Tuesday, September 16, 2025

PENTERNAKAN PUYUH PENELUR

 

Jenis Jenis Puyuh Penelur

A)Conturnix Japanica asal Jepun Pengeluaran / tahun 250-280biji
B)Japanese Seatke asal USA Pengeluaran/ tahun 240-260biji
C)Cari Strain asal India Pengeluaran / tahun 250-270biji
D)Japanese Taiwan asal Kacukan Jepun Taiwan Pengeluaran /tahun 220-250biji
E)Kacukan Tempatan Pengeluaran/ tahun 220-250biji

Puyuh betina mula bertelur pada umur 40 - 42 hari, . Seandainya sesekor puyuh itu sudah mula bertelur ianya akan menyebabkan berat badan sekor puyuh itu akan berkurangan

Seekor puyuh akan bertelur selama 1 tahun. Dianggarkan sebanyak 300 ekor puyuh akan menghasilkan sebanyak 250 biji telur dalam 1 hari. Burung puyuh akan mula bertelur sekitar pukul 4.00 petang sehingga 10 malam.

Puncak pengeluaran telur ialah pada umur antara 11 – 13 minggu. Peratus pengeluaran pada waktu puncak pengeluaran boleh mencapai sehingga 90%. Jangkamasa penetasan telur ialah 16 – 17 hari. 

Rujukan Risalah:


Puyuh jantan boleh dikenali dengan bulu berwarna coklat (cinnamon) di bahagian atas leher dan di bawah dada. Puyuh betina pula kelihatan sama seperti puyuh jantan, kecuali bulu di leher dan bahagian atas dada adalah panjang, lurus dan berwarna cerah; bulu di dada pula berbintik hitam. Ciri-ciri ini mudah diperhatikan apabila puyuh berumur 3 minggu. 

Kaedah sexing yang paling akurat adalah dengan melihat alat kelamin puyuh melalui kloaka. Kaedah sexing boleh dilakukan terhadap puyuh berumur 1 hari melalui kloaka. Untuk sexing melalui kloaka,pegang puyuh dengan tangan kiri. Kedua kaki puyuh diletakkan diantara jari manis dan kelingking. Jari telunjuk dan ibu jari tangan kanan memegang bagian kemaluan puyuh, kemudian mengurut perutnya mengarah ke bagian kloaka. Jika ada kotoran di kloaka, harus dibersihkan terlebih dahulu. Jika terdapat  tanda putih dari dalam kloaka yang menandakan puyuh tersebut adalah jantan. Jika tidak ada tanda putih bermaksud puyuh tersebut betina. Selain itu, untuk puyuh betina, kloaka berbentuk garis memanjang, sedangkan puyuh jantan berbentuk oval.

Persiapan Prasarana

Reban dan sangkar telah dicuci bersih tikus sudah dihapuskan dan gunakan penghapusan hama dan disinfectan. Pilih perindukan atas lantai atau dalam sangkar. Pilihan perindukan atas lantai atau dalam sangkar. Peralatan telah dicuci bersih, Letrik dan air dalam keadaan baik Biosekuriti di tahap terbaik dari segi kemampuan.

Pengasingan jantina

Jantina boleh dikenali pada umur sehari. Kecekapan di perlukan dengan periksa organ seks. kanta magnifying glass membantu periksaan tersebut.Perbezaan jantan betina seawal-awal umur mencapai 2 mingguJantan bulu dada berwarna kemerah-merahan cokelat. Betina buluan dada berwarna dan berbintik hitam dan coklat.

Pemindahan Ke Sangkar Penelur

Setelah saiz (badan) puyuh bersesuaian dengan sangkar penelur (supaya tidak lepas).Selepas asingkan (sexing) puyuh betina dipelihara tidak melebihiumur 35 hari, sebelum dipindahkan ke sangkar penelur.Berikan peluang sekurang-kurang 1 minggu untuk menyesuaikan diri dengan sangkar penelur.Pemberian minuman anti stress bagi mengurangkan tekanan



Sangkar Penelur

Jenis Sangkar telur. Upah / buat sendiri menggunakan kayu + Jaring BRC, Sangkar jenis galvanised tetapi agak mahal sedikit. Susunan bertingkat menegak keatas (pangsa). Susunan bentuk A. Lantai menurun curam sedikit ke hadapan bagi telur bergolek. Bekas makanan diluar Sumberair automatik (nipple ) atau palung air di luar.

Dalam sistem sangkar, ruang minima yang diperlukan ialah 105 cm2 setiap seekor puyuh. Untuk mengelakkan puyuh melompat yang Memungkinkan berlakunya kecederaan, Ketinggian sangkar haruslah kurang daripada 0.3m

Prestasi Puyuh penelur

Keperluan makanan sehingga umur 5 minggu sebanyak 410 gram sehari.. Umur 5-57 minggu sebanyak 9600gram sehari.. Berat badan mestilah mencapai umur 5 minggu ialah 125gram dan 57 minggu mestilah mencapai 174gram. Kadar kematian 5 hari pertama dalam lingkungan 1.07% dan Minggu kedua hingga 57 minggu 1.58% minggu.

Prestasi puyuh penelur IKTA

Pengeluaran umur mula bertelur pada 40-42 hari. Umur Puncak pengeluaran 13 minggu Puncak pengeluaran 94%. Pengeluaran seekor /52 minggu ialah 260biji telur. Kadar penukaran makanan adalah seperti berikut makanan /biji telur=347gram (Makanan /kg telur- 2.77kg makanan/ kilogram telur)

Pengurusan Telur

Sifat telur normal iaitu warna kelabu kekuningan bertompok hitam-cokelat. cengkerang nipis mudah retak /pecah.Sifat telur tidak normal ialah warna biru atau warna lain atau tanpa tompok, bentuk herot, cengkerang tidak terbentuk dengan baik ( lembik) telur jumbo-2 kunng telur.

Telur lembik dan herot sebab kurang kalsium, vitamin D, ada jangkitan penyakit. Penyelesaian makanan bermutu dan kawalan penyakit. Kurang pengeluaran telur, Zat makanan tidak mencukupi kalsium vitamin dan protien (puyuh gemuk sangat) Puyuh sudah tua penyakit sampar & bronchitis.

Kutip telur sebaiknya 2 kali sehari (75% puyuh bertelur diantara jam 3 hingga 6 petang). Penyimpanan telur sebaiknya tidak melebihi seminggu & simpan tempat berhawa sejuk dan lembap. Dulang telur puyuh susunan dengan bahagian runcing di bawah.


Pengurusan Cahaya
Cahaya matahari tenaga ultra violet (UV) merangsangkan penghasilan vitamin D untuk tujuan kesihatan tulang dan pembentukan cengkerang telur yang normal. Cahaya lampu panjang ada tenaga ultra violet. Cahaya mentol Balb tidak ada tenaga ultra violet. Sudah ada cukup vitamin D dalam makanan komersil tidak perlu UV cuma perlu cahaya bagi rangsang hormon badan. Pengaruh cahaya (bilangan jam yang mencukupi setiap hari) semasa peringkat bertelur. Penghasilan hormon yang optima supaya pengeluaran telur berada di tahap yang paling mampu dikeluarkan oleh puyuh.pengurusan (bilangan jam cahaya) bermula dari umur sehari hingga tamat tempoh pelihara.

A) 2 minggu pertama 24jam cahaya/ hari.

B) Minggu ke 3 berikan 13 jam cahaya terang (11jam cahaya malap)

C) Minggu ke 5 berikan 15 cahaya terang ( nilai kritikal bagi rangsangan peralatan / organ telur puyuh)

D) Minggu ke 6 hingga tamat- 16 hingga 17jam cahaya terang.

Pengurusan Penternakan
Sistem Pengurusan

Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

Peringkat Perindukan
Jika menjalankan sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.
Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000-1200 ekor anak puyuh penelur boleh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.
Bagi pemeliharaan menggunakan kotak khas tentukan penempatan anak puyuh tidak bersesak. Kadar kematian yang tinggi sering berlaku semasa perindukan disebabkan kesesakan dan kesejukan. Gunakan keluasan lantai 167 sentimeter persegi untuk sekor puyuh sehingga berumur 5 minggu. Anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 100 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'.

Peringkat Pembesaran
Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 35 hari. Puyuh akan ditangkap dan dihantar ke bangsal pengeluaran. Puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) pada umur 42 hari.

Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak seluas 1 meter persegi boleh membesarkan sehingga 50 ekor puyuh penelur. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga berumur 35 hari. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu ketak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.


Peringkat Pengeluaran
Setelah tamat tempoh pembesaran, puyuh betina akan dipilih dan dipindahkan kebangsal pengeluaran. Pada peringkat umur 21 hari keatas jantina puyuh boleh dikenal mengikut warna bulu didada. Puyuh jantan dikenali dengan warna coklat ( cinnamon ) dibulu bahgian dada dan leher. Puyuh betina kelihatan sama seperti jantan kecuali bulu bahgian dada dan leher berbintik hitam. Puyuh jantan tidak diperlukan dan dijual atau diproses untuk dijual sebagai puyuh proses.
Puyuh betina akan mula bertelur apabila berumur 42 hari keatas. Telur-telur permulaan adalah bersais kecil. Sais telur membesar mengikut umur. Masa bertelur adalah disebelah petang. Sebanyak 75 % telur diperolehi dari waktu 4 - 7 petang dan sebakinya pada waktu malam. Pungutan telur lebih baik dijalankan semasa malam kerana masih segar. Jika tidak, maka kutipan boleh diadakan diwaktu pagi. Gunakan bekas khas untuk telur puyuh semasa pungutan. Jangan gunakan bakul untuk kutipan telur. Telur puyuh mudah retak tetapi susah untuk pecah. Telur-telur puyuh hendaklah disimpan didalam bilik dingin dengan kelembapan yang tinggi. Untuk telur yang segar, telur puyuh hendakalah dijual dengan segera.
Untuk pengeluaran telur yang optimum, puyuh penelur berkehendakkan 17 jam cahaya setiap hari . Dua belas jam adalah dari cahaya matahari dan sebakinya dari cahaya tiruan menggunakan lampu kalimantang. Kadar pengeluaran telur adalah seperti di Lampiran 5. Puyuh diternak selama 40 -50 minggu sebelum disingkirkan dan diganti dengan puyuh penelur baru. Puyuh-puyuh yang disingkir diproses dan dijual sebagai puyuh proses.
Disepanjang pemeliharaan puyuh penelur, puyuh-puyuh yang mati perlu dikeluarkan dan dimusnahkan setiap hari. Makanan dan air diberi setiap hari. Sistem pemberian air menggunakan cawan atau puting ( peralatan ayam ) boleh digunakan untuk pemberian air. Puting atau cawan air ditempatkan dibelakang sangkar. Pemberian makanan menggunakan palong khas dan ditempatkan didepan sangkar. Pemberian makanan dan pungutan telur secara otomatik boleh dilaksanakan. Pembekal peralatan ternakan ayam ada membekalkan peralatan tersebut.

Pengurusan Makanan 

Pengurusan makanan puyuh melibatkan pembekalan dedak berkualiti dan mencukupi, penggunaan bekas makanan yang sesuai, memastikan kebersihan, dan mengawal pembaziran

Puyuh penelur dari umur 1 - 21 hari ( 4 minggu), boleh diberikan makanan permulaan bentuk ‘mash’ dalam bentuk serbuk halus yang mengandungi 21-24 % protein kasar. 


Kemudian dari umur 28 hari sehingga ditakai, boleh diberi makanan jenis ayam penelur (Makanan pembesaran) yang mengandungi 18-20 % protein kasar dan 3.3 - 3.9% kalsium.


Dedak Makanan Puyuh Penelur perlulah difomulasikan mengandungi protein yang seimbang, kalsium tinggi, dan gabungan lengkap vitamin  seperti vitamin D3, E, B-kompleks, serta asid amino penting seperti lysine dan methionine untuk mempercepat pembentukan telur, menguatkan cangkerang, dan meningkatkan ketahanan badan puyuh menyokong prestasi peneluran yang konsisten.


Contoh Dedak Makanan Puyuh di pasaran:

Pengurusan Minuman

Air minuman disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air untuk  satu petak . Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian makanan.

Pengurusan Kesihatan

A) Penyakit Virus

  • Quail bronchitis
  • Marek's disease
  • Avian Encephalomyelitis
  • Newcastle disease
  • Avian Influenza
B) Penyakit Bacteria
  • Ulcerative enteritis
  • Salmonellosis
  • Staphalococcosis
  • Colibacillosis
C) Penyakit Parasit
  • Coccidiosis
  • Hexamitiasis
  • Histomoniasis
  • Helminthiasis


D) Lain lain penyakit

  • Kanibolisme
  • Fatty Liver Syndrome

Puyuh penelur memmerlukan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk mempertahankan kesihatan tubuh dan produksi telur yang baik. Vitamin yang diperlukan antara lain vitamin A, D, E, K, B kompleks, dan asam folat.

Sedangkan mineral yang diperlukan antara lain kalsium, fosfor, zat besi, dan tembaga. Sumber vitamin dan mineral dapat Anda berikan melalui pakan komersial atau suplemen vitamin dan mineral.

Kebersihan ada lah cara terbaik untuk mengawal penyakit
a Buang semua lebihan makanan dan minuman agar tidak berkulat dan dicemari tinja
b semua peralatan dibersihkan  dan disucihama sekurang kurangnya seminggu sebelum digunakan semula.
c Mencuci lantai dan dinding dengan air bersih .
d Reban dibairkan kosong sekurang kurangnya seminggu dan didedahkan kepada cahaya matahari

Pengurusan Bahan Buangan Ladang
Ladang puyuh penelur perlu mengamalkan pengurusan yang baik untuk bahan-bahan buangan ladang. Ini adalah penting untuk mengelakkan masalah bau busuk dan lalat. Bahan buangan yang utama adalah sampah sarap dari pemeliharaan semasa pembesaran, najis, dan bangkai puyuh.
Sampah sarap digunakan untuk keselesaan puyuh semasa pemeliharaan dengan mengambil kira keberkesanan menyerap air. Gunakan sampah sarap yang baru setiap kali pemeliharaan puyuh. Ketaman kayu merupakan jenis sarap yang biasa digunakan. Ketaman kayu hendaklah dari kayu yang bersih dan tiada mudarat kepada puyuh. Jangan gunakan ketaman kayu dari kayu yang telah diawet. Tambah ketaman kayu kedalam bangsal apabila diperlukan. Sarap yang basah perlu dikeluarkan dan diganti dengan sarap baru. Setelah tamat pemeliharaan sarap ini hendaklah dimasukkan kedalam guni dan dimusnahkan. Biasanya sarap jenis ini tidak disukai untuk dijadikan baja kerana berkayu.
Najis dari bangsal pengeluaran hendaklah sentiasa dikeluarkan. Najis hendaklah dibegkan dan boleh digunakan sebagai baja. Tentukan penyimpanan yang teratur dan bersih serta kering.
Bangkai puyuh hendaklah dimasukkan kedalam beg dan dimusnahkan samada dibakar atau ditanam. Peraturan alam sekitar perlu dipatuhi.

Penyimpanan Rekod
Menyimpan, menganalisa dan menggunakan rekod adalah penting untuk menentukan kejayaan penternakan puyuh penelur. Perlu diadakan dokumentasi yang teratur akan perancangan kemasukan/penyingkiran, peraturan pengurusan dan perkara-perkara lain. Rekod pengeluaran telur disimpan dan dibanding dengan piawaian pembekal keatas prestasi puyuh tersebut. Segala masalah perlu diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan kerugian.

ANALISA MARJIN KASAR

Analisa marjin kasar (AMK) dalam penternakan puyuh telur melibatkan pengiraan keuntungan sebelum menolak kos tetap dengan menolak kos berubah (kos langsung seperti makanan dan anak puyuh) daripada jumlah pendapatan daripada hasil jualan telur puyuh. Tujuannya adalah untuk menilai keuntungan kasar setiap unit pengeluaran, memberikan gambaran awal tentang daya maju kewangan projek tersebut. 

Thursday, September 11, 2025

PENTERNAKAN PUYUH PEDAGING

PENTERNAKAN PUYUH

Pada abad ke 16 zaman shogun , samurai... Burung puyuh dijadikan hibura bunyi melodinya diperdengarkan oleh pahlawan Jepun. Puyuh Jepun dibawa ke China kemudian memasuki Eropah... Prancis telah mencipta baka yang sesuai untuk daging


Rujukan Risalah:

Baka-baka Puyuh

Beberapa contoh burung puyuh penelur di arena antarabangsa ialah Tuxedo, Pharaoh, British Range, English White dan Manchurian Golden manakala spesies pedaging ialah Bobwhite (American) dan White Breasted (Indian).

Antara beberapa baka burung puyuh yang diternak di Malaysia ialah Puyuh Perancis, Puyuh IKTA, Puyuh Jepun, Puyuh Bob White dan Puyuh English. 

Jenis
Asal
Umur Jualan
Bob White
US
6-16 minggu
Contrunix Japonica
Japan
6 minggu
Cross bred
Tempatan
6 minggu
IKTA
JPV
6 minggu






Usaha menternak Puyuh

  • Puyuh daging tidak sesuai digunakan bagi pengeluaran telur ini kerana telurnya lebih besar tetapi pengeluaran telur amat kurang
  • Puyuh pedaging, kelazimanya untuk disembelih bermula pada umur 29 hari. Berat badan hidup antara 130g hingga  208g, 
  • Setiap burung puyuh hendaklah disembelih pada usia tidak melebihi 40 hari. ini kerana seandainya umur yang berlanjutan ia akan menyebabkan kita mengalami kerugian pada berat setiap ekor puyuh. 
Pemeliharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana sais puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain seperti ayam. Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah lebihkurang sama dengan penternakan ayam. Kawasan penternakan hendaklah mengikut perundangan negeri terlibat. Sebagai contoh, bagi negeri Johor penternakan puyuh memerlukan lesen mengikut keperluan Enakmen Industri Ternakan Negeri Johor.

Fakta yang menarik tentang puyuh

  • Sejenis burung , sama keluarga dengan ayam, dari segi sifat nya sama mengais, mematuk, bersarang bertelur, mengeram & jaga anak.
  • Family phasiandae hasil kacukan yamyuh, kuyam, pulada spesis Coturnix coturnikjaponica
  • Tahap pengeluaran telur bagi puyuh boleh melepasi 95% sehingga 100% pada umur 9 minggu..
  • Jangka hayat singkat 50 % kematian pada umur setahun

Membezakan Puyuh Jantan Dan Betina
Puyuh jantan boleh dikenali dengan bulu berwarna coklat (cinnamon) di bahagian atas leher dan di bawah dada. Puyuh betina pula kelihatan sama seperti puyuh jantan, kecuali bulu di leher dan bahagian atas dada adalah panjang, lurus dan berwarna cerah; bulu di dada pula berbintik hitam. Ciri-ciri ini mudah diperhatikan apabila puyuh berumur 3 minggu. 

Kedudukan ladang
  • Ciri-ciri yang baik didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :
  • Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampungan.
  • Jauh dari ladang unggas yang lain.
  • Mempunyai hubungan jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input dan output.
  • Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.
  • Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.


Perumahan
Perumahan bagi penternakan puyuh pedaging mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif keatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal terpulang kepada sais penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.

  • Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.
  • Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.
  • Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.
  • Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja.
  • Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistem peralatan yang digunakan.
  • Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium.
  • Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung atau pemangsa.
  • Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenangan pengurusan.
  • Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.

Di dalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan.

Sistem Lantai Bersarap dan Sistem Lantai Atas lebih sesuai untuk puyuh pedaging dan puyuh membesar. 


Keperluan Bangsal
Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan. Sais bangsal untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 sentimeter persegi. Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih lagi mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi.

  • Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi





Keperluan Sangkar Puyuh
  • Berukuran 60cm X 60cm sepetak
  • Berapa ekor dalam sepetak ialah 6 ekor betina tiga ekor jantan
  • Bagi puyuh Penelur sepetak boleh diisikan 15-20 ekor
  • Palung makanan diletakkan di hadapan sangkar
  • Nipple minuman di letakkan di belakang sangkar

Peralatan
  • Bekas makanan jenis gantung /100 ekor
  • bekas minuman automatik /250 ekor
  • Bekas minuman jenis nipple 2 unit / sangkar (1' x1')
  • Bekas palung makanan jenis palung 4 kaki panjang


Pengurusan Perindukan Puyuh
Pemeliharaan anak-anak puyuh dari umur 1 hari hingga 10/14 hari dimana suhu kepanasan diberi sama seperti suhu induk asli iaitu 36-37
°C

Ada 2 cara
  1. Guna kotak
  2. Guna lantai bersarap
Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. 

Di dalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan di dalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

Tempoh Kritikal umur 1-5 hari
Angka kematian tinggi berbanding tempoh pembesaran disebabkan anak-anak puyuh masih lemah, Penjagaan tidak sempurna... jadi Kegagalan pengurusan adalah penyebab utama

Sebab-sebab kematian
  1. Kurang panas - Menyebabkan anak puyuh berhimpit-himpit dan mati tertindih . Suhu perindukan tidak mencapai tahap yang disyorkan, kerosakan hoover atau kemasukan angin sejuk...
  2. Terlalu panas- Mati kerana Heat Stress- Terutama pada musim Panas melepasi paras 33C tengahari.. Kepungan kecil/Sempit dari disyorkan. paras Hoover rendah dari 3 kaki
  3. Kesesakkan- Menempatkan bilangan anak puyuh yang tinggi / banyak dalam satu kepungan: Contoh untuk keluasan 1000ekor diisi 1500ekor
  4. Lemas dan kesejukan- Termasuk dalam bekas minuman yang tidak diletak guli/ batu kecil. Air tumpah kertas alas basah menyebabkan lembab kesejukkan
  5. Terbantut pertumbuhan badan- Salah bagi makanan makanan kasar (Broiler Starter Crumble) Bekas dulang makanan tak cukup contohnya 1 bekas untuk 300 ekor

Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) 
  • Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 °C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 °C) atau lihat taburan anak puyuh

Kotak perindukan

Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepungan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. 

Bagi pemeliharaan didalam kotak khas, selepas perindukan, tutupan diatas kotak perlu dibuka. Alas kertas hendaklah dibuang dan puyuh dipelihara diatas lantai kotak. 

Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya hendaklah diberikan Pemakanan Puyuh. Puyuh diberi makanan dari jenis 'Quail Starter mash' atau Makanan Permulaan Puyuh.
  • Alas lantai kotak dengan kertas Corrugated ( kertas mengerutu) menyerap air dan tidak licin
  • Gunakan mentol 60-100watt
  • Suhu pada 3 hari pertama 36-37°C
  • Panaskan kotak 1 jam sebelum kedatangan anak puyuh
  • Kurangkan suhu beransur-ansur dari hari ke hari
  • Letakkan 1 dulang makanan 1'x1'x1'
  • Tutup diatas dulang makanan dengan Jaring BRC 1 cm segi mengikut ukuran dulang makanan menghalang pembaziran
  • 1 bekas minuman 4.5 liter dan guli kaca / batu kecil menghalang dari mati lemas
  • Isikan larutan antistress dalam bekas minuman
  • Tutup kotak guna kertas/ guni/ plastik terang suhu dalam kotak 36-37°C kurangkan beransur-ansur setiap hari
  • Buka penutup kotak sedikit demi sedikit/ tutup lampu perindukan/ hoover semasa cuaca panas Lewat tengahari hingga awal petang
  • Pemberian haba tamat pada 10-14 hari
Kawalan haba
  • Kawalan haba ditentukan dengan memerjhatikan posisi anak puyuh berkumpul disebabkan sejuk, berhimpit ke tepi disebabkan panas & jika berselerak merata suhu sesuai dengan keselesaan.
  • Haba dikurangkan jika anak puyuh tunjuk tanda panas kurangkan atau buka sedikit ruang udara yang menutupi kotak / dinding reban

Pengurusan perindukan reban lantai bersarap
  • Tutup sekeliling dinding bangsal dengan kertas/ plastik setinggi 1/4 bahagian dari paras lantai 1/4 dibiarkan terbuka untuk peredaran udara
  • Sediakan 1 pasu berisi larutan disinfectan untuk celup kasut but sebelum masuk reban
  • Minggu 1 unsur haba boleh dinyalakan selama 24 jam ( siang & malam) tetapi bergantung kepada keadaan suhu dan pertaburan serta tingkah laku anak-anak puyuh. 
  • Sekiraya keadaan terlalu panas padamkan hoover/ infrared bulb waktu lewat tengahhari dan awal petang suhu di luar mencapai 33°C cuaca panas.
  • Selalu melawat reban untuk pastikan keselesaan anak-anak puyuh. Besarkan kepungan sedikit bila anak puyuh kelihatan padat.
  • Minggu ke 2 hoover/ infra-red bulb dinyatakan di malam . di waktu siang bila cuaca sejuk/ hujan. Selalu melawat reban pastikan anak puyuh selesa air minum dan makanan sentiasa ada. Puyuh mati di buang segera, singkirkan yang cacat dan lemah dan adakan sistem rekod
  • Kepungan dibesarkan sedikit demi sedikit dan buka setelah mencapai umur 10/14 hari bagi sistem sarap . Penuhi ruang lantai dengan sarap. Gantung palung air automatik dan palung makanan gantung pada umur 10 hari. isikan makanan permulaan (broiler Starter Crumble) yang hancur
  • Umur 1 hari- larutan glucose/ antibiotik/ antistress
  • Umur 9 hari Coccidiostat (ubat pencegahan berak darah)
  • Ikuti cara pemberiannya seperti yang disyorkan oleh pembekal
  • Air minuman hendaklah diganti setiap hari bekas air dicuci
  • Buangkan najis di atas makanan berikan makanan baru pastikan tidak berkulat. Buang bangkai puyuh mati setiap hari..
Untuk 1000 ekor anak puyuh
  • Dalam reban / bangsal buat kepungan bulatan ukuran rentas 6.5- 7 kaki
  • Gunakan 4 keping cadboard/ zink/alumunium (2.44m x 0.61m)
  • Alas lantai dengan Ketaman kayu / jerami/ sekam padi setebal 8 --10cm( 3"-4")
  • Gantung 1 Hoover/ infra red bulb sekurang-kurang 3 kaki dari paras sarap
  • Hoover 30,00 BTU pasang 1-2 jam sebelum ketibaan anak puyuh
  • Letakkan 5 bekas minuman 8 liter berisi larutan antistress. isi guli kecil elak lemas dalam air
  • 5 dulang makanan 30.48cm X 30.48cm X 2.54cm (1'x1'x1')
Ketibaan anak puyuh
  • Masukkan anak puyuh dengan segera
  • Timbang berat puyuh untuk mengetahui berat awal semasa sampai
  • Berikan larutan vitamin/ antistress/ glucose
  • Biarkan anak puyuh lihat selaras agar dalam keadaan selesa. Setelah anak puyuh selesa barulah tinggalkan reban sementara.
  • Umur minggu 1 awasi keadaan anak puyuh sekerap mungkin siang dan malam






Peringkat Pembesaran
Di dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepungan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Sampah sarap setebal 7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan di kawasan pemeliharaan. 

Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampung 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor.

Selepas sahaja perindukan, didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepungan dibuka dan puyuh dibiarkan membesar diatas lantai sampah sarap. Gunakan bekas minuman otomatik kepada puyuh. Tentukan paras bekas minuman rendah dan dapat diminum oleh semua puyuh. Paras air didalam takungan bekas minuman otomatik perlu juga keparas yang dapat diminum oleh puyuh. Bekas minuman perlu dicuci selalu. Pemberian air bersih hendaklah diberikan untuk menjaga kesihatan puyuh. Bekas makanan gantung digunakan selepas perindukan dengan kadar satu bekas untuk 100 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidak perlu penuh kerana jumlah tabongan makanan didalamnya adalah besar. Adalah penting makanan yang segar diberi setiap hari. Gantungkan bekas makanan keparas yang dapat dimakan puyuh.

Membesar
  • Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung
  • Pastikan air/makanan sentiasa ada
  • Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan pembaziran
    makanan
  • Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
  • Jual pada umur yang ditetapkan
  • Rekod semua aktiviti harian.
Pengurusan Minuman Dan Makanan
Makanan dan minuman penting untuk pertumbuhan dan kesihatan burung puyuh. Terdapat dua jenis makanan untuk peringkat pertama (1-21 hari) dan kedua (21-52 hari) yang berbeza kandungan nutrisi mengikut usia burung puyuh. 




  • Makanan dan minuman diberi tanpa had.
  • Makanan permulaan ayam pedaging  boleh digunakan bagi memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana volume yang kecil. 
Contoh Dedak Makanan Puyuh / Ayam di pasaran:
  • Puyuh memerlukan makanan yang kurang iatu 780 – 1 kg (6 minggu)
  • Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
    • Kalau mengunakan dedak ayam bermula mengunakan Broiler Starter Mash atau Broiler Grower Crumblers atau Broiler Finisher Pellet
    • Atau mengunakan Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet
Cara Pemberian
Cara Pertama
  • 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
  • 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet
Cara Kedua
  • 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau
  • - Quail Starter Mash
Cara Ketiga
  • 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash
  • 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet

Air minuman disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air untuk 80 ekor ( satu petak ). Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian makanan.

Pengurusan Kesihatan
Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian.

Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikut kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan termasuk 'withdrawal period' sebelum puyuh diproses.




Penangkapan Puyuh untuk Diproses.
Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari. Kebiasaan umur matang mengambil masa antara 21 hingga 28 hari dan   berat hidup  adalah sekitar sekitar 160 hingga 240 gram seekor

Apabila umur puyuh telah mencapai umur jual maka puyuh hendaklah ditangkap dan dimuatkan kedalam bakul untuk penghantaran ketempat pemprosesan. Penangkapan perlu dijalankan dengan baik untuk mengelakkan kecederaan puyuh. Puyuh-puyuh sebelum disembelih diberhentikan pemberian makanan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ditangkap.Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos makanan tetapi menjamin pemprosesan yang bersih dari sisa makanan dan najis. Penangkapan hendaklah dijalankan dengan cepat dan elakkan puyuh terperanjat. Gunakan penghalang untuk memudahkan pekerjaan. Elakkan dari menendang dan membaling puyuh. Tangkap puyuh secukupnya dan dipegang dibahagian kaki puyuh. Muatkan kedalam bakul dengan memasuki kepala dahulu. Masukan secukupnya bilangan puyuh kedalam bakul dan elakkan dari kesesakan.

Terdapat 3 gred daging puyuh mengikut berat timbangan daging bersih

  1. Gred A (151g keatas)
  2. Gred B (131g-150g)
  3. Gred C (130g ke bawah)


Pemprosesan Puyuh
Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas yang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan. Keadah penyembelihan mengikut kehendak hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan berlaku kerosakan keatas karkas seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur. Tentukan pembuangan isiperut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih. Paru-paru mesti dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengan sebersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuh-puyuh yang telah siap dibungkus hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan.

Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. 
Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses.

Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”
  • Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejuk beku
  • Pemotongan
    - Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
    - Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
    - Dipotong mengikut permintaan

Pembersihan Bangsal
Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :
  • Keluarkan sampah sarap lama/najis
  • Keluarkan dan cuci peralatan makanan
  • Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik.
  • Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal.
  • Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan 'High pressure sprayer' amat digalakan.
  • Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal.

Penyimpanan Rekod
Penyimpanan rekod pemeliharaan adalah penting bagi pengusaha untuk menganalisakan kejayaan atau kegagalan penternakan. Rekod membantu pengusaha mengenal pasti kelemahan pengurusan dan tindakan serta merta boleh diambil apabila mendapati masalah..

Pengurusan Rekod
Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan
Rekod Pengurusan
Catatkan yang perlu ada antaranya:-
  • Kumpulan pemeliharaan – kali ?
  • Baka
  • Punca penetasan/tempat dibeli
  • Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli
  • Tarikh terima/beli puyuh
  • Bilangan yang dibeli
  • Tarikh/bilangan dijual
  • Berat puyuh dijual
  • Bilangan mati
  • Lain-lain.
Rekod Kewangan
Catatan yang perlu ada antaranya:-
  • Hasil/Jualan
    -Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
  • Perbelanjaan Operasi
    - Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
  • nilai bangunan dan peralatan
  • Keuntungan/Kerugian
    - Hasil (pendapatan)/ Perbelanjaan
Pemasaran
Strategi Pemasaran
Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan
  • Tempat
    - Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
    - Tiada masalah kemudahan air dan letrik
    - Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
    - Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses
  • Pengeluaran
    - Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses
  • Harga
    - Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
    - Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian ini.
  • Pengiklanan/Promosi
    - Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.
ANALISA MARJIN KASAR

Analisa marjin kasar (AMK) dalam penternakan puyuh telur melibatkan pengiraan keuntungan sebelum menolak kos tetap dengan menolak kos berubah (kos langsung seperti makanan dan anak puyuh) daripada jumlah pendapatan daripada hasil jualan telur puyuh. Tujuannya adalah untuk menilai keuntungan kasar setiap unit pengeluaran, memberikan gambaran awal tentang daya maju kewangan projek tersebut. 


Contoh 1:


Contoh 2: