Wednesday, October 16, 2024

EFFECTIVE MICROORGANISMS (EM)

Pada tahun 1983 Prof. Teruo Higa seorang saintis hortikultur biologist Fakultas Pertanian Universitas Ryukyus, Okinawa, Jepun dalam kajiannya  telah menemukan  Effective Microorganisms  untuk kegunaan pertanian organik.  

Melalui hasil kajian Prof. Teruo Higa telah menemukan sebuah koloni bakteri spesifik yang diperlukan  untuk  memulihkan kembali  struktur  tanah-tanah mati supaya tanah-tanah kembali normal ditanami berbagai jenis tumbuh-tumbuhan akibat episode akhir   perang dunia 1945 dimana  kota Hiroshima dan Nagasaki telah di bom atom sekutu.

Dari hasil kajian tersebut maka terhasillah kaedah Bokashi. Bokasi merupakan salah satu daripada bahan yang baik untuk menguraikan sisa lebih cepat dan mengalakkan microrganisma tanah membiak juga menyuburkan tanah, dimana bahan organik yang ditapai dengan mengandungi sekumpulan bakteria aktif dalam bokashi yang di panggil EM (Effective microorganism).

Effective Microorganisms ini merupakan gabungan beberapa jenis organisma yang berlaku secara semula jadi yang boleh digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob dalam ekosistem tanah. 

PROBIOTIK

Probiotik bermaksud bakteria baik .EM ini terdiri daripada bakteria baik terutamanya bakteria fotosintesis, bakteria laktik asid, yis, actinomycetes (bakteria yang membantu dalam proses pereputan), dan kulat penapai (proses penapaian). Bakteria-bakteria ini boleh hidup bersama dalam bentuk cecair.

Probiotik adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria sebagai mikrob yang paling umum dipakai mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.

Boleh Rujukan :

Penggunaan EM hendaklah diamalkan bersama amalan perladangan yang baik (Good Animal Husbandy Practice). Ini kerana aktiviti ternakan jika tidak diuruskan dengan baik akan memberi implikasi yang negatif. Oleh itu teknologi EM digunakan dengan amalan perladangan yang baik dapat membantu penternak meningkatkan produktiviti ternakan. Penggunaanya diberi dalam air minuman, makanan, semburan pada ternakan dan kandang dan merawat sisa ladang seperti najis ternakan.

  • EM-1 Tidak Aktif boleh Disimpan sehingga setahun.
  • EM-4 Aktif boleh diguna dalam tempoh satu bulan.

Penemuan EM ini dikembangkan menjadi EM-1 sampai dengan EM-4 sehinggalah EM-10 dan seterusnya.

Biasanya EM yang dijual adalah dalam bentuk yang tidak aktif  iaitu EM1 atau pure EM yang dalam keadaan dormain atau tidak aktif.Maka proses pengaktifkan EM perlu dilakukan. Cara untuk mengaktifkan EM ini adalah dengan memberi sumber makanan kepada EM.

Sumber makanan yang diperlukan oleh EM adalah dari sumber gula, iaitu boleh menggunakan molasses atau gula perang. Apabila EM dicampurkan dengan molasses, ia perlu diperam untuk mengaktifkan EM ini.

EM   boleh digunakan secara terus atau diperbanyakkan induknya dengan diaktifkan secara fermentasi sebelum digunakan.

Satu (1) liter EM Doman dapat diaktifkan kepada 20 liter EM Aktif sebelum diaplikasikan.

Cara Mengaktif 1 liter  
Effective Microorganisms (EM)  kedalam 20 liter air


BANCUHAN A

  1. EM-1                                             (1 liter)
  2. Gula Merah / Molases                   (1 liter)
  3. Air Bersih (Bebas Klorin)              (20 liter)
  4. Bekas / Baldi plastik
  5. Tong  Gelen Plastik Berpenutup 25L

Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.

Langkah 2
  • Masukkan / bancuh 1 liter molases  ke  dalam bekas plastik / baldi) yang berisi 10 liter air tanpa klorin. 
  • Kacau campuran molases dan air tersebut supaya sebati.


Langkah 3
  • Pindahkan / masukkan campuran molases dan air (dalam bekas plastik / baldi) tadi ke dalam Tong gelen plastik 25L  

Langkah 4
  • Masukkan / bancuh 1 liter EM-1 (Pure EM)  ke  dalam bekas plastik / baldi yang berisi 10 liter air tanpa klorin. 
  • *EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
  • Kacau campuran EM-1 dan air tersebut supaya sebati.

Langkah 5
  • Pindahkan / masukkan campuran EM-1 dan air ke dalam Tong Gelen plastik yang berisi molases dan air  tadi.
  • Biarkan sebentar selama beberapa minit 
  • Tutup Tong Gelen rapat-rapat dan kemas
  • Simpan  Tong  Gelen plastik tersebut di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.
  • Jauhkan Tong Gelen plasti tersebut terdedah daripada cahaya dan suhu terlalu tinggi

Langkah 6
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob dan tutup tong dengan kemas.

Langkah 7

Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution (EMAS) telah sedia untuk digunakan.



Cara Mengaktif 5 liter  Effective Microorganisms (EM)  kedalam 200 liter air

BANCUHAN B
  1. EM-1                                             (1 liter)
  2. EM-4                                             (4 liter)
  3. Gula Merah / Molases                  (1 liter)
  4. Trichobiome                                  (1.8 kg)
  5. Gula perang                                  (3 kg)
  6. Air Bersih (Bebas Klorin)              (200 liter)
  7. Tong Drum Plastik Berpenutup 200L

Langkah 1
Tong drum plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.

Langkah 2
  • Masukkan / bancuh 1 liter molases  ke  dalam bekas plastik /baldi yang berisi 10 liter air tanpa klorin. 
  • Kacau campuran molases dan air tersebut supaya sebati.
  • Pindahkan / masukkan campuran molases dan air (dalam bekas plastik / baldi) tadi ke dalam Tong Drum prastik 200L
  
Langkah 3
  • Masukkan / bancuh 3 kg Gula Perang / Brown Suger  ke  dalam bekas plastik / baldi yang berisi 10 liter air tanpa klorin. 
  • Kacau campuran Gula Perang / Brown Suger  dan air tersebut supaya sebati.
  • Pindahkan / masukkan campuran Gula Perang / Brown Suger dan air (dalam bekas plastik / baldi) tadi ke dalam Tong Drum prastik 200L
Langkah 4
  • Masukkan / bancuh 1.8 kg Trichobiome   ke  dalam bekas plastik / baldi yang berisi 10 liter air tanpa klorin. 
  • Kacau campuran Trichobiomer  dan air tersebut supaya sebati.
  • Pindahkan / masukkan campuran Trichobiomer dan air (dalam bekas plastik / baldi) tadi ke dalam Tong Drum prastik 200L
*Trichiobiome bertujuan menghalang pertumbuhan patogen melalui persaingan nutrien. Seterusnya, ia menghasilkan bahan kimia yang merencat pertumbuhan kulat patogen

Langkah 5
  • Masukkan / bancuh 1 liter EM-1 (Pure EM)    ke  dalam bekas plastik / baldi yang berisi 10 liter air tanpa klorin. 
  • Kacau campuran EM-1 (Pure EM) dan air tersebut supaya sebati.
  • Pindahkan / masukkan campuran EM-1 (Pure EM) dan air (dalam bekas plastik / baldi) tadi ke dalam Tong Drum prastik 200L

Langkah 6
  • Masukkan / bancuh 4 liter EM -Aktif  (dari Bancuhan A - seperti di atas)  ke  dalam bekas plastik / baldi yang berisi 10 liter air tanpa klorin. 
  • Kacau campuran 4 liter EM -Aktif   dan air tersebut supaya sebati.
  • Pindahkan / masukkan campuran 4 liter EM -Aktif  dan air (dalam bekas plastik / baldi) tadi ke dalam Tong Drum prastik 200L

Langkah 7
  • Penuhkan tong drum dengan mengisi air tanpa klorin selebihnya dengan anggaran 140 liter 
  • Kemudian kacau sebentar, ampuran Molases, Gula perang, EM-1, EM Aktif dan bahan Trichobiome di dalam tong drum tersebut sehingga betul-betul sebati
  • Biarkan sebentar selama beberapa minit 
  • Tutup Tong drum rapat-rapat dan kemas
  • Simpan  Tong  Gelen plastik tersebut di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.
  • Jauhkan Tong Gelen plasti tersebut terdedah daripada cahaya dan suhu terlalu tinggi

Langkah 8
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob dan tutup tong dengan kemas.


Langkah 9

Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution (EMAS) telah sedia untuk digunakan.

Nisbah campuran EM Actived Solution (EMAS)  : Air Bersih seperti berikut :

Cara Penggunaan 


EM Aktif perlu dicampur air bersih tanpa klorin sebelum digunakan dengan nisbah berikut :-

  1. Bagi minuman ternakan (pribiotik) nisbah EM Aktif dengan air 1:200
  2. Kerja-kerja pembersihan / Cucian Am dengan nisbah 1:40 disembur 15 minit sebelum diberus
  3. Bagi tujuan  pengkomposan / pereputan sisa pepejal  nisbah EM Aktif dengan air 1:50
  4. Kawalan nyah bau busuk dan mengurangkan pembiakan lalat- 1:100 – 1:200 ( semburan EM pada objek berbau 
  5. Sisa pepejal/Tapak Pelupusan Sampah 1:1,000
  6. Tangki septik - masukan 1 liter /meter padu tangki septik, seterusnya 500 ml 1 -2 kali/ bulan
  7. Pencemaran  kolam, air kumbahan - pada nisbah pencairan 1 : 1,000 hingga 1 : 10,000 dimasukkan ke dalam air kolam sekali setiap 2 minggu  ditambah satu unit mudball setiap 1 meter persegi keluasan

Contoh 1:  Rawatan Pencemaran Kolam Kumbahan Nisbah 1 : 10,000





Contoh 2:  Rawatan Pencemaran Kolam Kumbahan Nisbah 1 : 10,000




EM MUDBALLS

EM Mudballs adalah bebola tanah liat yang mengandungi mikroorganisma berfaedah atau EM-1 (Pure EM). Bebola ini digunakan untuk merawat air yang tercemar akibat buangan air kumbahan, pereputan bahan organik, mendapan selut, kandungan ammonia terlarut yang tinggi serta peningkatan populasi agen pathogenic di dalam air.

Dengan menggunakan mudball, mikroorganisma berfaedah akan bertindak menguraikan bahan-bahan puca pencemaran di dalam air. Secara tidak langsung, kualiti air meningkat ke tahap yang selamat untuk digunakan.Bebola ini amat membantu untuk tujuan pertanian, penternakan dan perikanan. Mudball ini boleh digunakan untuk merawat pencemaran air yang terdapat di dalam kolam dan lain-lain

Kebaikan EM Mudball
EM Mudball ini banyak kegunaannya. Antaranya :
Membantu meningkatkan populasi microb berfaedah di dalam air

  1. Menguraikan bahan-bahan buangan yang menyebabkan pencemaran air
  2. Mengurangkan agen pathogen (bakteria, virus, protozoa dan cacing parasit
  3.  Meningkatkan oksigen terlarut di dalam air
  4. Menghilangkan bau busuk
  5. Menjernihkan air yang keruh
  6. Meneutralkan air

Kaedah Penyediaan Mudball

Peralatan

  1. Baldi
  2. Skop
  3. Guni
  4. Penimbang
  5. Penyukat cecair 1 Liter
  6. Plastik Pelapik 1m x 1m

Bahan-Bahan

  1. Tanah liat          - 10 kg
  2. Dedak beras     - 1 kg
  3. EM-1(Pure EM) - 100 ml
  4. Molasses          - 100 ml
  5.  Air tanpa klorin - 2.5 Liter

Kaedah Pembuatan

  •  Larutkan 100ml molasses dengan 100ml EM-1 (Pure EM
  • Masukkan 2.5 Liter air tanpa klorin ke dalam larutan molassus tadi dan simpan seketika
  • Sukat tanah liat dan pecahkan ketulan besar kepada ketulan kecil dan buang bahan asing yang tidak dikehendaki. Adun tanah liat dan dedak sehingga sebati
  • Buat lubang ditengah-tengah longgokan adunan tanah dan dedak tadi dan masukkan larutan molasses secara beransur-ansur dan digaul rata. Uli adunan sehngga kenyal dan boleh dibentuk
  • Bentukkan adunan sebesar bola tenis (anggaran seberat 50gm sebiji )  hingga habis dan simpan ditempat yang teduh dan ditutup dengan guni atau yang serupa dengannya selama 5-7 hari.
  • Buka guni yang menutupi bebola tersebut dan kulat berwarna putih dapat dilihat pada bebola tersebut

Kaedah Penggunaan

  1. Ukur keluasan dan kedalaman kolam untuk menentukan anggaran isi padu air di dalam kolam yang tercemar.
  2. Masukkan mudball ke dalam kolam yang tercemar dengan kadar sebiji mudball/ 1  air.
  3. Ulangi semula memasukkan mudball ke dalam kolam tersebut pada bulan kedua dan ketiga.
  4. Sekiranya tiada perubahan ulangi semula sehingga terdapat perubahan pada kolam tersebut



No comments:

Post a Comment