Wednesday, September 11, 2024

PASARAN / MARKETING


KAJIAN PASARAN (Marketing Research)
KAJIAN PASARAN sebenarnya merupakan satu proses mengenalpasti, mempelajari, dan memahami kecenderungan pelanggan terhadap sesuatu bisnes secara menyeluruh.

Secara mudahnya, kajian pasaran dilakukan untuk mengetahui mengapa sesuatu produk menjadi pilihan pelanggan, apakah ciri-ciri produk yang diingini oleh pelanggan, siapakah pelanggan kita sebenarnya, siapakah saingan bisnes, kelebihan dan kekurangan sesuatu bisnes, dan banyak lagi.

KEPENTINGAN KAJIAN PASARAN

  1. Mengenal pasti bakal pelanggan /memahami sasaran pelanggan semasa
  2. Faham tentang kehendak dan keperluan pelanggan
  3. Menentukan strategi pemasaran terbaik
  4. Mewujudkan daya maju produk atau perkhidmatan
  5. Mengurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan
  6. Memastikan syarikat anda mendahului pesaing
  7. Mengenal pasti arah aliran pasaran semasa
  8. Mengenal pasti ancaman dan peluang

Put Yourself In Another Person’s Shoes.

Kajian pasaran juga secara lain boleh dikenali dan difahami sebagai satu proses meletakkan penjual ataupun perniagaan ke dalam situasi pembeli.

Kerana kajian pasaran akan membantu kita menjual produk-produk perniagaan tepat kepada pelanggan.


Kajian pasaran juga membantu kita mengenali siapa pelanggan kita. Kita sebenarnya boleh go to another level dengan memahami kecenderungan mengikut selera pembeli dan mengkaji trend.

Perniagaan bukanlah sekadar perlumbaan membeli pelanggan. Perniagaan juga adalah pertandingan mencipta peluang dan pada waktu yang sama, mencipta pembeli. Pengusaha-pengusaha perniagaan mesti merangka strategi jualan dan pemasaran.

Penentuan Urusan Jualan & Harga  mestilah munasabah berdasarkan harga pasaran semasa.

Bagi memudahkan urusan jualan dan penentuan harga, kesedaran betapa pentingnya satu mekanisma harga yang standard dan boleh menjadi asas bagi setiap penentuan dan kawalan harga, agar urusan halal lagi berpahala, agar kita mendapat barokah dan urusan tidak menjadi beban timbangan  diakhirat nanti 

  • Harga yang ditetapkan tidak melanggar undang-undang semasa kerajaan (KPDNKK)
  • Harga yang ditetapkan mestilah memberi keuntungan kepada semua pihak (termasuklah orang tengah)
  • Penentuan harga perlu mengmbil kira faktor sosial iaitu tidak membebankan pengguna demi keuntungan semata-mata.

Dalam perniagaan, pemasaran mempunyai dua aspek penting iaitu 
  1. Strategi Pemasaran
  2. Rancangan Pemasaran
Pemilik perniagaan perlu kenal pasti kedua-duanya berbeza supaya tidak terkeliru.  Kedua-duanya memainkan peranan penting dan ada objektif tertentu.

1. Strategi pemasaran.

Strategi pemasaran adalah satu hal yang merangkumi matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Untuk berjaya dalam strategi pemasaran, anda perlu memahami aspek sasaran pelanggan, pesaing, kekuatan perniagaan anda dan juga kelemahan perniagaan anda. 

Antara perkara penting dalam strategi pemasaran yang perlu anda perhatikan adalah:

  • – Matlamat jangka panjang
  • – Matlamat jangan pendek
  • – Memahami pelanggan
  • – Mengkaji pesaing
  • – Kekuatan perniagaan / Analisis SWOT adalah fakta mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
2. Rancangan pemasaran.

Rancangan pemasaran adalah butiran yang terperinci mengenai proses strategi pemasaran akan dilaksanakan. Ia mencatatkan tindakan yang lengkap dengan langkah-langkah perlu diambil untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pemasaran.

Antara butiran terperinci yang perlu ada dalam rancangan pemasaran adalah:

  • – Aktiviti promosi
  • – Jadual pelancaran produk
  • – Perancangan aktiviti pengiklanan
  • – Penetapan anggaran bajet
  • – Matlamat yang hendak dicapai

1) Penentuan Harga berpandukan Kos

Penentuan harga mestilah mampu menampung Kos Berubah (Overhed) dan Kos Tetap ( Kos Pengeluaran )


KOS BERUBAH 
( Kos Pengeluaran ) = Perbelanjaan yang berubah mengikut jumlah pengeluaran dan jualan

Contoh: Kos Buruh , Kos Bahan Mentah

KOS TETAP (Overhed) = Perbelanjaan yang tidak berubah sama ada jualan meningkat atau menurun 

Contoh: Kos Sewa, Premium insurans

MARJIN KEUNTUNGAN

Penentuan Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambah marjin keuntungan keatas Kos Pengeluaran Produk

Contoh: En Yousof mempunyai premis memproses  Produk  Daging Perap  dan kemudiannya  memasarkan produk tersebut kepada kedai-kedai runcit .  Beliau mempunyai kos jangkaan jualan seperti berikut

KOS BERUBAH :        RM 10.00

KOS TETAP :              RM 300,000.00

Jumlah Jangkaan Jualan : 50,000 unit ( peket daging perap)

Maka kos seunit ( peket daging perap) adalah


Sekiranya En Yousof ingin menokok 20% marjin keuntungan, harga tokokan ialah

En Yousof akan mengenakan harga RM20.00 kepada Penjual / orang tengah dan membuat keuntungan sebanyak RM 4.00 ( RM20.00 - RM 16.00 =RM 4.00 )

2) Penentuan Harga berpandukan oleh Permintaan dan Penawaran

Penawaran= Kuantiti Produk yang akan dijual oleh pengeluar pada harga tertentu

Permintaan= Kuantiti produk yang akan di beli oleh pengguna contoh kebiasaannya kuantiti yang di minta  akan meningkat apabila harga rendah dan sebaliknya.

Maksudnya disini Penjual ( En Yousof ) mestilah harus  tahu Kos yang dikeluarkan berbanding dengan permintaan. Dengan mengambil kira  Kos dalam penentuan harga, 
Penjual ( En Yousof ) akan menentukan harga yang akan memberikan pulang modal atau untung sasar

Kaedah ini lebih adil kepada kedua-dua pihak iaitu diantara pihak Penjual dan pihak pembeli.
Harga akan menjadi sama dan persaingan  harga dapat dikurangkan.

TITIK PULANG MODAL

Titik Pulang Modal dikira dengan fomula iaitu:


Maksudnya disini, sekiranya Penjual ( En Yousof) ingin membuat untung sasar maka penjual (En Yousof) mesti menjual lebih daripada 30,000 unit ( peket daging perap)


Andaikan Penjual (En Yousof) telah melabur sebanyak RM 1 Juta untuk membuka kilang industri kecil sederhana ( go to another level ) dan mendapat Permintaan dari banyak pasaraya besar yang bersedia memberi  Penawaran untuk membeli produknya dengan harga yang lebih tinggi. Dimana ianya akan memberikan pulangan 20% keuntungan sasaran (RM 200,000)

Maka Penjual (En Yousof) tidak perlulah menjual  50,000 unit ( peket daging perap) untuk mendapatkan untung sasaran 

3) Penentuan Harga berpandukan oleh Pesaing

Terdapat situasi dimana pengguna membuat penilaian harga sesuatu produk dengan membuat perbandingan harga yang ditawarkan oleh pesaing

1) Penentuan Harga Kadar kini = Penjual meletakkan harga sama atau lebih tinggi atau lebih kurang sama daripada harga yang ditawarkan oleh pesaing.

Namun bagi Peniaga kecil kebanyakkannya akan mengikut leader / pemimpin pasaran meletakkan harga. Strategim ini dapat mengelakkan perang harga.

2) Penentuan Harga Bidaan Tertutup = kebiasaanya Syarikat yang ingin mendapatkan tender untuk mendapatkan kontrak. Dimana sesetengah Syarikat akan meletakkan harga yang lebih rendah dari pesaing syarikat lain untuk mendapat peluang.

4) Penentuan Harga bagi Produk Baru

Terdapat juga situasi dimana kehadiran Pengusaha-pengusaha  baru dengan produk baru yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan. Pengusaha-pengusaha perniagaan mesti merangka strategi jualan dan kaedah pemasaran yang baik untuk dapat bersaing

1) Kaedah Harga Penarahan Pasaran = syarikat meletakkan harga pengenalan  yang tinggi untuk menarik pembeli tetapi mementingkan kualiti produk. Dimana Syarikat akan menurunkan harga secara berperingkat pada masa kan datang. Kaedah ini sesuai untuk cepat mendapatkan pulangan / keuntungan maksima atas pelbagai kos pengeluaran ( penyelidikan dan pembangunan ) yang telah dilaburkan untuk menghasilkan produk baru sebelum pesaing memasuki pasaran.

2) Kaedah Harga Penembusan Pasaran = syarikat meletakkan harga permulaan  yang rendah untuk menarik pembeli supaya mampu dibeli dan mampu menembusi pasaran. Matlamat utama adalah membentuk kepercayaan dan kesetiaan pengguna terhadap jenama baru.  Ianya bertujuan menghalang pesaingan kerana keuntungan yang sedikit.


Bagaimana penternak dan peniaga boleh memaksimakan untung ?

Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:
i.  Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

Sebagai Peniaga atau Penternak livestock, karkas, daging dan seumpama perlulah meluaskan rangkaian dengan rantaian > pemborong> peniaga daging> pengguna.

Pertama sekali, belilah ternakan timbang seekor demi seekor. Bela beberapa ketika, lakukan proses penggemukkan dengan konsisten. Keluar modal samada semi grazing, full feedlot atau apa saja.

Cukup masa , Penternak boleh menjual ternakan sama ada hidup atau karkas dengan ditimbang.

Penjualan ternakan tidak mendatangkan masalah kerana pengeluaran segar tempatan hanya dapat menampung kurang dari 20% keperluan negara.

Permintaan terhadap penjualan ternakan hidup akan meningkat lebih tinggi terutama ketika musim-musim perayaan (Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji).

Walaupun terdapat penternak-penternak lain yang mengusahakan penternakan lembu pedaging, persaingan daripada mereka tidaklah menjadi masalah kerana permintaan terhadap daging lembu sentiasa meningkat.


Penjualan lembu/kambing hidup

Kebanyakkan penternak menjual ternakannya sendiri, sama ada jualan pukal, borong,  samada hidup atau karkas  Lembu harus ditimbang seekor demi seekor atau timbang pukal.  kebiasaannya akan ditimbang keseluruhan dan bercampur-campur. Tiada saiz tertentu. Ada juga dijual ikut kepala.  Banyak kes timbangan lori yang agak mengelirukan.

Jika penjualan ternakan secara pukal, seharusnya diadakan sistem petak kandang pengasingan ternakan sebagai contoh membuat mengasingkan gerompok ternakan mengikut  anggaran berat badan dimana pengasingan pada ternakan (lembu yang beratnya  200 kg keatas dalam satu petak, lembu beratnya 300 kg satu petak yang lain dan lain-lain. 

Penternak perlu membuat costing yang basics terhadap harga lembu/kambing hidup  mengikut kadar semasa. Penternak harus tahu untung rugi dalam setiap penjualan

Sebagai Contoh:

1) Lembu hidup 12.50/kg timbang jual hidup. Anggaran RM 2200-4000.

2) Penternak boleh menyembelih dan melapah kemudian menjual kepada peniaga daging. Katakan Penternak menjual kepada peniaga daging dengan harga timbang karkas diantara harga dalam RM 20-22-24. Costing yang harus diambil kira adalah dari hasil jualan kasar selepas ditolak kos karkas. Contoh beli karkas harga RM 4400 dan jualan cuma 4650. Untung bersih yang peniaga daging dapat adalah sekitar RM 200-300 sahaja masih lagi dianggap kecil jika hendak dibandingkan Kos yang dikeluarkan.

3) Ada juga penternak sanggup sanggup menurunkan harga jualan bawah harga RM 20 untuk menghabiskan stok. Dengan syarat peniaga daging harus membeli karkas dalam jumlah yang banyak.

3) Atau penternak menjual ternakan hidup secara jualan pukal dengan harga di antara RM 2500-4500. Penternak boleh dikatakan masih dapat untung tapi nipis.


CONTOH PENGIRAAN ANGGARAN BERAT KARKAS 45%

Kebiasaan orang akan membuat pengiraan anggaran Berat Karkas adalah kira-kira 45% daripada berat badan.



Harga Karkas lembu/Kambing

Bagi penternak yang ingin memasarkan sendiri produk mereka, disarankan ikut syariah. Buat costing sheet, belian hidup dan unjuran yields ( 
persentase profit / imbalan hasil atau keuntungan yang didapati dari jumlah investasi yang dikeluarkan atau  hasil dari jualan ) 

Bagi urusan penjualan karkas penternak kepada peniaga pasar, adalah disarankan ditimbang kesemua karkas. 

  1. Lembu dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 45 - 50% dari berat hidup
  2. Kambing dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 40 - 50%  dari berat hidup

Sebagai Contoh:

Kos belian lembu diantara sekitar RM 1800-2500 seekor + kos makanan + kos tersembunyi + kos upah dan lain-lain di anggarkan sebanyak RM 2300-3000. 

Maka anggaran tadi dapat yields (Keuntungan)  -  shrinkage (Penyusutan) adalah diantara 30-55% sahaja.  Tidak boleh melebihi 75% ,mahupun 100%

Setiap alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan mestilah ditentusahkan setiap 12 bulan dan tertakluk dengan peraturan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Tujuan proses stamping/renew lesen timbang adalah untuk memastikan timbang dalam keadaan baik,sempurna Dan tepat

Harga jualan keratan tertentu  daging lembu/Kambing

Setiap butcher mampu menghasilkan segar tempatan yang bermutu tinggi.  Sebenarnya pada karkas lembu terdapat bahagian-bahagian daging yang bernilai dengan harga ratusan ringgit sekilo jika dipotong dengan cara yang betul. Costing, keratan yang betul akan menentukan halatuju dan jenis pelanggan

Setiap bahagian lembu hind quarter, fore quarter dan rib sets ada bahagian tertentu yang berbeza tekstur, urat, rasa, kelembutan dan bentuk. Setiap keratan ada kelebihan dan keseuaian cara dimasak dan apa yang hendak dimasak.

Peniaga daging pula, bukan sekadar menjual daging sahaja tetapi Peniaga daging perlu mengetahui cara untuk memaksimakan keuntungan. Jika diketahui berat karkas, maka Peniaga daging boleh membuat anggaran keratan / potongan dasar tertentu yang boleh diperolehi dan boleh dikira anggaran harga jualan runcit untuk dapat margin besar.

Sebagai contoh:

Tujuh Potongan Dasar dari Whole Cuts pada Karkas lembu: (1) Chuck, (2) Rib, (3) Brisket, (4) Short Plate, (5) Short Loin, (6) Sirloin, (7) Flank, (8) Round dan Rump

Perkara ini amat penting kerana ianya secara tidak langsung bakal menentukan tahap pengetahuan peniaga dan marketing jangka panjang. 

Pengguna boleh menerima kerana mereka dapat kualiti, value for money untuk keratan produk ditawarkan. Jika pelanggan sangat gembira, maka mereka akan repeat dan repetition dan repetitive

Daging lembu segar kebiasaannya dijual pada harga maksimum ditetapkan iaitu RM34.00 sekilogram dan ia adalah mengikut harga kawalan ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Bahagian lain seperti tulang, hati, limpa, perut, usus, ekor, daging batang pinang, daging harimau menangis serta bahagian daging yang telah dibuang urat dan lemak tidak
termasuk dalam harga siling  dan peniaga bebas menjualnya pada harga munasabah.

Namun terdapat segelintir peniaga daging segar mencampurkan daging lembu import dengan daging tempatan segar untuk memperdayakan pengguna. Perbuatan penipuan ini adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Harga primals dan loin
.
Tenderloin - RM 36-39-49-59-69 (stirfry)
Cube Roll  - RM 36-39-49 (steak, pantry)
Striploin.   - RM 39-49 (grill)
Knuckle. - RM 36 (roast)
Oyster blade - RM 39-49 (syabu²)
Rump - RM 31 (steak, cube)
Topside RM 31 (rendang, Kari)
Eye Round RM 30 ( steak, grill)
Chuck tender RM 35 (stirfry)
Brisket RM 27 (braised,oven)
Ribs RM 27-29 (soup, oven)

Lamb
Rack /Loin - RM 69 (oven grill, Panfried)
Shoulder RM 30-39-49 (grill)
Legs RM 59 ( steaks, curry)
Shanks RM 55 ( curry,soups)

Kepentingan Promosi

Dalam hal ini strategi promosi memainkan peranan paling penting. Pemasaran terdiri daripada aktiviti promosi, merupakan satu aktiviti yang banyak mendapat persaingan. Perancangan strategi pemasaran diperlukan bagi memastikan persaingan ini tidak menjadi penghalang kepada pemasaran sesuatu produk.

Promosi memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan jualan sesebuah perniagaan. Jika sesebuah perniagaan tidak menjalankan strategi promosi, ia tidak dapat menarik pelanggan dan tidak dapat meningkatkan jualan serta keuntungan perniagaan.

Peniaga boleh mempromosi melalui media cetak seperti suratkhabar, Katalog / risalah, kain rentang, dan. Media elektronik dan juga media-media yang lain.Pemasaran terus merujuk kepada aktiviti pemasaran yang dijalankan secara terus kepada golongan sasar tanpa menggunakan perantara.

Promosi jualan digunakan untuk meningkatkan jualan dalam masa yang singkat. Promosi jualan digunakan untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Antara promosi jualan yang kerap digunakan ialah pemberian kupon, hadiah percuma dan potongan harga.

PERANAN PROMOSI

  1. Menyampaikan maklumat.
  2. Memujuk dan mempengaruhi.
  3. Mewujudkan pasaran baru.
  4. Mengekalkan pasaran.
  5. Meningkatkan jualan dan mengurangkan kos.
  6. Memantapkan imej produk dan syarikat.
  7. Mengatasi pesaing.

Promosi yang baik dan berkesan boleh digunakan dalam membantu sesebuah perniagaan untuk berkembang. Ini boleh menambahkan jualan perniagaan dan meningkatkan keuntungan perniagaan.

Produk Daging Segar Berpandukan Garis Panduan Syariah

TAULIAH PENYEMBELIHAN HALAL

Daging segar tempatan yang dipasarkan perlulah dipastikan adalah Halal Toyyiban bermula daripada peringkat penternakan, penyembelihan, pemprosesan, pembungkusan sehinggalah ke pemasaran.

Penyembelihan ternakan perlulah mengikut syari'e. Semua Proses penyembelihan ternakan perlulah dilakukan oleh PEMEGANG TAULIAH PENYEMBELIHAN

Syarat utama untuk menjadi tukang sembelih di Rumah Sembelih yang diperakukan halal oleh Jakim, tukang sembelih ini WAJIB mempunyai tauliah penyembelihan daripada Jab. Agama Islam Negeri di negeri mereka bertugas.

PENSIJILAN HALAL RUMAH SEMBELIHAN

Pensijilan halal memainkan peranan kritikal dalam memperluas pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.  sekali gus membuka peluang signifikan bagi peniaga untuk meningkatkan jualan serta memperluas jenama mereka.

Pensijilan halal khususnya rumah sembelihan adalah satu proses bagi memperakui serta mengesahkan kehalalan produk sembelihan yang dihasilkan. Proses ini dijalankan bagi mengesahkan produk yang dikeluarkan telah memenuhi kehendak jaminan kualiti, perundangan berkaitan kualiti yang ditetapkan, serta syarat-syarat minimum prestasi selain daripada aspek halal

Pensijilan Halal Rumah Sembelihan adalah  skim pensijilan yang dibuka kepada pengusaha produk sembelihan dalam negara untuk mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Pensijilan halal Jakim selama ini amat menitik beratkan soal penyembelih ini, bukan semata-mata hasil sembelihan yang dilihat aspek kebajikan penyembelih juga sangat diberi perhatian.

Dalam aspek jaminan kualiti, proses pensijilan halal merangkumi garis panduan keselamatan dan kualiti ketat, yang melindungi pengguna dan meningkatkan standard produk serta pada masa sama, membina kepercayaan.

Penggunaan logo halal juga perlu dalam pemasaran produk halal bukan sahaja sebagai salah strategi dalam pemasaran produk tetapi dalam memastikan kualiti produk yang dikeluarkan itu adalah terbaik dan menepati konsep halalan tayyiban. Ini kerana, kesedaran terhadap produk halal yang semakin meluas di kalangan masyarakat hari ini yang turut melibatkan orang bukan Islam. Ada juga sebahagian daripada mereka yang memilih produk halal berbanding non-halal kerana kerana produk halal itu lebih dijamin kualitinya dari segala aspek berbanding produk lain. 

Tempat Jualan / Kedai / Gerai Daging

Sebagai peniaga, perlulah membuat analisa tentang tentang 

  • Berapa ramai orang lalu di hadapan kedai mereka
  • Berapa ramai orang yang berhenti sebentar untuk melihat promosi yang dipaparkan di tingkap kedai
  • Berapa ramai orang yang sebenarnya masuk ke kedai

Jika dilihat dari responden pengguna (pembeli), pilihan utama bagi pembelian hasil pertanian segar ( termasuklah daging segar tempatan mahupun daging import )

  1. Pasaraya 36%
  2. Pasar Awam 23%
  3. Pasar Tani 19%
  4. Pasar malam 15%
  5. Kedai Runcit 7%
Antara Faktor utama bagi pengguna (pembeli) untuk berkunjung bagi pembelian hasil pertanian segar diantaranya 
  1. Lokasinya yang strategik 
  2. Kemudahan parkir kenderaan
  3. Waktu operasi sesuai
  4. kepelbagaian barangan jualan
  5. Mudah dapat produk / Bekalan konsisten sentiasa ada
  6. Produk Berkualiti / Kesegaran terjamin
  7. Kebersihan memuaskan
  8. Harga Jualan berpatutan 
  9. Tanda harga dipamerkan / Perbandingan harga
  10. Promosi / Hebahan penjimatan adalah kerap 
  11. Penjimatan harga tidak jejaskan kualiti
  12. Peluang tawar menawar
  13. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan

Konsep pemasaran segar tempatan ke arah target pasararan  potensial adalah  pusat peruncitan besar seperti termasuk department stores, pasaraya besar, hotel, restoren dan sebagainya. 

Daging Segar Outlet ialah kedai daging berkonsep mini dan moden yang menjalankan aktiviti pengedaran dan pemasaran

Pembukaan Kedai yang berkonsepkan Moden dan high market dikawasan tumpuan ramai. Dilengkapi juga dengan chiller, Display Chiller,  kebersihan tahap tinggi dan ruang jualan berkaca di bahagian hadapan premis dengan pemandangan ceria untuk menarik pelanggan datang.

Mendigitalkan Perniagaan Anda

Kita kini berada dalam era moden di mana kaedah pemasaran konvensional sudah menjadi kurang sesuai untuk sampai ke sasaran yang lebih besar. Penggunaan teknologi perlu digunapakai sepenuhnya, sekurang-kurangnya menggunakan kaedah pemasaran digital untuk perniagaan anda.

Pemasaran digital (Kemudahan Shopping Online)  ditakrifkan sebagai aktiviti promosi untuk produk atau jenama melalui aplikasi media elektronik. Fungsinya ialah sebagai medium pertukaran maklumat produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu, usahawan boleh menggunakan kaedah ini untuk membina dan mengekalkan hubungan bersama pelanggan.

Pemasaran digital adalah lebih kos efektif daripada kaedah pemasaran konvensional dari segi kitar jualan yang berkurangan, boleh diukur, memberi lebih kemudahan serta mencapai hasil yang disasarkan. Pemasaran digital kini dan pada masa hadapan bermatlamat untuk menghasilkan jualan daripada pengguna internet.

[Packing, Packaging & Labeling]

Sejarah Pembungkusan
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdagangan yang penting.

PACKAGING

Packaging merupakan pengemasan barang dengan tujuan untuk melindungi produk dan melindungi barang dari kerusakan selama penyimpanan dan pengiriman  (distributor)

Packaging (pengemasan) juga membuat produk tampil menarik di mata konsumen ataupun pelanggan.  Tujuan packaging lebih ke branding awareness suatu produk dan memudahkan logistic

Pembungkusan ialah sains, seni dan teknologi untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan.

‘Vacuum-Packed Aging’
Proses ‘Vacuum-Packed Aging’ merupakan satu kaedah yang kerap di gunakan masakini dan lebih sesuai bagi yang mempunyai tempat penyimpanan yang terhad, dan membenarkan proses ‘Aging’ berlaku di dalam beg vakum dan di simpan di dalam chiller pada suhu -1.5°C hingga +2°C. Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah, potongan-potongan yang besar berbanding sesuatu karkas, dapat di simpan di dalam beg vakum (kedap udara) dan di sejukkan. Penggunaan beg vakum mampu mengelakkan kehilangan berat pada potongan daging semasa penyimpanan. Keadaan dalam vakum yang tiada oksigen akan merencat pertumbuhan mikrob aerobik dan memastikan tiada kehilangan berat akibat evaporasi. Daging di dalam beg vakum biasanya mengalami proses ‘Vacuum-Packed Aging’ dalam tempoh 5 ke 6 minggu dan boleh bertahan dan berterusan sehingga 10 ke 12 minggu dalam keadaan tertentu.

KELEBIHAN DAGING DALAM PENGGUNAAN PEMBUNGKUSAN VAKUM (VACUUM PACK)

Pembungkusan vakum adalah kaedah mengosongkan udara dalam bag vakum plastic yang paling berkesan untuk mencegah penyusutan berat daging, mengelak pencemaran pathogen dan memperpanjang jangka haya ,juga dapat menjadikan produk lebih bersih.

  1. Daging akan tahan lebih lama dan masih berjus
  2. Dapat mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria akibat terdedah
  3. Daging tahan lebih lama 
  4. Dapat mengelak daging daripada ternyahhidrat

PEMBUNGKUSAN KARKAS
Pembungkusan karkas untuk di bekukan pula dengan menggunakan Meat Bag Cloth / Stockinnet Bag yang  diperbuat dari kain kasa  kerana mempunyai lubang-lubang halus bagi kebolehtelapan udara dan menyerap kelembapan  yang baik.

PACKING

Packing adalah suatu alat atau material yang kemudian digunakan untuk membungkus barang (wrapping) supaya produk dapat terhindar dari kerosakan sama ada pecah bocor patah, berlakunya geseran atau goncangan juga melindungi kelembaban dan lainnya.

Packing dilakukan dengan mengumpulkan barang dalam suatu kuantiti yang dikehendaki ke dalam suatu bekas seperti kotak

LABEL PRODUK

Label produk (labeling) adalah tanda atau penanda ( Jenama) yang terdapat pada produk atau kemasan produk yang memberikan informasi mengenai produk tersebut. sehingga konsumen dapat membuat keputusan yang tepat dalam memilih, membeli, dan menggunakan produk tersebut.

Selain itu, label produk juga berfungsi sebagai suatu promosi dan branding bagi meningkatkan kesadaran konsumen terhadap produk mereka dan membezakan produk mereka dari produk pesaing.

Fungsi Pembungkusan

i)Melindungi barangan dari segi fizikal
ii)Menjamin kualiti barangan
iii)Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan
iv)Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna
v)Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan

Ciri-ciri Pembungkus Hasil makanan:

i)Keterangan tentang ramuan
ii)Jenama
iii)Gambar hasil
iv)Berat bersih kandungan
v)Tarikh luput makanan
vi)Logo, nama,dan alamat syarikat atau pembuat hasil
vii) Harga barangan

Strategi pemasaran, branding dan iklan Ke atas Pembungkusan

Di antara kriteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah:
·Reka bentuk
·Reka letak (taipografi)
·Warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barang produk.
·Logo halal
·Due Date
·Customer Support Line
·Motto
·Tema
·Nama Produk
·Isi kandungan


Kriteria utama bagi sesebuah pembungkusan itu berjaya antaranya :

i) Indentify
Identify merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka membelinya dan ianya menjadi asa kepada mereka bentuk bungkusan.

ii)Functionality
Bagi setiap produk yang dibeli, para pengguna akan melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi . Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat yang keinginan mereka untuk membeli

iii)Personality
Personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang di reka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik, serta memberi impak tatkala melihat kali pertama dan berfungsi dengan baik? Maksudnya yang mudah ialah berjayakah reka bentuk pembungkusan mempengaruhi cita rasa pengguna untuk membeli?
Pada tahap ini, konsisten (kekerapan membeli) dalam mempenagruhi pembeli membeli produk yang sama menjadi agenda yang utama.Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian lebih dari sejuta pembeli tidak akan tercapai

iv)Navigation
Navigation merujuk kepada pengguna mengetahui dalam mencari di mana memperolehi produk yang dijual. Faktor ini sama seperti faktor identification, yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada :
· Taipografi
· Warna
· Pattern
· Huruf
· Rupa

Antara Garis Panduan Asas Mengenai Perlabelan Makanan adalah:
1. Bahasa yang digunakan.
Produk yang disediakan, dikeluarkan dan dibungkus di Malaysia perlu dilabel dalam Bahasa Malaysia. Produk yang diimport boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa lain.
2. Nama Sebutan sebenar Makanan.
Nama sebutan sebenar makanan memberi gambaran sebenar tentang sesuatu produk. Dinyatakan dengan menggunakan nama biasa ramuan utamanya.

3.Senarai ramuan pada label makanan adalah cara terbaik untuk mengetahui isi kandungan makanan berbungkus.


4. Penandaan Tarikh (jika berkaitan).
Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewajibkan makanan mudah rosak diberikan Penandaan Tarikh.
Penandaan tarikh perlu dinyatakan dalam bentuk seperti berikut :
a) Tarikh Akhir:
“TARIKH AKHIR”, “GUNA SEBELUM”, “MAKAN SEBELUM”, “MINUM SEBELUM”
b) Tarikh ketahanan minima:
“BAIK SEBELUM”.



5. Maklumat Pengeluar.
Maklumat Pengilang Atau Pengeluar. Produk dikilang atau dibungkus di Malaysia perlu dilabel dengan nama dan alamat lengkap pengilang atau pembungkus atau empunya hak untuk mengilang atau membungkus atau ejen mana mana dari mereka.

Produk yang diimport perlu dilabel dengan nama dan alamat lengkap pengilang atau pembungkus atau empunya hak pengilang atau ejen mana mana dari mereka dan nama serta alamat perniagaan pengimport Malaysia.

6. Pernyataan Kuantiti/ berat/ isipadu.
Contoh: Berat Bersih............350g
Isipadu/ Kandungan...250ml
7. Negara asal produk (hanya produk import).
Nama negara asal makanan perlu dinyatakan bagi makanan yang diimport.
Contoh: Product New Zealand,
Dibuat di Thailand,
Negara Asal: Jepun.

Buku Tunai (cashbook)

Asas kepada sistem perakaunan adalah menyimpan rekod buku tunai. Penyimpanan rekod untuk semua perbelanjaan dan dokumen asal seperti bil, inbois, resit, pembayaran dan baucer jualan adalah penting sebagai bukti bagi setiap data yang dinyatakan di dalam buku tunai syarikat anda. Data daripada buku tunai akan digunakan untuk merekod penyata bulanan akaun syarikat anda. Bagi usahawan syarikat kecil, buku tunai digunakan untuk merekod transaksi harian mereka.


Penyata Pendapatan Komprehensif (Penyata Untung Rugi)

Penyata Pendapatan Komprehensif (Penyata Untung Rugi) ialah penyata kewangan yang merumuskan pendapatan, kos dan perbelanjaan yang terlibat untuk satu tempoh masa tertentu.

“BUILD UP TRUST”

(Bina kepercayaan Produk)

Kenapa pelanggan membeli dari kita…
Kenapa pelanggan guna kan servis kita…
Sebab mereka yakin dengan produk kita.
Sebab mereka yakin dengan syarikat kita.
Sebab mereka yakin pada kita.

Ramai yang terlepas pandang perkara ini. Kita sibuk buat produk terbaik… tapi kita lupa nak “build up trust” pada produk kita.

Syarikat pun kena “build up trust” dengan pelanggan, pembekal, bank, partner, pekerja. Kalau payment pembekal pun liat nak bayar dia akan hilang trust dan dia stop supply… kita cari supplier lain… kita ulang lagi lambat bayar… lama-lama kita akan kehilangan trust dari semua suplier… macamana nak meniaga.

Kita kena build up trust berterusan… untuk bisnes kita berterusan

Saturday, September 7, 2024

CARA MENGIRA ANGGARAN BERAT BADAN TERNAKAN


Tujuan Membuat Anggaran Berat Badan Ternakan
  1. Mengetahui kenaikan berat badan hidup semasa ternakan tersebut
  2. Menentukan harga jualan dan pembelian ternakan tersebut
  3. Mengetahui berat karkas
  4. Pemberian dos ubat / vaksinasi yang ditetapkan untuk rawatan ternakan
  5. Mengetahui jumlah pengambilan makanan yang diterima sama ada mencukupi atau sebaliknya

ANGGARAN BERAT BADAN TERNAKAN MENGUNAKAN 

PITA UKUR / WEIGHING TAPE

Berat badan ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri boleh dianggar dengan mengukur ukur lilitan badan dengan mengunakan pita pengukur ( weighing tape)  dan merujuk kepada jadual yang disediakan mengikut spesis haiwan atau mengguna fomula yang diberi.

Namun penggunaan alat Timbang berat haiwan adalah amat digalakkan kerana ia lebih tepat.


Cara mendapatkan berat haiwan dengan ukur lilitan badan ('heart girth') Lembu, kambing & biri-biri

Langkah- langkah: 

  1. Haiwan berdiri dan keempat-empat kaki berdiri tegak dan sama rata.
  2. Pastikan semasa mengukur  posisi kepala dalam keadaan mendatar normal ( kepala ternakan tidak dalam keadaan tertunduk kebawah) 
  3. Pastikan tali pengukur mengelilingi dada (girth).
  4.  Pastikan pita tidak dipintal kemudian perlahan-lahan letakkan pita mengukur di sekeliling lembu, tepat di belakang kaki depan
  5. Catat angka lingkaran dada yang diperolehi
  6. Disarankan supaya haiwan tidak makan dan minum selama 12 jam sebelum diukur.
  7. Rujuk jadual di bawah yang menunjukkan berat badan lembu
Jadual Ukuran dalam Inci

Jadual Ukuran dalam cm Untuk Lembu

Contoh : 

Hasil pengukuran lingkaran dada menunjukkan 130 cm, maka berat badan antara 165 sampai 184 kg.

Jadual Ukuran dalam cm Untuk Kambing


Jadual Ukuran dalam Inci Untuk Babi


ANGGARAN BERAT BADAN TERNAKAN  DENGAN MENGUNAKAN 

KAEDAH  KIRAAN

Lembu, kambing & biri-biri

Langkah- langkah

  1. Mengukur panjang badan dari titik bahu (A) hingga titik punggung (B) seperti gambar 1
  2. Mengukur ukur lilitan badan (C). Ukuran dibuat dalam inci.
  3. Berat badan dalam pounds dikira dengan formula seperti berikut:

Ternak dibuat dalam posisi parallelogram iaitu posisi ternak berdiri tegak lurus pada suatu bidang datar dengan keempat kaki membentuk empat persegi panjang.

  1. Lingkar Dada diukur melilit pita ukur pada sternum 3 sampai 4 yang letaknya dekat dibelakang kaki depan.
  2. Lebar Dada  Diukur dengan pita ukur antara tulang iga kanan dan kiri, tepat pada tulang sternum 3-4.
  3. Dalam dada. Diukur dengan pita ukur dari titik tertinggi tulang belakang lumbar sampai titik terendah dada.
  4. Tinggi pinggul. Diukur dengan pita ukur secara vertical dari bidang datar sampai titik tertinggi pinggul.
  5. Panajang Badan relative. Diukur dengan pita ukur dari sendi bahu sampai tonjolan tulang ponggung / pangkal coccygil ( membentuk garis horizontal).
  6. Panjang Badan absolute. Diukur dengan pita ukur dari sendi bahu (scapula humeralis) sampai tonjolan tulang ponggung / pangkal coccygil (membentuk garis diagonal)


KAEDAH PERTAMA ( Rumus Schoorl)

Rumus Schoorl :  BB = (LD + 22)2
      100
Keterangan :
a)   BB = Berat Badan (kg)
b)   LD = Lingkar Dada (cm)

Rumus ini hanya boleh digunakan untuk lembu dewasa, 

Namun keakuratan bagi menganggarkan berat anak lembu adalah tidak berapa tepat ,  kerana  ukuran lingkar dada pada anak lembu  tidak berapa sesuai digunakan pada anak lembu yang sedang mengalami pertumbuhan yang  cepat.

KAEDAH KEDUA ( Rumus Sceifer )

 Rumus ini merupakan gabungan antara panjang badan dan lingkar dada (Willianson dan Payne, 1986).

Rumus Sceifer : BB = (LD)2 X (PB)
    300

Ukur lilit dada(inch) x ukur lilit dada(inch) x panjang badan seperti gambar (inch) ÷ 300 = berat hidup (pound).

Sebagai contoh katakan ukur lilit dada lembu adalah 70 inchi dan panjang badan adalah 78 inch

(70×70×78)÷300
= 1274 pound × 0.45 = 573 KG

Keterangan :  1 Pound  = 0.453 kg

                        1 inchi  = 2.54 cm

Untuk tukar dari berat pound ke kg= berat hidup (pound) × 0.45

Keakuratan rumus ini dibandingkan dengan penimbangan sebenar diantara 2-6%




KAEDAH KETIGA (Rumus Lambourne)

Contoh rumus dan penerapannya pengiraan anggaran berat badan:

W =  Berat Badan adalah kuadrat dari G (Lingkar  Dada) dikalikan L (Panjang Badan) kemudian di bahagi  dengan 10840

Sebagai contoh katakan ukur lilit dada lembu adalah 123 cm dan panjang badan adalah 24.336  cm

·         (W) = 156cm  = ( L) 24.336  cm x ( G )  123 cm ÷ 10840.

·         Atau (W)= 24.336 : 10840 = 276.1 kg atau dibundarkan yang hampir adalah 280 kg.

Jadi perkiraan berat lembu adalah 280 kg

KAEDAH KEEMPAT  (Rumus Denmark)

BB = (LD + 18)2
100
Keterangan :
a)   BB = Berat Badan (kg)
b)   LD = Lingkar Dada (cm)

Contoh: Lingkaran Dada 127 cm ( 1.27 meter)   X Panjang badan 102 cm ( 1.02)  X69.3

BERAT BADAN SEEKOR BABI  = (LD)2 X (PB) X 69.3

                                                         = (1.27 X 1.27 ) X 1.02 X 69.3
                                                         = (1.6129) X 1.02 X 69.3
                                                       = 114 kg

Tuesday, September 3, 2024

STANDART OPERATING PROCEDURE (SOP) RS SWASTA

SOP Bagi Kebersihan Dan Sanitasi Di Pusat Penyembelihan

Tujuan mengadakan program ini ialah untuk;

1. Menjaminkan kebersihan peralatan dan permukaan lantai dan dinding.

2. Mengelakan pencemaran bau, habuk dan kehadiran makhluk perosak

3. Mengurangkan pencemaran keatas karkas yang di proses

4. Menjamin mutu pengeluaran karkas.

Piawaian untuk kebersihan dan sanitasi adalah seperi berikut :-

a) SOP sanitasi mesin dan peralatan

i. Membersihkan mesin bagi gergaji belah dada dan gergaji belah dua

ii. Membersihkan peralatan spt. pisau, kilir dan inspection hook

iii. Membersihkan peralatan spt. beef hooks dan chain hooks

iv. Membersihkan peralatan spt. troli, bucket dan cradle

v. Membersihkan sinki


b) SOP sanitasi bagi luar dan dalam bangunan

i. Membersihkan celup kaki

ii. Membersihkan dinding

iii. Membersihkan lantai

iv. Membersihkan longkang

v. Membersihkan chiller

vi. Membersikan kandang

 

SSOP mesin dan peralatan

Prosedur Operasi Mesin Gergaji Belah Dada dan Gergaji Belah Dua

a) Bersihkan dengan air panas (suhu 82°C ) untuk mengeluarkan kotoran

b) Berus permukaan mesin dan buang bahan buangan pepajal

c) Bilas dengan air sejuk

d) Keringkan dengan menggunakan kertas tisu

e) Sembur dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)

f) Gantung dan biarkan semalaman

 

Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Peralatan Pemeriksaan

a) Bilas peralatan dengan air bersih

b) Berus permukaan alat dengan detergen

c) Masukan kedalam sterilizer dengan suhu air 82°C

d) Rendam selama 10 minit

e) Keringkan dengan menggunakan kertas tisu

f) Simpan ditempat yang selamat


Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Beef Hook dan Chain hook

a) Bersihkan permukaan dengan air panas (suhu 82°C )

b) Berus dengan permukaan alat dengan detergen untuk menghilangkan kekotoran

c) Bilas dengan air sehingga bersih

d) Sembur dengan sanitizer jenis quaternary ammonium compound(1:100)

e) Gantung atas rak dan biarkan semalaman

 

Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Troli, Bucket dan Cradle

a) Sembur semua permukaan troli, bucket dan cradle dengan air panas (82°C )

b) Berus dengan menggunakan detergen untuk mengeluarkan kotoran

c) Bilas dengan air sejuk sehingga kotoran hilang

d) Sembur dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)

e) Biarkan kering semalaman

 

SSOP Bagi Pembersihan Sinki

a) Bilas permukaan sinki dengan air panas (82°C )

b) Berus permukaan sinki dengan menggunakan detergen

c) Bilas dengan air sejuk

d) Sembur permukaan meja dengan campuran quartenary ammonium compound (1 : 100)

e) Biarkan semalaman

 

SSOP sanitasi bagi luar dan dalam bangunan

SSOP Pembersihan Pencelup Kaki (Foot Dip)

a) Pastikan Kasut Gumboot yang digunakan oleh pekerja adalah dalam keadaan bersih

b) Buangkan air kotor dari pencelup kaki

c) Berus permukaan pencelup kaki

d) Bilas permukaan dengan air

e) Isikan pencelup kaki dengan air bersih

f) Larutkan dengan clorine / chemical iodine untuk mematikan bakteria .

g) Kekerapan pembersihan sebelum dan selapas operasi

 

SSOP Membersihkan Dinding

Prosedur ini merangkumi dinding yang di bersihkan

a) Bilas permukaan dinding dengan air

b) Berus permukaan dinding

c) Gunakan clorine / detol ke atas permukaan dinding

d) Berus permukaan dinding semula

e) Bilas permukaan dinding dengan air bersih

f) Biar semalaman


SSOP Membersihkan Lantai

I. Bilas permukaan lantai dengan air

II. Berus pemukaan lantai dan buang pepejal buangan

III. Gunakan clorine / detol ke atas permukaan lantai

IV. Tunggu selama 10 minit

V. Berus permukaan lantai semula

VI. Bilas permukaan lantai dengan air bersih

VII. Tunggu semalaman

VIII. Bilas dengan air bersih sebelum beroperasi



SSOP Membersih Kandang .

a) Kumpulkan sampah sarap dan buang kedalam bag plastik dan ikat dengan tali rafia.

b) Letakan bungkusan sampah ditempat khas untuk diangkut oleh Majlis Tempatan

c) Sembur air keseluruhan lantai kandang untuk membersihkanya

d) Taburkan detol dan berus permukaan lantai untuk menanggalkan kekotoran sekali seminggu.

e) Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air.

 

Prosedur Membersihkan chiller

a) Tutupkan suis dan biarkan semalaman

b) Sembur dengan air sejuk kesemua dinding dan lantai

c) Bersihkan lantai dan dinding dengan menggunakan detergen

d) Bilas dengan air sejuk

e) Campurkan 30 ml sanitizer dengan 3 liter air

f) Sembur dengan quartenary ammonium compound

 

Program Rawatan sisa cecair / pepejal

Air Kumbahan (Waste water treatment)

a) Semua air kumbahan tidak disalurkan ke paip/longkang tetapi akan dipam ke sekeliling kolam

kumbahan iaitu tanaman rumput napier yang dijadikan baja semula jadi.

 

Pembuangan sisa-sisa pepejal

a) Seluruh organ dalaman akan diberi kepada pembeli

b) Isi perut akan dibuang kedalam kolam kumbahan

4.3.SOP bagi pembuangan sampah

a) Semua sampah sarap seperti daun dan rumput kering akan dibakar atau ditanam

5. SOP bagi program kawalan makhluk perosak

a) Tujuan

Menjamin pengeluaran daging yang bersih dan tidak dicemari oleh makhluk perosak yang akan

menyebabkan keracunan makanan.

b) Objektif

Objektif program kawalan makhluk perosak adalah untuk menghalang kemasukan serangga dan

rodent seperti tikus, semut, anai-anai , lipas sera menghalang kemasukan haiwan liar seperti

anjing,kucing,biawak,musang, burung dan lain-lain haiwan liar.

c) Skop

Meliputi Kawasan sekeliling dan di dalam rumah sembelih ini termasuk mengawal kemasukan dan

pembiakan makhluk perosak.


d) Tanggungjawab

I. Memastikan semua Kawasan pemyembelihan dan sekeliling bersih untuk menghindari makhluk

perosak.

II. Tempat penyimpanan stor sentiasa kemas dan bersih.

III. Memastikan semua dinding, lantai, longkang, laluan paip dan lain-lain dalam keadaan baik.

 

Program kawalan makhluk perosak yang dilaksanakan adalah :-

a) Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan di dalam dan luar Kawasan termasuk bahagian pengeluaran, penyimpanan

dan bangunan pentadbiran. Pemerhatian bertujuan untuk mengesan kehadiran makhluk perosak.

 

b) Program pembersihan berjadual

I. Mengadakan sistem amalan pembersihan didalam untuk memastikan rumah sembelih bebas

dari makhluk perosak. Memastikan kakitangan memungut sampah sarap setiap kali selepas

operasi.

II. Pemeriksaan berkala dijalankan bagi mengesan bau busuk,tahi/Najis , bahagian badan

makhluk perosak atau apa-apa kerosakan berlaku.

III. Kawasan yang diperiksa termasuklah ruang penerimaan ,ruang pemprosesan

,beranda,Kawasan sekeliling premis dan stor.

IV. Pemeriksaan suku tahun juga dijalankan untuk menilai semula program kawalan makhluk

perosak bersadarkan rekod laporan pemeriksaan mingguan.

V. Ini amat penting untuk menentukan supaya program yang dijalankan berkesan dan

penambahbaikan program dapat dibuat.

 

Kawalan makhluk perosak ini dilakukan dengan 3 cara

a) Pertahanan pertama

Meletakkan Pest Control di sekeliling kawasan yang berpagar dibahagian dalam dengan jarak 40

diantara setiap perangkap. Menutup laluan longkang ke kawasan luar dengan menggunakan

jaring untuk mengelak kemasukan anjing.

b) Pertahanan Kedua

Menggunakan UV light trap / pelekat lalat yang diletakkan di pintu dewan sembelih

c) Pertahanan ketiga

Meletakkan perangkap tikus atau glue board di dalam dewan penyembelihan dan di ruang

pengedaran karkas.


  • Semua perangkap tikus ini dipantau setiap hari bagi memastikan ia-nya berkesan
  • Semua pemantauan ini direkodkan didalam buku

Kawalan mahluk perosak

Spesifikasi

Anjing liar

Pagar hoarding

Tikus

Perangkap Tikus

Lalat

Menggunakan UV light trap / pelekat lalat yang diletakkan di pintu dewan sembelih

Nyamuk

Mempastikan tidak ada tempat air bertakung Fogging di kawasan jauh dari tempat makanan