Penerapan amalan perladangan yang baik didalam perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif, kos diminimumkan, output dimaksimumkan, persekitaran dan kualiti hasilan yang tinggi dihasilkan. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna, meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang mapan.
Lokasi Ladang
Pemilihan lokasi ladang adalah sangat penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah
- Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
- Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
- Jauh daripada lain-lain ladang
- Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
- Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik
- Pagar kawasan reban bagi mengelakkan kemasukkan haiwan liar (anjing, musang dan ular)
SISTEM REBAN TERTUTUP AYAM PEDAGING (CLOSED HOUSE SYSTEM)
Sistem Reban Tertutup Ayam Pedaging (Closed House System) adalah system reban yang digunakan bagi meningkatkan hasil keluaran ayam pedaging berbanding dengan system reban konvensional. Sistem reban tertutup ayam pedaging ini mempunyai kelebihan di mana suhu di dalam reban tertutup tersebut boleh dikawal ke tahap rendah (lingkungan 24°C - 26°C) yang membolehkan kemuatan (stocking density) jumlah ayam dapat ditingkatkan. Sistem reban tertutup ayam pedaging ini juga dilengkapi dengan sistem permakanan yang automatik.
SISTEM REBAN TERTUTUP AYAM
PEDAGING BERTINGKAT (MULTI-STOREY CLOSED HOUSE SYSTEM)
Sistem Reban Tertutup Ayam Pedaging Bertingkat (Multi-Storey Closed House System) adalah sistem reban tertutup yang menjanjikan pengeluaran yang berganda bagi setiap kawasan yang digunakan berbanding dengan keluaran dari sistem reban tertutup setingkat. Teknologi yang digunapakai di dalam reban ini adalah sama dengan sistem reban tertutup ayam pedaging. Pada masa ini terdapat beberapa buah ladang yang menggunakan sistem reban tertutup ayam pedaging bertingkat tersebut.
Reka Bentuk Reban Tertutup
- Reka Bentuk Reban Sarap Tebal
- Reka Bentuk Reban Lantai Tinggi
Kebaikan dan kelemahan reban tertutup
Kebaikan
- Pengudaraan dalam reban boleh dikawal
- Suhu dlm reban lebih rendah dari suhu diluar
- Persekitaran dalam reban selesa kepada ayam
- Perubahan suhu minimum dan maksimum dlm reban lebih kurang 4°C (24-28°C) berbanding sehingga 10°C( 25>35°C) bagi reban terbuka
- Ayam kurang mengalami tekanan kerana gangguan dari factor luar minimum
- Burung liar dan tikus yg boleh menjadi pembawa penyakit dapat dikawal memasuki reban
- Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas ruang lantai bagi setiap ekor ayam boleh dikurangkan sepertiga berbanding menggunakan reban terbuka.
- Najis kering mengurangkan bau busuk dan lalat
- Kos pengeluaran lebih cekap
- Pengambilan makanan dan penukaran kpd daging yang optimum
- Lebih banyak aayam boleh dipelihara pada saiz reban yang sama
- Kos ubat dapat dikurangkan kerana kawalan penyakit
- Kadar kematian dan kecederaan keatas ayam kurang
- Peluang pasaran dan eksport lebih baik kerana kawalan penyakit dn kualiti terjamin
Kelemahan
- Kos penyediaan prasarana, letrik, air operasi dan peyelengaraan tinggi
- Pengusaha memerlukan pengetahuan mendalam dan komitmen yang tinggi dalam mengurus dan menyelenggarakan pengudaraan reban dan pendedahan peralatan.
Jenis
reban tertutup
- Pengudaraan terowong dengan system penyejuk sejat udara (Tunnel ventilation with evaporative cooling system )
- Pengudaraan terowong tanpa penyejuk sejat
- Mengunakan Pad penyejuk Air Berkitar ( Recirculating Water Pad System)
- Mengunakan sistem Pengkabusan air dalam kandang (Mist Cooling System) di pasang di bawah siling bumbung
- Menggunakan Sistem Semburan Halus (nozzle) - air di sembur pada tabir
- Lubang terlalu besar - menghakang udara masuk dengan sempurna untuk pencampuran yang berkesan
- Lubang tidak cukup luas - menghalang kipas dari menarik cukup udara ke dalam reban
- Boxed fan (Jenis kipas bentuk kotak) -kecekapan pergerakkan udara yang keluar 7-8%
- Coned fan (Jenis mempunyai corong kon) -kecekapan pergerakkan udara yang keluar 20%
- Mengeluarkan udara panas dari reban
- Menyejukkan udara yang masuk ke dalam reban melalui pengudaraan terowong
- Menurunkan udara yang masuk melalui proses sejuk sejatan
Kompenen reban tertutup
Kompenen utama
- Bangunan reban = bangunan tertutup rapat dengan lubang udara masuk dan keluar
- System pengudaraan
- Kipas ekzos = Mengawal pengudaraan dalam reban kipas membantu penukaran udara dan menyedut udara keluar dan masuk reban
- Penyejuk udara = Menambah dingin suhu dalam reban
- Bekalan Letrik jenis three phase
- Standby Generator= membekal letrik jika bekalan utama terputus
- Pengesan suhu dan lembapan ( Temperature and humidity sensor ) = mengesan suhu dan lembapan dalam reban.
- Alarm system = amaran kecemasan siren loceng berbunyi bila berlaku gangguaan peralatan atau tidak berfungsi
- Peralatan makanan automatik ( pan feeder, Auger feeder, Chain feeder) atau jenis manual ( hanging hoper)
- Peralatan minuman jenis automatik nipple drinker atau jenis manual ( plasson bell drinker)
- Lampu = kemudahan cahaya dalam reban selalunya cahaya warna biru dan hijau sering digunakan
- Set drug/ vaccine dispenser= peralatan memudahkan pemvaksinan dan ubat boleh dikawal dan cepat tanpa tenaga kerja ramai
- Panel system kawalan automatik= panel disambungkan kepada sensor pada peralatan seperti kipas, peralatan makanan, motor pad penyejuk udra, lampu dan generator diselaras dan digerakan secara automatik
Ciri Reban Tertutup Yang Berkesan
- Kedap udara = tiada rekahan atau lubang pada dinding atau tabir
- Kos binaan ekonomik dan kos operasi cekap
- Kalis burung dan haiwan perosak
- Penudaraan reban yang sempurna = suhu dan tahap lembapan hampir serata diseluruh reban , tekanan static dalam reban antara 0.05-01 inci
- Menghala timur barat
- Binaan menggunakan besi atau konkrit lebih tahan tetapi jumlah tiang dalam reban dikurangkan supaya memudahkan kerja membuang tahi ayam dan memaksimumkan penggunaan ruang lantai
- Bumbung reban dari bahan ciri membalikan haba yang baik dapat mengurangkan bahang dalam reban. Bahagian tepi atau cucur atap lebar sekurangnya 3.5 kaki dapat mengurangkan sinaran cahaya matahari tau tempias hujan ke atas dinding dan pad penyejuk. Tinggi bahagian bumbung dari lantai antara 12-14 kaki dan bahagian tepi ( tinggi dinding) 7-8 kaki
- Bumbung bersiling> dipasang sedikit meninggi dibahagian tengah dan ada kecuraman utuk air mengalir kebawah jika terdapat kebocoran di bahagian bumbung. Mengunakan bahan yang kurang menyerap haba seperti zink almunium, aluminium foil, papan lapis dan plastik tebal.
- Bagi reban bertingkat, pengudaraan dan suhu ditingkat atas kurang memuaskan dan tinggi sedikit berbanding tingkat bawah. Jauhkan sedikit jarak antara siling dengan bumbung. Kadar pertukaran udara sekurngnya sekali dalam seminit. Kelajuan udara bergerak didalam reban pada kadar minimum 400 kaki seminit atau memberikan lebih besar ruang bagi setiap ekor ( kurangkan bilangan ayam jika tiada pilihan )
- Bumbung Tidak Bersiling =Bahan polyurethane foam. Di semburkan dalam atap sebagai penganti siling. Bahan ini mungkin cepat mengalami kerosakan jika tidak diselenggara dengan baik, menyebabkan kurang berkesan sebagai penyerap haba. Meninggikan sedikit jarak antara lantai dan bumbung juga dapat mengurangkan haba dari bumbung
Jenis dinding
- Dinding reban boleh dibina kekal atau boleh dibuka apabila perlu
Bahan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut
- Tidak menyerap haba
- Mengurangkan radiasi dari luar
- Kedap udara
- Tidak mudah koyak
- Mudah dibersihkan
- Boleh dicuci hama dengan berkesan
- Warna yang sesuai putih daan tidak bersinar kuat
Dinding kekal
- Berisiko apabila berlaku kerosakan kipas bekalan letrik putus atau standby generator tidak berfungsi
- Dinding kekal adalah seperti kepingan alumunium tebal atau galvanized lacguered sheet metal
Dinding Tabir (Curtain )
- Ia digalakan kerana dinding jenis ini boleh dibuka , ditanggal, naik atau jatuh dengan sendiri apabila berlaku kenaikan suhu reban ketahap yang menjejaskan ternakan.
- Tabir dinding boleh dibuat daripada plastik atau kanvas
- Bahagian tepi reban dipasang dawai BRC atau dawai mata punai atau setidaknya jaring menangkap ikan. Tabir di kepit rapat kedinding utuk memastikan seluruh bahagian reban tertutup rapat dan mencapai tahap kedap udara yang tinggi
Lantai Reban
- Reban setingkat sebaiknya menggunakan lantai simen
- Reban berlantai atas jenis slat pula diperbuat daripada kayu beruti 1.5 inci X 1 inci atau Slat plastik
- Bagi reban bertingkat, lantai tingkat atas boleh mengunakan simen atau papan lapis.Jika mengunakan papan lapis pastikan ruang kedua-dua tingkat kedap udara supaya pengudaraan tingkat atas dan bawah tidak bercampur
- Slat kayu atau plastik boleh juga dipasang di atas lantai simen reban setingkat atau bertingkat. Slat dipasang 2-3 kaki tinggi dari lantai. Slat dari kay lebih murah boleh dibuat sendiri tetapi jarak tidak seragam.jarak antara kayu antara 0.5 inci. Jarak lebih besar menyebabkan anak ayam bolos ke bawah atau kaki ayam tersepit.
- Jika reban berlantai atas, lantai hendaklah cukup tinggi (6-7 kaki) supaya kerja-kerja membuang tahi ayam sama ada manual atau mengunakan jentera pemungut najis mudah di jalankan.
Sarap lantai
- Bahan seperti ketaman kayu lebih sesuai kerana
- Keupayaan menyerap air, mudah hancur dan sebati dengan tahi
- Tebal sarap lantai antara 5-8 inci
- Bagi reban bertingkat sebelum diletakkan sarap, lantai atas di alas dahulu dengan plastik atau kanvas yang kedap udara dan air.
Kipas
- Kipas dipasang dihujung belakang reban
- Jika ruang tidak mencukupi untuk menampung bilangan kipas yang diperlukan , boleh dipasang dihujung sisi reban
- saiz kipas iaitu 36 inci, 48 inci dan 50 inci . setiap saiz mempunyai kapasiti berbeza
- kaedah mengerakkan bilah kipas sama ada jenis kipas direct drive ( untuk kipas kecil 36 inci) atau kipas belt drive - mempunyai tali kipas di gunakan untuk kipas bersaiz lebih 36 inci
A) Tingkat atas
Kipas dipasang berfungsi utk pengudaraan
B) Tingkat bawah
Kipas dipasang bagi pengeringan tahi ayam
Kipas dipasang dihujung belakang reban
Jika tidak mencukupi utk menampung bilangan kipas boleh dipasang hujung sisi reban
Tinggi kipas dari lantai
Kipas dipasang pada ketinggian 8-12 inci dari paras lantai
Jika terlalu tinggi menyebabkan pengudaraan berhampiran bahagian kipas kurang baik dan suhu tinggi, jik dipasang terlalu rendah kelajuan pergerakan udara melepasi paras ayam menyebabkan ketidak selesaan ayam.
Penghadang habuk
Dibina jika habuk yang disedut keluar mendatangkan kemudaratan pada persekitaran diluar.
Menggunakan jaringan nursery atau kepingan zink dibina dibahagian hadapan kipas (jarak antara 30 kaki dari kipas)
Kaedah penyejukan udara dalam reban
- Ventilasi terowong tanpa pad penyejuk.. Suhu reban boleh diturunkan antara 4-7°C lebih rendah berbanding suhu diluar. Lubang udara di bina di bahagian depan dan kipas ekzos di bahagian belakang reban lebih sesuai utuk teknik mendingin ayam
- Vetilasi terowong dengan system penyejukan sejatan
- Suhu reban dapat diturunkan 6-12°C berbanding suhu luar
- Menggunakan pad penyejuk yang diperbuat daripada selulos
- Semburan halus air ( mist/fogger) terus ke udara dalam reban
- Semburan halus air keatas system lipatan tabir jarring yang dipasang pada dinding reban
- Pad penyejukan dipasang pada ketinggian lebih kurang 8-12 inci dari lantai ( sama paras dengan kipas)
- Jika menggunakan lipatan tabir plastik dan semburan halus air, hendaklah dari saiz yang sesuai. Jaring Nursery/ green house ( saiz 16) lebih sesuai kerana ia dapat memerangkap butiran air yang disembur dengan lebih baik
- Atap lebih kurang 2.5-3 kaki lebar dipasang dibahagian pad penyejuk bagi mengelakkan kesan cahaya panas dan hujan yang memudahkan pad rosak atau berkulat
- Jaringan halus dipasang di bahagian luar pada jarak 2.5-3 kaki pada pad bagi menghalang habuk atau kotoran di sedut bersama udara memasuki pad.
- Jenis “ tree phase”
- Bekalan stabil 24 jam berterusan 24 jam
Standby generator
- Standby generator disambung kepada panel kawalan automatik supaya ia dapat digerakkan secara automatik sebaik sahaja bekalan utama terputus
- Menggunakan generator yang tidak berbunyi kuat supaya tidak mengganggu ayam dan penduduk sekitar
- Menggunakan generator berkapasiti bersesuaian dengan keperluan dan kapasiti ladang. Sebuah reban yang berukuran 400kaki X 40 kaki memerlukan generator dengan kuasa 20 dan 25 kva.
Alat Pengesan suhu
- Pengesan suhu dipaasang di beberapa bahagian dalam reban pada paras ketinggian ayam dan di sambungkan kepada kawalan panel automatik.
Panel kawalan automatik
- Diletakan di lokasi yang sesuai sebaiknya diletakan di pintu masuk hadapan bahagian luar atau dalam reban
Kelengkapan system amaran
- Dipasang di reban di pejabat dan di rumah penternak/ pekerja
Lampu
- Tahap cahaya dalam reban perlu dikawal cahaya yang banyak dan terang menyebabkan ayam bergerak aktif membazirkan tenaga dan mengurangkan kecekapan makanan. Mengalakan kejadian patuk mematuk (pecking ) dan kecederaan ayam
- Tahap terang cahaya antara 5 dan 25 lux
- Warna lampu perlu sesuai
Pencahayaan dalam reban bergantung kepada umur anak
ayam:
- Minggu 1: 30 - 40 Lux
- Minggu 2 hingga 6: 5 - 10 Lux
- Makanan permulaan (Broiler Starter) = 1 - 28 hari
- Makanan penggemuk (Broiler Grower) = 29 hari hingga dipasarkan
Penggunaan peralatan automatik digalakkan kerana
- Meningkatkan kecekapan penggunaan pekerja dan mengurangkan dan meminimumkan kos pengurusan
- Menjimatkan ruang reban dan memastikan setiap ekor ayam mendapat ruang lantai yang optimum
- Digalakan menggunakan peralatan minuman automatik kerana
- Menjimatkan penggunaan ruang lantai.
- Peralatan tidak perlu dicuci setiap hari, mengurangkan air minuman tumpah yang boleh membasahkan sarap dan tahi ayam.
- Ketinggian nipple (tempat minuman ayam) sentiasa dilaras mengikut pembesaran anak ayam (Sudut ayam minum yang selesa ialah 45 darjah)
- Kos per ekor ayam peralatan minuman automatik bagaimanapun mahal ( 2-3 lebih tinggi berbanding bekas makanan manual)
Kawalan
Penyakit
- Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.
- Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria)
- Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.
- Penggunaan ubatan didalam rawatan apabila perlu hendaklah mematuhi peraturan untuk mempastikan tiada residu ubat didalam telur atau mempastikan tidak meenggunakan ubat terlarang.
- Penggunaan ubat dengan betul juga dapat mengelakan pembentukan kekebalan terhadap ubat oleh kuman.
- Memudahkan pemberian vaksin dan ubat kepada ayam
- Tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai
- Udara masukMenjimatkan kos pengurusan
Pengurusan
Ternakan
- Ayam bebas dari sebarang bentuk tekanan, kecederaan dan ketidak selesaan sebaik tiba di ladang dan sepanjang tempoh pemeliharaan, penangkapan dan pengangkutan.
- Ayam mendapat makanan dan air yang berzat dan mencukupi
- Sesuai dengan peringkat pembesaran sepanjang masa
- Mempastikan ayam mencukupi tempat perlindungan dari cuaca yang memudaratkan kesihatan
- Suhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata mengikut peringkat pembesaran ayam
- Setiap ekor ayam mendapat luas ruang lantai yang cukup dan sesuai dengan peringkat pembesaran
- Setiap ekor ayam mendapat luas ruang bekas makanan dan minum cukup dan ketinggian yang sesuai dengan peringkat pembesaran.
- Menangkap ayam dengan cara yang tidak mencederakannya
- Mengangkut ayam menggunakan kenderaan yang mempunyai sistem ventilasi yang baik
- Menyediakan pelan kontigensi sekiranya berlaku kerosakan kepada kenderaan yang mengangkut ayam
KAWASAN PERINDUKAN ANAK AYAM
1. Perindukan anak ayam dibuat di tengah-tengah kawasan
reban
2. Dibahagi kepada DUA kawasan (sebelah kiri dan kanan)
3. Di tengah antara kiri dan kanan kawasan perindukan dikosongkan
untuk laluan,
tempat meletak beg Makanan ayam, Tabung Gas dan
Heater (PuraFire)
4. Luas kawasan perindukan sebelah kiri ialah 50 kaki dan di
sebeah kanan juga 50 kaki
5. Perindukan sebelah kanan reban menghala ke kedudukan KIPAS dan
perindukan
di sebelah kiri menghala ke COOLING PAD
6. Selepas kawasan 50 kaki di kiri dan kanan kawasan perindukan,
dikosongkan 20 kaki
sebelum bidai dalam dipasang. Ini bermakna
kedudukan bidai dalam 20 kaki selepas
kawasan perindukan kiri dan kanan
7. Dua Heater (Pura Fire) digunakan untuk tujuan meningkatkan
suhu dalam kawasan
perindukan
8. Kedudukan Heater (Pura Fire) ialah di tengah laluan bagi
kawasan perindukan yang
menghala ke kedudukan KIPAS dan bagi kawasan
perindukan yang menghala
ke kedudukan COOLING PAD pula, Heater (Pura Fire)
diletakkan di kawasan kosong
seepas perindukan.
9. Pada hari ke-4 kawasan perindukan ini dibuka seluas 50 kaki
lagi di kiri dan kanan.
10. Kedudukan Heater (Pura Fire) di laluan tengah (bagi kawasan
perindukan menghala
ke kedudukan KIPAS) tidak digerakkan. Yang
bergerak hanyalah Heater (Pura Fire)
yang menghala ke COOLING PAD sahaja.
11. Bidai dalam di kiri dan kanan turut dipindahkan selepas kawasan perindukan
- Makanan pembesar (Poultry Grower) diberi secara berperingkat-peringkat.
- Bekas makanan dan minuman ditukar kepada bentuk gantung dan diselaraskan mengikut ketinggian ternakan
- Musnahkan bangkai anak ayam yang mati
- Singkir mana yang lemah atau cacat
- Pasang alat pemanas di waktu malam sahaja
- Kepungan dibuka supaya anak ayam lepas bebas di dalam reban
- Mula menggunakan bekas makanan yang bergantung ( 1 unit untuk 25-30 ekor)
- Suntikan Vaksin Fowl pox dibahagian Nipis ( Web) pada kepak
- Tukar makanan jenis penggemukan secara beransur-ansur pada hari ke 21-28
- Gunakan bekas minuman automatik (1 unit untuk 100 ekor)
- Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan
- Keluarkan alat pemanas
- Beri makan 2 kali sehari
- Bekas air minum dan makanan digantung sama paras dada ayam
- Beri air bercampur anti stress
- Bidai perlu dibuka terus
- Tukar sampah sarap basah yang kotor perlu dibalik-balik atau ditambah
- Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan
Pengurusan Minggu kelima (29-35 hari)
1. Tukar makanan penggemuk Finisher perlahan-lahan
2. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan
- 100% makanan penggemuk Finisher
- Hentikan pemberian ubat antibiotik kepada ayam jika digunakan dalam minggu sebelum itu
- Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan
- Umur 35- 42 hari dengan pencapaian berat badan 1.6-1.9kg adalah paling sesuai dipasarkan
- Boleh dipasarkan secara jualan hidup atau jualan selepas proses
- Urusan penangkapan lebih sesuai di waktu malam atau awal pagi
Pengurusan
Ventilasi
Memantau paras gas ammonia, karbon monosida, karbon dioksida, hidrogen sulfida dan oksigen di dalam reban tertutup dari masa kesemasa bagi mempastikan parasnya tidakj menjejaskan kesihatan ayam dan pekerja. Paras gas hendaklah seperti berikut:
Pengurusan Sisa-Sisa Ladang
Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-sarap , ayam yang telah mati , tahi ayam. Jika sisa-sisa ini tidak diselenggara dengan baik sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat, selain itu juga akan menarik minat pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna ianya boleh menyebabkan masalah gangguan bau kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.
- Dilupuskan segera secara sistematik samaada deep-pit, ditaanam, bakar (insenerator) atau kompos
- Pemantauan infestasi lalat menggunakan Scunder Fly grill mesti tidak lebih dari tahap 10 ekor.
- Rekod ubat ( eg Snip, Neporex, Norvatis)
- Stor tinja kering dan bersih
Kemudahan
Pekerja
- Kemudahan perumahan pekerja dan kemudahan untuk pekerja berehat dan mengambil makan/minum disediakan pada jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari reban.
- Menyediakan kemudahan tandas yang sempurna di kawasan perumahan pekerja dan juga di dalam ladang
- Menyediakan pakaian dan keselamatan bagi pekerja yang bekerja di tempat yang berisiko kemalangan atau jangkitan yang tinggi
No comments:
Post a Comment