Monday, November 25, 2024

PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT


TERNAKAN LEMBU PEDAGING NEGARA:

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat. Dilaporkan dimana sehingga kini bekalan daging lembu di Malaysia masih tidak mencukupi dan bekalan diimport dari luar negara seperti daripada India, Australia dan Thailand. Kawalan kemasukan import daging lembu ini dibawah Kementerian Pertanian dan Makanan melalui sistem kelulusan import (AP). Dinegara kita sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta beberapa kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang mudah didapati.

Risalah Rujukan:

Pelan Strategik Industri Negara 2021-2025

Permintaan untuk daging lembu di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun. Harga runcit bagi daging import adalah RM8.50  RM12.00/kg manakala harga runcit bagi daging tempatan lebih mahal iaitu RM18.00 - RM35.00/kg.


Dimensions & Sizes









PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

FIDLOT :DEFINISI

Ternakan diperlihara (dikurung) dalam kawasan terhad (kandang) dan diberi makanan dan minuman secukupnya
Memelihara lembu secara intensif dalam kandang / kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu pedaging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral & vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.

TUJUAN
  1. Membesar & menggemukan lembu dengan cepat & cekap
  2. Satu sistem bercorak komersil bertujuan mendapat keuntungan

KONSEP
  1. Semua kos input utama : ternakan, makanan, .kandang dll adalah minimum tetapi pada spesifikasi sepatutnya
  2. Kejayaan bergantung kepada persiapan yang rapi, lengkap dan teratur

SISTEM
  1. Sistem ternakan adalah Sekali masuk - sekali keluar maksudnya  memelihara 1 kumpulan lembu sehingga mencapai target berat atau umur, kemudian dijual kesemuanya. selepas habis dijual barulah akan ambil 1 kumpulan lembu yang baru.
  2. Sekumpulan ternakan diperlihara dalam satu masa sehingga tamat tempoh. Selepas semua habis dipasar baru diperlihara kumpulan berikutnya
  3. Memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat sehingga mencapai target berat atau umur, kemudian dijual atau dipasarkan secara berterusan

Berikut disenaraiakn beberapa baka lembu pedaging yang diternak di Malaysia :-

(1) Lembu Kedah Kelantan (K-K)

  • KK ialah baka lembu tempatan yang hidup dalam iklim panas dan lembab.
  • Baka lembu tempatan (KK) ini merupakan baka yang amat sesuai untuk diternak di negara ini. 
  • Baka lembu tempatan (KK) mempunyai sifat yang tahan daripada serangan dan juga jangkitan penyakit. 
  • Baka lembu tempatan (KK) mempunyai  badan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti warna perang-hitam, coklat dan kekuningan. 
  • Biasanya jumlah berat anak lembu yang baru dilahir adalah kira-kira 14 - 16kg seekor. 
  • Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg sehari sehingga mencapai umur dua tahun. 
  • Berat matang bagi lembu K-K ini adalah antara 200 - 250kg seekor. 
  • Jumlah daging yang dapat diperolehi adalah kira-kira 45% daripada berat badan lembu. 
  • Lembu K-K ini banyak diternak dikawasan Utara Semenanjung Malaysia dimana kebanyakan sistem ternakan secara tradisional.

(2) Lembu Baka Brahman

Rujukan Risalah:


  • Baka lembu Brahman ini adalah berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika 
  • Lembu Brahman merupakan antara baka lembu paling popular di AS, Amerika Selatan dan Australia, serta turut popular digunakan untuk pemprosessan daging.  
  • Baka lembu Brahman ini besar dan biasanya akan mempunyai berat matang lebih kurang 520kg 
  • Bagi lembu betina manakala bagi lembu jantan mencapai 700-900kg seekor. 
  • Ciri-ciri Brahman termasuk bonggol besar di belakang, telinga panjang dan berjuntai, serta badan berotot. 
  • Baka ini mempunyai kulit yang tebal dan kendur, serta diselaputi dengan kelenjar peluh, membuatkan ia tampak berkilat.
  • Baka lembu ini juga sesuai untuk kerja-kerja lasak dan boleh tahan cuaca panas. 
  • Disebabkan ini, Brahman boleh menyesuaikan diri dengan iklim panas dan lembab. 
  • Baka lembu Brahman ini juga popular kerana mempunyai ketahanan yang baik kepada parasit. 
  • Lemba Brahman matang mampu untuk menghasilkan daging yang bermutu dengan jumlah agak banyak iaitu sekitar 400 - 450kg daging seekor. 
  • Anak lembu ini selalunya akan dilahirkan kira-kira 22 - 27kg beratnya dan baka jenis ini adalah cepat membesar. 

(3) Lembu Baka Local Indian Dairy (L.l.D.) 

  • Baka LID ini merupakan campuran antara baka Kangayan, Hallikar dan Ongole daripada negara India. 
  • LID ini dianggap jenis tempatan kerana ada yang bercampur juga dengan baka K-K. 
  • Baka LID biasanya berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. 
  • Baka ini boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana dan didakwa memang tahan kutu dan jangkitan penyakit. 
  • Biasanya bagi lembu ini mencapai berat matang sehingga 280- 320kg. 
  • Anak lembu ini selalunya akan dilahirkan di antara 18-20kg beratnya. 
  • Mempunyai jumlah daging yang banyak                                               

(4) Lembu Baka Droughtmaster 

Rujukan Risalah:

  • Hasil kacukan lembu Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. 
  • Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap. 
  • Matang bila mencapai umur kira-kira 630 hari. 
  • Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. 
  • Berat mencapai lebih kurang 330kg apabila mencapai umur dua tahun 


(5) Lembu Baka Charolais 

Rujukan Risalah:

  • Charolais ialah baka lembu yang paling banyak digunakan untuk penghasilan daging. 
  • Lembu Charolais juga turut digunakan untuk meningkatkan kualiti baka lembu yang lain. 
  • Lembu Charolais terkenal dengan ototnya yang banyak dan besar. 
  • Baka Charolais juga boleh membesar dengan cepat serta merupakan antarabaka lembu yang mempunyai kadar pertambahan berat yang tinggi. 
  • Kebiasaannya, charolais berwarna putih dan putih-krim.

(6) Lembu Kacukan Jersey

Rujukan Risalah:

  • Lembu kacukan Jersey adalah baka lembu tenusu yang paling kecil berbanding baka tenusu yang lain,
  • Beratnyapula dalam lingkungan 360 hingga 540 kg.
  • Baka Jersey berasal dari Channel Island of Jersey,England
  • Lembu Jersey ini juga merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia iaitu untuk penghasilan daging lembu dan juga susu.
  • Tahap kesuburan yang tinggi dan boleh melahirkan anak walau di kacukkan dengan apa juabaka termasuk di kacukkan dengan baka pedaging.


(7) Lembu Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal) 

  • Baka lembu ini lazimnya berwarna hitam kemerahan. 
  • Baka ini adalah daripada hasil kacukan antara lembu betina jenis Friesian dan jantan Sahiwal. 
  • Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. 
  • Baka Mafriwal juga merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia iaitu untuk penghasilan daging lembu dan juga susu segar. 
  • Baka lembu ini dilaporkan boleh dan dapat mengeluarkan susu sebanyak 1,500 - 2,000 kg. 
  • Purata berat anak semasa lahir 24kg. 
  • Berat matang seekor lembu ini mencapai 360kg. 
  • Kadar purata kenaikan berat badan bagi baka ini dalam lingkungan 0.37kg sehari.
Rujuk Risalah:

(8) Lembu Baka Limousine 
  •  Berwarna kuning muda, merah keemasan dan merah gelap(merah lipan atau Cherry Red)
  • Badan panjang dan berbentuk silinder
  • Kulit tidak begitu tebal tetapi elastik dan ditutupi dengan bulu kerinting
  • Tanduk berdiameter kecil dan tumbuh melintang di kepala dan hujungnya membengkok kedepan.
  • Warna hidung, kuku dan kemaluan berwarna merah
  • Tiada bulu berwarna hitam atau putih dalam bulu telinga dan dibadannya kecuali warna cerah dalam bawah bahagian perut, kaki dan bahagian kemaluannya.
  • Umur matang 11 bulan
  • Berat penjantan boleh mencapai 1000 kg - 1200 kg
  • Berat betina boleh mencapai 600 kg - 700 kg
  • Penukaran makanan menjadi dagingnya adalah berkapasiti tinggi kerana serat otot adalah nipis dan tanpa urat lemak besar. Penukaran yg sangat baik dimana kurang makanan diperlukan untuk mengubahnya menjadi daging.
  • Sangat terkenal disebabkan oleh genetik F94L.

(9) Lembu Baka Kacukan Komersial dari Australia 

     (Australian Commercial Crosses) 

  • Terdapat banyak pilihan untuk baka hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging dari Australia. Antaranya ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. 
  • Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak dan harga yang berpatutan. 
  • Terdapat penternak komersil yang mendapatkan baka kacukan daripada Australia duntuk dijadikan baka ternakan di Malaysia.
Lembu Baka Shorthorn
  • Lembu jenis ini sama dengan hereford dan juga dibiak bakakan di negara United Kingdom.
  • Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 850kg.

Lembu Baka Hereford
  • Lembu jenis ini juga merupakan baka keturunan Eropa yang dikembangkan di United Kingdom
  • Berat lembu jantan rata-rata 900kg dan betinanya 725kg.

(9) Lembu Baka Kacukan K-K

  • Kacukan Pedaging K-K Baka ini dihasilkan dari program kacukan lembu betina baka K-K dengan baka-baka lembu pedaging jantan seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan juga baka Simmental. 
  • Kaedah kacukan dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport. 
  • Baka ini lazimnya lebih sesuai diternak dinegara kita dimana mampu menghasilkan daging lebih baik.

Lembu Baka Simmental

  • Berasal dari Switzerland
  • Menmpunyai rangka badan yang besar
  • Bulu badan yang pendek dengan variasi warna tetapi biasanya putih keemasan dengan bintik-bintik merah dan putih
  • Dwiguna (daging dan susu) dengan penghasilan susu yang baik

FAKTOR UNTUNG RUGI OPERASI

Faktor ternakan

  1. Harga belian feeder
  2. Harga jualan finisher
  3. Keupayaan & prestasi baka yg digunakan


Faktor makanan

  1. Harga makanan

Garis panduan amalan penternakan fidlot yang baik

  1. Terletak ≥ 0.5 km radius dari kawasan perumahan / perindustrian
  2. Mempunyai bekalan elektrik - bagi perusahaan secara komersil perlu untuk menjalankan mesin makanan, pam air, lampu dll.
  3. Terletak berhampiran dengan pasaran daging yang berpotensi
  4. Mempunyai kemudahan jalan keluar masuk untuk pengangkutan
  5. Berhampiran dengan kilang membuat makanan yang akan digunakan.
  6. Paksi memanjang timur barat
  7. Reka bentuk, ukuran menentukan kandang mempunyai pengudaraan yang baik
  8. Mempunyai kemudahan salirkan untuk mengalirkan najis dan basuhan kandan, tanpa mencemar air kegunaan orang ramai.
  9. Tempat menimbang,mempunyai tempat pemunggahan ternakan
  10. Mudah mendapat air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.
  11. Elak kawasan rendah & mudah ditenggelami banjir

TERNAKAN
  1. Perolehan bekalan feeder bebas penyakit
  2. Timbang berat badan individu semasa tiba
  3. Tentukan feeder baru tiba tidak stress

INFRASTRUKTUR
1. Lokasi
2. Kandang
3. Pagar Perimeter & Pintu Utama
4. Kolam Takungan Najis
5. Tempat Pemungahan Ternakan
6. Stor Makanan, Peralatan,Ubatan & Bahan Kimia
7. Ruang Makan & Palung Air Minuman
8. Tempat Rawatan & Menimbang



KANDANG

  1. Ruang kandang yg mencukupi & selesa, sekurangnya 20 - 25 kaki persegi bagi seekor lembu 
  2. Gunakan lantai konkrit (ketebalan 10cm/4 inchi)- memudahkan pencucian kandang serta memberi keselesaan pada ternakan
  3. Kecuraman lantai - 1m bagi setiap 24 m panjang bagi mengelak air bertakung & memudahkan pembuangan najis ke longkang. Lantai tidak terlalu licin, elak daripada tergelincir
  4. Tinggi kandang ≥ 10 (3.0 m) dari lantai ke bumbung bagi menyediakan siatem pengudaraan yang baik
  5. Kandang separuh bumbung memadai untuk mengurangkan kos, mempercepatkan pengeringan lantai & memberi sinaran matahari terus pada lembu
  6. Pagar / dinding setinggi 1.2 - 1.5 m dengan jarak antara palang dinding 0.3 mKandang daripada bahan yang tahan lama, tidak berkarat serta mudah dicuci.

Keluasan Ruang Kandang Mengikut Bilangan Lembu:

BILANGAN LEMBU

KELUASAN RUANG KANDANG

10 ekor

20’ X 16’

30 ekor

60’ X 16’ / 30’ X 32’

50 ekor

100’ X 16’ /50’ X 32’

100 ekor

200’ X 16’ /100’ X 32’


Ukuran yang baik bagi sebuah kadang adalah bersaiz 120 kaki X 80 Kaki bagi menempatkan 100 ekor induk. Ini adalah penting bagi menjamin keselesaan ternakan akan tidak sentiasa dalam keadaan stress. Saiz sesebuah kadang akan berubah mengikut jenis baka ternakan yang akan dipelihara kerana setiap baka mempunyai kadar saiz badan yang berbeza-beza. Selain daripada itu juga, keperluan seperti travis perlu disediakan bagi kemudahan pemindahan ternakan.

PAGAR PERIMETER & PINTU UTAMA
  1. Ladang dilingkungi dengan pagar perimeter yang mempunyai hanya satu pintu masuk utama bagi tujuan biosekuriti
  2. Vehicle dip dibina dipintu masuk utama untuk tujuan disinfeksi kenderaan yang masuk keluar ladan

KOLAM TAKUNGAN NAJIS
  1. Takungan najis bagi menampung pepejal najis supaya hanya air jernih sahaja mengalir keluar dari kawasan kandang. Elak najis daripada mencemarkan sungai & persekitaran
  2. Ukuran takungan najis bergantung kepada bilangan ternakan. Bagi 50 ekor lembu dewasa kolam berukuran 2 m panjang, 2 m lebar & 1 meter dalam
  3. Keluarkan najis apabila kolam penuh, boleh diguna sebagai baja

TEMPAT PEMUNGAHAN TERNAKAN

  1. Diperlukan bagi menyenangkan kerja-kerja pemungahan ternakan & makanan
  2. Tanah dipotong / ditambak @ tangga dibina setinggi lantai lori
  3. Loading ram sentiasa berkeadaan baik & selamat digunakan

STOR MAKANAN, PERALATAN,UBATAN & BAHAN KIMIA
  1. Stor makanan, peralatan, ubatan veterianar, bahan kimia dibina @ bilik berasingan
  2. Berbumbung, berdinding, berlantai serta kalis api & serangga
  3. Dibina dengan sistem pengudaraan yang baik
  4. Ubatan veterinar disimpan dlm kabinet khas & terkawal dalam stor ubat
  5. Stor makanan -mempunyai kemudahan untuk memungggah guni-guni makanan

RUANG MAKAN & PALUNG AIR MINUMAN
  1. Ruang makan perlu disedia secukupnya supaya semua lembu boleh makan serentak. Anak lembu memerlukan ruang sepanjang 0.45 m seekor, dewasa 0.6 m.
  2. Kedudukan palung air minuman bergantung pada reka bentuk kandang. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung air boleh ditempatkan di antara petak.
  3. Konkrit merupakan bahan sesuai, tong dram dan alternatif lain boleh diguna

PASUNG / TREVIS -TEMPAT RAWATAN & MENIMBANG
  1. Ladang mesti dilengkapi dengan trevis untuk memudahkan kerja-kerja rawatan,program permanian beradas, pengasingan & menimbang ternakan
  2. Travis mestilah sentiasa berkeadaan baik & selamat digunakan

BEKALAN LEMBU FEEDER
  1. Diperolehi daripada pembekal (samada ladang atau gerompok ternakan ) yang telah diperakui bebas penyakit oleh JPH.
  2. Kempulan lembu feeder yang dibeli perlu mempunyai sijil kesihatan dan dokumen perjalanan yang lengkap

PENGURUSAN
Pengurusan cekap & sistematik untuk kesihatan, peningkatan berat harian yang maksimum, kos operasi yang minimum & keuntungan optimum

MELIBATKAN PENGURUSAN
  1. Personel
  2. Ternakan & kandang
  3. Makanan & kesihatan
  4. Rekod

PEGURUSAN PERSONEL
 Bil pekerja operasi fidlot secara komersil:
  1.  Operasi manual : 1 orang untuk 200 ekor
  2.  Operasi mekanikal : 1 orang untuk 400 ekor

Bagi Fidlot kecilan guna tenaga keluarga : 
  1. 1 orang untuk 50 ekor
Sediakan jadual bertugas, jadual kerja harian supaya penyelenggaraan operasi &
pengurusan lebih cekap

PENGURUSAN TERNAKAN BARU TIBA
  1. Periksa untuk kepastian bebas jangkitan penyakit, infestasi kutu , tidak cacat, tiada kecederaan serta mempunyai keseragaman badan .
  2. Timbang untuk rekod berat awal dan diasingkan mengikut kumpulan berat badan yang sama .
  3. Pastikan ternakan mendapat air minuman yang mencukupi dan telah dibancuh ubat `anti-stress` contoh stress pack untuk mengurangkan tekanan stress.

PENGURUSAN TERNAKAN SEMASA PEMELIHARAAN
  1. Beri makanan bermutu secukupnya ( 3 % berat kering daripada berat badan), 2 x sehari: 7-9 pagi & 6 jam kemudian (1 - 3 petang)
  2. Sekiranya ternakan belum biasa dengan PKC, perkenalkannya dengan mencampur rumput & molasses.
  3. PKC sentiasa ada dalam palung, tambah jika kurang dengan kadar berpatutan Makanan sisai hendaklah diasing untuk ditabur ke atas makanan yang baru ditambah. Buang jika kualiti tidak elok.
PENGURUSAN ANAK LEMBU JANTAN BAGI TUJUAN FIDLOT
Anak-anak jantan dipisahkan dari ibu masing-masing pada umur dua minggu. Ternakan ini hendaklah dipelihara di dalam kandang-kandang dibina khas untuk anak selama 6 bulan. Oleh kerana anak jantan sangat sesuai untuk dijadikan lembu pengganti fidlot, pemeliharaan untuk pembesaran merupakan satu bidang usaha yang berpotensi tinggi.

Pada umur dua minggu, anak lembu jantan yg dipisahkan dari ibunya diberi makan susu gantian. Campuran yang baik hendaklah dibuat mengikut panduan oleh pembekal, supaya kepekatannya seperti susu segar. Sebanyak 3 liter diperlukan sehari pada minggu kedua dan ditambah satu liter tiap-tiap minggu hingga tidak lebih 10% dari berat badannya atau kira-kira 8 liter apabila pemberian susu ini diberhentikan pada umur 3 bulan.
Bermula pada umur dua minggu juga, anak lembu mula dikenalkan kepada makanan pepejal berupa dedak permulaan atau 'calf-starter' dan keratan rumput segar. Pada minggu ketiga, ia perlu dapat memakan 100 gm calf-starter dan 500 gm rumput segar. Pada minggu keempat, ia akan dapat memakan 150 gm calf-starter dan 1 kg rumput. Calf-starter dan rumput ditambah perlahan-lahan hingga anak lembu dapat memakan antara 0.75-1.0 kg calfstarter dan 5-8 kg rumput sehari pada umur 3 bulan. Selepas 3 bulan, apabila susu gantian diberhentikan; calf-starter perlu terus diberi pada kadar 1.5 kg sehari seekor sehingga mencapai umur 6 bulan. Rumput hendaklah diberikan dengan berlebihan.
Air bersih perlu diberi kepada anak lembu setiap hari, pada kadar 4-7 liter di antara 2-6 bulan. Selepas ini air mestilah diberikan secara berlebihan. Walau bagaimana banyak anak lembu itu memakan rumput potong, ia hanya boleh dilepaskan meragut pada umur 6 bulan. Pada umur itu, sebanyak 10-15 ekor anak boleh meragut di dalam satu hektar padang ragut bertanam dengan rumput bermutu.

Apabila anak lembu mencapai umur 12 bulan, berat badannya dianggarkan 180 kg dan boleh jual sebagai ternakan fidlot.

Air minuman
Air minum yang bersih sentiasa tersedia secukupnya di dalam palung

Mineral
Campur dengan kadar 1 kg setiap 100 kg PKC
Atau garam jilatan (blok mineral)

Menimbang
  • Timbang setiap bulan @ sekuranganya pada pertengahan & akhir tempoh pemeliharaan untuk rekod kenaikan berat badan
  • Perlu untuk menyelaras pertambahan makanan & singkiran yang terbantut, sakit untuk mengelak kerugian
Aktiviti lain
  1. Elok mandikan ternakan 1 x sehari
  2. Program kesihatan jika perlu
  3. Kerja-kerja pengrekodan

PENGURUSAN KANDANG
  1. Bersih kandang & kawasan sekeliling sekurangnya sekali sehari. Pastikan tidak membasahi palung makanan
  2. Cuci perlatan ladang selepas digunakan
  3. Bersih takung makanan setiap hari
  4. Bersih palung air setiap minggu

Rumput & Hijauan

Rumput Napier, jagung, signal grass, dan legume adalah asas makanan. Ia murah dan mudah ditanam, namun kandungan nutrisinya terhad jika diberi semata-mata

PENGURUSAN MAKANAN

Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 % daripada kos pengendalian/operasi.

Biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0 kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg.

Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa,

Namun sebagai langkah yang baik bagi memgimbangi kos pengeluaran pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.

  1. Bekalan makanan seperti PKC & hasil buangan pertanian : hampas soya, sagu, barli, nenas
  2. Periksa kualiti makanan yang diterima & pantau dari masa kesemasa
  3. Jika perlu, ambil contoh makanan secara rawak untuk ujian kualiti & aflatoksin

📌 Contoh ration harian seekor lembu pedaging 250kg:

  • 10–15kg rumput segar
  • 3–4kg dedak komersial (SBS 707)
  • Air bersih tanpa had


PENGURUSAN KESIHATAN
  1. Pastikan kandang yang telah digunakan didisenfek sekurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk
  2. Sediakan ubatan asas untuk rawatan luka, myiasis, diarea, sakit mata, kembung, rawatan sokongan (vitamin, tonik) & antibiotik berspektrum luas.
  3. Perhatikan kesihatan ternakan semasa memberi makan, mandi @ basuh kandang
  4. Laksanakan program kesihatan jika perlu seperti nyahkutu, nyahcacing terutama semasa menerima ternakan
  5. Suntikan vaksin yang harus diberikan pada ternakan
  6. Asing & buat rawatan awal ternakan sakit sekiranya ekonomik dirawat & tidak berjangkit pada ternakan lain
  7. Penyakit lazim lembu fidlot ialah diarea, kembung,myiasis, pneumonia,asidosis, sakit mata kematian, pemsasaran/jualan, personel, kewangan


Sebelum Menerima Ternakan
  • Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk.
  • Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman). contoh disinfektan yang boleh digunakan :
  1. Lindores
  2. Omnicide
  3. Mefarol
  4. Lysol
Jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot:


Sewaktu Menerima Ternakan

Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti:-
a. Diarea
b. Pernafasan tidak normal
c. Cecair daripada hidung (nasal discharge)
d. Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar
e. Bulu tidak kemas dan pudar
f. Kehadiran kutu pada badan ternakan
g. Tanda-tanda lain yang tidak normal

Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini.
Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat antistress (Stress pak)

Semasa Tempoh Pemeliharaan

Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit.
Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan.

Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut:

i. Pemberian ubat cacing (deworming)
• Dilaksanakan jika perlu berdasarkan-
a. Tanda-tanda bebanan cacing seperti :
• Kurang selera makan
• Kurus/lemah
• Berak cair/diarea
• Najis berbau
• Bulu tidak kemas dan pudar
• Perut buncit/abdomen besar
• Selaput basah pucat
• Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu

b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)
• bilangan telur cacing dalam tinja
Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral :
• Systemic.Synantic
• Chanaverrn Plus

ii. Pembasmian kutu (Deticking)
• Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada badan ternakan.
• Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan- Asuntol, Melathion, Tactic, Greenade : secara mandian/spray, Bayticol : secara pour-on, Ivomec : secara suntikan
• Bebanan kutu boleh mengugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis

iii. Rawatan
• Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit
• Pastikan rawatan itu ekonomik, berpotensi untuk sembuh, bukan penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik.


Makanan
  • Tempat simpanan makanan kalis haiwan liar, mempunyai pengudaraan yang baik
  • Jika tempat simpanan makanan berlantai simen atau tanah makanan di simpan dialas diatas lebih kurang 15 cm

Dedak komersial dirumus khas untuk fasa tertentu.

  • Dedak permulaan: untuk anak lembu muda
  • Dedak pembesaran: untuk kadar pertumbuhan optimum
  • Dedak pengakhiran: untuk finishing sebelum dijual
Antara dedak makanan lembu yang terkenal dipasaran yang dicadangkan untuk diberikan sebagai makanan harian:



Palm Kernel Expeller (PKE) adalah hasil sampingan daripada proses pengeluaran minyak sawit. PKE kaya dengan protein dan tenaga, menjadikannya makanan ideal untuk haiwan ruminan seperti lembu dan kambing

Cara Penggunaan

  • Lembu Pedaging: 2 – 3 kg sehari, bergantung pada umur & berat.
  • Lembu Tenusu: 3 – 5 kg sehari, bersama makanan hijau atau rumput segar.
  • Pastikan lembu mendapat air bersih secukupnya setiap masa.

Vitamin & Mineral

Kalsium, fosforus, magnesium, dan trace mineral seperti zink, kuprum, mangan penting untuk tulang kuat, sistem imun, serta kesuburan. Kekurangan mineral boleh menyebabkan penyakit seperti tulang rapuh dan masalah reproduktif.

Garam Jilat

Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara ad-libitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi.

Blok Urea Molas ( Urea Molasses Block)

Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi sebagai perangsang selera.

Air minuman

Air adalah nutrien paling penting. Seekor lembu pedaging boleh minum antara 30–50 liter sehari bergantung pada cuaca dan makanan. Air bersih dan mudah dicapai adalah wajib.

  • sumber air bersih
  • ternakan diberi air minuman suhu sesuai 10-12°C
  • Pantau kualiti air pH 6.0-8.0
Rangsum Makanan Lembu Fidlot
Pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat nutriennya. Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan yang mampu dimakan oelh ternakan

Keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot


Keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot:


Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di bawah


Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan  sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:-


Kaedah Formulasi Makanan
Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan campuran makanan atau rangsum unutk lembu fidlot, diantaranya ialah:
a) Kaedah Silang (Pearson Square Method)
b) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)
c) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)

ii. Contoh Kaedah Silang
Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat praktikal. Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amat ringkas, seperti ditunjukkan dibawah.
Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%) dan hampas sagu rumbia (Protein - 2.0%) disediakan untuk mendapatkan purata kandungan protein sebanyak 14%.
Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi 14% protein yang diperlukan diletakkan ditengah-tengah "Silang"


Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak isirong sawit dan hampas soya /sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut:-
Dedak isirong sawit : 85%
Hampas soya / sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah)
Jumlah : : 100.00%

Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika diperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan mudah bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian seperti berikut:

  • Dedak isirong sawit 83.5%
  • Hampas soya / sagu rumbia 14%
  • Trikalsium fosfat 1.0%
  • Garam 1.0%
  • Kapur (Ground limestone) 0.5%
                    Jumlah 100%

Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang perlu. Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna.

Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot.

Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya perlu diproses terlebih dahulu. Sama ada perlu diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit dan batang jagung kemudian digauk dalam sebuah "mixer"

Contoh contoh formulasi makanan beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian


Kawalan Pencemaran

  • Tidak terus disalir ke dalam system peparitan luar
  • kolam effluent 3 peringkat pengolahan najis & air cucian kandang
  • BOD air kumbahan dr kolam effluent peringkat ketiga kurang 50 ppm

Sanitasi
Membiarkan kandang kering dan kosong sekurang2nya 1 minggu sebelum kumpulan feeder baru dibawa masuk

Sistem Rawatan Kolam Efluen 
Secara lazimnya sistem rawatan direka bentuk mempunyai 3 peringkat: 

  1. Kolam Anaerobik
  2. Kolam Fakultatif
  3. Kolam Aerobik / maturasi (maturation)

Kolam Anaerobik - Proses biologi dimana mikroorganisma akan merendahkan bahan pencemar organic tanpa kehadiran oksigen.

Kolam Fakultatif - Kolam yang mempunyai dua zon penguraian bahan organic. Zon lapisan atas ialah zon aerobik dimana bakteria menggunakan oksigen untuk menguraikan bahan organik. Sementara zon lapisan bawah ialah zon anaerobic dimana bacteria tidak menggunakan oksigen untuk menguraikan bahan organik.

Kolam Aerobik / maturasi (maturation) - Kolam terakhir proses penguraian oleh bacteria yang menggunakan oksigen dan akan meningkatkan kualiti air buangan. Peringkat ini juga berfungsi sebangai memusnahkan mikroorganisma pathogen.


PENGURUSAN REKOD
  1. Penting untuk penilaian projek : prestasi ADG, & kos operasi berbanding pendapatan bagi mendapat pulangan maksimum
  2. Rekod yang perlu: pembelian feeder, pemberian makanan harian, ADG, kesihatan

PEMASARAN
Paling penting dikaji sebelum operasi fidlot dijalankan.
Timbangan hidup hendaklah diguna sebagai asas jualan
Kaedah pemasaran
  1. Jualan lembu hidup pada peraih / butcher
  2. Jualan hidup untuk aqiqah & kurban
  3. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

-Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.
-Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.
-Pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut.Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.

Untung-Rugi Operasi Fidlot Faktor-faktor utama:-
i. Faktor ternakan

a. Harga belian feeder
b. Harga jualan finisher
c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan

ii. Faktor makanan (harga)
Ini kerana 70% adalah dari kos pengeluaran

-kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan (market timing adalah penting sebagai contoh Hari Raya Aidil Adha).

Contoh aliran fizikal ternakan

Bahagian ini meliputi unjuran aliran fizikal ternakan bulanan dan tahunan Parameter yang perlu diambil kira dalam menentukan kos projek fidlot dengan model yang dinyatakan (200 ekor lembu setiap pusingan). Maka setiap perancangan projek yang cekap akan menentukan kejayaan dan keuntungan sesuatu projek fidlot yang diusahakan. 

Unjuran aliran fizikal lembu dalam projek fidlot merangkumi anggaran bulanan dan tahunan kemasukan lembu ke dalam ladang, pengeluaran (jualan) lembu, serta bilangan stok lembu pada setiap bulan. Unjuran ini adalah sebahagian daripada analisis kewangan yang lebih luas, yang turut merangkumi aliran tunai, penyata pendapatan, dan analisis margin kasar untuk penilaian projek ternakan

Apa yang termasuk dalam unjuran aliran fizikal lembu: 

  • Kemasukan lembu: Jumlah lembu yang masuk ke dalam projek, sama ada untuk tujuan pembesaran atau lain-lain.
  • Pengeluaran lembu: Jumlah lembu yang dikeluarkan dari projek, biasanya melalui penjualan.
  • Stok lembu: Baki bilangan lembu yang ada di dalam ladang pada akhir setiap bulan.

Contoh tujuan unjuran aliran fizikal:

  • Perancangan jangka pendek: 

Untuk merancang operasi bulanan, seperti penyediaan makanan dan ruang untuk lembu baharu. 

  • Perancangan jangka panjang: 

Untuk mengagak keperluan sumber dan merancang pengeluaran lembu dalam tempoh setahun atau lebih. 

Unjuran ini sangat penting untuk menilai kesihatan dan keberlanjutan projek ternakan lembu fidlot, terutamanya dalam konteks kewangan, kerana ia menyokong unjuran aliran tunai dan penyata pendapatan projek. 


ANALISA MARJIN KASAR

Contoh Kiraan  Analisa Marjin Kasar


Contoh aliran tunai

Penternakan Fidlot adalah usaha bercorak komersial, Segala kos kecekapan pemeliharaan perlu diambil kira supaya mendapat keuntungan. Segala pembaziran input spt makanan air dan elitrik hendaklah dielakkan.

Bil lembu Fidlot : 18 ekor

Jangka masa pelihara : 106 hari

A) Hasil


Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Jualan

Lembu hidup

Kg

6.05

3219.5

19477.96

1082.11

Jumlah

Hasil

19477.96

B) Kos berubah 1

Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Anak lembu

Kg

4.00

1934.50

7738.00

429.90

PKV

Kg

0.31

7833.00

2428.23

134.90

Molasses

Kg

0.38

144

54.72

3.04

Garam biasa

Kg

1.00

22

22.00

1.20

Mineral Primix

Kg

1.00

25

25.00

1.39

Mineral block

Kg

2.10

40

84.00

4.67

Jumlah

Kos berubah 1

10351.95

575.11

C) Marjin kasar 1(A-B) 9126.03 507.00

D) Kos berubah 2

Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Ubat-ubatan

RM

454.50

25.25

Peralatan

RM

23.50

1.30

Upah pekerja (4 orang) 1 orang RM 127.50

RM

RM 5X 4 orang X 106 hari

2040.00

113.00

Kos lain-lain

RM

30.00

1.67

Jumlah

Kos berubah 2

RM

2518

139.89

E. Marjin kasar 2

( Marjin kasar 1 – Jumlah kos berubah 2) 6608.03 367.11

No comments:

Post a Comment