Tuesday, June 3, 2025

GARIS PANDUAN TEMPAT PENYEMBELIHAN DAN PENGURUSAN HAIWAN KORBAN NEGERI JOHOR



GARIS PANDUAN TEMPAT PENYEMBELIHAN DAN PENGURUSAN HAIWAN KORBAN

Merujuk kepada satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor mengenai "Garis Panduan Tempat Penyembelihan Dan Pengurusan Haiwan Korban" bertarikh 23 Julai 2019 


Seperti yang diterangkan dalam pekeliling 01/PMS/2019 perenggan 2.0 pekeliling tersebut menjelaskan mengenai objektif pekeliling adalah untuk menjaga kebersihan dan kesucian masjid, surau disamping untuk menjaga imej masjid dan surau dengan pandangan dan imej yang kurang disenangi.

Ada beberapa dalil dan hadis menekankan mengenai aspek kebersihan dalam Islam. Sebagai contoh, Surat At Taubah ayat 108 "Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih"". Dalam hadis lain riwayat At Tirmidzi menyatakan, "Kebersihan itu sebagian dari iman"




Pastinya, apabila pekeliling ini diluluskan, ia telah melalui satu proses musyawarah yang ketat terutamanya diperingkat Exco Kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Johor dan pihak-pihak yang ahli dalam hal ini.

Pun begitu, ia telah pun menjadi amalan sekian lama di Negeri Johor yang mana proses sembelihan korban ini dilakukan dikawasan selain daripada masjid dan surau iaitu dikawasan rumah, kawasan tanah lapang seperti padang dan sebagainya. Untuk kawasan di bandar pula, ada juga pihak mengusahakan 'Rumah Sembelihan' yang tujuannya khas untuk proses penyembelihan di musim Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban ini.

Jika dilihat daripada segi dalil Al-Quran dan hadi Nabi S.A.W, tiada juga dimaklumkan bahawa ibadah korban ini 'wajib' dilakukan di masjid atau surau. Oleh kerana itu, ia perlulah diberikan panduan seperti pekeliling ini melalui ijmak ulama' , para alim untuk memandu umat Islam dalam perkara ini agar ibadah yang kita laku ini dapat berjalan dengan sempurna tanpa ada isu-isu berbangkit.

Juga perlu diingatkan bahawa aspek agama Islam di Malaysia adalah dibawah ruang lingkup dan bidangkuasa negeri dan juga Sultan. Nescahaya apa yang diputuskan oleh Majlis Agama Negeri Johor dan yang diperkenankan oleh DYMM Sultan Johor pastinya adalah yang terbaik demi kemaslahatan umat Islam di negeri Johor.

Kerajaan Negeri Johor tidak melarang penyembelihan haiwan korban di masjid dan surau, tetapi ia hanya dibenarkan di tempat yang disediakan seperti rumah sembelihan berdaftar atau masjid dan surau yang mempunyai kemudahan khusus untuk penyembelihan. Aktiviti memotong, menimbang, dan mengagihkan daging sahaja yang dibenarkan di tempat lain seperti kawasan perumahan tanpa kemudahan penyembelihan, bagi memastikan keselamatan dan kebersihan terjamin, sepertimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2023 JAINJ. 

  • Larangan khusus: 

Penyembelihan secara langsung tidak dibenarkan di kawasan masjid dan surau yang tidak mempunyai kemudahan penyembelihan yang telah ditetapkan.

  • Kelulusan untuk penyembelihan: 

Pelaksanaan ibadah korban hanya dibenarkan di rumah sembelihan berdaftar atau kawasan masjid/surau yang memiliki kemudahan penyembelihan yang diiktiraf.

  • Aktiviti lain dibenarkan: 

Aktiviti memotong, menimbang, dan mengagihkan daging dibenarkan dilakukan di tempat lain seperti di rumah masing-masing.

  • Tujuan: 

Larangan ini bertujuan memastikan keselamatan dan kebersihan terjamin semasa aktiviti ibadah korban dijalankan.

  • Rujukan lanjut: 

Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai disarankan merujuk kepada Pejabat Kadi Daerah masing-masing.


 SENARAI PUSAT KEBENARAN SEMBELIHAN SEMENTARA (PKSS) 

BAGI TUJUAN IBADAH KORBAN NEGERI JOHOR

OLEH JPVNJ

PKSS ini diwujudkan bagi memastikan semua aktiviti penyembelihan haiwan korban mematuhi peraturan kebajikan haiwan, keselamatan makanan dan kebersihan persekitaran, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Hanya pusat yang mendapat kelulusan sahaja dibenarkan untuk menjalankan aktiviti penyembelihan di luar rumah sembelih.


Jumlah PKSS yang telah diluluskan pada tahun 2025 menunjukkan rekod pertambahan, berbanding tahun 2024, iaitu sebanyak 204 buah.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga akan terus memantau perjalanan program korban ini dari semasa ke semasa bagi memastikan 3 spesifikasi utama iaitu kebajikan haiwan, keselamatan makanan, dan kawalan pencemaran dapat dipatuhi.


Berikut adalah senarai Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara (PKSS) yang di luluskan diantaranya ialah











 SENARAI MASJID DAN SURAU YANG DI BERIKAN KEBENARAN

BAGI TUJUAN IBADAH KORBAN NEGERI JOHOR OLEH JAINJ

Kerajaan negeri hanya membenarkan aktiviti korban sempena Aidiladha tahun ini dilaksanakan di masjid, surau dan pusat penyembelihan yang terpilih.

Masjid dan surau yang ingin menjalankan ibadah itu perlu mendapat kebenaran Pejabat Kadi Daerah dan pusat penyembelihan di bawah Pejabat Perkhidmatan Veterinar.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah mengeluarkan garis panduan berhubung pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini dan telah diedarkan kepada Jabatan Kadi Daerah, masjid dan surau.

Bagi masjid atau surau yang tidak mempunyai kemudahan penyembelihan tetapi ingin menganjurkan ibadah korban, mereka perlu berurusan dengan pusat penyembelihan yang berdaftar.

















Wednesday, May 21, 2025

PENTERNAKAN ITIK PENELUR

PENTERNAKAN ITIK PENELUR

Itik merupakan sejenis ternakan yang produktif. Ianya lebih cepat membesar dan lebih banyak bertelur daripada ayam.Itik lebih tahan (resistant) daripada kebanyakkan penyakit ayam dan boleh dibela dikawasan kawasan yang tidak sesuai untuk ternakan lain dan tidak memilih makanan.
Walaupun itik telah lama wujud di Negara ini namun kebanyakkan masih di bela mengikut cara lama.Bagi menggalakkan ternakan yang lebih produktif, Panduan ini akan memberi gambaran yang ringkas mengenai pembelaan itik penelur dengan cara yang lebih teratur.


Pemilihan Kawasan
Kawasan yang paling sesuai untuk ternakan itik ialah kawasan sawah padi yang berdekatan dengan pantai.Kawasan ini dapat memberi kemudahan untuk mendapatkan bekalan ikan baja, dedak padi ..

Perumahan
Bangsal dibina mengikut bilangan itik. Berikut adalah cadangan keluasan lantai bangsal yang diperlukan oleh itik mengikut peringkat umur.

Biasanya itik penelur dibela secara bebas, dimana itik-itik tersebut dibiarkan dari reban ke kawasan yang berpagar di tepinya. Luas kawasan yang berpagar ialah 2-5 kaki persegi seekor

Baka
Seperti ayam ,itik penelurjuga banyak jenisnya, tetapi antara yang banyak mengeluarkan telur ialah
(a) Khaki Campbell
(b) Indian Runners
(c) Taiwan Tsaiya



Itik Khaki Campbell

Itik khaki Campbell merupakan itik penelur yang paling produktif masa kini.

Diantara cirri-ciri itik penelur khaki Campbell adalah seperti berikut
(a) Produksi 5% -23 minggu
(b) Produksi 52 minggu -H.D 285 biji
(c) Berat telur 52 minggu - 65-70grm
(d) Produksi telur 52 minggu -H.H 78%
(e) Jumlah makanan 52 minggu-60kg

Perindukan
Alat-alat yang diperlukan
(a) tempat makanan (rentas 12”) – 2 buah / 100 ekor anak itik
(b) Tempat minuman ( 3 gelen)- 2 buah / 100 ekor anak itik
(c) Alat pemanasan (30,000 BTU) untuk 300 ekor atau 4/5 buah lampu hurticane untuk jumlah yang sama
(d) Pembentung ( kadbod atau kawat jaring setinggi 12”)
(e) Lampu
(f) Alas lantai( habuk kayu/ sekam padi)


Persediaan sebelum ketibaan anak itik
(a) bersihkan reban
(b) Tutup dinding perindukan dengan kertas/ guni( sebaik-baik buat seperti bidai supaya boleh di gulung apabila cuaca panas dan turun semula apabila sejuk
(c) Buat lingkaran bulatan ( pembentung)- rentas 10’ bagi setiap 500 ekor
(d) Tabur habuk kayu dan sekam padi setinggi 3”-4 ”
(e) Pasang alat pemanas atau lampu sekurang –kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik di masukkan
(f) Sediakan tempat makanan dan minuman di dalam lengkungan bulatan.

Ketibaan anak itik
(a) Periksa dan kira anak-anak itik yang diterima
(b) Asingkan yang mati dan yang sakit
(c) Takai yang cacat
(d) Timbang
(e) Rekodkan
(f) Celup paruh anak itik dalam air
(g) Perhatikan keadaan anak itik

Pengurusan anak itik
Dari 0-2 minggu
(a) pasang alat pemanas/ lampu waktu malamhingga awal pagi
(b) Jika menggunakan alat pemanas hendaklah di pasang jua supaya mennyenang kan
(c)Air bolehdi campur dengan vitamin. Pastikan air sentiasa ada
(d) Tukar habuk kayu bila basah
(e) Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble
(f) Gulung/ buka tirai apabila panas ( tengah hari hingga petang)
(g) perhatikan anak itik, ubah suai tinggi / rendah alat pemaas supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang bersesuaian.
(h) Besarkan lengkungan bulatan selalu
(i) Elak kan dari terperanjat
(j) Lepaskan 10-14 hari pembentung dan penutup dinding di buka.

Umur 3-4 minggu
(a)Letak bekas air atas kawat jaring
(b)Minggu ketiga diberi makanan Duck starter di campur dengan Duck grower
(c)Tambah sebuah lagi tempat makanan bagi setiap 100 ekor
(d) Pada minggu ke empat baaru di berikaan sepenuhnya makaan Duck Grower

Umur 5-16 minggu
(a) pada minggu ke 5 itik boleh di biarkan keluar di kawasan yang berpagardiwaktu siang hari
(b) Sebaik-baiknya kawal makanan itik supaya itik tidak terlalu cepat besar.


Anggaran makanan

Umur (minggu) Anggaran makanan
1 minggu 15 grm
2 minggu 31grm
3 minggu 40grm
4 minggu 61grm
5 minggu 78grm
6 minggu 80grm
Makanan dikawal
7 minggu 71grm
8 minggu 72grm
9-11 minggu 74grm
12-13 minggu 76grm
14-17 minggu 78grm
18-20 minggu 90grm
20 minggu 95grm
21 minggu 100grm
22 minggu 110grm

Catuan makanan adalah untuk mengawal berat badan. Berat badan itik Khaki Campbell mestilah seperti berikut

Minggu/Berat (kg)

7minggu-1.325kg
9minggu-1.506kg
11minggu-1.612kg
13minggu-1.717kg
15minggu-1.823kg
17minggu-1.898kg
19minggu-1.928kg

(a)Jika kurang berat badan tambah makanan.
(b)Jika terlebih berat makaan... Janga kuragkan makanan dan jangan ditambah makanan
(c)Jika dalam satu kumpulan banyak perbezaan ( kecil/besar) asingkan

Apabila itik bertambah besar gunakan 4 tempat makanan bagi setiap 100ekor
Tempat minuman bolh juga ditukar kepada jenis palong

Umur 16 minggu ke atas
(a) Siapkan tempat sarang untuk itik bertelur
(b) Satu petak untuk 4-6 ekor itik
(c) Tukar makanan kepada Duck layer Pallet (16 minggu keatas)
(d) Cahaya boleh ditambah untuk pengeluaran telur yang makima dalam jangka masa yang minima.

Penambahan Cahaya Untuk Itik Penelur
Umur(minggu) Siang Lampu Jumlah Cahaya
0-20 minggu -12jam – 12 jam
21 12jam -½- 12 ½ jam
22 12jam -¾- 12 ¾ jam
23 12jam- 1- 13 jam

Daripada minggu ke 22 keatas tambah cahaya sebanyak ¼ jam seminggu hingga berjumlah 16 jam pada minggu yang ke 34. Teruskan dengan jumlah 16 jam sehari (cahaya) hingga akhir hayat.

Apabila itik mula bertelur bolehlah gunakan anggaran makanan seperti berikut

Minggu Pengeluaran Pengeluaran H.D (%) Makanan 100 ekor sehari/kg
1 minggu 5 12
2 minggu 20 13
3 minggu 45 14
4 minggu80 16
7 minggu 88 18
9 minggu 92 19
11 minggu 90 19
14 minggu 91 19
20 minggu 86 19
37 minggu 80 18
38 minggu79 16
43 minggu 76 15
52 minggu 72 14

Untuk mendapatkan telur yang bersih, tambahkan habuk kayu yang baru ke dalam sarang setiap petang

Biarkan itik di luar reban pada siang hari dan masukkan semula pada waktu malam. Supaya reban lebih kering dan bersih

Kutip Telur di waktu pagi

Perhatian
(a) menukar-nukar makanan itik boleh menjejaskan pengeluarannya
(b) Tempat minum mestilah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelam keseluruhan kepala kedalam air
(c) Itik bertelur di waktu pagi. 5% telur boleh dikutip menjelang 7.00 pagi
(d) Elak itik dari terperanjat atau ketakutan
(e) Itik yang dikejar-kejar boleh jadi lumpuh
(f) Itik boleh bertelur lebih dari 1 ½ tahun


Makanan
Oleh kerana itik memerlukan makanan yang banyak, adalah lebih murah jika makanan di campurkan sendiri. Berikut adalah contoh makanan itik penelur

(a) Beras Temukut- 60 kg
(b) Dedak padi – 16 kg
(c) Ikan baja – 1 ½ pikul (basah)
(d) Kapor – 1 kg
(e) Vitamin dan Galian – 0.5 kg

Berikut adalah makanan campuran makanan itik penelur yang diamalkan oleh penternak-penternak itik di kedah untuk 500 ekor/ sehari

(a) 50kg Beras temukut
(b) 20 kg- Dedak padi
(c) 60 kg-ikan baja

Cara pemberiannya
Beras temukut di masukkan dalam palung.. Ikan baja di pilih.. Ikan kecil di berikan mentah di waktu pagi dan selebihnya ( biasanya separuh) di masak untuk di berikan pada waktu petang.

ANALISA MARJIN KASAR

Contoh 1:  Kiraan Analisa Marjin Kasar bagi Itik Penelur 200 ekor


Contoh 2:  Kiraan Analisa Marjin Kasar bagi Itik Penelur Bagi 5 Tahun


PENTERNAKAN ITIK DAGING

PENTERNAKAN ITIK DAGING

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.

Biasanya itik di ternak di kawasan yang berparit atau kolam kerana dipercayai itik memerlukan nya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak.

Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripadaa ayam.


Dimensions & Size






Potensi Itik Pedaging Mengikut Bakanya

Itik Peking- Umur 8 minggu –berat 2.8-3.0kg

Itik Rouen- Umur 8 minggu- berat 2.8-3.0kg

Itik Aylesbury- Umur 8 minggu- berat 2.7-2.9kg

Itik Muscovy – Umur 16 minggu- berat 4.5-5.0kg (jantan) 2.5-3.0( betina)

Itik Cherry Valley- Umur 47 hari- berat3.2(FCR 2.8:1)

C.P. Duck-Umur 47 hari- berat 3.0( FCR 2.8:1)




Reban Itik
Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembab sepanjang tahun.Reban itik patut dibina rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang baik tinggi (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring atau terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan atap nipah/ rumbia adalah digalakkan

Luas lantai daripada 0.19, 0.28 dan0.37 meter persegi (2,3,4 kaki persegi) seekor tidak menunjukkan kesan yang buruk dalam pembesaran dan pemakanan, seperti ayam juga itik boleh di bela dengan menggunakan lantai sarap tebal atau tinggi ( dibaluti atau kawat jarring)

Perindukan
Alat yang diperlukan
(a) hover / lampu
(b) Tempat makan
(c) Tempat minum
(d) Pembentung ( kadbod atau kawat jarring setinggi 12” )
(e) Habuk kayu atau sekam padi


Persediaan
(a) Sekat 1/3 bahagian reban untuk perindukkan
(b) Tabur habuk kayu / sekam padi setebal 2-3 inci
(c) Buat lengkungan bulatan
(d) Nyalakan hover / lampu sebelum itik masuk
(e) Sediakan makanan ( 2 buah tempat makanan bagi setiap 100ekor)
(f) Sediakan air (2 buah tempat air ( 2/3 gelen) bagi setiap 100ekor)



Pembelaan
Umur 1-2 minggu
(a) Celupkan paruh anak-anak itik ke dalam air sebelum memasukkan kedalam lengkungan bulatan
(b) Air bolih dicampurkan dengan anti stress selama 3 hari
(c) Lampu / hover di pasang diwaktu malam selama 1 minggu. Jika musim hujan tambahkan seminggu lagi
(d) Pastikan alas lantai sentiasa kering. Tukarkan/ tambah jika basah
(e) Air hendaklah sentiasa ada
(f) Besarkan pembentung (lengkungan bulatan) selalu. Buka lengkungan bulatan selepas 10-14 hari

Membesar (3-8 minggu)
(a) Anak itik boleh dibela di reban yang saama dari kecil hingga jual, dengan keluasan yang cukup.
(b) Tempat air hendaklah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelupkan keseluruhan kepalanya kedalam air
(c) 3 buah tempat makan gantung cukup untuk 100 ekor
(d) Selepas 3 minggu anak-anak itik bolehlah dibiarkan keluar di kawasan yang berpagar di waktu siang


Makanan Komersil
Makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
Umur

Jenis Makanan

Kandungan
Protin
Tenaga
0 – 2 minggu“Duck Starter”
20 %
2700-3000
2 – 3 minggu“Duck Starter” dicampur“Duck Grower”
-
-
4 – 16 minggu“Duck Grower”
16 %
2500 – 2800
16 minggu dan semasa bertelur“Layer”
17 %
2600 – 2900

Makanan
(a) Duck Broiler Starter- ( 1 hari hingga 14 hari)
(b) Duck Broiler Finisher –( 15 hari hingga 7/8 minggu)

Contoh Campuran Makanan
Bahan Starter (%) Finisher (%)
Jagung halus 55.5- 6.8
Hampas Kacang Soya 32.0 -21.0
Dedak ikan 6.0 -5.0
Lemak 3.0 -3.0
Galian 2.5 -2.0
Vitamin 1.0 -1.0

Anggaran berat purata (pertukaran makanan-F.C.R)

Umur 4 minggu- berat 1.7kg- FCR 2.0
Umur 5 minggu- berat 2.2kg- FCR 2.2
Umur 6 minggu- berat 2.7kg- FCR 2.4
Umur 7 minggu- berat 3.2kg- FCR 2.6

Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur
0 – 4 minggu1.2 kg. – 1.6 kg.
5 minggu – 22 minggu11.0 kg – 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur)160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Panduan Penternak
(a) beli anak itik dari baka yang baik yang digemari pengguna
(b) elak itik dari kekurangan air
(c) beri makanan yang bermutu mengikut jadual
(d) Pastikan itik mendapat perlindungan dari hujan/ panas dan cuaca buruk
(e) Elakkan lantai dari basah atau lembab semasa perindukan
(f) Jual itik ketika berumur 7/8 minggu untuk mendapat keuntungan yang baik
(g) Tangkap itik pada bahagian lehernya atau badannya dan bukan dekat kakinya
(h) Cari pasaran dulu jika hendak membela cara besar-besaran.

Umur Itik sesuai dijual
Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.


Penternakan Itik daging dikawasan Sawah Padi

Suatu ketika dahulu pernah popular tentang kaedah penanaman padi yang menggunakan itik untuk membantu makan serangga, rumput rampai. Kayuhan kaki itik akan mengeruhkan air secara tak langsung mengurangkan proses fotosintesi berlaku untuk rumput rampai tu. Tahi dari itik pula digunakan sebagai baja padi-padi.

Teknik ini dinamakan "Aigamo Method" dicipta oleh Takao Furuno - seorang pesawah di Fukuoka pada 1989. Teknik ini terbukti keberkesanannya kerana padi yang dihasilkan lebih sedap dan sihat, dan mengurangkan beban kepada pesawah.

Namun kaedah ini ada baik dan buruknya. Salah satunya ialah, hanya itik saiz kecil sahaja yang sesuai, bila dah besar, itik-itik ini akan langgar padi-padi dan merosakkan dan akan memakan padi itu pula.

Itik Moskovy
Itik Moskovy adalah sejenis itik pedaging dibiakan dari induk yang diimport dari negeri Perancis. Jabatan Pertanian menggalakkan penternakan itik Moskovy dalam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protein pada keluaga tani dan juga pendapatan tambahan pada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimakan penggunaan tanah selepas menuai padi. -itik ini apabila dilepaskan di sawah akan memakan tumpahan padi selepas penuaian, perosak-perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dalam sawah.

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik:
· Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Eloknya jika terdapat reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor/m2. Untuk 100 ekor itik saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3 m x 5 m. Jika reban sedia ada, bersihkan reban itu.
· Sediakan/buatkan bidai/tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai/tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.
· Tabur habuk kayu/sekam padi setebal 2.5 – 5 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.

Ketibaan Anak Itik:
· Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima.
· Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat.
· Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin
· Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik dimasukkan.
· Sediakan tempat makan dan minum.

Dari 0 – 2 Minggu:
· Pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35o C. Bila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang).
· Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.
· Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit.
· Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.
· Tabur abuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.
· Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.
· Setelah anak itik berumur 1– 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri.

Umur 3 – 4 Minggu:
· Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi.
· Itik boleh di didik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.

Umur 5 -13 Minggu:
· Mulai minggu ke 5 atau pun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.
· Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.
Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.