam sungai, anak sungai, jalan air, perairan di darat atau taliair atau yang airnya digunakan atau mungkin digunakan oleh manusia
  5. Syarat utama ialah operasi ladang penternakan babi berkenaan, mesti dilakukan secara tertutup dan bukannya secara konvensional seperti dahulu.


Langkah-langkah yang diambil oleh  DVS  untuk memastikan ladang-ladang babi perlu di uruskan mengikut piawaian yang ditetapkan untuk menjamin bio-keselamatan dan keterjaminan makanan serta memelihara kelestarian alam sekitar adalah seperti berikut:

I. Pelesenan dan Pemeriksaan Ladang

  1. Setiap penternak perlu mempunyai lesen untuk menternak babi dan mesti mematuhi syarat-syarat lesen.
  2. Salah satu keperluan lesen adalah pemeriksaan berkala dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  3. Pemeriksaan tidak berkala juga dilakukan sekiranya terdapat isu berbangkit.
  4. Pemeriksaan meliputi semua aspek penternakan yang digariskan dalam Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 termasuk Pindaan 2010.
  5. Salah satu elemen yang penting semasa pemeriksaan adalah pengambilan sampel air kumbahan bagi mengukur kadar Bio-degradable Oxigen Demand (BOD).

II. Survelan Penyakit dan Bio-sekuriti

  1. Survelan dibuat ke atas ternakan dan kandang.
  2. Selain pemerhatian, DVS  juga melaksanakan survelan aktif iaitu mengambil beberapa jenis sampel seperti sampel darah, air kencing, calitan kloaka dan calitan kandang diambil dan dihantar ke makmal bagi mengesan penyakit babi.
  3. Sampel makanan ternakan juga diuji bagi mengesan bahan terlarang dalam makanan seperti beta-agonist.
  4. Survelan juga meliputi aspek bio-sekuriti ladang.


III.        Penguatkuasaan Undang-undang

  1. Siasatan dilakukan dengan segera apabila menerima aduan.
  2. Pihak DVS  mengeluarkan kompaun atau membuat pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat perlanggaran undang-undang dan syarat-syarat lesen seperti yang termaktub dalam Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 termasuk Pindaan 2010.
  3. Selain menerima kes melalui aduan atau pemeriksaan ladang, Penguatkuasa DVS juga perlu  melakukan risikan bagi mengesan kesalahan di bawah enakmen ini.


Apa itu kandang tertutup
  • Kandang keseluruhan bahagian nya tertutup rapat kecuali bahagian udara keluar masuk
  • Pengudaraan kandang dirawat

Mengapa menggunakan kandang tertutup
  • Menyediakan persekitaran kandang yang selesa kepada babi dengan cara mengawal pengudaraannya
  • Dalam persekitaran yang selesa produktiviti babi dapat dioptimumkannya
Kebaikkan dan kelemahan kandang tertutup

Kebaikan
  • Pengudaraan dalam kandang terawat
  • Suhu dalam kandang lebih rendah dari suhu di luar kandang
  • Persekitaran dalam kandang selesa kepada babi
  • Perubahan suhu minimum dan maksimum dalam kandang lebih kurang 4°C (24-28°C) berbanding sehingga 10°C (25->35°C) bagi kandang terbuka
  • Babi kurang mengalami tekanan kerana gangguan faktor luaran yang minimum
  • Buung liar dan tikus yang boleh membawa penyakit dapat di kawal dari memasuki kandang
  • Najis kering mengurangkan gangguan bau tidak enak dan lalat kepada persekitaran
  • Kos pengeluaran lebih cekap kerana pengambilan makanan dan kadar penukaran kepada daging yang optimum
  • Kos ubat dapat di kurangkan kerana kawalan penyakit lebih baik
Kelemahan
  • Penyediaan kos prasarana, bayaran balik pinjaman (per ekor babi) elektrik, air operasi dan penyelenggaraan lebih tinggi.
  • Perlukan pengetahuan untuk mengurus dan menyelenggara kandang dan peralatan kandang yang di gunakan.
Jenis kandang Tertutup

1) Tunnel Ventilation With Evaporative Cooling System 
(Pengedaran Terowong Dengan Sistem Penyejuk Sejat Udara)
  • Suhu dalam kandang boleh turun 6-12°C lebih rendah berbanding suhu di luar
  • Kaedah penyejukkan mengunakan kaedah Pad Penyejuk yang diperbuat dari selulos, kaedah semburan air halus (mist / foger ) di semburv terus kepada udara dalam kandang atau keatas lipatan tabir jaring yang di pasang pada dinding kandang
2) Pengedaran Terowong Biasa -Tanpa Sistem Penyejuk Sejat Udara.
  • Suhu dalam kandang boleh turun 4-7°C lebih rendah berbanding suhu di luar
  • Lubang udara dibina dibahagian depan dan kipas ekzos dibahagian belakang kandang

Komponen utama 
  1. Bangunan kandang - bangunan bertutup rapat dengan berlubang bagi udara keluar masuk
  2. Sistem Pengudaraan - Kipas Ekzos - Nengawal pengudaraan kandang dengan kelajuan angin yang bergerak melalui kandang memberi kesan dingin (windchill effect) kepada babi
  3. Bekalan eletrik jenis three phase- bekalan eletrik perlu stabil 24 jam
  4. Stanby Generator jika bekalan eletrik terputus
Komponen Sokongan

  1. Pengesan suhu dan lembapan (temperature and humidity sensor) di sambung kepada Panel Sistem Kawalan Automatik 
  2. Kelengkapan sistem amaran (Alarm System) seperti siren atau loceng - akan berbunyi jika ada peralatan kandang mengalami gangguan atau tidak berfungsi- dipasang di kandang, pejabat, rumah pekerja
  3. Bekas makanan jenis automatik atau jenis manual
  4. Peralatan minum jenis automatik (nipple drinker)
  5. Lampu - tahap terang bersesuaian
  6. Panel Sistem Kawalan Automatik - Panel dihubungkan dengan sensor yang dipasang pada peralatan kandang seperti kipas, peralatan makanan, minuman, motor pad penyejuk lampu dan stanby generator dan digerakkan secara automatik sekiranya diperlukan- sebaiknya dipasang di pintu masuk utama kandang(bahagian luar atau dalam kandang)




Reka Bentuk Kandang Tertutup
  1. Orientasi binaan kandang dibina dengan paksi memanjang timur barat
  2. Bahan binaan- mengunakan rangka besi atau konkrit
  3. bumbung kandang- mengunakan bahan membalikkan haba yang baik dan  mengurangkan kesan bahang dalam kandang,
  4. Siling - mengunakan bahan yang kurang menyerap haba seperti aluminium foil, papan lapis dan plastik tebal
  5. Dinding - tidak menyerap haba, mudah dibersihkan dan kedap udara 

Jenis Dinding
  1. Jenis kekal - seperti dinding konkrit, kepingan alumunium tebal atau galvanized lacquered sheet metal
  2. Dinding tabir (Curtain) - dsiperbuat dari kanvas plastik- lebih digalakkan kerana jenis ini boleh dibuka , di tanggal di naik
Kandang

  • Kandang babi di syorkan sempit 8-9m lebar dengan panjang kandang untuk menampung semua petak untuk kelahiran atau semua anak babi cerai susu
  • Susun atur kandang babi - disusun secara berbaris
  • Susun atur kandang 
  1. kandang ibu bunting
  2. kandang beranak
  3. kandang anak cerai susu
  4. kandang babi penggemuk
  5. kandang babi induk (jantan & betina)
  6. kandang babi sakit

Jenis Lantai Kandang
  1. Kandang lantai konkrit
  2. Kandang berlantai jenis  selat


Kipas
  • Kipas dipasang dihujung belakang kandang
  • Jika ruang tidak mencukuypi untuk menampung bilangan kipas yang diperlukan , boleh dipasang dihujung sisi kandang
  • saiz kipas iaitu 36 inci, 48 inci dan 50 inci . setiap saiz mempunyai kapasiti berbeza
  • kaedah mengerakkan bilah kipas sama ada jenis kipas direct drive ( untuk kipas kecil 36 inci) atau kipas belt drive - mempunyai tali kipas di gunakan untuk kipas bersaiz lebih 36 inci
Pad Penyejuk Udara
  1. Dipasang dengan ketinggian 8-12 inci dari paras lantai ( sama paras dengan kipas)
  2. Penghadang habuk- boleh mengunakan jaring nursery ( saiz 16) atau Jaring halus di pasang dibahagian luar pada jarak 2.5-3 kaki dari pad.


Kaedah Penyejukkan Udara 
  1. Mengunakan Pad penyejuk Air Berkitar ( Recirculating Water Pad System)
  2. Mengunakan sistem Pengkabusan air dalam kandang (Mist Cooling System) di pasang di bawah siling bumbung
  3. Menggunakan Sistem Semburan Halus (nozzle) - air di sembur pada tabir

Keluasan lubang untuk udara masuk penting 
  • Lubang terlalu besar - menghakang udara masuk dengan sempurna  untuk pencampuran yang berkesan
  • Lubang tidak cukup luas - menghalang kipas dari menarik cukup udara ke dalam kandang
Kotak binaan kipas ada 2 jenis
  1. Boxed fan (Jenis kipas bentuk kotak) -kecekapan pergerakkan udara yang keluar 7-8%
  2. Coned fan (Jenis mempunyai corong kon) -kecekapan pergerakkan udara yang keluar 20%

Kekuatan aliran udara kipas yang dihasilkan di ukur dalan kaki padu seminit - cubic feet minute (cfm). Kecekapan standart bagi  kipas dalam tekanan statik 0.05 inci

Kecekapan / keupayaan  kipas mengalirkan udara per unit tenaga di ukur dalam kaki padu minit per watt (cfm per watt) dimana kos eletrik kilowatt jam digunakan untuk mengerakkan kipas bagi mendapatkan aliran udara dalam cfm.

Bilangan kipas diperlukan bergantung kepada ukuran kandang (Panjang X Lebar X Tinggi) . Kaedah terbaik menentukan keperluan ialah berasaskan kepada mendapatkan sekurang-kurang 1 penukaran udara seminit.

Maksudnya  : Jika kandang panjangnya 400 kaki maka penukaran udara sekali seminit yang sesuai boleh mengerakkan udara dengan kelajuan 400 kaki seminit.

Jika kelajuan udara dalam kandang berlebihan akan menyebabkan babi kurang selesa kerana terlalu kering (draught) dan mendedah kan babi kepada stress .. Namun jika kelajuan udara kurang akan menyebabkan udara segar sedikit dan akan mengakibatkan penyakit kepada ternakan

Mengira Kelajuan Pergerakkan Udara dalam kandang



Suhu di kawal dengan cara
  1. Mengeluarkan udara panas dari kandang
  2. Menyejukkan udara yang masuk ke dalam kandang melalui pengudaraan terowong
  3. Menurunkan udara yang masuk melalui proses sejuk sejatan
Suhu kandang Babi yang selesa adalah 15-32°C mengikut saiz babi.
  • Anak babi (piglet)  suhu kandang sekitar 30-32°C(86-907°F)
  • Anak babi pembesaran  suhu kandang sekitar 15-25°C(59-77°F)
Tahap kelembapan persekitaran yang selesa bagi babi ialah 60-70%


Kemudahan foot dip di setiap pintu masuk kandang
  •  Bagi menjaga bioscuriti kawasan ruangan operasi perlulah disediakan Footbath yang mengandungi disinfactan untuk mencelup gumboot. Jika Footbath kekal tiada, maka bolehlah mengunakan suatu bekas  yang boleh digunakan sebagai tempat mencelup gumboot. Footbath diletakkan di hadapan pintu masuk utama ke ruangan operasi.
  • Pada setiap pintu masuk bangunan utama, harus memiliki fasilitas untuk mencuci gumboot yang dilengkapi dengan berus dan sabun, dan fasilitas untuk pencelup desinfektan gumboot (foot dipping)
  • Semua Pekerja dimestikan untuk mencelup Gumboot kedalam Footbath yang mengandungi Disinfaktan sebelum memasuki ruang Dewan Operasi 
  • Footbath haruslah perlu di pastikan sentiasa  dibersihkan dan  disinfactan perlulah sentiasa ditukar.
  • Semua pemantauan berkaitan Pemeriksaan Kebersihan Pekerja (Personal Hygiene) dan Pemeriksaan Tempat Celup Gumboot (Footbath) perlulah direkodkan di dalam buku

Kemudahan Vehicle dip dan Vehicle Spray  di pintu masuk utama ke kawasan kandang
  • Kenderaan yang keluar masuk ladang adalah disarankan dibasmi kuman pada bahagian tayar menggunakan kaedah yang sesuai seperti Vehicle dip dan Vehicle Spray atau kedua-duanya  supaya dapat menghindar penyakit dari luar masuk untuk Bioskuriti

    • Semua pemantauan berkaitan Pemeriksaan Vehicle Dip Dan Vehicle Spray  perlulah direkodkan di dalam buku
    • Bahan disinfaktan yang digunakan perlulah ditukar bahan pencelup setiap minggu.
    • Bahan Disinfaction 5% akan dicairkan menggunakan kaedah 1:50

Pencucian dan sanitasi  kawasan kandang
  1. Kenalpasti kawasan kandang,peralatan dan perkakas yang perlu dibersihkan dan disanitasi
  2. Wujudkan kaedah,prosedur dan jadual untuk pembersihan dan sanitasi
  3. Pekerja diarahkan untuk menjalankan aktiviti pembersihan seterusnya aktiviti sanitasi
  4. Penggunaan air bagi proses pembasuhan / pembersihan ( basuh lantai, mandi dan bersihkan najis) dianggarkan 12-15 liter seekor/ perhari.
  5. Pengunaan disinfektan untuk nyakuman dianggarkan 1 liter seekor/ perhari.
  • Semua pemantauan berkaitan Program Pembersihan Dan Sanitasi  perlulah direkodkan di dalam buku

Memandikan ternakan babi
Babi perlu dimandikan / dibersihkan lebih kurang 2 kali sehari


Fasa Penternakan Babi

  1. “Anak babi cerai susu / piglet weaned” - anak babi yang berumur satu (1) bulan dan telah diasingkan daripada ibunya;
  2. “Anak babi menyusu / piglet suckling” - anak babi yang baru lahir sehingga umur satu (1) bulan;
  3. “Babi betina gantian / babi dara / Gilt ” - babi betina berumur bawah dua belas (12) bulan dan belum beranak untuk menggantikan babi betina induk;
  4. “Babi betina induk / sow parent ” -babi yang hidup yang sedang dikahwinkan termasuklah babi yang pernah bunting sekurang-kurangnya sekali dan babi yang telah beranak;
  5. “Babi jantan gantian / standing boar ”- babi jantan berumur enam (6) sehingga sembilan (9) bulan yang menggantikan babi jantan induk untuk tujuan membiak;
  6. “Babi jantan induk / boar parent ” - babi jantan berumur sembilan (9) bulan ke atas yang digunakan untuk membiak;
  7. “Grower” - babi yang berumur dua (2) bulan sehingga umur empat (4) bulan; 
  8. “Finisher” = babi yang berumur empat (4) bulan sehingga umur enam (6) bulan ke atas;

Jadual Pemakanan Babi
Umumnya, ternakan babi di beri makan mengikut jadual yang tetap iaitu 2 kali sehari (waktu pagi dan petang) mengikut klasfikasi babi

Makanan asas ternakan babi adalah berasaskan jagung, hampas soya, fish meal dan premix. 

Makanan yang dibekalkan hendaklah sentiasa dipastikan dan dipantau dari segi nutrisi . Sampel makanan  akan di hantar ke makmal untuk dianalisa

  • Purata makanan seekor babi adalah 1.5 kg seekor/ perhari.
  • Purata minuman seekor babi sehari pula 7-10 liter

Babi Jantan 
  1. Jantan matang pada umur 7 - 8 bulan
  2. Lakukan ujian kesuburan pada usia 7-9 bulan
  3. Mula gunakan penjantan untuk dikahwinkan pada  umur 8-9 bulan
  4. Jantan muda boleh kahwin dengan 7-8 ekor betina dalam seminggu 
  5. Jantan yang lebih matang boleh kahwin dengan 10-12 ekor betina dalam seminggu 
  • Jenis makanan ialah makanan pembiak (gastation ratio) sama dengan makanan induk betina bunting
  • Makanan boleh dalam bentuk basah atau kering di beri sekali sehari selepas mengawan
  • Babi jantan tridak boleh terlalu kurus atau terlalu gemuk

Babi Betina 

Induk Dara (GILT) 
  1. Pilih dan asingkan babi betina untuk di jadikan induk setelah umur 5 bulan
  2. Pekerja memilih induk jantan dengan induk betina dalam masa estrus
  3. kitaran estrus babi betina adalah 21 hari
  4. Mulakan pengawanan pertama pada estrus ketiga (jangan lakukan pada estrus pertama dan kedua)
  5. Lakukan  ujian kebuntingan 35-65 hari selepas dikahwinkan
  6. Jika bunting asingkan ke kandang bunting
  7. Jika tidak bunting, takaikan
Makanan untuk induk bunting (gastation ratio)
  • Di beri semasa bunting (114 hari)
Makanan untuk pengeluaran susu ( Lactating Ratio)
  • Di beri semasa menyusukan anak (30 hari)
Kuantiti makanan yang diperlukan
  • Setelah di asingkan pada umur 5 bulan beri makanan pembiak pada kadar rendah 1.8 -2.2 kg/ ekor/ hari hingga mencapai umur 7.5 bulan
Pengurusan Ibu beranak
  • Masa kebungtingan babi sehingga melahirkan anak adalah sekitar 113-116 hari  (3 bulan 3 minggu 3 hari)
  • Induk babi akan ditempatkan di kandang individu bagi mengelakkan berkelahi sesama sendiri

Pengurusan anak babi lahir
  • Induk biasanya akan melahirkan anak sebanyak 8-12 ekor
  • Jika induk melahirkan anak babi yang lebih banyak dari biasa (> 14 -20 ekor) akan memiliki anak babi yang kecil dan lambat pertumbesarannya.
  •  Anak babi yang baru lahir diletakkan di tenpat penyimpanan anak babi ( bahagian penyusuan / farrowing) agar senang diberikan susu kolostrum tepat pada masanya
  • Anak babi berumur 1 hingga 3 hari, suhu dalaman hendaklah disimpan pada 30 hingga 32° C 
  • Selepas 4-7 hari, suhu dalam bilik boleh menjadi 28 hingga 30 ° C 
  • Selepas 8 hari, anda boleh suhu secara beransur-ansur, kira-kira 22 hingga 25° C 
  • Selepas sebulan, simpan sahaja pada suhu bilik. 


Pengurusan anak babi menyusu
  1. Jaga ibu baru beranak
  2. Anak babi di tempatkan dalam keadaan panas dan kering 
  3. Cuaca sejuk menyebabkan anak babi cirit birit
  4. Celup tali pusat dengan iodin
  5. Potong gigi (Tooth Cutter) pada satu  1 hari  umur anak baru lahir
  6. Beri susu tambahan pada anak yang kecil dan lemah (< 1.8Ib)
  7. Potong telinga untuk tanda pengenalan ladang
  8. Potong ekor ( Tail Doking) bagi tujuan mencegah serangan gerompok mengigit ekor (tail biting) pada satu  1 hari  umur anak baru lahir
  9. mengkasi anak babi jantan sebelum umur 2 minggu- penjagaan yang elok akan menghindari dari anak babi mengalami Hernia.
  10. Berikan makanan permulaan yang baik
  11. Berikan ubat cacing usia 3-4 bulan
  12. Umur anak babi 3-4 hari lepas kelahiran disuntik zat besi untuk mengelak anemia
  13. Kurangkan stress semasa cerai susu anak 1-2 bulan ke atas ( berat mencapai 20kg)
  14. Sentiasa membuat sanitasi pada kandang anak

Pengurusan anak babi untuk digemukkan
  • Anak babi akan mencapai berat badan 20kg (usia 1-2 bulan) di asingkan ke kandang pengemukan sehinggalah mencapai berat 100kg 

Penakaian Induk Betina
  • Usia untuk takai - 5-8 tahun bergantung baka babi
  • Jika babi betina melewati proses perkahwinan 2-3 kali namun masih gagal untuk bunting.
  • Kriteria penakaian babi betina ialah produktiviti ialah jumlah, saiz dan kualiti anak yang di cerai susu
  • Induk betina yang boleh ditakai jika masih produktiviti
  1. Induk dara - kurang dari 6-7 ekor anak yang di cerai susu
  2. Induk tua - kurang dari 7-8 ekor anak yang di cerai susu
  3. Positif penyakit Brucellosis, Leptosirosis dan Erisypelas
  4. Prolaps yang serius - Vaginal Prolaps dan Uterine Prolaps
  5. Menghadapi penyakit yang sukar dirawat contoh sakit kaki (Lameness)
Penakaian Induk Jantan
  •  Takai jika tidak produktif dan tidak subur
  • Kahwin dengan induk produktif namun jika anak kurang 6-7 ekor takai jantan

Pengurusan dan penyimpanan rekod
  • Rekod perlu dicatat dan disimpan
Jenis-jenis rekod
  1. Rekod kad ibu - Tarikh kahwin dan Tarikh beranak
  2. Rekod kad beranak - Tarikh beranak - Jumlah anak lahir (hidup / mati ),  Tarikh cerai susu, Potong gigi dan potong telinga dan suntikan yang diberikan.

PENGOLAHAN EFLUEN (SPE) BAGI PENTERNAK BABI

Setiap penternak akan perlu tahu berkenaan parameter-parameter yang perlu dipantau semasa melakukan pemantauan kendiri terhadap sistem rawatan efluen masing-masing. Parameter yang perlu diuji adalah:

a. Indeks kealkalian (pH)

b. Keperluan oksigen biologi atau biological oxygen demand (BOD)

c. Keperluan oksigen kimia atau chemical oxygen demand (COD)

d. Pepejal terampai atau total suspended solids (TSS)

e. Mixed Liquor Suspended Solid (MLSS)

f. Oksigen terlarut atau dissolved oxygen (DO)

g. Indeks isipadu enapcemar atau Sludge Volume Index (SVI)

h. Ammoniacal Nitrogen (AN)

i. Fecal coliforms

Buangan cecair dari ladang babi terdiri daripada 

  • Air basuhan kandang
  • Air kencing
  • Air mandian
  • Air minuman

Kuantiti sisa pepejal:

Penghasilan najis babi bagi satu Animal Production Unit (APU) iaitu berat badan 100kg adalah 8.4kg  sehari 

Kuantiti sisa cecair:

Jumlah sisa yang terhasil  daripada seekor babi yang mempunyai berat 100kg adalah dianggarkan 8.4 kg (air kencing dan tinja) dalam sehari 

Purata penghasilan air buangan bagi seekor babi (finisher / babi cukup matang untuk disembelih) iaitu kurang 40 liter sehari termasuk 2.1-2.5 liter/hari air kencing 


Secara lazimnya sistem rawatan direka bentuk mempunyai 3 peringkat:

1. Peringkat 1 – pengasingan sisa pepejal

2. Peringkat 2 – penguraian air sisa menggunakan mikrob

3. Peringkat 3 – pengenapan

Secara amnya, rekabentuk asas untuk sistem rawatan air kumbahan atau efluen ternakan seharusnya merujuk kepada dan mengikuti setiap peringkat tersebut. Konsep rekabentuk yang dicadangkan mempunyai tangki pengumpulan kumbahan (manure pit), pengasingan kumbahan (manure separation) untuk pengasingan pepejal larut, kolam anaerobik (anaerobic pond), kolam aerobik (aerobic pond) untuk penguraian sisa dan kemudiannya disalurkan kepada tanah lembap buatan (wetland) untuk polishing sebelum dilepaskan ke parit, longkang atau sungai

Bagi memaksimakan lagi proses rawatan, sisa yang diasingkan boleh juga dimasukkan ke dalam tangki pencerna anaerobik (anaerobic digester) untuk penghasilan biogas yang mengandungi gas metana. Gas metana tersebut boleh digunakan sebagai bahan bakar ataupun ditukarkan kepada tenaga elektrik. Saiz setiap sistem rawatan adalah bergantung kepada saiz ladang ternakan dan bilangan haiwan ternakan. Garis panduan ini disediakan dengan mengambil kira faktor-faktor ternakan dan alam sekitar yang membentuk saiz sistem rawatan sama ada bersaiz kecil, sederhana dan besar.

SISTEM ALTERNATIF - Rawatan Sisa Buangan Penternakan Khinzir

Sistem Biogas 

Sistem biogas adalah proses penguraian bahan organik (proses pemeraman di dalam loji biogas selama 28 hari yang bertujuan untuk mendapatkan gas Methane (CH4) – (50-75%), Karbon Dioksida (C02) – (25-45%) dan Hidrogen Sulfid (H2S) – (1-5%). pemampatan najis haiwan ternakan) secara anaerobik (tertutup) di dalam tangki pencernaan (digester) akan membebaskan oksigen daripada gas sehingga gas menjadi mampat

Komponen utama terhasil di dalam biogas adalah gas metana (CH4, 60 - 70%) dan karbon dioksida (C02, 30 - 40%). 

Gas-gas tersebut akan disimpan untuk menjana tenaga elektrik dan sistem penyaman udara di dalam kandang tertutup manakala air basuhan kandang akan dikitarkan semula



Proses ini menghasilkan enapcemar (separa cecair) yang telah stabil (digestate) dari tangki anaerobik. Enapcemar yang termendap perlu dikeluarkan dan dikeringkan untuk menjadi baja kepada tanaman atau menyuburkan tanah (soil conditioner). 

Walaubagaimanapun efl­uen yang keluar sistem ini masih tidak boleh mencapai tahap kualti air yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Justeru,  e­fluen perlu dirawat seterusnya sebelum dialirkan ke saliran awam.


No comments:

Post a Comment