Thursday, December 29, 2022

PERMOHONAN LESEN OPERASI RUMAH PENYEMBELIHAN TEMPATAN / SWASTA

PERMOHONAN LESEN OPERASI RUMAH SEMBELIHAN

Untuk Makluman, Pengusaha-pengusaha yang ada rancangan dan berminat untuk membina atau membangunkan  Rumah Penyembelihan Ternakan Tempatan perlulah membuat permohonan lesen kebenaran membina terlebih dahulu sebelum sesuatu Lesen Operasi Rumah Penyembelihan dapat diberikan. 

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Berikut adalah beberapa senarai semak yang setiap pengusaha perlu ambil perhatian

1. SURAT PERMOHONN LESEN OPERASI RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Pemohon perlu membuat surat rasmi dengan Latter Head Syarikat dan menyatakan pada Tajuk Permohonan Lesen Operasi Rumah Penyembelihan Swasta

Surat tersebut perlu disertakan bersama Borang permohonan yang telah lengkap dan Dokumen Sokongan yang dikehendaki.

Kemudian surat tersebut perlu dihantar kepada

PENGARAH

BAHAGIAN REGULATORI,

IBU PEJABAT

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA

2. BORANG PERMOHONAN LESEN OPERASI RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Operasi Rumah Penyembelihan Tempatan dengan lengkap.

Borang Permohonan tersebut yang telah lengkap perlu dilampirkan di hadapan dokumen sokongan serta perlu comb binding (jika tebal) atau staler (jika nipis) supaya tidak terlerai.


KLIK LINK UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN : 

2. KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG (KM)

Perkara utama Pengusaha  Rumah Penyembelihan Tempatan perlu lakukan adalah memenuhi kehendak Perundangan ( Local Authority ) yang ditetapkan.

  • Pengusaha  Rumah Penyembelihan Tempatan perlu  membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
* Salinan Surat Kelulusan / Syor daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) samaada Kebenaran Merancang Penuh (KM), Kebenaran Merancang Terhad (KMT),Pengecualian Kebenaran Merancang (PKM)


Semak jika ada perancangan pembangunan hartanah pada kawasan sekitar

Pastikan zon aktiviti mengikut majlis daerah tempatan (PBT): Zon Industri atau sebagainya

Pembangunan Rumah Penyembelihan Tempatan yang dibenarkan bagi sesuatu zon itu adalah berdasarkan pelan induk yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri.




3. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)

Secara amnya, Sijil Pendaftaran Syarikat menjadi satu kewajipan pengusaha  mendaftar  perniagaan samaada  secara sampingan atau serius sepertimana Mengikut Akta Perniagaan 1956 

  • Pemohon perlu mempunyai lesen perniagaan dan SSM yang sah
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia

4. GERAN TANAH DAN PELAN TANAH

Rumah Penyembelihan Tempatan adalah sebaiknya pemilik tanah juga hendaklah mempunyai geran

  • Status tanah adalah hak milik persendirian, pajakan atau penyewaan yang sah 
  • Geran Tanah dan Pelan diperlukan sekiranya Tanah milik Pemohon


5. PERJANJIAN SEWA / PAJAKAN

Jika tanah itu bukan miliknya, pemilik pengusaha perlu mendapatkan kebenaran bertulis dan perjanjian sewaan atau pajakan jangka panjang untuk menduduki tanah tersebut tanpa sebarang halangan untuk suatu tempoh yang ekonomik.

* Surat Perjanjian Guna / Sewa diperlukan sekiranya Tanah bukan milik Pemohon.




6. PROFIL SYARIKAT

Profil syarikat bertindak seperti dokumen informatif yang menonjolkan apa yang dimaksudkan oleh perniagaan dan apa yang berfungsi sebagai pelan untuk pertumbuhan.
Profil syarikat merupakan keterangan terperinci berserta butiran perihal syarikat yang memaparkan segala informasi dalaman berkenaan sesebuah organisasi atau syarikat.

* Profil syarikat perlu dinyatakan perkara berikut:
  1. Penerangan / Maklumat berkaitan Syarikat
  2. Senarai Ahli Jemaah Pengarah dan Kakitangan Syarikat
  3. Kapasiti Penyembelihan dan Jenis Penyembelihan
  4. Keupayaan Tenaga kerja
  5. Keupayaan Kewangan
  6. Cadangan Kesesuaian Tapak Projek 
  7. Cadangan Pelaksanaan Projek meliputi Cadangan Infrastrutur Utama Rumah Penyembelihan

7. SALINAN KAD PENGENALAN
Salinan Pemohon / Pemegang-pemegang Saham Syarikat / Pengarah Syarikat


8. PELAN PEMBINAAN
Pengusaha haruslah mengemukakan  Pelan Pembinaan yang menunjukan pelan kunci, pelan lokasi, pelan tapak, kedudukan sungai, parit, belukar dan kontur ketinggian serta kecuraman tanah dikawasan cadangan tapak. 

* Layout Pelan Rumah Sembelih di lukis oleh arkitek yang bertauliah.

Susun atur bangunan (lay-out plan)

Secara umumnya ruang yang perlu ada adalah seperti ruang penerimaan ternakan hidup, ruang penyembelihan /pendarahan, ruang eviserasi/pemeriksaan daging, ruang pemotongan, ruang penyimpanan (storage area) dan akhir sekali ruang pemunggahan (dispatch area)



9. SURAT SOKONGAN DARI JPV NEGERI

Setiap Permohonan Lesen Kebenaran Membina  Rumah Sembelih perlu disertakan bersekali dengan surat sokongan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri terlebih dahulu. Pihak JPV Negeri akan diminta memberi ulasan teknikal bertulis untuk menolak atau menerima atau menyokong dengan syarat diatas permohonan supaya sebarang keputusan tidak bercanggah dengan Enakmen-enakmen Negeri yang telah ditetapkan ( contoh *perintah kawalan Penyakit Negeri Johor 2005)

Adalah disarankan Pengusaha  Rumah Penyembelihan Tempatan yang memohon   Lesen Kebenaran Membina  Rumah sembelih perlulah mematuhi keperluan minimum yang diperlukan seperti keperluan- keperluan asas bagi sesebuah rumah penyembelihan seperti kandang, bangunan, peralatan penyembelihan dan pemprosesan serta juga kolam kumbahan. Keperluan asas ini adalah penting bagi sesebuah rumah penyembelihan untuk menjamin pengeluaran karkas dan daging yang selamat untuk pengguna. 



10. SURAT SOKONGAN DARI JABATAN AGAMA NEGERI

  1. * Bagi permohonan lesn rumah sembelih babi, pengesyoran dari Jabatan Agama Islam Negeri diperlukan.
  2. Permis Rumah Sembelih Babi disyorkan dibina / terpisah jauh di kawasan yang jaraknya sekurang-kurangnya 5 kilometer dari kawasan perumahan penduduk Muslim, Balai Raya, Masjid/ Surau, Sekolah dan Kawasan riadah awam.
  1. Bagi permohonan lesen rumah sembelih Ruminan, keperluan mendapatkan Sijil Tauliah Penyembelihan  bagi juru sembelih perlu diperolehi dari Jabatan Agama Islam Negeri
* Salinan Sijil / Kad Tauliah Penyembelih Halal bagi Permohonan Rumah Sembelih Ruminan


11. PELAN LOKASI / GOOGLE MAP/ KOORDINAT GPS



Pelan Lokasi melalui Google Map dan Koordinat GPS diperlukan bagi tujuan memudahkan mengenal pasti kedudukan Premis Rumah Penyembelihan 

 CARTA ALIR

HANTAR BORANG PERMOHONAN

  • Pemohon perlu cetak salinan
  • Dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh DUA (2) Minggu dari tarikh permohonan
  • Urus setia JPV akan proses Borang Permohonan Pemohon
  • Pastikan Borang dan Senarai Semak Dokumen yang diperlukan mencukupi
  • Urus setia JPV akan melantik beberapa orang Pegawai Auditor dan akan datang membuat Lawatan Audit Kelulusan Membina ke tapak premis penyembelihan tersebut.
  • Laporan Audit Pemerhatian akan di buat.

PEMBENTANGAN SYOR AUDIT DI MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PERMOHONAN BARU RUMAH PENYEMBELIHAN

  • Pegawai Auditor akan membentangkan
  • Laporan Syor Audit di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Permohonan Baru Rumah Penyembelihan Swasta .
  • Jawatankuasa akan menilai dan membuat keputusan berdasarkan ulasan dan hasil Audit sama ada disyorkan bagi permohonan tersebut sama berstatus

            a) LULUS

            b) GAGAL

            c) TANGGUH


PROSES MENDAPATKAN LESEN OPERASI RUMAH SEMBELIH SWASTA

PEMBENTANGAN SYOR AUDIT DI MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PERLESENAN RUMAH PENYEMBELIHAN

  • Pegawai Auditor sekali lagi akan membentangkan
  • Laporan Syor Audit di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelesenan Swasta Rumah Penyembelihan.
  • Jawatankuasa akan bermesyuarat dan membuat keputusan berdasarkan ulasan dan hasil Audit sama ada disyorkan bagi permohonan tersebut sama ada

             a) LULUS TANPA SYARAT

             b) LULUS BERSYARAT DENGAN SYOR PENAMBAHBAIKAN


PENGESYORAN KELULUSAN PERLESENAN RUMAH PENYEMBELIHAN OLEH YB MENTERI PERTANIAN

  • Jawatankuasa akan mengangkat permohonan untuk PENGESYORAN KELULUSAN OLEH YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, MALAYSIA
  • SETELAH MENDAPAT KEPUTUSAN YB MENTERI
  • Pemohon akan dimaklumkan kelulusan membina / lesen operasi telah BERJAYA.
  • Pembayaran Fi sebanyak RM 300.00 dikenakan bagi Lesen operasi.
  • (NO KELULUSAN MEMBINA / LESEN AKAN DIDAFTARKAN KE DALAM SISTEM SIHAT)


LESEN SWASTA RUMAH PENYEMBELIHAN AKAN DIKELUARKAN

  • Lesen Swasta Rumah Penyembelihan akan dikeluarkan
  • Pembayaran Fi sebanyak RM 300.00 dikenakan bagi Lesen operasi.
SYARAT-SYARAT LESEN SWASTA RUMAH PENYEMBELIHAN

Setiap Lesen yang dikeluarkan di belakangnya ada tertulis syarat-syarat yang dikenakan kepada Pengendali. Maka setiap pengendali yang di berikan lesen haruslah mematuhi setiap syarat-syarat peraturan yang telah di tetapkan


PELANGGARAN SYARAT LESEN

Jika Pengendali Berlesen di dapati melanggar syarat atau gagal / tidak patuh  peraturan sepertimana yang ditetapkan tindakan pengantungan lesen atau pembatalan lesen boleh dilakukan.



PENALTI

Jika Pengendali Berlesen di dapati melanggar syarat atau gagal / tidak patuh  peraturan sepertimana yang ditetapkan tindakan apabila sabit kesalahan maka denda bolehjuga  dikenakan kepada pengendali iaitu dengan nilai tidak melebihi RM 50,000.


BAYARAN / FI BAGI LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN 

Terdapat bayaran fi yang akan dikenakan semasa proses permohonan sehingga lesen dikeluarkan sepertimana di dalam jadual di bawah


PERMOHONAN  LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA SECARA ONLINE SISTEM

Buat pemohon Membina / Lesen Rumah Penyembelihan Swasta secara Online

Sila klik pada pautan 

 ( http://sihat.dvs.gov.my BUAT PERMOHONAN )



PANDUAN BUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE SISTEM 

1) Panduan & Tatacara Penggunaan Sistem Sihat Permohonan Membina / Operasi 

Sila klik pada pautan 

 ( http://sihat.dvs.gov.my Panduan Permohonan Operasi )

2) Panduan & Tatacara Penggunaan Sistem Sihat Permohonan Lesen 

Sila klik pada pautan 

 ( http://sihat.dvs.gov.my Panduan Permohonan Lesen )



No comments:

Post a Comment