Wednesday, September 13, 2023

KOLAM PENGOLAHAN SISA TERNAKAN

Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 diwujudkan bagi menggalakkan penternak dan pemain industri mewujudkan rumah sembelih yang lebih teratur dan bersih, seterusnya menjamin keselamatan makanan yang dihasilkan.

Rumah Peyembelihan haiwan seperti lembu, khinzir dan ayam sebenarnya antara industri makanan yang menggunakan sejumlah besar air mentah dan menghasilkan sejumlah besar air sisa buangan rumah sembelihan  dengan bahan pencemar menjadi punca kepada pelepasan air kotor tidak terkawal yang boleh mencemarkan alam sekitar

Antara syarat lesen yang berkaitan dengan kawalan pencemaran ialah mengadakan loji rawatan kumbahan rumah sembelih yang sempurna dan lengkap untuk rawatan segala air kotor seperti najis, kencing, darah, lemak, sisa bangkai binatang, kelodak dan sebagainya.

Air kumbahan yang telah dirawat pula hendaklah mematuhi piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (sebelum dilepaskan ke saliran awam).



Bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 pula, sesebuah rumah sembelih berlesen boleh dikenakan penalti denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya atas kesalahan yang melanggar syarat lesen.

Selain kompaun atau denda, pihak DVS juga akan menarik balik lesen beroperasi premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sehingga isu pencemaran tersebut terbukti terkawal

Merujuk pada Garis Panduan Pengurusan Sisa Buangan Ternakan


BIOCHEMICAL OXYGEN DEMAND (BOD)

  • Ujian untuk mengukur jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk mengurai (oxidized) bahan organik yang terkandung dalam sisa air efluen.
  • Ujian BOD mengukur oksigen yang digunakan dalam tempoh specific inkubasi, lazimnya 5 hari.
  • BOD ialah amaun oksigen yang diperlukan oleh bakteria aerobic untuk menguraikan bahan organik kepada produk akhir seperti air dan CO2.
  • Jika BOD rendah, air berkenaan rendah sisa organik dan bacteria.
  • Piawaian BOD < 50ppm



CHEMICAL OXYGEN DEMAND (COD)

  • Ujian untuk mengukur jumlah oksigen yang diperlukan oleh agen pengurai /pengoksidaan –potassium dichromate untuk mengurai (oxidized) kesemua bahan organik yang terkandung dalam sisa air efluen.
  •  Jika COD rendah, air berkenaan rendah sisa organic
  • Piawaian COD < 200ppm

TOTAL SUSPENDED SOLID (TSS)

  • Jumlah pepejal terampai termasuk partikel organik dan bukan organic didalam air di mana partikelnya adalah besar (>0.001mm).
  • TSS yang tinggi akan menyebabkan kekeruhan dan mengurangkan tahap kualiti air untuk kegunaan harian dan kehilangan keupayaan dalam menyokong kehidupan.
  • TSS tinggi menandakan kurangnya oksigen terlarut dan akan meningkatkan suhu air yang akhirnya menghalang microorganism dan ikan kecil untuk hidup.
  • TSS tinggi juga menyebabkan air yang keruh yang akan menghalang proses phosintesis tumbahan air yang mengurangkan lagi kadar oksigen.
  • Piawaian TSS < 100ppm


AMMONIACAL NITROGEN

  • Ujian untuk mengukur kandungan ammonia.
  • Ammonia boleh menyebabkan penyusutan oksigen.
  • Kadar ammonia yang tinggi didalam air dikaitkan dengan bahan organik daripada sisa najis.
  • Ammonia adalah toksik dan boleh menjadi racun kepada manusia dan ikan.
  • Ammonia yang tinggi meningkatkan pertumbuhan rumpai air atau algae.


PENGURUSAN SISA BUANGAN PEPEJAL

Ada banyak jenis sisa seperti sisa buangan pepejal misalnya tinja (najis) dan bangkai serta sisa cecair termasuk efluen iaitu air buangan yang keluar daripada sistem pengolahan sisa.

Sistem rawatan air sisa  mempunyai tiga peringkat, iaitu

  1. Rawatan fizikal melalui pengasingan sisa pepejal
  2. Rawatan biologi menerusi penguraian bahan organik di dalam kolam oleh mikrob semula jadi,
  3. Pengenapan ((sedimentation); iaitu efluen pada peringkat akhir dimendapkan di dalam tangki pengenapan atau kolam sebelum dilepaskan keluar.

Pengasingan sisa pepejal dari sisa cecair boleh dilaksanakan menggunakan alat mesin pengasingan (solid separator). Langkah ini membantu mengurangkan pembentukan enapcemar (sludge built-up) yang boleh tahap keupayaan kolam untuk beroperasi dengan baik. Kaedah ini juga bagi mengurangkan beban pencemaran yang masuk ke dalam kolam pengolahan dan secara langsung dapat menjimatkan kos penyelenggaraan.

Tempat pelupusan ( Incineration)

Mengadakan pusat atau tempat pengumpulan dan pembuangan semua jenis sampah sarap secara berasingan yang sempurna dan mencukupi.

Bangkai dan sisa-sisa binatang yang berpenyakit dan rosak hendaklah dihapuskan dengan sempurna secara pembakaran ( incineration ) atau loji rendering di dalam kawasan rumah sembelih 

Sekiranya Incineration tiada.. Maka bolehlah pelupusan dilakukan dengan kaedah menanam bangkai dan sisa binatang ke dalam lubang  yang telah digali. Bangkai dan sisa binatang tersebut perlulah di tabur kapor setebal 5 sentimeter. kemudian lubang di kambus dan ditutup dengan tanah dan di tabur kapur sekali lagi di atasnya.

Kaedah Pengkomposan Tinja

Sisa tinja ternakan boleh dijadikan salah satu bahan atau komponen dalam pembuatan kompos. Kompos digunakan secara meluas sebagai baja organik dalam bidang pertanian. Penghasilan produk seperti ini dapat menjana pendapatan tambahan kepada penternak dan dalam masa yang sama membantu mengekalkan persekitaran yang bebas daripada pencemaran. 

Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien serta boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepada akar tanaman.



Keperluan Bangsal Kompos 

  1. Bangsal untuk kompos berbumbung ketinggian 1.2 x 1.5 meter 
  2. Melindungi bahan yang diproses dari sinar matahir dan hujan secara langsung. 
  3. Lantai tidak perlu di simen. Tepi bangsal perlu dinding 1.2 meter tinggi. 
  4. 2 meter persegi boleh memuatkan 1 tan bahan proses organik.

Bahan-bahan  untuk buat kompos

  1. Bahan Organik Pertanian / peternakan 83% (Sisa ternakan, sampah dll)
  2.  Serbuk gergaji (kayu yang lembut) 5 %
  3. Abu (bekas pembakaran bahan organik) 10 %
  4. Kapur (CaCO3) / dolomit 2 %
  5. Efektif microb ikut sukatan yang diberi X mL/liter mengikut sukatan yang ditetapkan.


Kaedah untuk buat kompos

  1. Campur bahan-bahan sisa hingga mencapai ketinggian 1.5 meter, 2 meter lebar dan 2 meter panjang.
  2. Biarkan selama 7 hari - proses fermentasi (incubation).
  3. Pembalikan dan pencampuran bahan kompos dengan cara manual atau menggunakan mesin selama 7 hari sekali selama (4 - 5 kali) untuk memberi bekalan oksigen kepada bakteria bagi proses penguraiannya
  4. Kebiasaan memerlukan masa antara 4 - 6 minggu. Kandungan isipadu berkurangan sehingga 20% - 40%.
  5. Kompos yang telah matang/stabil berwarna cokelat kehitam- hitaman dimana suhu agak stabil (kurang 50°C) serta tidak panas dan berbau seperti tanah
  6. Mesin digunakan untuk memproses tinja ke bentuk pallet bagi tujuan komersil (untuk tujuan jualan) Seterusnya Pembungkusan  baja organik

SISTEM PENGURUSAN BAHAN BUANGAN DAN KOLAM KUMBAHAN 

Mengadakan kolam rawatan kumbahan rumah sembelih yang sempurna dan lengkap untuk rawatan segala air kotor seperti air najis, kencing, darah, lemak-lemak, sisasisa bangkai binatang, kelodak-kelodak dan sebagainya dengan memuaskan. Air kumbahan yang telah dirawat hendaklah mematuhi piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

  • Saluran perparitan air sisa ke sistem kumbahan
  • Bahan buangan pepejal disalurkan melalui pemisah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua sistem kumbahan yang khusus;

            1)Sisa darah disalur ke takungan khas

            2)Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan 

Salah satu kaedah rawatan yang murah dan mudah untuk sisa buangan cecair atau air buangan dari aktiviti ternakan adalah menggunakan sistem kolam pengolahan. Kriteria pembinaan sistem kolam adalah lazimnya dicadangkan sekurang-kurangnya mempunyai masa takungan (detention time) selama 50 hari untuk keseluruhan jumlah kolam-kolam



Walaubagaimanapun sistem ini memerlukan kawasan yang luas. Kos terlibat adalah kos pembinaan awal dan penyelenggaraan 2 - 3 tahun sekali untuk pembersihan enapcemar (sludge). Sistem ini perlu diselenggara dengan baik supaya enapcemar yang terbentuk diatas dan mendap di dasar kolam perlu dibersihkan apabila telah penuh. Kekurangan penyelenggaraan yang baik menyebabkan sistem tidak dapat berfungsi untuk mencapai tahap kualiti piawaian e­uen yang dikehendaki. Enapcemar daripada kolam pengolahan boleh digunakan untuk baja. Kolam-kolam yang dikorek sekiranya terdapat sumber air maka dasar kolam hendaklah dilapik dengan bahan kalis air seperti plastik tebal atau konkrit supaya air kolam tidak meresap ke dalam tanah dan mencemarkan sumber air bawah tanah.

Terdapat 4 jenis kolam bergantung kepada proses penguraian biologi kolam tersebut.

(a) Kolam Anaerobik - Proses biologi dimana mikroorganisma akan merendahkan bahan pencemar organic tanpa kehadiran oksigen.

(b) Kolam Fakultatif - Kolam yang mempunyai dua zon penguraian bahan organic. Zon lapisan atas ialah zon aerobik dimana bakteria menggunakan oksigen untuk menguraikan bahan organik. Sementara zon lapisan bawah ialah zon anaerobic dimana bacteria tidak menggunakan oksigen untuk menguraikan bahan organik.

(c) Kolam Fakultatif berudara

(d) Kolam Aerobik / maturasi (maturation) - Kolam terakhir proses penguraian oleh bacteria yang menggunakan oksigen dan akan meningkatkan kualiti air buangan. Peringkat ini juga berfungsi sebangai memusnahkan mikroorganisma pathogen.


Atau secara sekurang-kurang minimumnya boleh juga mempunyai 3 jenis proses penguraian biologi  iaitu

(a) Kolam Anaerobik

(b) Kolam Fakultatif

(c) Kolam Aerobik / maturasi (maturation)

(a) Kolam Anaerobik

Kolam ini adalah peringkat pertama yang menerima air buangan yang masuk ke dalam kolam. Kolam anaerobik mengandungi bahan organik yang tinggi sehingga tiada proses penguraian aerobik berlaku. Penguraian bahan organik berlaku melalui pencernaan anaerobik di mana bakteria menurunkan asid meruap kepada karbon dioksida dan gas metana. Umumnya, kolam anaerobik digunakan untuk bahan organik dan bukan untuk membersihkan air. Kolam anaerobik boleh dikorek agak dalam tetapi sebaik-baiknya tidak menebusi lapisan air bawah tanah.

- Anggaran Kedalaman kolam biasanya 3.0 meter dalam
- Anggaran Isipadu kolam  3.8 m3 / ekor  ( 3800 liters / ekor) 
- Anggaran Luas permukaan kolam  1.5 m2 / ekor (1.5 meter / ekor )
- Anggaran Hari Takungan  6-10 hari

 (b) Kolam Fakultatif Pertama (Primary)

Peringkat kedua adalah kolam fakultatif berperanan untuk mengurangkan beban bahan organik selepas proses penguraian di dalam kolam anaerobik. Kolam ini mengandungi dua zon iaitu zon aerobik di bahagian atas dan zon anaerobik di bahagian bawah. Di lapisan aerobik, bakteria aerobik menggunakan oksigen untuk menstabilkan bahan organik. Manakala di lapisan anaerobik karbon dihapuskan melalui proses fermentasi dan menghasilkan gas metana. 

(c) Kolam Fakultatif Kedua (Secondary)

Peringkat terakhir kolam fakultatif, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan organik. Kekeruhan air serta kedalaman lagun merupakan dua faktor penting dalam operasi kolam aerobik. Ada juga Kolam fakultatif yang diudarakan dimana oksigen dibekalkan di bahagian atas dengan alat pengudaraan permukaan (surface aerator). kolam ini boleh ditingkatkan dengan penambahan alat pengudaraan (aerator) di mana proses pengudaraan boleh mengurangkan masalah bau serta boleh menurunkan kadar pencemaran ke tahap yang lebih baik untuk piawaian kualiti air buangan.

- Anggaran Kedalaman kolam biasanya 4.0 meter dalam
- Anggaran Isipadu kolam  4.0 m3 / ekor  ( 3800 liters / ekor) 
- Anggaran Luas permukaan kolam  2.3 m2 / ekor (1.5 meter / ekor )
- Anggaran Hari Takungan  20 hari


Paddle Wheel Aerator bertujuan meningkatkan  kandungan oksigen dalam air kumbahan. Pengudaraan bagi membantu proses penguraian kandungan air kumbahan dengan bantuan mikroorganisme dengan mempercepatkan pereputan bahan organik, mengurangkan toksik keracunan, mengurangkan bahan-bahan berbahaya di dalam air dan juga meningkatkan kualiti air.

(d) Kolam Aerobik  (Completely mixed)

Kaedah ini adalah sistem kolam dibina dari konkrit untuk menjimatkan kawasan kerana boleh dibina lebih dalam sehingga 4.0 meter. Terlebih dulu, pepejal dari air buangan yang memasuki kolam akan diasingkan melalui alat ‘separator’ atau tangki mendapan. Seterusnya air buangan dimasukkan ke kolam pengudaraan untuk melalui proses aerobik. Alat pengudaraan mekanikal digunakan untuk mencepatkan proses penguraian (completely mixed aeration) berlaku. Kos pembinaan sederhana tinggi jika dibandingkan dengan kolam tanah tetapi kualiti e­uen yang dikeluarkan lebih baik serta boleh mencapai tahap piawaian yang ditetapkan. Kos tambahan yang diperlukan adalah kos tenaga bagi penggunaan 1.6 - 3.2 W/m3 isipadu kolam untuk alat pengudaraan.

- Anggaran Kedalaman kolam biasanya 1.5 meter dalam
- Anggaran Isipadu kolam  1.5 m3 / ekor  ( 3800 liters / ekor) 
- Anggaran Luas permukaan kolam  1.5 m2 / ekor (1.5 meter / ekor )
- Anggaran Hari Takungan  20 hari

Jenis-jenis kolam pengolahan dibina menurut fungsi masing-masing berasaskan kepada jumlah beban pencemaran atau bahan organik (organic loadings) yang memasuki kolam tersebut. Kebiasaan kolam anaerobik akan menerima beban yang lebih berbanding kolam lain. Lagi kurang beban bahan organik memasuki kolam bermakna lebih mudah dan cepat penurunan tahap pencemaran serta menghasilkan kualiti e­fluen  yang baik


Kolam Pengolahan  konkrit 

Kolam Pengolahan Polimer High-Density Polyethylene (HDPE) 

Kolam-kolam boleh dikorek agak dalam tetapi sekiranya lokasi kolam terdapat sumber air berdekatan maka dasar kolam hendaklah dilapik dengan bahan kalis air (liner) seperti polimer tebal High-Density Polyethylene (HDPE) atau konkrit supaya air kolam tidak meresap ke dalam tanah dan mencemarkan sumber air.

Kriteria Rekabentuk Kolam Pengolahan Ukuran kolam-kolam boleh berasaskan kepada isipadu kolam atau masa tahanan (HRT) setiap kolam mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Lebih lama masa HRT akan memberikan kualiti e­uen yang lebih baik kerana kolam dapat mempercepatkan proses penguraian (digestion) serta melambatkan jangkamasa untuk penyelenggaraan berbanding kolam yang mempunyai HRT yang singkat.

CONTOH 1 (Kolam Khinzir) :



CONTOH 2 (Kolam Ruminan) :


CONTOH 3 (Kolam Kalbat) :



CONTOH PENGIRAAN ISIPADU KOLAM : 

  • Jumlah Ternakan = 100 ekor lembu Fidlot / Tenusu 
  • Air buangan terhasil = 378 liter / ekor x 100 = 37,800 liter
  • Kadar aliran rekabentuk = 37. 8 m3 / hari 

Rekabentuk Kolam Anaerobik :



Rekabentuk Kolam Fakultatif :


Rekabentuk Kolam Fakultatif Berudara :


Rekabentuk Kolam Aerobik :










SISTEM KUMBAHAN (HI-KLEEN)

Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).


Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.




Tangki septik yang sempurna mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat dan pada lazimnya berada di luar kawasan premis sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis.


Penyelenggaraan terhadap tangki septik dimana  perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. Penyelenggaraan komponen sistem perlu dilakukan agar komponen sistem boleh bekerja dari masa kesemasa  selain memanjangkan jangka hayat komponen sistem


Antara penyelenggaraan  tersebut meliputi kompenen

  1. Inlet chamber
  2. Tangki Pengudaraan 
  3. Tangki penjernihan
  4. Tangki simpanan Sludge
  5. Inspaction Chamber
  6. Effluen Sludge / Effluen Pump
  7. Pump Sump
  8. Panel Kawalan
  9. Blower dan Motor

KOLAM KUMBAHAN / SEPTIK TANK  JENIS KALBAT 

Mempunyai sistem saliran bahan buangan/longkang di kawasan  ”unloading” haiwan ternakan supaya air dapat disalirkan ke dalam takungan najis

Kolam kumbahan / Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.

 

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).


 

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak

 

Seterusnya dari kebuk kedua bahan cecair itu akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang ketiga dimana cecair berlebihan akan tersaring  keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe. 


Walau bagaimana pun, tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien.

SALIRAN

Seluruh rumah sembelih hendaklah mempunyai sistem perparitan yang baik seperti longkang gerlis (glazed invert drains) bahan meterial diperbuat dari bahan heavy duty dan sebagainya serta cerunan parit yang sempurna supaya air kotor dapat mengalir dengan memuaskan ( self-cleansing ).

Longkang dibina dari bahan simen konkrit, kalis air, serta mempunyai kecerunan 2%

Tidak berlakunya pengaliran semula air buangan ( Back Flow)

Sistem pengairan air longkang yang menyalurkan efluan yang belum di rawat hendaklah di asingkan dari longkang air hujan (Stromwater Drain) dan perparitan kumbahan.

• Kedudukan strategik untuk pengaliran air sisa dan bahan sisa keluar dari loji

• Tidak bertakung dan mudah dibersihkan dan ada perangkap sisa

• Bagi Longkang Besar di luar Rumah Sembelih Tidak perlu ditutup

• Bagi Longkang kecil didalam kawasan Rumah Sembelih hendaklah berpenutup 

Sump / Grease Trap

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir danlain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.
Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ. Biasanya terletak pada sambungan sistem saliran.
Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.



Pengunaan Grease Trap (Perangkap Sisa Pepejal)

Sisa Pepejal akan di tapis melalui  perangkap sisa pepejal (Grease Trap) bagi mengasingkan sisa pepejal  dari air kumbahan. Ini bertujuan bagi menapis air kumbahan dari premis tersebut sebelum air disalurkan ke dalam sistem pembentungan

Secara umumnya, Penyelenggaraan yang lebih kerap perlu dilakukan pada perangkap lemak dengan membersihkan dan membawa keluar Grease / Sisa Lemak yang membeku bagi memberikan kelancaran proses rawatan air.

KAEDAH BIOLOGI RAWATAN SISA AIR BUANGAN

Terdapat beberapa pilihan (option) sistem kolam pengolahan yang boleh digunakan supaya  e­fluen yang dialirkan keluar akan dapat mematuhi piawaian kualiti  e­fluen.

(a) Pilihan Pertama:

Pit (tangki pengumpulan) + mesin pengasingan pepejal - cecair + 1 kolam anaerobik + 2 kolam fakultatif (primary & secondary) + 1 kolam aerobik.

  1. Aliran air buangan dari kandang memasuki tangki tangkungan / pengumpulan (pit).
  2. Air buangan bercampur pepejal diasingkan menerusi tapisan (screen) atau mesin pengasingan pepejal-cecair. tapisan (screen) atau mesin pengasingan pepejal-cecair.
  3. Pepejal diasingkan dan cecair akan disalirkan ke kolam Anaerobik.
  4. Aliran keluar dari kolam Anaerobik akan memasuki 2 kolam fakultatif (kolam kedua juga tanpa alat pengudaraan).
  5. Aliran air akan dirawat di kolam aerobik terakhir dan dialirkan keluar.

(b) Pilihan Kedua:

Pit (tangki pengumpulan) + mesin pengasingan pepejal - cecair + 1 kolam anaerobik + 1 kolam fakultatif + 1 kolam fakultatif berudara + 1 kolam aerobik.

  1. Aliran air buangan dari kandang ke tangki takungan / pengumpulan (pit).
  2. Air buangan bercampur pepejal diasingkan menerusi tapisan (screen) atau mesin pengasingan pepejal - cecair.
  3. Pepejal diasingkan dan cecair akan disalirkan ke kolam Anaerobik.
  4. Aliran keluar dari kolam Anaerobik akan memasuki ke kolam fakultatif pertama tanpa alat pengudaraan.
  5. Aliran dari kolam fakultatif pertama akan memasuki ke kolam fakultatif kedua (ada alat pengudaraan).
  6. Aliran seterusnya akan dimasukkan ke kolam aerobik terakhir untuk diolah lalu dialirkan keluar.

(c) Pilihan Ketiga:

Pit (tangki pengumpulan) + mesin pengasingan pepejal - cecair + 1 kolam anaerobik + 1 kolam fakultatif + 1 unit tangki bioreaktor (ada alat pengudaraan).

  1. Aliran air buangan dari kandang memasuki tangki takungan / pengumpulan (pit). / pengumpulan (pit).
  2. Air buangan bercampur pepejal diasingkan menerusi tapisan (screen) atau mesin pengasingan pepejal-cecair.
  3. Pepejal diasingkan dan cecair akan disalirkan ke kolam Anaerobik.
  4. Seterusnya aliran keluar dari kolam Anaerobik akan memasuki ke kolam fakultatif.
  5. Akhirnya air buangan akan dirawat dengan menggunakan tangki bio-reaktor (saiz 20 - 25 m3) yang mengandungi bebola media (60%).

(d) Pilihan Keempat:

Pit (tangki pengumpulan) + Tangki Biogas (rujuk rawatan alternatif) + 1 unit tangki bioreaktor + tangki pemendapan atau membina 1 kolam aerobik.

  1. Aliran air buangan dari kandang memasuki tangki takungan / pengumpulan (pit). / pengumpulan (pit).
  2. Air buangan bersama pepejal di pam/dialirkan ke tangki biogas.
  3. Biogas (metana) terhasil boleh digunakan bagi menghasilkan tenaga bahanapi dan letrik.
  4. Aliran yang keluar dari tangki biogas perlu dirawat seterusnya menggunakan sistem aerobik untuk mematuhi piawian  e­fluen yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Penyelenggaraan Kolam Pengolahan

Penguraian bahan organik dari air buangan ternakan oleh mikroorganisma di kolam tidak sepatutnya menerima bahan yang tidak boleh diuraikan (non-biodegradable) seperti sampah sarap dan lain-lain. Air hujan perlu dilihat sebagai air yang bersih dan perlu diasingkan bermula dari kandang supaya tidak memasuki kolam

PENGGUNAAN MIKROB (EM - Effective Microbes)

Penggunaan Mikrob yang berkesan seperti EM (effective microbes) merupakan suatu kaedah yang sangat membantu untuk mempercepatkan proses penguraian bahan organik di dalam rawatan air buangan dan pengkomposan sisa pepejal ternakan (composting). Penggunaan EM akan mempercepatkan penguraian bahan organik. Kebiasaan EM dicampur ke dalam makanan, minuman atau diletakkan ke dalam kolam pengolahan. Hasilnya sisa ternakan dapat ditukarkan kepada produk yang tidak toksik serta mengurangkan kadar pencemaran kepada alam sekitar.


Penggunaan Mikrob (useful microbes-EM)

Penggunaan EM (effective microbes) sebagai suatu kaedah bagi membantu untuk mempercepatkan proses penguraian bahan organik di dalalam rawatan air kumbahan. 

Koloni mikroorganisma aktif ini dapat hidup dalam pelbagai media dan berkembang tanpa dipengaruhi keadaan cuaca dan iklim, pertumbuhannya mudah dikawal dan bersifat genetik yang mudah dimodi­kasi. Reaksi biokimianya dapat dikawal oleh enzim organisma itu sendiri. Ianya perlu digunakan secara berterusan

SISTEM ALTERNATIF - Rawatan Sisa Buangan Ternakan Babi

Sistem Biogas 

Sistem biogas adalah proses penguraian bahan organik (proses pemeraman di dalam loji biogas selama 28 hari yang bertujuan untuk mendapatkan gas Methane (CH4) – (50-75%), Karbon Dioksida (C02) – (25-45%) dan Hidrogen Sulfid (H2S) – (1-5%). pemampatan najis haiwan ternakan) secara anaerobik (tertutup) di dalam tangki pencernaan (digester) akan membebaskan oksigen daripada gas sehingga gas menjadi mampat

Komponen utama terhasil di dalam biogas adalah gas metana (CH4, 60 - 70%) dan karbon dioksida (C02, 30 - 40%). 

Gas-gas tersebut akan disimpan untuk menjana tenaga elektrik dan sistem penyaman udara di dalam kandang tertutup manakala air basuhan kandang akan dikitarkan semula



Proses ini menghasilkan enapcemar (separa cecair) yang telah stabil (digestate) dari tangki anaerobik. Enapcemar yang termendap perlu dikeluarkan dan dikeringkan untuk menjadi baja kepada tanaman atau menyuburkan tanah (soil conditioner). 

Walaubagaimanapun efl­uen yang keluar sistem ini masih tidak boleh mencapai tahap kualti air yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Justeru,  e­fluen perlu dirawat seterusnya sebelum dialirkan ke saliran awam.

Sistem Bio­ Filter

Sistem bio filter adalah sistem bersepadu yang mengubahsuai sistem kolam rawatan biologi sedia ada dengan menambah pam air, tangki bio filter, tangki pemendapan dan tangki pengumpulan sisa pepejal Tangki bio filter, tangki pengumpulan sisa dan tangki pemendapan boleh dibuat dari bahan fiber ataupun konkrit. Sistem ini dapat mengurangkan penggunaan kawasan dan berkemampuan untuk menurunkan tahap pencemaran sehingga mencapai piawaian e­fluen yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun sistem ini melibatkan kos yang tinggi tetapi efisien.

Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan yang biasanya digunakan untuk salah satu daripada kegunaan berikut:-

  1. Penggunaan tanaman: sebagai baja atau pengkondisi tanah
  2. Pemulihan tanah: enapcemar digunakan untuk menambah bahan organik kepada tanah seperti tanah lombong.
  3. Ditaburkan di kawasan hutan untuk baja organik.
  4. Pemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagai baja untuk alga. 

Bio filter  terdiri daripada tangki yang mengandungi media berfungsi untuk menambahkan luas permukaan untuk mikroorganisma melekat (attached) bagi penghuraian bahan organik di dalam air buangan. 

Sistem Bioreaktor Aerobik

Sistem Bioreaktor Aerobik   lebih kurang dengan sistem bio­ filter tetapi ia tidak menggunakan tangki bio filter (media). Contoh kaedah ini seperti ‘Toyo Bioreactor System’. Ia telah diuji di ladang babi di Mersing, Johor Bharu. Sistem ini direka untuk kegunaan sejumlah 6,000 populasi babi disatu-satu ladang dengan penghasilan sisa air kumbahan harian sebanyak 40L /ekor babi. Sistem ini terdiri daripada cecair pemisah yang kukuh, tangki penerima, tangki pengudaraan, Toyo Bio unit reaktor, tangki pemendapan dan penjernih

Air terawat akan dikitar semula. Ciri khas sistem ini adalah penggunaan khas ejen pengaktifan (EM) yang membolehkan pertumbuhan mikroorganisma aerobik. Sistem ini dapat menurunkan kadar pencemaran ke tahap piawaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kos pembinaan bergantung kepada populasi ternakan, bahan konkrit dan ejen pengaktifan yang digunakan. Ia sangat e­sien dan boleh mencapai tahap piawaian disamping air boleh dikitar semula.

Dari segi pengurusan sisa buangan, antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:- 

  1. Mengurangkan penggunaan air bagi tujuan cucian kandang untuk mengurangkan jumlah sisa e­uen yang dihasilkan dengan menggunakan Jet Air Bertekanan Tinggi (high pressure water jet). Sisa air buangan yang telah dirawat boleh dikitar semula untuk air cucian lantai kandang. 
  2. Pengasingan sisa pepejal dan cecair boleh dilaksanakan menggunakan alat separator atau scrapper. Langkah ini membantu mengurangkan pembentukkan sludge serta mengurangkan beban pencemaran yang masuk ke dalam kolam pengolahan. 
  3. Sisa buangan pepejal yang diasingkan dikumpulkan di tempat pengkomposan yang tidak telap air supaya tidak meresap dan mencemarkan air bawah tanah. Tempat pengkomposan perlu dilindungi dari air dan kelembapan untuk mengurangkan pencemaran bau dan pembiakan lalat
  4. Tinja lembu mengandungi unsur-unsur NPK (nitrogen, fosforus dan kalsium) yang sesuai dijadikan baja kompos. 
  5. E­fluen dari ternakan perlu diolah terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke saliran air. Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya tiga (3) atau empat (4) buah kolam pengolahan (iaitu kolam anaerobik, aerobik, fakultatif) perlu disediakan sepertimana garis panduan diterbitkan dan disyorkan oleh DVS. 
  6. Di ladang hanya satu takat pelepasan akhir efl­uen (­final effluent discharge point) dibenarkan. 
  7. Konsep zero discharge di mana tiada pelepasan e­fluen ternakan ke saliran air awam. Air kumbahan yang diolah boleh dikitar semula bagi kegunaan siraman untuk baja tanaman seperti rumput di ladang dan sebagainya. Konsep ini adalah digalakkan terutamanya bagi ladang yang terletak di kawasan tadahan (catchment area). Walau bagaimanapun, sekiranya pelepasan perlu dilakukan maka efl­uen ternakan perlu mematuhi had pelepasan e­uen yang ditetapkan. 
  8. Bahan seperti enzim serta mikro-organisma (EM) boleh dicampurkan dalam makanan ternakan, air minuman atau tinja bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengolahan seterusnya boleh mengurangkan pencemaran air dan bau. 
  9. Penternak perlu melaksanakan Amalan Perladangan Lembu Yang Baik (GAHP) mengikut garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

PENGGUNAAN TAWAS UNTUK MENJERNIHKAN AIR

Tawas, atau Ammonium sulfate (NH₄)₂SO₄ boleh digunakan untuk menjernihkan air kolam kumbahan dengan kaedah pembendungan (flocculation) untuk mengasingkan pepejal tersuspensi. Kaedah ini melibatkan penambahan tawas ke dalam air, mengacaukannya supaya partikel-partikel kecil terlekat antara satu sama lain dan kemudian mengendap ke dasar kolam, menjadikan air lebih jernih. 

10 m-20 gram  (0.010 - 0.020) tawas / Ammonium sulfate (NH₄)₂SO₄ untuk setiap 1000 liter air

Contoh kiraan :  424566 liter Air Kolam X 0.010  = 4245 grm / 4 kg serbuk tawas

Bancuh dahulu serbuk tawas kedalam suatu bekas yang berisi air kemudian kacau-kacau supaya serbuk tawas terlarut... kemudian curahkan ke dalam kolam kumbahan... Air Kolam kumbahan akan mula menunjukkan tanda-tanda jernih sekitar selepas 6 jam

Walau bagaimanapun, penggunaan tawas perlu berhati-hati kerana  tawas yang berlebihan juga berpengaruh terhadap pH air (menurunkan pH air) berasid.

Bancuhan Tawas perlulah diseimbangkan dengan pengunaan kapur / Calcium hydroxide Ca(OH)₂

Nisbah tawas dan kapur adalah 1:1


Saturday, August 19, 2023

TEKNOLOGI STUNNING DALAM PENYEMBELIHAN


TEKNOLOGI STUNNING DALAM PENYEMBELIHAN

Stunning ialah kaedah memengsankan haiwan terlebih dahulu sebelum disembelih supaya haiwan tersebut tidak merasa sakit ketika penyembelihan dilakukan. Penggunaan stunning telah digunakan dengan meluasnya oleh negara-negara barat terutamanya pengeluar utama daging seperti di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Animal Welfare Council mendakwa bahawa tujuan utama penggunaan stunning ini digunakan secara meluas adalah kerana penggunaan stunning dapat menenangkan haiwan dan akan memudahkan kerja-kerja penyembelihan.

Undang-undang Kesatuan Eropah semasa menyatakan bahawa semua haiwan yang diternak untuk proses pengeluaran makanan mesti melalui proses stunning (kejutan menggunakan elektrik, gas, atau pistol setrum) sebelum dibunuh atau disembelih.

Disebabkan peningkatan terhadap sembelihan haiwan ternakan , pelbagai jenis kemudahan teknologi telah diperkenalkan. Antara yang paling meluas digunakan adalah teknologi stunning dalam penyembelihan. Kaedah stunning adalah satu kaedah yang membantu proses penyembelihan haiwan ternakan menjadi lebih mudah jika dalam kuantiti yang banyak.

Boleh dikatakan kesemua Jabatan Mufti Negeri-negeri di Malaysia menyandarkan hukum penyembelihan haiwan secara stunning kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia.


Kaedah penetapan pengeluaran hukum (istinbath hukum) bersumber dari hadith Rasulullah SAW
 yang diriwayatkan daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan agar berbuat baik terhadap segala sesuatu. Jika kalian hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang terbaik. Jika kalian hendak menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kalian menajamkan pisaunya dan mengistirahatkan sembelihannya.”

Riwayat Muslim (1955)

Proses penetapan hukum (istinbath hukum) tentang kaedah stunning ini juga mengambil kira pandangan ulama’ kontemporari yang tersohor iaitu Sheikh Wahabah az-Zuhaily mengenai tata cara penyembelihan dengan alat-alat modern menyatakan bahawa tidak ada halangan untuk menggunakan apa jua kaedah melemahkan pergerakan haiwan dengan cara tanpa penyiksaan terhadapnya (untuk
penyembelihan haiwan).

Untuk itu, dalam Islam diperbolehkan menggunakan cara pemengsanan modern (stunning) yang tidak mematikan sebelum penyembelihan
(Wahbah al-Zuhayli, 1986).

Mengapa Stunning dibenarkan ??? 

Ianya dibenarkan kerana beberapa sebab:

  1. Kaedah stunning dapat memudah dan mempercepatkan proses penyembelihan. 
  2. Ia juga dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan dan pengeluaran daging halal dalam pasaran.
  3. Kaedah ini dapat meminimakan kecederaan ke atas haiwan, sekaligus meningkatkan mutu daging yang disembelih.
  4. Mengelakkan haiwan daripada diseksa atau dipengsankan dengan cara yang lebih berat selain stunning.

Jadi cara stunning diperbolehkan hukum asal pada saat pemengsanan tidak menyebabkan kematian diperbolehkan iaitu selama proses penyembelihan tidak menyiksa haiwan yang disembelih. Proses penyembelihan haiwan perlu dilakukan sesuai dengan syariat dan juga sesuai dengan konsep halalan toyyiban,Jangan sampai apa yang kita sembelih menjadi haram ( mati sebelum haiwan tersebut di sembelih)

Syarat stunning

  1. Penyembelih yang profesional dari kalangan Muslim agar dapat menghilangkan sebarang bentuk keraguan. 
  2. Alat Staning bukan dikendali oleh orang bukan Islam. Ia mestilah dikendali oleh petugas Muslim atau badan yang mendapat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
  3. Memenuhi syarat-syarat sah sembelihan
  4. Mempunyai hayat mustaqirrah
  5. Pengsan apabila melalui proses stunning dan sedar semula jika tidak disembelih
  6. Terdapat petugas Muslim (halal  checker)  mengawalnya semasa penyembelihan
  7. Penggunaan stunning hendaklah dikawal selia oleh Badan Pengiktirafan Halal
  8. Haiwan yang dikenakan stunning hanya mengalami mengalami kejutan sementara dan tidak mati atau kecederaan kekal
  9. Peralatan stunning untuk binatang tidak halal tidak boleh digunakan untuk binatang halal

Antara haiwan yang biasa melalui proses stunning ialah lembu, kambing, dan ayam. Terdapat pelbagai jenis kaedah stunning yang diperkenalkan antaranya ialah

  1. Kejutan elektrik,
  2. Water Stunner 
  3. Thoracic sticking 
  4. Stunning mekanikal (Captive Bolt )

KAEDAH STUNNING: KEJUTAN ELETRIK (Electrical Shock)

Kejutan elektrik  (Electrical Shock) di kepala sahaja digunakan untuk memengsankan lembu, kambing dan biri-biri. Kaedahnya ialah dengan meletakkan sepasang penyepit di kedua-dua belah kepala haiwan dan mengalirkan aliran elektrik ke otak. 

Aliran elektrik dialirkan dengan kadar yang sesuai dan tempoh masa yang sesuai mengikut jenis haiwan, saiz dan jantina. Ini adalah begi mengelakkan aliran elektrik mengalir ke seluruh badan yang akan menyebabkan jantung berhenti dan boleh membawa kepada kematian haiwan tersebut.

Kajian yang dilakukan bersama antara Muslim World League dan WHO pada 1986 mendapati bahawa pelaksanaan electrical stunning head sahaja yang tidak menyebabkan kematian haiwan. Sekiranya tidak disembelih, ia akan sedar sepenuhnya.

Kejutan elektrik  adalah satu kaedah yang menggunakan arus elektrik perlahan kepada haiwan sebelum di sembelih. Kaedah ini akan menyebabkan haiwan yang terkena kejutan elektrik ini menjadi lali dan pengsan seketika. Kadar arus elektrik adalah sentiasa dalam kawalan dan peratusan yang telah di tetapkan.



Pada 24 November 1988, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-22 bersidang untuk membincangkan mengenai isu lembu yang di sembelih melalui proses penggunaan Electrical Stunning. Keputusan daripada Muzakarah ini telah memutuskan hukuman harus terhadap penggunaan Electrical Stunning dalam Penyembelihan Lembu (e-Fatwa, 2015).

Kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Shock Stunning) dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Jenis kejutan stunner yang digunakan adalah di kepala sahaja (head only stunner) Arus elektrik dialirkan atas kepala haiwan bagi kambing dan biri-biri manakala di bahagian hidung bagi lembu.
  • Volume arus elektrik hendaklah sentiasa dalam kawalan, iaitu tidak boleh melebihi had antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu;
  • Aliran elektrik hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa antara tiga hingga enam saat; dan
  • Proses kaedah kejutan elektrik ini hendaklah dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.

Bagi ternakan ayam dan itik kaedah Waterbath Stunning (poultry) itik adalah diharuskan dengan syarat:

  • Hendaklah dipastikan ternakan ayam dan itik tidak mati melalui kawalan arus Elektrik
  • Proses kaedah kejutan elektrik ini hendaklah dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.

KAEDAH STUNNING: WATER STUNNER

Sejenis alat elektrik yang menggunakan medium air untuk kejutan haiwan sebelum disembelih. Kaedah ini digunakan untuk haiwan beburung seperti ayam, itik dan angsa. Haiwan akan digantung kaki ke atas pada besi yang bergerak ke satu takungan air yang mempunyai aliran elektrik. Juruteknik yang bertauliah akan mengawal kekuatan arus elektrik bagi memastikan aliran tidak terlalu tinggi.


Kaedah ini menggunakan air untuk membantu proses penyembelihan. Air berfungsi untuk melemahkan kondisi binatang sebelum ia melalui proses sembelihan. Antara contoh binatang yang biasa melalui proses ini ialah ayam.

Water stunning ini digunakan untuk menenangkan dan mengurangkan tekanan Ketika sembelihan. Ayam berada dalam water stunner berarus eletrik 0.25- 0.50 A selama 3-5 saat. Selepas proses stunner seorang halal ‘ checker’ diletakkan untuk memastikan hanya ayam yang hidup Sahaja yang disembelih.

Pada 24 November 1988, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-22 telah berdiskusi mengenai isu penyembelihan ayam dengan pelalian Water Stunner. Keputusan daripada diskusi ini telah bersetuju bahawa adalah harus menggunakan 'Water Stunner' dalam proses penyembelihan ayam (e-Fatwa, 2015).

KAEDAH STUNNING: THORACIC STIKING 

Kaedah thoracic sticking yang merupakan prosedur tambahan selepas penyembelihan lengkap dilakukan.

Praktikalnya, bagi haiwan besar seperti lembu yang telah disembelih, teknik ini dilakukan dengan memotong urat utama sekitar jantung dengan menggunakan pisau, bertujuan mempercepat aliran darah dengan memutuskan brachiocephalic  trunk atau Common carotid trunk dan tidak bertujuan untuk menikam jantung haiwan. Berasaskan hal ini, fatwa juga telah memutuskan thoracic sticking dibenarkan selagi memenuhi panduan yang digariskan.



Jika kaedah thoracic sticking ini dilakukan sebelum penyembelihan tersebut berlaku dengan sempurna maka tidak di bolehkan. 

Stunning Angin (Thoracic Stiking) Pada 29 September 2005, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah berdiskusi mengenai isu kaedah thoracic stiking dalam sembelihan haiwan. Muzakarah telah memutuskan bahawa prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan (kaedah thoracic stiking) adalah diharuskan.

Maka daging haiwan tersebut adalah halal di makan mengikut kepada syarat-sarat berikut:

  • Sembelihan secara sempurna telah terlaksana (putus keempat-empat urat Mari', halum dan wadajain);
  • Kaedah tersebut dijalankan selepas 30 saat penyembelihan atau setelah berlaku pendarahan sempurna (complete bleding);
  • Sembelihan adalah punca kematian kepada haiwan itu dan thoracic stiking hanyalah berfungsi sebagai alat untuk membantu mempercepatkan kematian;
  • Proses kaedah thoracic stiking ini hendaklah dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.

KAEDAH STUNNING: CAPTIVE BOLT

Captive Bolt pula terbahagi kepada 
  1. Penetrative Captive Bolt
  2. Non-Penetrative Captive Bolt (Mushroom-Head Stunner)
  3. Pneumatic Captive Bolt.

1) PNEUMATIC CAPTIVE BOLT

Bagi captive bolt yang dikenali sebagai pneumatic Captive Bolt Gun pula mempunyai ruang udara di hujungnya yang memberi tekanan udara ke dalam otak setelah tengkorak ditembusi. Udara ini memberi tekanan kepada bahagian tertentu dan menyebabkan haiwan tersebut pengsan.



Kaedah stunning mekanikal atau nama lainnya Pnematic Percussive Stunning. Ia boleh didefinisikan sebagai satu kaedah yang menggunakan alat berbentuk seperti cendawan untuk memengsankan haiwan sembelihan. Antara syarat kaedah ini diterima dalam Islam ialah memastikan alat yang digunakan tidak memecahkan tengkorak haiwan, hanya sekadar menyebabkan haiwan pengsan sahaja . Kaedah ini biasa dilakukan ke atas haiwan ternakan besar seperti lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

Pada 13 Mac 2006, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah berdiskusi mengenai penggunaan pnematic percussive stunning menurut pandangan Islam. Keputusan muzakarah ini telah menetapkan bahawa penggunaan pneumatic percussive stunning dalam sembelihan haiwan halal adalah harus selagi mana ia memenuhi syarat (E-Fatwa, 2015):

  • Hendaklah tiada berlaku keretakan pada tengkorak haiwan sembelihan yang dikenakan stunning
  • Hendaklah haiwan yang itu mati disebabkan proses sembelihan

2) PENETRATIVE CAPTIVE BOLT

Kaedah pemengsanan haiwan menggunakan Pistol captive bolt yang mengandungi sebiji besi keluli yang tajam dihujungnya dan apabila tembakan dilakukan ia akan menembusi otak melalui impak yang sangat kuat. Tembakan biasanya dilakukan pada dahi dan menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu pada otak dan menyebabkan haiwan tersebut pengsan kesan dari kerosakan itu.Jika tidak disembelih haiwan tersebut akan mati. 


Bagi lembu alat Pistol captive bolt akan diletakkan di tengah dahi manakala kambing pula  meletakkan alat Pistol captive bolt di ruangan belakang kepala kambing. 

Berasaskan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia pada bulan Mac tahun 2006  stunning jenis Petetrative Captive Bolt yang menyebabkan kematian haiwan adalah tidak dibenarkan dan jatuh hukum haram. Tidak dibenarkan memukul kepala haiwan atau menggunakan kaedah lain yang seumpamanya.


2) NON PENETRATIVE CAPTIVE BOLT (Mushroom Head Stunner)

KaedahPemengsanan haiwan Non Penetrative Captive Bolt (mushroom-head) adalah sama juga seperti  Penetrative Captive Bolt  tetapi ia menggunakan captive bolt yang berbentuk cembung. Kaedah ini mengetuk dan atau mengenakan tekanan kepada tempurung kepala tanpa menembusi tengkorak. Kejutan alat pemukul ini datang dari tembakan  atau tekanan angin yang memantulkan kepada pemukul jenis mushroom-head dan mengetuk di kepala haiwan.


Kejutan ini akan mewujudkan satu gelombang tekanan dalam rongga otak apabila ketukan berlaku dan akan menyebabkan haiwan tersebut pengsan. Walaupun kaedah ini tidak menembusi tengkorak dan tidak mencederakan otak, namun kajian yang dilakukan oleh Dr Mohamed Lutfi dari University Of Queensland, Australia di lapan buah pusat penyembelihan dalam masa 20 bulan pada tahun 2003 hingga 2004 mendapati bahawa 80% - 95% haiwan yang dikaji mengalami keretakan dan pecah tengkorak dan 5% - 20 % mengalami lekukan di tengkorak.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 29 Sept 2005 telah membincangkan Hukum Mengenai stunning Haiwan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Kaedah Stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan NonPenetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan. Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat seperti Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner), kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah (JAKIM, 2016).


AL-MAUQUDZAH  (  الموقوذة. )  / TIDAK HALAL DIMAKAN.

Al-Mauqudzah (  الموقوذة. ) adalah  binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya baginya tidak halal dimakan 

Allah SWT menjelaskan tentang keadaan haiwan yang diharamkan memakannya dalam firmannya 


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيْرِ وَمَآ اُهِلَّ لِغَيْرِ اللّٰهِ بِهٖ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوْذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيْحَةُ وَمَآ اَكَلَ السَّبُعُ اِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْۗ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
Surah Al Maidah Ayat 3

Maksudnya : Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.

Kaedah stunning jenis Petetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah kaedah penembakan atau pemukulan pada bahagian kepala 

Dengan mengunakan alat pistol captive bolt dan peluru khusus proses penembakan ini dilakukan pada ukuran arus yang berbeza-beza sesuai dengan besar kecilnya ukuran lembu.

Kepala yang ditembak dengan peluru tumpul ini menyebabkan hentakan yang kuat boleh mencederakan  dari segi dalaman otaknya, sehingga ternak akan mengalami goyah dan pengsan

Ini kerana kaedah penetrative captive bolt biasanya akan memecahkan tengkorak haiwan dengan tusukan alat yang digunakan.

Jika sekiranya cara ini boleh menyebabkan kecederaan parah pada otak, maka sudah tentu binatang seperti ini mengalami dua kali sakit. Pertama, sakit stunning dan kedua sakit sembelihan.


Sekiranya ia mati sebelum disembelih ia dikira dalam golongan Al-Mauqudzah (  الموقوذة. )  dan tidak halal dimakan.