PERSEDIAAN SEMASA AUDIT HALAL RUMAH SEMBELIH
Apa nak buat bila Audit halal datang bagi Permohonan Sijil Pengesahan Halal Rumah Sembelihan ?..
Persediaan semasa audit halal bagi Skim Rumah Sembelihan (merujuk kepada standard JAKIM / JAIN, MS 1500, dan MPPHM)
Sedikit Pesanan dan Tip-tip semasa Audit Halal dijalankan di Pusat Sembelihan Ruminan .. Mudahan berguna… Insya Allah
- Fail Halal & Sistem Jaminan Halal (HAS): Dokumen lengkap HAS/IHCS, carta organisasi Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD), dan minit mesyuarat berkala.
- Tauliah Penyembelih: Sijil dan kad tauliah penyembelih daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang masih sah tempoh.
- Lesen & Kelulusan Agensi: Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), lesen/surat perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau sijil Veterinary Health Mark (VHM), dan pelan susun atur premis (layout plan).
- Rekod Operasi & Pemantauan: Log rekod sembelihan harian, rekod parameter stunning (jika berkaitan), rekod kawalan makhluk perosak (pest control), rekod pembersihan/sanitasi, dan rekod sertu (jika pernah berlaku).
- Rekod Kesihatan & Latihan Pekerja: Rekod suntikan anti-tifoid, sijil kursus kesedaran halal, dan sijil kursus penyembelihan halal.
- Spesifikasi Bahan Kimia: Sijil halal atau spesifikasi sumber bahan pencuci yang digunakan di kawasan pemprosesan.
Tip Penting Sebelum Hari Audit
- Lakukan Audit Dalaman (Mock Audit): Jalankan semakan menyeluruh sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh audit rasmi dan pastikan sebarang Laporan Ketidakakuran (NCR) dalaman telah ditutup dengan bukti bergambar.
- Semak Tarikh Luput: Pastikan tiada satu pun kad tauliah penyembelih, sijil pembekal, atau lesen premis yang telah tamat tempoh pada hari pemeriksaan.
- Sediakan Taklimat Ringkas: Eksekutif Halal perlu bersedia dengan pembentangan ringkas merangkumi profil syarikat, kapasiti sembelihan harian, carta alir proses, dan bilangan pekerja semasa sesi pembukaan audit.
Persediaan Dokumentasi Semasa Audit Halal Rumah Sembelih
1.
Sediakan Meja dan kerusi untuk Auditor Halal
semak fail dan rekod
2.
Pamerkan Lesen Rumah Sembelih, Sijil Tauliah
Penyembelih dan sijil akuan Arah kiblat di dewan sembelih
3.
Sediakan surau sementara & sejadah
4.
Carta Organisasi Jawatan Kuasa Halal Dalaman
5.
Fail dokumen permohonan Halal ( susun ikut
senarai semak)
6.
Buku Log pelawat / pemeriksaan
7.
Fail Standard Operating Procedure (SOP)
8.
Sijil Tauliah Penyembelihan
9.
Sijil Kursus Pengendalian Makanan
10. Rekod Suntikan typhoid diperbaharui setiap 3 tahun
11.
Sijil Kursus Kesedaran Halal
12.
Fail / rekod sembelihan ternakan
13.
FAIL Permit , Sijil Kesihatan (SKV) & Akuan
Kebenaran Pindah (AKP)
14.
FAIL Ante Mortem & Post Mortem ( Masa Audit
sembelih Halal minta MI (Pemeriksa Daging Pej Veterinar Daerah Datang Sekali
Bawa Rekod )
15.
FAIL Rekod Celup kaki
16.
FAIL Rekod Kawalan Makhluk Perosak ( Perangkap
Tikus)
17.
FAIL Rekod Servise Kolam Kumbahan
18.
Polisi Halal
19.
Memo kebenaran menunaikan sholat Fardhu 5 Waktu
dan Sholat Jumaat ( Tampal kat dinding surau )
20.
Sijil Pengesahan Arah Kiblat Dari Jabatan Mufti
Negeri
- Keadaan Haiwan: Haiwan yang akan disembelih sihat dan berada dalam keadaan hayat mustaqirah (hidup stabil) sebelum disembelih.
- Kawalan Stunning (Jika Ada): Parameter arus elektrik atau peralatan stunning menepati standard syarak yang ditetapkan, tidak mencederakan atau mematikan haiwan sebelum sembelihan, dan dipantau secara berterusan.
- Teknik Sembelihan: Sembelihan dilakukan oleh penyembelih bertauliah dengan memutuskan urat halkum (saluran pernafasan), mari' (saluran makanan), dan dua urat wadajain dalam satu kali hirisan.
- Peralatan Sembelih: Pisau sentiasa tajam, bersih, bebas daripada najis, dan dicuci menggunakan air mengalir setiap kali sebelum menyembelih haiwan seterusnya.
- Tempoh Pendarahan (Bleeding Time): Haiwan dibiarkan mati sepenuhnya dan darah mengalir keluar secukupnya sebelum masuk ke proses seterusnya seperti penceluran (scalding) atau melapah.
- Pengasingan Bangkai Tidak Sempurna: Terdapat zon khas atau tong bertanda untuk mengasingkan haiwan yang mati sebelum disembelih atau tidak sempurna sembelihannya
PERTAMA
Sediakan meja kerusi… Susun fail dokumen.. Auditor akan
semak dokumentasi dulu…
-Fail Halal – suntikan Typoid, Tauliah Penyembelihan
-Sop penyembelihan
-Rekod Penyembelihan dan lain-lain
KEDUA
Sebelum masuk dewan sembelih, Sediakan Pencelup Kaki dan
semua Pekerja berpakaian PPE lengkap
- Peralatan PPE (apron, Mask, Glove tangan Dan Gumboot) sediakan sekali untuk Auditor
Basahkan lantai dewan sembelih supaya darah yang berada di
permukaan lantai senag di bersihkan dan agar nampak bersih.
Sentiasa cuci bersih lantai supaya kesan darah tak nampak di
atas lantai
**Auditor Tanya:
Siapa Penyembelih dan Siapa Juru Sembelih dan Siapa Halal Checker
Auditor minta juru sembelih tunjukkan pisau sembelih untuk
diperiksa.. Pastikan pisau sesuai digunakan dan tajam
Auditor Tanya juru sembelih dan Halal Checker urat apa yang
wajib putus? (Wajib putus salur makan
dan salur nafas… manakala sunat adalah 2 salur darah kiri dan kanan..)
KETIGA
-Ternakan telah berada di tempat penyembelihan
-Bersihkan Ternakan
-Pemeriksa Daging (MI) buat pemeriksaan Ante Mortem
-Baringkan / tumbangkan ternakan…
- Juru Sembelih beritahu di mana kedudukan arah kiblat Kepada Auditor
- Bilas dengan air bilah pisau sembelih terlebih dahulu
Sebelum melakukan sembelih
- Juru Sembelih bersedia dengan pisau sembelihan .. Dua
Petugas bantu pegang tali untuk kekang ternakan
-Pastikan tali tidak
menghambat leher ternakan yang menyukarkan melakukan sembelihan dilakukan dan
menghambat pernafasan putus nyawa
- Seeloknya untuk lembu / kerbau kekang dengan mengikat tali
pada tanduk.. Jangan di ikat pada leher
- Selepas sembelih
basuh pisau sekali lagi
- kedudukan Halal checker bersedia berdiri memerhati juru sembelih
PERHATIAN
Jika masa permohonan Tuan / Puan untuk Lembu Kambing… Masa
Audit Halal datang perlu sembelih kedua-dua sekali lembu dan kambing juga
KEEMPAT
Selepas Sembelihan …. Halal checker terus periksa salur
nafas dan salur makan…
Panggil auditor, kemudian tunjuk ulang periksa urat
sembelihan salur nafas dan salur makan yang telah putus
Lepaskan semua ikatan tali pada kepala dan kaki ternakan
selepas sembelih
*Ikat salur makan dengan cable tie selepas sembelih
KELIMA
Biarkan ternakan sampai benar-benar mati dalam 6-8 minit
Halal checker buat pemeriksaan sekali lagi untuk kepastian
ternakan betul-betul mati.. Periksa pada leher masih memancut tak lagi
darah. Periksa hidung ada hembusan nafas
lagi ke tak.. periksa Mata berkelip lagi ke tak… Periksa Perut masih turun naik
ke tak… periksa kaki dan ekor bergerak
lagi ke tak
Selepas itu panggil Auditor .. Mengesahkan ternakan
benar-benar mati…
Selepas itu baru gantung Ternakan untuk di lapah
Semasa melapah jangan sesekali buat atas lantai mohon gantung karkas dekat railing dan letakkan dibawah karkas trolly
Untuk Juru Sembelih dan
Pemeriksa Halal
1) Rumah Sembelih perlu sediakan Seorang Sembelih dan seorang lagi Halal Checker..
Kedua-duanya perlulah yang ada Sijil Tauliah Penyembelihan.
2)Selepas sembelih biarkan selama 5-8 minit untuk proses
pendarahan pastikan ternakan benar-benar mati
3) Selepas itu barulah Halal Checker periksa urat leher
ternakan yang disembelih .. Pastikan salur nafas dan salur makan putus..
4) Selepas Halal Checker dah periksa … gantung ternakan pada
railing dan melapah
5) Mohon minta bantuan MI pemeriksa daging Pej Veterinar
Daerah datang sekali masa Audit Halal untuk buat Ante mortem Dan Post Mortem ternakan
KEENAM
Pastikan Trolly Karkas mesti berada di bawah
semasa melapah
Jangan biarkan Karkas atau organ mencecah Lantai
Sediakan bekas untuk meletakkan kaki, kepala dan organ
dalaman
Untuk, usus dan bahan sisa perut termasukklah kulit masukkan dalam guni untuk di lupuskan
- Bilangan Pekerja Muslim: Memastikan bilangan penyembelih dan pekerja Muslim mencukupi bagi setiap syif operasi mengikut kapasiti sembelihan harian yang diisytiharkan.
- Pemahaman SOP: Penyembelih, penyelia, dan operator pengeluaran memahami prosedur kerja standard (SOP) halal, titik kawalan kritikal (CCP) halal, dan tindakan pembetulan jika berlaku kesilapan semasa sembelihan.
- Kebersihan Diri: Pekerja memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap dan bersih (but, apron, penutup kepala, sarung tangan) serta menanggalkan barang kemas/jam tangan sebelum masuk ke zon pemprosesan
- Aliran Proses & Zon: Aliran pergerakan dari kawasan kotor (penerimaan haiwan hidup) ke kawasan bersih (penyembelihan, pemprosesan karkas, dan pembungkusan) tidak bersilang bagi mengelakkan pencemaran silang.
- Kawalan Persekitaran: Premis bebas daripada haiwan peliharaan, haiwan liar, dan makhluk perosak. Longkang dan sistem kumbahan berfungsi baik tanpa bau busuk yang melampau atau takungan darah.
- Peralatan Khusus: Semua peralatan (pisau, cangkuk, meja kerja, tong, dan berus) dikhaskan untuk kegunaan halal sahaja dan tidak diperbuat daripada sumber yang diragui (seperti berus bulu haiwan).
- Kemudahan Pekerja: Kemudahan surau, tandas, dan bilik persalinan berada dalam keadaan bersih dan terurus



































No comments:
Post a Comment