Friday, March 21, 2025

AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK (GMP) PUSAT PENYEMBELIHAN

Pensijilan produk merupakan elemen penting dalam pembangunan sesuatu produk. Pensijilan produk akan memberi nilai tambah terhadap sesuatu produk. ia sebagai satu jaminan berkaitan kualiti dan kebersihan produk tersebut. Keperluan pensijilan produk ini juga mestilah daripada badan-badan pensijilan yang mempunyai Skim Akreditasi Produk .. 



SEBAGAI PENGUSAHA MAKANAN :

  1.  Logo-logo ini amat penting bagi mengekalkan kualiti makanan yang disediakan.
  2.  Setiap logo mempunyai standard persijilan tersendiri yang perlu dipatuhi.
  3.  Dengan adanya logo - logo ini, imej perniagaan anda akan dapat dikembangkan lagi


APA KELEBIHAN LOGO-LOGO NI :

  1. Jenama Anda Lebih Profesional dan Premium di mata pelanggan
  2. Keyakinan Pengguna keatas keselamatan dan kualiti produk yang dikeluarkan
  3. Akses Pasaran lebih berdaya saing dan di terima untuk pasaran tempatan dan standard luar negara
  4. Meningkatkan reputasi untuk kelulusan Perlesenan atau persijilan seperti KKM, Halal, JPV dan lain-lain
  5. Meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan risiko operasi
  6. Memudahkan industri mendapatkan insentif dan bantuan kewangan lain


Berikut adalah Logo-logo ini adalah sebagai rujukan atau panduan pengguna  antaranya adalah:




Good Manufacturing Practices (GMP)


GARIS PANDUAN AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK (GMP)

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna

SKIM PERSIJILAN DVS

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) bertujuan menggalakkan penternak / pengusaha untuk meyertai Skim Persijilan Jabatan  seperti MyGAP, MyOrganik (Peringkat ladang) dan Veterinary Health Mark (VHM), Good Veterinary Hygienic Practices (GVHP) (diperingkat loji pemprosesan) 


Garis panduan ini menyediakan panduan tentang elemen-elemen utama GMP kepada industri makanan daripada penerimaan bahan mentah hingga ke Produk Akhir (pengedaran produk)



RANTAIAN PENGELUARAN GMP

Pelaksanaan garis panduan ini adalah untuk meningkatkan tahap biosekuriti dan mewujudkan keseragaman dalam Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) bagi memastikan pengeluaran produk hasilan ternakan adalah dijamin bersih dan selamat untuk dimakan

1) Makanan Ternakan 

Mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan. (Akta Makanan Haiwan)

  • Memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan
  • Tidak memudaratkan haiwan dan
  • Tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan selamat untuk kegunaan lain

2) Ladang

Memastikan biosekuriti ladang, pengurusan ladang, pengurusan program kawalan penyakit serta pengurusan drug, amalan perladangan yang baik, skim akreditasi, perlesenan serta segala peraturan dipatuhi. (MyGAP, MyOrganic)

  • Proses pemeriksaan Veterinar diperingkat ladang yang teratur dapat menjamin keutuhan pengisytiharan bebas penyakit dan persijilan Veterinar yang dikeluarkan oleh Jabatan

3) Rumah Sembelih

Memastikan daging yang dikeluarkan dari abatoir dan loji pemerosesan unggas selamat untuk pengguna.

  • Melibatkan aktiviti ante-mortem dan post mortem pada sebelum dan selepas Sembelih
  • Memastikan pematuhan kepada Amalan Kebersihan Veterinar yang Baik (GVHP), skim akreditasi, perlesenan serta segala peraturan berkaitan.

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) sektor Halal 

Dalam konteks Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) sektor Halal melibatkan penilaian bahan mentah, proses pengeluaran, serta pengendalian pencemaran silang, bagi memastikan status Halal dipatuhi sepanjang rantaian pengeluaran. Tanpa pensijilan Halal, adalah sukar untuk memastikan bahawa produk makanan dapat memenuhi keperluan GMP yang ditetapkan oleh badan penguatkuasa (Jakim).

GMP Halal bukan sahaja memastikan produk memenuhi requirement dari segi kebersihan dan keselamatan, tetapi juga menggambarkan pematuhan kepada hukum syarak dan fatwa. Melalui proses pengesahan dan audit berkala, GMP Halal berpotensi untuk meningkatkan kepercayaan pengguna Muslim serta membuka peluang luas dalam pasaran global Halal yang sedang berkembang.


Secara istilahnya Syubhah ialah perkara yang diragukan sama ada ia halal atau haram.

Jika mengikut kaedah syarak، Syubhah ialah perkara yang samar-samar disebabkan berlakunya pertembungan antara dua pegangan yang timbul daripada dua bukti atau sebab.  maka banyak perkara syubhah lebih hampir kepada haram.



konsep Halalan Tayyiban pada haiwan ternakan juga adalah lebih luas dan bukan sahaja melibatkan isu sembelihan, tetapi juga aktiviti sebelum sembelihan seperti sumber pemakanan haiwan, malah pengendalian sebelum dan selepas sembelihan.


Konsep  Halalan Tayyiban dalam aktiviti penyembelihan ternakan merangkumi urusan persiapan sebelum, semasa dan selepas proses penyembelihan supaya dapat dijalankan dengan lebih teratur, bersih dan mengambil kira kebajikan ternakan yang disembelih dan keselamatan makanan kepada pengguna muslim


Konsep Halalan Tayibban wajib menjadi asas utama bagi proses penyembelihan  sehinggalah proses lain-lain yang melibatkan pengendalian hinggalah sampai kepada penguna. Konsep Halalan Tayibban juga perlu  bagi memastikan daging tidak tercemar selepas penyembelihan.

PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN STANDARDS 

Di Malaysia, pelaksanaan Malaysian Standards (MS) adalah penting untuk memastikan pematuhan kepada keperluan GMP Halal. Bagi setiap sektor seperti makanan terdapat garis panduan khusus yang ditetapkan oleh badan regulator seperti National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).


MS seperti MS 1514:2022 bagi makanan dan MS 2634 bagi kosmetik telah memperkenalkan elemen-elemen khusus untuk menjamin kebersihan dan keperluan Halal dalam penghasilan produk.

Apabila dilaksanakan, GMP boleh membantu mengurangkan kerugian dan pembaziran kemudahan serta membantu melindungi syarikat, pengguna dan alam sekitar daripada bahaya



ELEMEN-ELEMAN  DALAM GMP
Terdapat 8 elemen penting di dalam GMP antaranya adalah



*ELEMEN PENTING GMP*

·           BANGUNAN DAN KEMUDAHAN

o   Lokasi, Lesen & Syarat: 

  • Tanah berstatus industri dan telah mendapatkan kebenaran Merancang (KM) terlebih dahulu dan mempunyai lesen untuk beroperasi.
  • Jauh dari kawasan perumahan, sekolah, klinik , tempat ibadat dan public amneties
  • Jauh dari kawasan simpanan tadahan air atau sungai
  • Kawasan yang sering dilanda banjir hendaklah dielakkan
  • Mempunyai sistem jalan yang sempurna, dilengkapi bekalan eletrik dan bekalan air bersih
  • Tidak mencemari alam sekitar dari segi aspek bau,  bunyi dan kacau ganggu penduduk awam
  • Mempunyai sistem keselamatan dan pengawasan seperi pagar keliling dan pintu keluar masuk  kawalan yang sempurna.

o   Premis : Perkara berikut mesti diambil kira

  • Rekabentuk dan susun atur  bangunan perlu dirujuk kepada pihak-pihak bersesuaian
  • Bahan / meterial yang digunakan adalah kukuh dan bersesuaian dengan faktor keselamatan
  • Permis mestilah bersesuaian dengan kapasiti pengeluaran
  • Perlu ada pengasingan kawasan basah (Kotor) dan Kering (Bersih)
  • keperluan suhu yg berbeza dan risiko pencemaran produk (tinggi, sederhana, rendah)
  • Aliran proses penerimaan bahan metah hendaklah dielakkan daripada berlaku cross crossing ( pemisah antara bahan mentah dan produk siap adalah penting)

o   Kemudahan :

  • Rekabentuk dan susun atur  bangunan perlu dirujuk kepada pihak-pihak bersesuaian
  • Kemudahan umum seperti ruang penerimaan ternakan hidup, kandang simpanan, ruang penyembelihan / pendarahan, eviserasi, pemriksaan daging, ruang pemotongan, ruang proses, tempat penyimpanan (storage area) dan ruang pemunggahan (dispatch area)
  • Pencahayaan ruangan yang mencukupi
  • Kemudahan disediakan untuk memudahkan penyelenggaraan dan pembersihan
  • Dilengkapi dengan kemudahan untuk pengurusan sisa dan kawalan pencemaran
  • Mempunyai kemudahan kawalan dan langkah pencegahan kemasukan  makluk perosak dan kelengkapan Bioskuriti
  • Kemudahan tempat penyimpanan yang bersesuaian dan berasingan( Stor Penyimpanan barang, peralatan, perkakasan , bahan kimia)
  • Mengadakan kemudahan untuk kegunaan operator/ pekerja seperti bilik rehat, surau,  bilik rawatan dan kantin

o   Kemudahan sanitasi: 

  • Mengadakan kemudahan bilik persalinan (Changing Room) yang dilengkapi pakaian am meliputi pakaian kerja khusus, apron, penutup kepala (hairnet) penutup mulut (masker) sarung tangan (hand glove) dan gumboot.
  • Kemudahan bilik air, Footbath mengandungi disinfactan, peralatan untuk Sterilizer dan sinki untuk cucian tangan yang mencukupi
  • Bahan disinfactan dan sanitasi yang bersesuaian dengan fungsi dan selamat (food grade)
  • Mempunyai jadual housekeeping  sebelum dan selepas operasi sepertimana yang ditetapkan

o   Peralatan dan Perkakasan: 

  • Peralatan perlu dipastikan dalam kondisi yang baik (boleh berfungsi dengan sempurna / tidak rosak ) tidak boleh mudah berkarat dan senang dibersihkan
  • Semua peralatan perlu diselenggara secara berkala dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan

·         Kawalan pengoperasian ( Amalan dan Prosedur) 

o   Setiap proses mesti mengikuti spesifikasi dan standard yang di tetapkan

o   Dokumentasi yang sistematik dan setiap proses perlu direkodkan untuk tujuan pemantauan

o   Keperluan bahan mentah

o   Penerimaan dan penyimpanan bahan mentah

o   Aspek utama siatem kawalan pengoperasian

o   Operasi pembungkusan

o   Verifikasi terhadap produk akhir

o   Recall produk

·         Penyelenggaraan Dan Sanitasi

o   Fasiliti sanitasi haruslah dipersiapkan dengan baik bagi menjaga kebersihan lingkungan (area kerja)

o   Prosedur penyelenggaraan peralatan, pembersihan dan sanitasi perlu dilaksanakan dengan kerap 

o   Perlu ada SOP pembersihan: Jadual pembersihan, apa yang hendak dibersihkan, cara pembersihan, bila hendak dibersihkan dan bahan apa yang digunakan untuk pembersihan

o   Ada pemantauan yang dibuat untuk periksa tahap kebersihan

·         Pekerja

o   Ada peraturan lengkap berupa Standard Operating Procedure (SOP) meliputi petunjuk , peringatan serta larangan yang perlu dipatuhi oleh pekerja sebagai pedoman. (semua  langkah harus dijalankan sesuai dengan SOP)

o   Kesedaran pekerja terhadap kebersihan (personal Hygine), Pekerja harus memastikan mereka mengunakan pakaian pelindung PPE sesuai dengan standart. juga pekerja perlu mematuhi prosedur penggunaan peralatan dengan betul , baik dan selamat.

o   Pekerja perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan suntikan vaksin

o   Kesedaran pekerja tentang amalan Halal

·         Pengangkutan Dan Pengedaran

o   Pemahaman pematuhan terhadap kawasan pengeluaran mesti dijaga pada tahap tinggi untuk elakkan pencemaran

o   Pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut dan mengedar hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan dalam keadaan baik sesuai 

·         Pengesanan

o   Sistem pengurusan aduan pelanggan perlu wujud serta pengeluaran semula mesti dilakukan jika terdapat isu Qualiti

o   Perlu bekerjasama dengan pembekal

·         Pemeriksaan dalaman

o   Melaksanakan pemeriksaan jaminan mutu, pengawasan penyimpangan dan Audit rantaian bekalan

o   Setiap penyimpangan perlu dilakukan penambahbaikkan dengan segera supaya tidak mempengaruhi produk akhir.

o   Proses perlu dikawal dengan teliti untuk memastikan konsisten dan Qualiti produk, dokumentasi lengkap untuk langkah pengeluaran diperlukan

o   Dokumentasi yang baik akan membantu  meningkatkan jaminan mutu produk

·         Latihan

o   Memberi latihan berterusan kepada pekerja untuk memastikan pematuhan yang ideal terhadap Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan


1) KEPERLUAN PERLESENAN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Merujuk dan berpandukan pada Kaedah-­‐Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 & Seksyen 86(2), Akta Binatang 1953


Mengikut Subkaedah 5(3) Kaedah - Kaedah Binatang ( Kawalan Penyembelihan) 2009, Akta Binatang 1953,
"Mana - mana orang yang memiliki , mempamer , atau menjual karkas binatang yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan, adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kaedah 17, Kaedah yang sama .

Perkara utama Pengusaha  Rumah Penyembelihan Tempatan perlu lakukan adalah memenuhi kehendak Perundangan ( Local Authority ) yang ditetapkan.

KLASIFIKASI SISTEM PENYEMBELIHAN DI DALAM SESUATU RUMAH PENYEMBELIHAN

KAEDAH-KAEDAH RUMAH PENYEMBELIHAN (FI) 2005 JADUAL III [Subkaedah4(2)]

Perlesenan Rumah Penyembelihan Swasta adalah mengikut Kategori Rumah Penyembelihan

Rumah penyembelihan boleh diklasifikasikan kepada kategori yang berikut berdasarkan sistem penyembelihan:

  1. KategoriI (Automatik)
  2. KategoriII (SeparaAutomatik)
  3. KategoriIII (Penjenteraan)
  4. Kategori IV (Manual)


2) KEPERLUAN SIJIL TAULIAH PENYEMBELIHAN

Keutamaan bagi GMP dalam industri halal bagi kategori pensijilan 'Rumah Sembelih'  adalah berkaitan pematuhan kepada hukum syarak dimana salah satu syarat utama adalah tukang sembelih di Rumah penyembelihan adalah  WAJIB mempunyai tauliah penyembelihan daripada Jab. Agama Islam Negeri di negeri mereka bertugas.

Mengikut Akta Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1972 (APD 1972) telah dipinda untuk menamakan JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebagai badan pengeluar tunggal pensijilan halal di Malaysia.


Pensijilan halal Jakim selama ini amat menitik beratkan soal penyembelih ini, dimana status kehalalan daging serta serba serbi yang terhasil daripadanya terletak pada mereka.

Bagi memastikan pematuhan  syarat  dan  peraturan  yang  telah ditetapkan didalam GMP Halal dapat diterapkan oleh setiap  pekerja, maka  hanya  penyelia,  penyembelih  dan  “  checker”  bertauliah sahaja yang bertugas atau menguruskan hal ehwal berkaitan sembelihan ternakan pada setiap masa proses 

  • Jumlah keseluruhan penyembelih hendaklah bersesuaian dengan jumlah sembelihan
  • Melantik minima seorang pemeriksa halal Muslim (Muslim halal checker)
  • Penyembelih hendaklah mempamerkan atau menunjukkan Kad Tauliah Penyembelih sekiranya diminta oleh pihak berkuasa

3) KEPERLUAN SUNTIKAN VAKSIN ANTI TYPOID
Semua pengendali makanan di Malaysia wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid atau pil typhoid pengendali makanan bagi mematuhi AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988

  • Peraturan 31(1) menyatakan semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.

Kerajaan mewajibkan dan menjadikan syarat utama bagi semua pengendali makanan mendapatkan suntikan ini kerana golongan ini di anggap mempunyai risiko tinggi penyebaran demam kepialu.

Demam Tifoid atau  demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).




SUNTIKAN ANTI TYPHOID
Semua kakitangan yang terlibat dengan pengendalian Rumah sembelih perlu  mendapatkan suntikan vaksin anti-typhoid 

Suntikan typhoid hanya boleh diberikan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.

Oleh yang demikian, pengendali makanan hendaklah memastikan penyedia suntikan vaksin typhoid adalah samada dari Hospital Kerajaan, Klinik Kerajaan, Klinik Kesihatan, Hospital Swasta dan Klinik Swasta yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

PENGURUSAN DOKUMENTASI & REKOD GMP

  1. Dokumen dan rekod perlu ada, sentiasa diisi, disemak dan disimpan dengan baik juga senang di cari semula apabila memerlukan
  2. Dokumentasi perlulah sistematik dan setiap proses perlu direkodkan untuk tujuan pemantauan dan Audit / Pemeriksaan
  3. Dokumentasi yang baik akan membantu  meningkatkan jaminan mutu produk

Penjelasan bagi setiap elemen GMP termasuk SOP dan manual yang keluarkan, dokumentasi dan rekod sokongan tersebut perlu dipersetujui dan ditandatangani oleh Pengurusan Tertinggi yang mempunyai Kuasa Eksekutif.

A) DOKUMENTASI GMP

• Geran Pemilikan Tanah, Profil Syarikat, Lesen Operasi & Perniagaan, Sijil Pendaftaran Syarikat, surat kelulusan, Pelan Lokasi dan surat sokongan

•      Standard Operating Procedure (SOP) Operasi dan Manual Sokongan

•      Carta Organisasi dan Carta Alir Proses

•      Carta Ahli GMP dan Latar belakang Ahli GMP

•      Polisi Pengurusan dan Objektif keselamatan makanan

B) REKOD-REKOD SOKONGAN GMP

• Rekod Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) ternakan

• Rekod kemasukkan ternakan (Rekod pembekal bahan mentah)

• Rekod penyembelihan

• Rekod pemprosesan, pengeluaran , pengedaran karkas dan pemantauan

• Rekod ante-mortem dan post-mortem

• Rekod pekerja

• Rekod peralatan yang digunakan dan servis

• Rekod pembersihan dan sanitasi

• Rekod keputusan analisis makmal  (ujian kualiti produk)

• Rekod pembetulan, penarik balik (recall)

• Rekod kawalan makhluk perosak

• Rekod latihan

• Rekod Tauliah Penyembelihan

• Rekod Kesihatan Pekerja & Suntikan Vaksin Anti Typoid

• Rekod Audit Dalaman, Audit Luaran dan Audit Pembekal

• Buku Pelawat dan Log Pemeriksaan


CARTA ORGANISASI

Carta organisasi kakitangan permis perlu ada untuk tujuan mengenalpasti peringkat organisasi dari peringkat tertinggi sehingga pekerja am, jumlah kakitangan sedia ada dan tugasan yang dijalankan

Carta organisasi juga memudahkan pemeriksaan  Verifikasi dan pemantauan dijalankan.

Bagi Carta ahli GMP dan latar belakang ahli GMP (nama, kelulusan akademik, pengalaman kerja, jawatan dan senarai latihan); Ketua dan/atau ahli GMP perlu mempunyai latihan secara formal berkaitan GMP .


Keperluan Asas Pengilangan Baik Rumah Penyembelihan Swasta

 Lokasi

  • Terletakdi tapak / zon perindustrian atau
  • Sekurang-kurangnya 200 m dari bangunan rumah sembelih ke kawasan kediaman awam (elak kacau ganggu)
  • Bukan kawasan tadahan air
  • Jauh dari kawasan pencemaran bau, air, kehadiran makhluk perosak dan sebagainya
  • Mempunyai akses kemudahan asas air, elektrik dan jalanraya
  • Kawasan berpagar dengan ketinggian minimum 6 kaki
  • Tidak dibenarkan menanam pokok buah-buahan sebagai teduhan di sekeliling bangunan rumah penyembelihan
  • Kawasan pintu masuk diselenggara dengan baik
  • Sistem saliran yang baik

Bangunan

  • Saiz = min 10 ekor
  • sehari Pengudaraan bersih dan mencukupi secara mekanikal
  • Pencahayaan cukup (umum= minimum 200 lux; sembelihan & eviserasi= 600 lux)
  • Reka bentuk sesuai
  • Bebas makhluk perosak seperti lalat, burung liar, anjing,  kucing, tikus, lipas
  • Memudahkan pencucian

Dinding Dalaman 

Contoh dinding: Konkrit, panel, cat epoksi, sudut lengkungan cengkung antara dinding dengan lantai premis  bertujuan untuk memudahkan pembersihan

  • Diperbuat dari bahan kalis air serta mudah dibersihkan
  • Sempurna (tidak pecah, tidak retak, tidak berkarat, cat tidak terkupas dll )


Bumbung

  • Tidak mudah bocor, tidak serap air dan kukuh

Lantai

Contoh jenis lantai : Bersimen, menggunakan cat yang tidak menggelupas, cat epoksi, lapisan polyurethane, densitop, polish heavy duty concrete

  • Diperbuat dari bahan tidak serap air dan tahan terhadap hakisan/ bahan cuci
  • Permukaan warna cerah, licin dan mudah dicuci
  • Kecerunan permukaan lantai yang sempurna untuk elakair bertakung terutama di Kawasan basah



Tingkap

Tingkap perlu dibina bagi mengurangkan pengumpulan kotoran. Jika perlu, tingkap dipasang dengan skrin kalis serangga, mudah alih dan mudah dibersihkan. Reka bentuk tingkap hendaklah sentiasa menghalang kemasukan makhluk perosak. Penyelenggaraan hendaklah dibuat bagi memastikan semua tingkap dan bukaan sentiasa dalam keadaan baik.

  • Tidak digalakkan mempunyai tingkap
  • Jaring penghadang dipasang pada ruang yang terbuka
  • Sistem pengudaraan atau gentian udara yang sesuai dan mencukupi

 Siling

  • Ketinggian= sekurang-kurangnya 4 meter
  • Diperbuat daripada bahan yang tidak serap air / kelembapan

 Pintu

Pintu hendaklah mempunyai permukaan yang rata, tidak menyerap air dan mudah dibersihkan.

  • Jenis rata
  • Diperbuat daripada bahan yang tidak memerangkap kotoran, mudah cuci, kalis air, tahan karat dan tidak mudah terbakar
  • Hendaklah dipasang rapat dan tertutup sendiri
  • Peringatan: Pintu Kayu Yang Tidak Dirawat/Salut Adalah Tidak Dibenarkan!!


Sistem Saliran 
Keseluruhan pelan lantai perlu mempunyai kecerunan yang sesuai bagi memudahkan pangaliran air ke sistem saliran. Semua longkang  DALAM PERMIS perlu mempunyai penutup dan laluan longkang ke LUAR PREMIS perlu diletak penapis bagi memerangkap sampah dan mengelakkan kemasukan makhluk perosak. 




Pengudaraan 
Sistem pengudaraan yang baik perlu disediakan bagi mengelakkan bahang berlebihan, kondensasi, kotoran, asap dan wap yang mengeluarkan udara serta bau yang tercemar. Ia juga perlu bagi mengelak pertumbuhan kulat pada bahan mentah yang kering. 



Pencahayaan 
  •  Pencahayaan yang mencukupi perlu dibekalkan. 
  •  Kecerahan lebih daripada atau pada 215 Lux memudahkan mengesan pencemaran pada makanan dan memudahkan proses operasi.
  •  Lampu bertutup perlu disediakan bagi menghalang sebarang serpihan kaca sekiranya lampu tersebut pecah. Contoh jenis lampu berpenutup:

 Inspection Area 600   Lux
Processing Area 220 Lux
Non-processing Area (cahaya yang cukup) 110 Lux 
   


Sinki Cuci Tangan 
Kemudahan mencuci tangan perlu disediakan dengan lengkap, bilangan yang mencukupi dan di lokasi yang bersesuaian dengan penggunaanya. 



Sterillisasi Pisau 
Kemudahan Sterillisasi pisau perlu disediakan dengan lengkap dan di lokasi yang bersesuaian bagi mengelakkan kontaminasi silang 

Prinsipnya adalah pisau dimasukkan ke dalam Alat Sterillisasi  yang mengandungi air hangat dengan temperature di atas 80 ºC selama 15 minit. 


Tempat Cuci Gumboot 
Kemudahan mencuci Gumboot perlu disediakan dengan lengkap, bilangan yang mencukupi dan di lokasi yang bersesuaian dengan penggunaanya. 


Kemudahan Bilik Persalinan 
Bilik persalinan yang mencukupi perlu disediakan. Bilik persalinan menyediakan kemudahan menyimpan barangan peribadi bagi mengelakkan ia dibawa masuk ke kawasan penyediaan / pemprosesan makanan. Bilik persalinan juga hendaklah dilengkapi dengan kasut keselamatan, penutup mulut, apron, penutup rambut dan lainlain bagi kegunaan pekerja. 






Kemudahan Tandas 
Kemudahan tandas perlu disediakan dengan lengkap dan bilangan yang mencukupi di lokasi yang sesuai bagi tujuan operasi sebuah premis makanan. Keadaan tandas hendaklah dalam keadaan bersih pada setiap masa, berfungsi dengan baik dan tidak terbuka terus ke kawasan pemprosesan atau bahagian penyediaan. 



Pisau

  • Pisau hendaklah diperbuat daripada bahan tahan karat.
  • Lakukan pencucian dengan bahan pencuci, bilas, sanitasi dan dikeringkan setiap kali selepas penggunaan.
  •  Hendaklah ditukar dengan segera jika didapati alatan tersebut berkarat dan rosak.
  • Pisau yang berasingan perlu disediakan untuk kegunaan berbeza. Penggunaan kod warna adalah digalakkan dan disimpan dalam rak khas berdekatan dengan kawasan penyediaan.
Mesin Pemotong
  • Mesin pemotong hendaklah berasingan untuk mengikut kegunaan masing-masing. 
  • Mesin-mesin pemotong ini perlu disimpan di kawasan penyediaan yang ditetapkan

Chopping board

  • Lakukan pencucian dengan bahan pencuci, bilas, sanitasi dan dikeringkan setiap kali selepas penggunaan.
  • Hendaklah ditukar dengan segera jika terdapat rekahan dan berubah warna.
  • Dielakkan daripada bahan selain daripada kayu kerana ia sukar untuk dibersihkan. Kayu merupakan tempat pembiakan bakteria manakala serpihan kayu yang terpotong boleh mencemarkan makanan.

Visera Trolley

  • Hendaklah diperbuat dari bahan tahan karat, kalis air dan mudah diselenggarakan.
  • Trolly perlulah mencukupi dan tersedia mengikut kegunaan masing-masing. 

Susun atur bangunan (lay-out plan)

Secara umumnya ruang yang perlu ada adalah seperti ruang penerimaan ternakan hidup, ruang penyembelihan /pendarahan, ruang eviserasi/pemeriksaan daging, ruang pemotongan, ruang penyimpanan (storage area) dan akhir sekali ruang pemunggahan (dispatch area)

Susun atur pelan premis rumah sembelih yang betul adalah penting untuk keselamatan makanan, kecekapan, kawalan kualiti, pematuhan, keselamatan pekerja dan  piawaian sanitasi.  Ia menyumbang kepada kelancaran operasi kemudahan, menyokong pematuhan peraturan, dan memastikan pengeluaran produk makanan berkualiti tinggi dan selamat.

Terdapat beberapa jenis susun atur pelan tempat sembelihan danpemprosesan, setiap satu sesuai dengan keperluan dan proses pengeluaran yang berbeza. 


SUSUN ATUR 'U'
Susun atur ini bermanfaat bagi mengendalikan berbilang sembelihan atau proses secara serentak. Susun atur ini  memudahkan penyeliaan, pergerakan yang cekap, dan dapat mengurangkan aliran silang.

SUSUN ATUR 'I' / LURUS
Susun atur ini lebih teratur dimana proses pengeluaran bergerak dalam garis lurus dari satu langkah pemprosesan ke langkah seterusnya. Susun atur ini amat sesuai untuk proses pengeluaran yang mudah dan linear dengan memaksimumkan kecekapan, meminimumkan pergerakan (mengurangkan aliran silang)  dan mengoptimumkan aliran kerja.


SUSUN ATUR 'L'
Susun atur ini kebiasaannya mempunyai dua dinding bersebelahan membentuk bentuk L.  Selalunya susun atur 'L' ini mempunyai dua kawasan yang berasingan.  Susun atur ini sesuai untuk operasi dengan langkah pemprosesan yang berbeza atau apabila pengasingan diperlukan untuk mengelakkan pencemaran silang.

Kemudahan minimum infrastruktur

Tempat Penerimaan dan ruang rehat ternakan

  • Ramp
  • Holding yard –selesa, palung air dan bekas makanan ternakan
  • Ante-mortem
  • Lairage
  • Stunning (sekiranya ada)

  Ruang penyembelihan

  • Penyembelih bertauliah(*Halal –diperakui JAIN atau JAKIM)
  • Tiang–kekangan& penyembelihan
  • Killing Box (*Mark 4 –Australia)
  • Kemudahan pensterilan pisau penyembelihan
  • Saliran darah berasingan dengan sisa pepejal kekolam kumbahan/ tangki takungan khas

Ruang pemprosesan karkas

  1. Ruang melapah
  2. Ruang eviserasi
  3. Ruang belahkarkas
  4. Ruang pemeriksaanpost mortem
  5. Bilik pendingin (sekiranya ada)
  6. Ruang pemotongan karkass(sekiranya ada)
  7. Ruang pembungkusan (sekiranya ada)
  8. Bilik penyimpanan karkas/ daging
  9. Ruang loading atau serahan karkas/ daging

Kemudahan pekerja

  1. Bilik persalinan pekerja
  2. Stesen cuci tangan
  3. Tong sampah
  4. Bakul baju kotor
  5. Footbath
  6. Tempat cuci boot
  7. Locker
  8. Tandas
  9. Kamar mandi
Lain-lain kemudahan

  • Bilik bahan kimia berkunci
  • Bilik utiliti
  • Bilik pemeriksa veterinar

Pencucian dan sanitasi

Pembersihan terdiri daripada 2 perkara iaitu pencucian dan sanitasi.


Pencucian 
Pencucian adalah proses membuang kotoran atau menghilangkan kotoran yang boleh menyebabkan pencemaran makanan seperti sisa makanan, minyak, habuk dan gris. Bahan pembersihan yang selalu digunakan adalah air, sabun dan cecair pencuci. 

Sanitasi 
Sanitasi merupakan proses yang dilakukan selepas pembersihan untuk membasmi kuman yang boleh menyebabkan pencemaran makanan. Bahan sanitasi yang selalu digunakan adalah dalam bentuk cecair dan air panas.

Asas Pencucian 
Berikut adalah kaedah umum yang boleh digunakan untuk pencucian. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencucian seperti masa, suhu, kepekatan bahan kimia dan kuasa mekanikal, kaedah pencucian dan jenis kotoran yang hendak dikeluarkan akan menjadi faktor pemilihan kaedah pencucian yang hendak digunakan.
  1. Pra pencucian Peralatan yang kotor dicuci dengan air suam untuk mengeluarkan kotoran. 
  2. Kitaran pencucian atau ‘Cleaning Cycle’ Pengeluaran sisa kotoran daripada permukaan peralatan dengan cara memanipulasi empat faktor asas pencucian (masa, suhu, kepekatan bahan kimia dan kuasa mekanikal) dan kaedah pencucian. 
  3. Bilas Semua permukaan dibilas bermula dengan air sejuk, kemudian dengan air panas. Ketika ini kebersihannya bergantung dengan suhu ketika kitaran pencucian bagi mengeluarkan secara menyeluruh bahan kimia dan sisa makanan.
  4. Bilasan Asid Membilas dengan sedikit asid kepada peralatan akan melonggarkan manamana sisa alkali yang tertinggal dan mengeluarkan mana-mana kotoran yang ada. 
  5. Sanitasi Semua permukaan peralatan dibilas atau direndamkan dengan agen sanitasi. Masa dan kepekatan adalah kritikal untuk mendapatkan keputusan yang optima.

  • Reka dan lokasi kesemua mesin dan peralatan memudahkan pencucian
  • Kawasan premis termasuk holding  yard, lairage, dalam bangunan, peralatan, mesin, meja dan lantai sentiasa dibersihkan dan disanitasi


  1. Kenalpasti kawasan,peralatan dan perkakas yang perlu dibersihkan dan disanitasi
  2. Wujudkan kaedah,prosedur dan jadual untuk pembersihan dan sanitasi
  3. Pekerja diarahkan untuk menjalankan aktiviti pembersihan seterusnya aktiviti sanitasi
  4. Pemantauan hendaklah dibuat oleh pegawai atau penyelia syarikat 
  5. Pegawai/penyelia hendaklah merekodkan waktu dan tempat-tempat pembersihan dan sanitasi
  • Semua pemantauan berkaitan Program Pembersihan Dan Sanitasi  perlulah direkodkan di dalam buku




Kawalan makhluk perosak

  • Program kawalan makhluk perosak perlu dilaksanakan dan didokumentasikan dengan lengkap dan mengikut kesesuaian bangunan dan sistem operasi.
  • Pestisid yang digunakan perlu mendapat kelulusan daripada pihak berwajib, dilabelkan dan disimpan di tempat khas.
  • Jika menggunakan perkhidmatan syarikat kawalan makhluk perosak, perlu dipastikan bahawa syarikat tersebut berdaftar dengan pihak berkuasa.
  • Pastikan perangkap beracun tidak diletakkan di dalam kawasan pemprosesan agar tidak mencemarkan produk, bahan mentah, bahan pembungkusan dan peralatan.


Kawalan makhluk perosak (tikus) dilakukan dengan 4   cara

Perkara


Kawalan mahluk perosak

 Spesifikasi

1.    Anjing liar

2.    Tikus

  •    Stor makanan & ubatan

3.    Lalat

 

 

4.    Nyamuk

 

·         Pagar chain-link


·         Perangkap tikus

·         Mengamalkan kebersihan

·         Semburan racun – kawasan jauh dari tempat makanan

·         Mempastikan tidak ada tempat air bertakung

·         Fogging di kawasan jauh dari tempat makanan



Pertahanan pertama

  • Meletakkan Pest Control di sekeliling kawasan yang berpagar dibahagian  dalam dengan jarak 40 diantara setiap perangkap. Menutup laluan longkang  ke kawasan luar dengan menggunakan jaring untuk  mengelak kemasukan anjing.

Pertahanan Kedua

  •  Meletakkan Pest Control di tempat bangunan  kawasan luar di bahagian kaki lima .

Pertahanan ketiga

  • Meletakkan perangkap tikus atau glue board di dalam dewan penyembelihan dan di ruang pengedaran   karkas.     
  • Semua perangkap tikus ini dipantau setiap hari bagi memastikan ia-nya berkesan
  • Semua pemantauan ini direkodkan didalam buku




Pengurusan Sisa buangan dan kolam

  • Kawasan unloading disediakan system saliran bahan buangan / longkang untuk disalirkan ketakungan najis
  • Kawasan dalam bangunan disediakan saluran perparitan kesistem kumbahan
  • Bahan buangan disalurkan melalui pemisah

  • Sisa buangan termasuk bahan pepejal, darah dan lain-lain perlu dikumpul dan dilupuskan setiap hari
  • Bekas dibasuh dan dinyahkuman sebelum diguna semula
  • Sekurang-kurangnya dua system kumbahan khusus disediakan (Sisa darah Dan Sisa Pepejal )
  • Sistem rawatan sisa yang sesuai dan berkesan
  • Pematuhan standard kualiti alam sekitar



  • Semua pemantauan berkaitan Program Penyelenggaraan Kolam Kumbahan perlulah direkodkan di dalam buku
  • Pegawai/penyelia hendaklah memantau dan merekodkan tarikh / waktu Program Penyelenggaraan Kolam Kumbahan dilakukan


Kebersihan dan kesihatan pekerja termasuk pelawat

Pekerja-pekerja rumah sembelihan hendaklah memakai pakaian yang seragam dan bersopan serta menggunakan alat-alat atau perkakas sembelihan yang sempurna, bersih, selamat dan diberikan “locker” atau tempat yang sesuai untuk simpanannya

Perlengkapan pakaian Am untuk pekerja pemprosesan karkas dan/atau daging meliputi pakaian kerja khusus, apron plastik, penutup kepala (hairnet), penutup mulut (masker), sarung tangan (handglove), dan gumboot yang harus disediakan minima 2 (dua) set untuk setiap pekerja.

  • Baju PPE yang bersih
  • Sihat semasa bekerja
  • Health declaration form



NOTA: Sekiranya pengendali makanan didapati menghidap atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan, pengusaha perlu memastikan pengendali makanan tersebut: 
  • tidak memasuki premis makanan. 
  • tidak mengendalikan makanan. 
  •  dipastikan sihat sebelum bekerja semula di premis makanan.


Amalan Pengendali Makanan 
Pengusaha perlu memastikan pengendali makanan mengamalkan amalan yang baik



Pelawat 
Pelawat perlu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang bertanggungjawab di premis. Semua pelawat dikehendaki memakai pakaian yang sesuai semasa memasuki premis. Papan tanda atau notis pemberitahuan perlu ditampal di kawasan pintu masuk sebagai pemberitahuan. Pakaian dan kasut yang sesuai perlu disediakan di kawasan pintu masuk dan perlu dicuci selepas setiap kali pemakaian.



GUMBOOT / FOOTBATH
  • Keperluan menyediakan gumboot yang mencukupi bagi para pekerja, gumboot perlulah dipastikan sentiasa dalam keadaan yang bersih sentiasa. Bolehlah di sediakan Gumboot Rack  untuk meletakkan  supaya gumboot sentiasa dalam keadaan kering selepas digunakan.

  •  Bagi menjaga bioscuriti kawasan ruangan operasi perlulah disediakan Footbath yang mengandungi disinfactan untuk mencelup gumboot. Jika Footbath kekal tiada, maka bolehlah mengunakan suatu bekas  yang boleh digunakan sebagai tempat mencelup gumboot. Footbath diletakkan di hadapan pintu masuk utama ke ruangan operasi.
  • Pada setiap pintu masuk bangunan utama, harus memiliki fasilitas untuk mencuci gumboot yang dilengkapi dengan berus dan sabun, dan fasilitas untuk pencelup desinfektan gumboot (foot dipping)
  • Semua Pekerja dimestikan untuk mencelup Gumboot kedalam Footbath yang mengandungi Disinfaktan sebelum memasuki ruang Dewan Operasi 
  • Footbath haruslah perlu di pastikan sentiasa  dibersihkan dan  disinfactan perlulah sentiasa ditukar.
  • Semua pemantauan berkaitan Pemeriksaan Kebersihan Pekerja (Personal Hygiene) dan Pemeriksaan Tempat Celup Gumboot (Footbath) perlulah direkodkan di dalam buku
  • Pegawai/penyelia hendaklah memantau  tarikh / waktu Pemeriksaan Kebersihan Pekerja (Personal Hygiene) dan Pemeriksaan Tempat Celup Gumboot (Footbath) dilakukan
  • Bahan Disinfaction 5% akan dicairkan menggunakan kaedah 1:500



Bioskuriti

  • Kawasan permis haruslah mempunyai pagar keliling  dan mempunyai Pintu Gate dengan ketinggian minimum 6 kaki

  • PVC Strip Curtain /Tabir   plastik lut sinar dipasang   di setiap pintu masuk ke bahagian dewan sembelih untuk mengelakkan  lalat  memasuki  premis bangunan.


  • Pintu masuk mempunyai Vehicle Dip (Pencelup Tayar) untuk Bioskuriti

  • Pintu masuk mempunyai Vehicle Spray untuk Bioskuriti


Kenderaan yang keluar masuk ladang adalah disarankan dibasmi kuman pada bahagian tayar menggunakan kaedah yang sesuai seperti Vehicle dip dan Vehicle Spray atau kedua-duanya  supaya dapat menghindar penyakit dari luar masuk


  • Semua pemantauan berkaitan Pemeriksaan Vehicle Dip Dan Vehicle Spray  perlulah direkodkan di dalam buku
  • Pegawai/penyelia hendaklah memantau  tarikh / waktu Pemeriksaan Vehicle Dip Dan Vehicle Spray  dilakukan
  • Bahan disinfaktan yang digunakan perlulah ditukar bahan pencelup setiap minggu.
  • Bahan Disinfaction 5% akan dicairkan menggunakan kaedah 1:500


 SignBoard /Safety Sign

Papan tanda / Signboard Premis merupakan satu bentuk pemakluman (media komunikasi penyampaian maklumat) yang digunapakai oleh pemilik atau pengusaha perniagaan sebagai medium untuk memaklumkan serta mempromosikan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan kepada orang awam.

  • Selain itu , Papan tanda juga berfungsi  memberikan peringatan keselamatan (Safety Sign)  tentang potensi bahaya atau aturan keselamatan 

  • Papan tanda keselamatan perlulah senang dilihat, mudah difahami secara visual seperti larangan merokok, dilarang masuk tanpa urusan dan sebagainya yang diperlukan bagi memastikan kawasan kerja dalam keadaan lingkungan selamat. 

Prosedur Operasi Standard (SOP)

  • Panduan kepada semua pekerja berkaitan dengan langkah-langkah pemprosesan.
  • Menyeragamkan kerja-kerja di sepanjang proses pemprosesan.
  • Bagi memastikan semua pemprosesan produk makanan dilakukan secara teratur dan mengikut langkah-langkah yang betul.
  • Untuk memastikan kualiti produk adalah konsisten pada setiap batch.

Kepentingan SOP

  1. Memastikan tugasan atau kerja dengan betul
  2. Standard perlaksanaan proses dan mengelakkan ketidakseragaman
  3. Mengetahui dengan jelas peranan dan pembahagian tugas setiap posisi tugasan masing-masing
  4. Perlaksanaan dapat dijalankan dengan lebih  cekap, efektif, efisen dan ekonomi
  5. Menjamin kualiti yang konsisten
  6. Meningkatkat kecekapan pekerja
  7. Mengurangkan kesilapan pekerja
  8. Menghindari pertindihan proses
  9. Meningkatkan pengurusan masa
  10. Pengurusan risiko dan melindungi kecelakaan semasa menjalankan tugas
CARTA ALIR PROSES

Penerangan  format SOP hendaklah sesuatu yang mudah, jelas dan lebih baik sekiranya carta aliran proses disediakan untuk membantu penerangan. Carta Aliran proses memberi gambaran proses secara grafik supaya setiap aktiviti proses


Kepentingan Kepatuhan SOP terhadap risiko Bahaya
  • Kepatuhan SOP itu cukup penting untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi mengelak dan mengurangkan bahaya demi menjaga keselamatan dan kesihatan diri 

1) Bahaya Fizikal

disebabkan oleh pencemaran yang tidak disengajakan atau amalan pengendalian makanan yang tidak baik.


Contoh Bahaya Fizikal

  • Batu
  • Pasir
  • Dawai kokot
  • Paku
  • Jarum
  • Duit syiling
  • Pin tudung
  • Rambut
  • Kuku
  • Serpihan logam
  • Serpihan plastik
  • Serpihan kaca
  • Serpihan kayu

2) Bahaya Biologi

Makanan boleh dipengaruhi oleh bahan cemar biologi. Bahan pencemar biologi adalah jenis organisma yang dapat mengubah komposisi makanan sehingga tidak sesuai untuk dimakan.


Contoh Bahaya Biologikal 

  • Salmonella
  • Vibrio cholera
  • Campylobacter jejuni
  • Escherichia coli
  • Clostridium botulinum
  • Listeria monocytogens
  • Staphylococcus aureus
  • Clostridium botulinum
  • Toxoplasma gondii
  • Giardia parasites
  • Hepatitis A virus (HAV)
  • Kulat
  • Najis makhluk perosak
  • Darah
  • Bahan dalam makanan yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang.



3) Bahaya Kimia

Toksin semula jadi dan bahan cemar kimia (agen pembersih dan sanitasi, dadah, bahan tambahan makanan, racun perosak, bahan kimia industri dan toksin lain). 


Contoh Bahaya   Kimia

  • Sisa klorin daripada proses sanitasi akan mencemarkan produk.
  • Sisa klorin akan menyebabkan produk mempunyai bau yang tidak enak dan rasa produk akan berubah.
  • Kebocoran bahan kimia daripada mesin boleh mencemarkan produk makanan.
  • Pastikan pengunaan larutan klorin untuk sanitasi adalah betul. Pastikan semua mesin diselenggara dengan baik.
  • Pastikan penggunaan bahan aditif makanan adalah betul dan kepekatan adalah dalam julat yang dibenarkan
  • Keadaan kilang yang kotor akan menyebabkan bakteria dan serangga perosak membiak.
  • Kehadiran makhluk perosak akan mendatangkan banyak masalah kesihatan dan risiko pencemaran biologikal kepada makanan agak tinggi.
  • Peralatan dan fasiliti yang tidak disanitasi selepas penggunaan juga boleh menyebabkan pencemaran biologikal kepada produk makanan.
  • Suhu penyimpanan produk makanan juga penting untuk mengawal pencemaran biologikal.
  • Pastikan suhu produk dan suhu penyimpanan adalah betul dan patuh standard/peraturan.
  • Bahan Aditif
  • Logam berat - Merkuri, Arsenik, Plumbum, Kadmium, Kromium
  • Antibiotik
  • Toxin
  • Racun perosak
  • Racun serangga
  • Racun rumpai


4) Bahaya Alergi / Alahan

Alergi atau alahan adalah keadaan ketika sistem imun badan bertindak balas secara tidak normal kepada bahan yang biasanya tidak menimbulkan tindak balas pada kebanyakan orang

Gejala anafilaksis termasuk kesukaran bernafas, bengkak pada tekak, penurunan tekanan darah, dan kehilangan kesedaran. Selain itu, alergi makanan juga boleh menyebabkan dermatitis atopik (ekzema), gangguan pencernaan, dan gejala lain seperti gatal-gatal, ruam, dan sakit perut. 



ALIRAN PROSES DI RUMAH PENYEMBELIHAN


















Kemudahan Pendinginan (sekiranya ada)

  • Suhu bilik pendingin = 0°C -4 °C

Produk akhir perlu disimpan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

 Pada suhu bilik (Room temperature product)

  1. Suhu sejuk (chill) 4 ºC hingga -4 ºC 
  2. Suhu beku (frozen) -8 ºC hingga -12 ºC 
  3. Suhu beku (deep frozen) -18 ºC dan ke bawah

Pemantauan dan kawalan bagi menentukan suhu dan masa perlu dijalankan



Jika daging tidak disimpan pada suhu yang betul, Daging akan cepat rosak kerana  bakteria akan membiak dengan cepat 

Pengujian pH daging dilakukan dengan memakai alat pH meter

Pemeriksaan pH normal daging iaitu pada pH 5.4 hingga pH 5.8



Transportation & Distribution

Kenderaan bagi tujuan pengedaran perlu dipastikan dalam keadaan bersih dan sentiasa dicuci dan di disinfek

Secara efektif kekalkan suhu, kelembapan, atmosfera atau keadaan lain untuk lindungi produk makanan dari hazard

  • Suhu pengangkutan makanan sejuk antara -1 ºC  hingga 10 ºC 
  • Suhu pengangkutan makanan sejuk beku adalah -18 ºC 

Packaging Material (Bahan Pembungkusan)


Semua bahan pembungkusan perlu mematuhi kehendak Halal dan diperbuat daripada bahan yang tidak toksik (food greade)  dan tidak berbahaya. 

Rancangan Penarikan Balik Produk  (Product Recall)

PENARIKAN BALIK PRODUK
adalah suatu tindakan untuk menarik semula produk daripada pasaran (jualan, pengedaran dan penggunaan) kerana terdapat kemungkinan dan menyadari terdapatnya risiko keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan atau kualiti yang tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan.

MENGAPA ?
Terdapat aduan daripada:

  1. Pengeluar
  2. Pemborong
  3. Pekedai
  4. Pengguna
  5. Arahan agensi kerajaan

KENAPA?

  1. Kemungkinan produk siap yang digunakan oleh pelanggan boleh menimbulkan risiko keselamatan
  2. Kemungkinan produk siap tidak memenuhi piawaian dan spesifikasi keselamatan makanan syarikat
PENARIKAN SEMULA YANG WAJIB
Penarikan semula produk atas arahan pihak Kerajaan (contoh: Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana
  1. PRODUK TIDAK MEMENUHI STANDARD KESELAMATAN MAKANAN YANG DITETAPKAN
  2. PRODUK BERKEMUNGKINAN @ DIANGGAP BOLEH MENYEBABKAN KECEDERAAN KEPADA PENGGUNA

APA ITU KEBOLEHKESAN (TRACEABILITY)?

Sistem kebolehkesanan produk diwujudkan agar produk dapat dikesan semula dan dikenal pasti supaya tindakan yang boleh diambil untuk menarik balik semua produk yang disyaki. Cara mengesan diantaranya dengan mengenalpasti :

  1. Maklumat Pembekal dan Maklumat Pengedar 
  2. Invois / resit pembelian, Deliveriy Order (DO) / resit penerimaan dan Consigment note
  3. Semua produk akhir / separa akhir perlu mempunyai Stock Card, no.batch/ no.lot, Batch Manufacturing Record (BMR) 
  4. Sebarang penandaan / lebal  seperti tarikh luput/ tarikh & masa pengeluaran/ tarikh & masa akhir produk Barcode / Batch number
  5. Kuantiti / berat/ saiz pek



Rekod pengedaran hendaklah disimpan dan sentiasa tersedia kepada orang yang bertanggungjawab terhadap panggil balik. 

Rekod tersebut juga hendaklah mengandungi maklumat yang mencukupi tentang pemborong dan pelanggan yang dibekalkan secara terus.

TAHAP PANGGIL BALIK

Tahap I

  • Bahan (karkas) atau produk dengan risiko kesihatan dan halal yang mungkin hadir seperti pengesanan bahan yang tidak halal dalam produk, pemprosesan dan pembungkusan yang boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian. Hendaklah  berada dibawah sekatan  dalam tempoh 24 jam.

Tahap II

  • Bahan (karkas) atau produk dengan risiko kesihatan minor atau substandard. Hendaklah berada di bawah sekatan dalam masa 72 jam.

Tahap III

  • Bahan (karkas) atau produk dengan sebab lain untuk dipanggil balik. Hendaklah berada di bawah sekatan dalam tempoh 30 hari atau seperti yang dinyatakan. 

PERINGKAT PANGGIL BALIK

Peringkat panggil balik bergantung pada jenis masalah, takat pengedaran dan tahap bahaya yang terlibat bagi bahan (karkas) atau produk tersebut.

Peringkat A:

  • Melibatkan semua pengguna (pengguna akhir)

Peringkat B:

  • Melibatkan semua tempat jualan (contohnya semua tempat jualan, kedai runcit,pasar awam)

Peringkat C:

  • Melibatkan semua pengedar (pemborong) 


Contoh Senarai Semakan Penarikan Balik Produk  (Product Recall)

Sekiranya perlu menjalankan  program penarikan balik produk maka produk akan di trace balik melalui tagging kod daripada  pengendali dan dari mana tempat simpanan, tempat  jualan dan produk di ambil balik. Perincian cara menjalankan dayajejak dan penarikan produk dan mock recall adalah seperti berikut:

  1. Menghubungi secara langsung pihak pengedar supaya  menghentikan penjualan dan mengembalikan stok yang masih ada. Semakan terhadap sale order, purchase oder dan invoise.
  2. Pengedar pula mengambil tindakan sewajarnya supaya pengguna dapat dihubungi untuk pemulangan semula.
  3. Melakukan audit dan tindakan susulan bagi memastikan usaha penarikan balik produk berkesan.
  4. Sekiranya panggilan balik untuk pengguna tidak dikenalpasti surat arahan atau notis beserta sebab di keluarkan.Segerakan penyebaran maklumat mengenai pemulangan ini
  5. Mengambil tindakan untuk mencegah masalah dari berulang kembali
  6. Melakukan Kaedah-kaedah pemusnahan atau pelupusan bagi produk yang telah ditarik balik.

PEMBERITAHUAN TENTANG PANGGIL BALIK

Pemberitahuan tentang panggil balik perlu disampaikan kepada semua pihak yang terlibat.

1) Melibatkan semua pengguna (pengguna akhir)

  1. Usaha cara untuk menghubungi dan menghentikan semua penggunaan bahan (karkas) atau produk  dan untuk mendapatkan kembali stok yang telah sampai kepada pengguna akhir
  2. Apabila telah pasti terdapatnya bahaya, orang ramai diberi peringatan melalui siaran media seperti radio, televisyen dan akhbar yang bertujuan untuk memberi amaran dengan segera. 

 2) Melibatkan semua tempat jualan

  1. Semua pemborong akan dikenal pasti dan dikehendaki untuk menyediakan senarai semua tempat jualan. Tempat jualan ini boleh didapati melalui rekod pengedaran dan untuk menghentikan pengedaran bahan (karkas) atau produk mendapatkan kembali stok yang telah sampai kepada pengguna akhir
  2. Notis panggil balik akan dihantar kepada semua tempat jualan. Pada masa yang sama, wakil dari syarikat akan dihantar ke tempat jualan untuk mendapatkan kembali stok tersebut. 

 3) Melibatkan semua pengedar (pemborong)

  1. Pengguna tidak terdedah kepada apa-apa risiko daripada penggunaan bahan (karkas) atau produk tersebut.
  2. Pemborong dan stokis akan dihubungi oleh wakil syarikat supaya perancangan boleh dibuat untuk mengambil kembali semua stok yang berkenaan daripada pemborong dan stokis. 

SISTEM PENARIKAN BALIK (RECALL)

  • Sistem penarikan balik perlu didokumenkan bagi memastikan pengesanan produk dan penarikan balik produk secara berkesan sebaik sahaja pencemaran produk dikenalpasti atau terdapat aduan pengguna terhadap keselamatan makanan
  • Sistem penarikan balik produk akan berkesan dengan adanya pelabelan dan pengesanan yang baik
  •  Perlu menjalankan mock recall setahun sekali.


Kesedaran awam terhadap keselamatan makanan

  • Kesedaran terhadap risiko jangkitan penyakit zoonotik (penyakit yang berjangkit dari ternakan ke manusia)
  • Memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menyembelih ternakan mereka di rumah sembelih yang diluluskan atau berlesen bagi memastikan daging/ karkas yang bersih dan selamat untuk dimakan. Ianya dapat dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Agensi-agensi Kerajaan
  • Memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan mengutamakan aspek kebersihan (hygine), keselamatan (safety) dan kesihatan dalam setiap aktiviti penyembelihan ternakan tidak kira di mana ia dilakukan. 

Saluran makanan (Esofagus) perlulah diikat untuk mengelakkan daripada makanan yang berada di dalam perut ternakan terkeluar dan boleh menyebab pencemaran silang.

Pencemaran atau kontaminasi bakteria yang tidak baik dari dalam perut boleh terkena dan mencemari daging serta organ-organ lain.

Penggunaan Wheel Barow bagi mengangkat dan memindahkan daging adalah tidak sesuai digunakan kerana persekitaran rumah penyembelihan yang sentiasa berkeadaan basah sehingga peralatan yang diperbuat dari material besi cepat berkarat. Bahan yang berkarat adalah tidak selamat digunakan  dan boleh mendatangkan bahaya fizikal seperti mengakibatkan keracunan logam jika termakan.

Ruang melapah dalam keadaan bersih dan tidak menyebabkan pencemaran silang. Karkas yang telah siap dilapah disarankan digantung. Kerja -kerja melapah tidak dibenarkan dilakukan secara terus di atas lantai seharusnya karkas perlu di alas / diletakkan di atas Craddle supaya karkas tidak menyentuh lantai. 

Jika karkas terpaksa diproses di atas lantai perlulah berlapik dengan kanvas  dan mudah dibersihkan

Tempat pemotong daging hendaklah menggunakan papan pemotong yang sesuai,bersih dan selamat digunakan (kayu tidak sesuai yang boleh menyebabkan pencemaran fizikal)

Pemotongan daging hendaklah menggunakan Papan Pemotong Daging (Chopping board) dari bahan yang sesuai, bersih, selamat dan kukuh (dicadangkan diperbuat daripada plastik Polythylene sekurang-kurangnya 2 inci tebal) 

Pemotongan dilakukan diatas meja yang di alas dengan bahan yang sesuai dan bersih


Mesin pemotong tulang perlulah daripada peralatan yang khas yang bersesuaian dengan tujuan untuk memotong tulang atau daging beku.. Penggunaan Grindder untuk memotong tulang dan daging adalah tidak bersesuaian dengan fungsi sebenar untuk tujuan memotong yang baik kerana penggunaannya amat merbahaya kepada pengguna.

Peralatan ini perlulah bermeterial bahan kalis air, mudah dibersihkan, selamat untuk digunakan dan perlu dalam keadaan sentiasa bersih.

Mesin pemotong tulang haruslah juga mempunyai  jarak yang selamat dan dapat beroperasi memotong dengan  kesan menggergaji tulang yang baik (tanpa meninggalkan  serpihan tajam)

Penggunaan Hook Karkas / Cangkuk daging dari material besi yang mudah berkarat boleh mendatangkan bahaya fizikal.

Cangkuk Karkas seharusnya diperbuat dari meterial Standless Steel yang tidak mudah berkarat

Tempat mengantung karkas digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pemprosesan deboning sebelum pengedaran. Tempat mengantung karkas ini perlulah kukuh yang  dapat menampung bebanan berat karkas yang di gantung juga bahan meterial tidak berkarat supaya tidak berlaku pencemaran fizikal

Karkas yang telah dilapah, hendaklah digantung pada tiang yang tidak berkarat dengan ketinggian yang bersesuaian agar karkas tidak mencecah lantai

Penggunaan alas plastik hitam kitas semula (recyled plastik) bagi tujuan mengalas atau membungkus daging adalah tidak bersesuaian kerana meterial ini mengandungi bahan kimia toksik iaitu bromin dan plumbum yang tinggi yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia  

Daging hendaklah dimasukkan dalam bekas yang bersih.

Kenderaan pengangkutan karkas haruslah bersesuaian dengan jenis barangan atau muatan yang dibawa. Kenderaan pengangkutan karkas perlulah berpenutup penuh dan mempunyai bekas takungan bagi mengelakkan air dari karkas meleleh keluar. Pengunaan lori Bonded adalah yang sesuai sepenuhnya bertutup dan lebih hygine.


PENGURUSAN SISA PEPEJAL  DI RUMAH PENYEMBELIHAN

Sisa penyembelihan ternakan hendaklah diuruskan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran:

Sisa Pepejal

Sisa pepejal hendaklah dibungkus, ditanam dan dilupuskan dengan cara yang bersesuaian dan tidak bertentangan dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sisa Cecair

Sisa cecair seperti darah penyembelihan hendaklah ditanam atau dilupuskan dengan cara yang bersesuaian serta tidak bertentangan dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

CARA PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Mengadakan pusat atau tempat pengumpulan dan pembuangan semua jenis sampah sarap secara berasingan yang sempurna dan mencukupi.

Bangkai dan sisa-sisa binatang yang berpenyakit dan rosak hendaklah dihapuskan dengan sempurna secara pembakaran ( incineration ) atau loji rendering di dalam kawasan rumah sembelih 

Pembuangan sisa-sisa pepejal

Sisa pepejal dari rumah sembelih seperti tulang dan lemak  akan di kumpulkan di dalam tong (Tong Roro).  Kemudahan yang perlu ada adalah Rumah sampah untuk meletakkan Tong Roro tersebut.

Rumah sampah hendaklah:

  • Dari jenis bangunan yang kekal dan diperbuat daripada konkrit
  • Bertutup dan kedudukannya jauh dari tempat pemprosesan supaya tidak mendatangkan bau dan sebarang pencemaran
  • Bebas daripada sebarang gangguan makhluk perosak.
  • Mudah dicuci, dibersih, disanitasi dan diselenggara serta lengkap dengan sistem perparitan yang sempurna

Pastikan sisa pepejal  perlu di bungkus dan dilupus dengan baik. Kerja-kerja ini  dilakukan setiap kali selepas penyembelihan.

Pihak Berkuasa Tempatan atau kontraktor pembersihan yang dilantik akan mengambil tong-tong sisa pepejal  ini untuk dilupuskan di tempat pelupusan


Bangkai dilupuskan  secara berkesan melalui pembakaran sempurna dengan mengunakan
 'Incinerator'.

Sekiranya Incineration tiada.. Maka bolehlah pelupusan dilakukan dengan kaedah menanam bangkai dan sisa binatang ke dalam lubang  yang telah digali. Bangkai dan sisa binatang tersebut perlulah di tabur kapor setebal 5 sentimeter. kemudian lubang di kambus dan ditutup dengan tanah dan di tabur kapur sekali lagi di atasnya.

Kaedah pelupusan yang disarankan adalah ditanam (deep pit). Kapur terlebih dahulu ditabur setebal 5 sm. Lubang ditutup dan ditabur dengan kapur. Kambus tanah sehingga 0.2 meter dari permukaan tanah untuk mengelakkan lubang termendap.

Kolam Pengolahan Kumbahan

Air kumbahan yang telah dirawat (efluen) dan dipastikan selamat akan disalurkan ke dalam sistem pengairan seperti sungai, parit atau laut. Hal ini kerana tanpa proses rawatan, air kumbahan yang tidak dirawat akan mencemarkan sumber air dan alam sekitar, seterusnya akan menggugat kesihatan awam dan pertumbuhan ekonomi negara.

Pengasingan sisa pepejal dari sisa cecair boleh dilaksanakan menggunakan alat mesin pengasingan (solid separator). Langkah ini membantu mengurangkan pembentukan enapcemar (sludge built-up) yang boleh tahap keupayaan kolam untuk beroperasi dengan baik. Kaedah ini juga bagi mengurangkan beban pencemaran yang masuk ke dalam kolam pengolahan dan secara langsung dapat menjimatkan kos penyelenggaraan.

Efluen ternakan perlu diolah terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke saliran air. Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya tiga (3) buah kolam pengolahan (iaitu kolam anaerobik, fakultatif, aerobik) perlu disediakan 


Bagi mengelakkan berlakunya resapan (seepage) efluen ternakan yang boleh mencemarkan air bawah tanah, bahagian dasar kolam perlulah dibina supaya tidak telap air. Kebiasaan jenis pelapik PVC (liner) atau konkrit digunakan. Sekiranya jenis tanah adalah tanah liat dan jarak dengan air bawah tanah (water table) tidak berlaku resapan maka kolam boleh dibuat tanpa memerlukan lapisan tersebu

Kaedah Pengkomposan Tinja

Sisa tinja ternakan boleh dijadikan salah satu bahan atau komponen dalam pembuatan kompos. Kompos digunakan secara meluas sebagai baja organik dalam bidang pertanian. Penghasilan produk seperti ini dapat menjana pendapatan tambahan kepada penternak dan dalam masa yang sama membantu mengekalkan persekitaran yang bebas daripada pencemaran. 

Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien serta boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepada akar tanaman.

  • Semua pemantauan berkaitan Pelupusan Sisa Buangan perlulah direkodkan di dalam buku


Penyelenggaran Mesin

Tujuan program ini adalah untuk memastikan peralatan penyembelihan seperti hoist, brisket saw, splitting saw, chiller dalam keadaan sempurna dan sentiasa berfungsi dengan baik. Semua peralatan ini perlu diselenggarakan dengan baik mengikut jadual yang telah di tetapkan. Kerja-kerja penyelenggaran ini perlu direkodkan.

Kekerapan penyelenggaraan hendaklah sesuai dengan kekerapan penggunaan. Kalibrasi peralatan adalah salah satu contoh kaedah penyelenggaraan peralatan.




Pengendalian Pengurusan Stor

1.     Stor Peralatan

Pengurusan stor peralatan melibatkan beberapa aspek penting seperti penyusunan yang sistematik, penyimpanan yang selamat, pengeluaran dan penerimaan barang yang direkod dengan tepat, serta penyelenggaraan rekod yang kemas kini. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan kelancaran operasi, keselamatan barang, dan pengurusan inventori yang cekap

2.     Stor Bahan Pencuci

Semua bahan pencuci di simpan di dalam stor yang berasingan dari stor bahan kering. Kenalpasti Kandungan bahan pencuci. Terdapat dua (2) jenis kandungan bahan pencuci iaitu alkali dan asid.

Sebatian alkali

  • Natrium atau Kalium Hidroksida: membekalkan sebahagian besar sifat alkali dan berkesan dalam mengurangkan kotoran yang disebabkan oleh protein atau lemak.
  • Natrium Metasilikat: Membantu dalam proses pengemulsian, proses percampuran (soil suspension) dan mencegah daripada penghakisan logam.
  • Agen aktif permukaan (Surfactants): membantu dalam pemecahan pada permukaan kotoran untuk mempermudahkan pengeluaran kotoran.
  • Klorin: Dicampur dalam kebanyakan formula bahan kimia untuk membantu menguraikan protein.

Sebatian asid

  • Asid Fosforik: Ia merupakan sejumlah besar bahan asid dalam kebanyakan bahan pencuci asid yang bertujuan melarutkan mineral bagi memudahkan pembersihan dilakukan.
  • Lain-lain Asid: Asetik, hidroasetik, sitrik, sulfamik dan asid nitrik juga digunakan dalam kebanyakan pencuci.
  • Agen aktif permukaan (Surfactants): membantu dalam pemecahan pada permukaan kotoran untuk mempermudahkan pengeluaran kotoran.

 

3.     Stor Bahan Kimia “chemical inventory”

Stor bahan kimia hendaklah berkunci dan hendaklah dipegang oleh pegawai yang bertanggungjawab. Stor hendalah sentiasa bersih dan kemas dan disusun mengikut program (FIFO System). 

Stok yang diterima harus disusun berdasarkan prinsip ’Masuk Dahulu, Keluar Dahulu’ (First In First Out - FIFO).

Semua bahan kimia hendaklah ditandakan dengan jelas serta dipamerkan bahan aktif ingredient. Bahan kimia yang digunakan mempunyai MSDS dan log masuk dan keluar bahan kimia

  • Pastikan operator yang mempunyai pengetahuan mengenai bahan kimia yang digunakan
  • Pastikan bahan kimia tidak dipindahkan kedalam bekas yang tidak berlabel, mudah hakis atau rosak
  • Pastikan kepekatan campuran mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pengilang
  • Pastikan bekas bahan kimia yang kosong dilupuskan dengan kaedah yang betul

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL
'Alah bisa tegal biasa.'

Saturday, March 1, 2025

PERMIT SEMBELIHAN LUAR (PSL) GARIS PANDUAN KORBAN



OBJEKTIF  GARIS PANDUAN

Memberi kesedaran kepada umat Islam untuk melakukan ibadah korban dengan melakukan penyembelihan ternakan korban mereka di rumah-rumah sembelih yang diluluskan & berlesen.

 

Sekiranya, penyembelihan ternakan korban dilakukan di masjid, surau, padang awam, balai raya & rumah persendirian.


KAWALAN PENYEMBELIHAN

Merujuk pada Kaedah-‐Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 Di buat di bawah Seksyen 86(2), Akta Binatang 1953

Penyembelihan ternakan hendaklah mematuhi undang-undang yang sedang berkuatkuasa semasa negeri dan Persekutuan yang berkaitan dengannya.

Kaedah – kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 - Kaedah 5(1) 

"Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah ini, tiada seorang pun boleh menyembelih atau menyebabkan disembelih apa-apa binatang kecuali di rumah penyembelihan jabatan dan yang dilesenkan"

Kaedah - Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 - Kaedah 13(1)

"Mana-mana orang boleh memohon suatu permit untuk menyembelih dan membersihkan apa-apa binatang di mana-mana tempat selain di rumah penyembelihan diluluskan atau rumah penyembelihan dilesenkan:-"

(a) bagi maksud apa-apa amalan agama atau adat:

(b) semasa perayaan agama atau adat:

(c) bagi maksud penyelidikan atau pendidikan; atau

(d) bagi maksud mempromosi pemakanan karkas binatang tertentu.


PENGUATKUASAAN KAWALAN PENYEMBELIHAN

Penguatkuasaan permit ini sebagai daripada usaha kerajaan melindungi pengguna terutama daripada penyakit berkaitan haiwan ternakan, pembelian ternakan seludup, ternakan curi, pengunaan bahan pelali, isu Halal dan hormon terlarang yang merbahaya terhadap kesihatan manusia.

Penyembelihan tanpa permit atau kebenaran bertulis JPV adalah menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda manakala daging sembelihan boleh dirampas    

Antara dokumen yang wajib ada bagi semua ternakan untuk penyembelihan adalah 

  1. Akaun Kebenaran Pindah (AKP)
  2.  Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) 


Pemindahan ternakan & kawalan penyakit 

A)Sijil Kesihatan Veterinar & Akuan Kebenaran Pindah Ternakan 

  • Boleh dibuat di Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah, Ibu Pejabat JPV Negeri
  • Pemeriksaan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Veterinar bagi memastikan ternakan yang akan disembelih sihat & bebas daripada penyakit
  • Sekiranya penyembelihan dilakukan di luar dari rumah  sembelih yang diluluskan & berlesen, satu dokumen tambahan diperlukan iaitu PERMIT PENYEMBELIHAN LUAR
  • PERMIT PENYEMBELIHAN LUAR boleh didapati dari Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah, Ibu Pejabat JPV Negeri dan Rumah Sembelih JPV

B) Kebersihan

  • Penyembelihan yang dilakukan di rumah sembelih adalah lebih terjamin kerana setiap daging diperiksa oleh Pihak Berkuasa Veterinar.
  • Penyembelihan diluar perlu menitikberatkan aspek kebersihan untuk memastikan daging korban bersih & selamat untuk dimakan.

C) Penguatkuasaan undang-undang. Garis panduan tertakluk kepada ;

  • Akta Binatang 1953 (semakan 2006) {Akta 647} dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 {Akta A1452}
  • Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009
  • Undang-undang persekutuan yang lain
  • Undang-undang negeri
  • Undang-undang kecil PBT

Permit Sembelih Luar (PSL)

Mana-mana pihak (sama ada Pembekal, pengurusan ternakan atau individu) yang nak buat penyembelihan di luar rumah penyembelihan  perlu mendapat Permit Sembelihan Luar (PSL) daripada Jabatan Veterinar terlebih dahulu bagi setiap seekor binatang sebelum menghantarnya ke

  1. Rumah Sembelih Swasta Sementara Di Bawah Kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
  2. Rumah Sembelih Sementara diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan penyembelihan Adat/ Amalan Agama sebagai contoh Sempena Perayaan Aidilfitri / Aidiladha
  3. Tempat penyembelihan di masjid atau surau yang mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Contoh : BORANG 4 [subkaedah 13(2)]


  • Mohon di rumah sembelih ATAU Mohon di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah
  • Caj untuk Permit Penyembelihan:

  1. Lembu/Kerbau RM35/ekor
  2. Kambing/Bebiri RM25/ekor

  • Mesti memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan untuk tujuan penyembelihan luar


Rujuk borang 5 kelulusan permit dalam kaedah-kaedah..Perlulah nyatakn tarikh dan masa sembelih,tempat jualan,  


Rujuk subkaedah 13(8) &(9) menyebut Permit Sembelihan Luar (PSL)  perlu di keluarkan hanya di dalam negeri tersebut sahaja.. 

Sebagai contoh : Pihak Berkuasa Veterinar Negeri  Melaka tidak boleh memberi kelulusan Permit Sembelihan Luar (PSL) ini untuk di sembelih di negeri sembilan. Ini kerana Pihak Berkuasa Veterinar Melaka tidak boleh membuat  pemeriksaan penyembelihan di negeri sembilan

Perkara 13 kaedah-kaedah binatang kawalan penyembelihan 2009 juga menyatakan adalah menjadi kewajipan penyembelih ternakan mendapatkan permit sembelihan bagi penyembelihan perayaan sekiranya tidak menyembelih di rumah sembelih jabatan, bagi mengelakkan penularan penyakit ternakan dan kawalan penyembelihan secara lebih baik.

*Tertakluk kepada arahan dan syarat-syarat kebenaran sembelih oleh DVS negeri

SYARAT-SYARAT PERMIT PENYEMBELIHAN BAGI PENGELUARAN PERMIT DI BAWAH SUBKAEDAH 13(1) KAEDAH-KAEDAH BINATANG (KAWALAN PENYEMBELIHAN) 2009

Syarat-syarat permit penyembelihan (lampiran B) 



Carta Alir Permohonan Permit  Sembelihan Luar (PSL) Di Rumah Sembelih Jabatan


Permohonan Permit  Sembelihan Luar (PSL)

  • Bagi penyembelihan di luar Rumah Sembelih perlu mendapatkan permit penyembelihan daripada Rumah Sembelih Jabatan atau JPV Negeri yang berdekatan.
  • Penyembelihan untuk Jualan pada musim perayaan Raya Puasa dan Raya Haji ( hanya  terpakai 3 hari sebelum dan 3 hari selepas)
  • Untuk penyembelihan adat / agama contoh aqiqah korban (Lembu kerbau kambing Bebiri)– Sembahyang (Khinzir)
  • Diguna pakai atau sah  hanya di pusat sembelihan sementara kebenaran JPV Negeri , kebenaran PBT (Permis) dan kebenaran bersyarat Majlis agama Islam Johor ( Masjid/ Surau Terpilih) contoh Sembelihan Korban
  • Setiap ternakan yang ingin disembelih perlu mendapatkan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dari JPV Negeri atau Pejabat Veterinar Daerah yang berdekatan.
  • Permohonan  Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)  dan sijil pindah bagi tujuan diatas hendaklah Bersama dengan permit penyembelihan.(3 hari sebelum – bergantung kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri  atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berkaitan) 
  • Kebenaran Penyembelihan Negeri bergantung kepada ordinan Negeri diguna pakai atau tidak
  • Fi Dan Bayaran Permit Sembelihan Luar

    Kutipan fi bagi kebenaran atau permit sembelih luar daripada rumah sembelihan, telah diwartakan di seluruh negara sejak tahun 2009 di bawah seksyen 82 Akta Binatang 1953 [Akta 647] (Penetapan Pusat Veterinar dan Fi Bagi Perkhidmatan Lain).

    Bayaran bagi Permit Sembelihan Luar ditanggung sepenuhnya oleh penternak dan ia merangkumi beberapa perkara termasuk pengambilan darah haiwan ternakan bagi memastikannya selamat untuk pengguna.  Fi adalah sepertimana di bawah ini


Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)

Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dikeluarkan bagi mengesahkan status kesihatan haiwan dan produk haiwan.

Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) diperlukan bagi tujuan seperti berikut:

1. Eksport

2. Pemindahan

3. Penyembelihan


  • Mohon di Pejabat Veterinar Daerah yang berkenaan.
  • Caj untuk SKV : RM 2/Ekor
  • Mesti memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan untuk tujuan penyembelihan
  • Ternakan yang hendak disembelih hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan dipastikan bebas dari sebarang penyakit dan bahan kimia yang memudaratkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar
  • Keputusan ujian makmal yang mengesahkan status terkini sesuatu penyakit/ residu kimia terhadap haiwan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bebas penyakit.
  • Hendaklah mencatat di dalam Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) status kesihatan dan dinyatakan penyakitnya sekiranya akan disembelih atas sebab kesihatan.

Permit Pemindahan / Perjalanan Ternakan /  Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) 

Bagi pemindahan ternakan, karkas dan daging perlu mendapat kebenaran pemindahan daripada JPV berhampiran dan Sijil Kesihatan Veterinar untuk kawalan penyakit yang turut diwartakan mengikut Seksyen 36 Akta Binatang 1953 akan dikeluarkan selepas diperiksa.

  • Mohon di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berkenaan.
  • Caj untuk Akuan Kebenaran Pindah Ternakan : RM 10/konsaimen
  • Mesti memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan untuk tujuan penyembelihan

  • Permit AKPK diwujudkan untuk mengawal penyakit berjangkit. Andailah kata tiada permit, kemungkinan penyakit berjangkit akan merebak dari satu negeri ke satu negeri
  • Contoh penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) . Dengan adanya Permit AKPK ini, DVS dapat mengawal pergerakan keluar lembu positif LSD ini. Dimana Kandang yang terjejas tidak boleh keluarkan ternakan kerana permit tidak boleh dikeluarkan sehingga wabak dapat dikawal. 
  • Pengeluaran Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) bagi ternakan hidup atau produk ternakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.




GARIS PANDUAN PENYEMBELIHAN TERNAKAN KORBAN

Permit Sembelihan Luar Bagi Tujuan Sembelihan Ibadah Korban

Pembekal dan pihak pengurusan ternakan korban perlu mendapatkan Sijil Kesihatan Veterinar,  Akuan Kebenaran Pindah Ternakan dan Permit Penyembelihan Luar Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah dan Ibu pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berkenaan dan juga capaian atas talian e-permit

Sekiranya, ternakan tersebut akan disembelih di masjid, surau, padang awam, balai raya dan rumah persendirian, selain daripada Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan Kebenaran Pindah, Permit Penyembelihan Luar juga perlu dipohon oleh pihak pengurusan ternakan korban atau mana-mana individu yang akan menjalankan aktiviti korban. Permit Penyembelihan Luar boleh diperolehi dari Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah, Ibu pejabat Perkhidmatan Veterinar

AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 [AKTA 772]


Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) telah diwartakan pada 29 Disember 2015 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 2017

Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000.00 hingga maksimum RM100,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Penerapan Aspek Kebajikan Haiwan

Dalam hal ini, kebajikan haiwan perlu dijaga dari peringkat sebelum sembelihan, semasa dan selepas sembelihan dilakukan.

Sebelum binatang tersebut dimasukkan ke dalam rumah sembelihan, mestilah mempunyai Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) yang mengesahkan bahawa ternakan itu sihat dan layak untuk dibawa masuk di rumah sembelihan.

Haiwan perlu diuruskan dengan cara yang sebaik mungkin sama ada sebelum disembelih  dan Semasa Sembelihan dilakukan



A) ‘Kebajikan haiwan’ Sebelum Sembelihan
  1. Pengangkutan dan Penurunan ternakan
  2. Beri minuman dan makanan (jika perlu) secukupnya
  3. Ternakan perlulah diberikan rehat yang mencukupi
  4. Ternakan perlulah ditempatkan di tempat yang sesuai (tidak bersesak dan sempit) dan ditempatkan di kawasan teduh
  5. Ternakan perlulah ditempatkan di tempat dalam kawasan yang bersih
B) ‘Kebajikan haiwan’ Semasa Sembelihan
  1. Teknik mengekang, mengikat dan merebahkan tidak menyebabkan kecederaan
  2. Teknik Penyembelihan yang betul

  • Mengikut hukum sembelihan berlandaskan syariat-syariat islam yang ditetapkan
  • Ternakan yang menunggu untuk disembelih perlu diasingkan bagi mengelak ia melihat ternakan lain sedang disembelih
  • Pisau yang digunakan untuk penyembelihan hendaklah tajam dan bersih
  • Pisau tidak diasah dihadapan ternakan yang hendak disembelih
  • Ternakan di pastikan benar-benar mati selepas disembelih sebelum melapah

GARIS PANDUAN PENYEMBELIHAN TERNAKAN KORBAN

Merujuk pada Buku GPK (A) : 1/2012 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

PENYEMBELIHAN TERNAKAN KORBAN

Sila rujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban 2013, Perkara 5.1, 5.2, 5.3, 5.4 dan 5.5

PENGURUSAN SISA TERNAKAN KORBAN

Sila rujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban 2013, Perkara 6.1,dan 6.2

KESEDARAN AWAM 

Sila rujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban 2013, Perkara 7.1 

Penyembelihan ternakan korban sebaiknya dilakukan di rumah sembelih yang diluluskan atau berlesen bagi menjamin daging yang bersih dan selamat dimakan.

Lokasi

  • Bukan di kawasan rezab sungai/ kawasan tadahan air
Tempat penyimpanan ternakan
  • Kawasan penyimpanan ternakan hendaklah lapang, teduh dan selamat serta terdapat sumber air minuman untuk ternakan
  • Tempoh terima ternakan dan penempatan sebelum sembelih disarankan sekurang-kurangnya 8 jam sebelum sembelih
  • Pemeriksaan Dokumentasi 

Ternakan bagi tujuan ibadah Korban hendaklah mempunyai Dokumentasi seperti:

  1. Akuan Pemindahan Ternakan
  2. Sijil Kesihatan Veterinar
  3. Permit Penyembelihan Luar
  • Tempat bersesuaian untuk pegawai pemeriksa melakukan pemeriksaan ante-mortem sebelum disembelih

Pemeriksaan Ante mortem dijalankan melalui pemerhatian secara

  1. Berkumpulan dan individu  
  2. Sewaktu ternakan bergerak dan berehat
  3. Kebersihan ternakan

Bangunan/ Kawasan Tanah Lapang 

  • Kawasan penyembelihan hendaklah Sesuai, Bersih dan Selamat
  • Kawasan penyembelihan  tidak berdekatan dengan saliran awam dan loji kumbahan
  • Lantai konkrit, tidak mudah pecah, kukuh, dan mudah dibersihkan, tidak merangkap kotoran
  • Namun Tanah lapang awam dikecualikan
  • Kecerunan lantai bersesuaian, tidak menyebabkan air bertakung
  • Mempunyai punca sumber air bersih terawat.
Pekerja
  • Memakai pakaian yang sesuai dengan PPE (apron, sarung tangan dan facemask yang bersih)

Teknik merebahkan ternakan
  • Ternakan korban dijatuhkan menggunakan teknik yang betul, tidak mendatangkan kecederaan kepada ternakan
  • Ternakan korban perlu diikat menggunakan tali yang sesuai dan direbahkan di tempat yang sesuai serta tidak menyebabkan kecederaan kepada ternakan bagi memastikan kebajikan haiwan terjamin.




Ruang Sembelih
  • Penyembelihan perlulah mengambil kira kebajikan haiwan
  • Kawasan sembelihan perlu diasingkan dari kawasan 'holding yard'
  • Ternakan korban yang menunggu penggiliran untuk disembelih perlu diasingkan dari kawasan sembelihan
  • Minima keperluan adalah mempunyai tiang untuk kekangan dan penyembelihan Ternakan korban dijatuhkan di kawasan yang rata, tidak berbatu , tidak becak dan berlopak air
  • Pisau yang digunakan untuk sembelihan perlulah sentiasa diasah tajam
  • Perlu dsiadakan sebuah lubang untuk menakung darah bagi setiap ekor ternakan yang hendak disembelih ( Aliran darah berasingan dengan tempat pembuangan sisa pepejal)

Penyembelihan Korban

Penyembelihan ternakan korban hendaklah mengikut hukum-hukum penyembelihan serta syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

  • Pisau tidak boleh diasah di hadapan ternakan yang hendak disembelih bagi menjaga kebajikan haiwan.
  • Ternakan hendaklah dilapah ditempat yang bersih dan bersesuaian setelah ianya mati. 
  • Pisau yang digunakan untuk penyembelihan hendaklah tajam dan bersih dan penyembelihan hendaklah dilakukan dengan pantas tanpa mengangkat mata pisau.
  • Ternakan korban yang sedang menunggu untuk disembelih perlu diasingkan bagi mengelakkan ia melihat ternakan lain yang sedang disembelih bagi menjaga kebajikan haiwan mengikut pandangan Islam.






Tempat melapah

  • Ruang melapah dalam keadaan bersih dan tidak menyebabkan pencemaran silang
  • Karkas yang akan dilapah, hendaklah digantung di tempat yang bersesuaian dan bersih bagi tujuan melapah;
  • Sekiranya, ternakan dilapah di atas lantai, permukaannya hendaklah dialas dengan pelapik yang sesuai dan bersih;
  • Karkas yang telah dilapah, hendaklah digantung pada tiang yang tidak karat dengan ketinggian yang bersesuaian agar karkas tidak mencecah lantai.
  • Daging hendaklah dimasukkan dalam bekas yang bersih
  • Organ dalaman perlu diletakkan di kawasan asing daripada karkas untuk pemeriksaan


Ruang Pembahagian Karkas / Daging

  • Tempat pemotong daging hendaklah menggunakan papan pemotong yang sesuai,bersih dan selamat digunakan (kayu tidak digalakkan- pencemaran fizikal)
  • Pemotongan daging hendaklah menggunakan Papan Pemotong Daging (Chopping board) dari bahan yang sesuai, bersih, selamat dan kukuh (dicadangkan diperbuat daripada plastik sekurang-kurangnya 2 inci tebal)
  • Proses memotong daging hendaklah dilakukan di atas meja yang di alas dengan bahan yang sesuai dan bersih.
  • Daging yang telah dipotong dikumpulkan di dalam bekas atau di kawasan yang berlapik

Tempat Pemeriksaan Post Mortem

  • Pemeriksa Daging DVS akan memastikan proses penyembelihan yang dijalankan mematuhi Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 dan Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban
  • Pemeriksaan yang dibuat selepas ternakan disembelih
  • Perlu menyediakan sebuah meja untuk pemeriksaan organ dan sebuah bekas yang berlabel kondem bagi organ atau bahagian yang dikondem semasa pemeriksaan

Tempat Pencucian
  • Mempunuai tempat pencucian perut dan usus di tempat yang bersesuaian 
  • Mempunyai tempat untuk mencuci dan bekas pensterilan untuk mensterilkan peralatan
  • Mempunyai kemudahan air bersih bagi pencucian tangan yang secukupnya

Pengurusan pengedaran

  • Memastikan tempat dan kaedah pembungkusan daging yang baik. Jika kerja-kerja pembungkusan terpaksa di lakukan di lantai, maka pastikan lantai di alas dengan canvas yang bersih.
  • Ruang penyerahan  karkas / daging yang disediakan tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk akhir .
  • Pastikan bungkusan daging di susun di dalam bakul khas bagi tujuan pengudaraan yang baik dan tidak di letakkan bertindan-tindan di atasnya bagi mengelakkan daging cepat rosak.
  • Pembahagian / agihan daging kepada peserta Qurban dan asnaf perlu mendapat keutamaan. Seterusnya barulah di agihkan kepada yang lain. Agihan perlulah dilakukan dengan betul dan mengikut syarak.

Pencahayaan

  • Mencukupi bagi kawasan sembelihan dan kawasan proses / ruang kerja dan tempat pemeriksaan daging
  • Tidak menyebabkan kekeliruan warna

Sisa penyembelihan ternakan korban hendaklah diuruskan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran  dan tidak bertentangan dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pengurusan Sisa Pepejal
  • Dibungkus dan dilupus secara tanam
  • Bahagian yang dikondem oleh pegawai pemeriksa perlu dilupus secara tanam.
  • Melaksanakan pengapuran ( Chlorinated lime) untuk membasmi kuman

Pengurusan Sisa Cecair
  • Ditanam atau ditimbus tanah
  • Tidak dialirkan ke longkang awam atau sumber air
  • .Melaksanakan pengapuran ( Chlorinated lime) untuk membasmi kuman

Kebersihan

Penyembelihan ternakan korban yang dilakukan di Rumah Sembelih diluluskan atau berlesen adalah lebih terjamin kebersihan dan keselamatannya kerana setiap daging yang dikeluarkan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Veterinar.

Penyembelihan ternakan korban yang dilakukan di luar dan perkarangan masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan serta rumah persendirian perlu menitikberatkan aspek kebersihan dan kualiti bagi memastikan daging korban bersih dan selamat untuk dimakan.

SENARIO SEMASA TERNAKAN KORBAN

Antara isu keselamatan makanan yang biasa terdapat semasa ibadah korban



Pelaksanaan ibadah korban di premis yang diluluskan bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kemalangan dan kejadian tidak diingini malah keselamatan pengendali, peserta program serta orang awam sentiasa terpelihara.
Haiwan seperti lembu dan kerbau mempunyai kekuatan yang tinggi serta boleh bertindak di luar jangkaan apabila berada dalam keadaan tertekan dan ketakutan. Oleh itu, pengendalian haiwan korban hendaklah dilaksanakan oleh individu yang berpengalaman dan terlatih serta di lokasi yang sesuai dan diluluskan sahaja.



Kesedaran awam terhadap keselamatan makanan

“ tanggungjawab semua ”

  • Kesedaran terhadap risiko jangkitan penyakit zoonotik (penyakit yang berjangkit dari ternakan ke manusia).
  •  Memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menyembelih ternakan korban mereka di rumah sembelih yang diluluskan atau berlesen bagi memastikan daging korban yang bersih dan selamat untuk dimakan. Ianya dapat dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Agensi-agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid, Surau, serta Ketua-ketua Kampung/adat.
  • Memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan dalam setiap aktiviti penyembelihan ternakan korban tidak kira di mana ia dilakukan.