Saturday, February 28, 2026

APA MAKSUD TINJA & URIN TERNAKAN KITA?

APA MAKSUD TINJA TERNAKAN KITA?

Tahi lembu mempunyai warna yang berubah dari kehijauan sehingga kehitaman, tergantung makanan yang dimakan kerbau. Selepas terdedah di udara, warna tahi lembu cenderung menjadi gelap.

Pemerhatian terhadap keadaan tinja ternakan merupakan teori yang masih diguna-pakai secara meluas oleh penternak kita 

Namun, jika diperhatikan, apa sahaja bentuk serta keadaan tertentu tinja atau najis lembu sebenarnya sudah boleh memberitahu tahap kesihatan malah keadaan fisiologi mereka kepada kita, tanpa sedar. Rumput hijau lembut sangat larut dan sering melalui rumen sebelum mengalami dehidrasi sepenuhnya, menyebabkan tinja lebih cair, tetapi apa lagi tinja lembu boleh beritahu kita tentang kesihatan mereka?

Bahan seperti najis adalah salah satu daripada banyak petunjuk yang sangat berguna  terhadap “sesuatu”  tahap  kesihatan dan pemakanan lembu.

Melalui pemerhatian terhadap tinja ternakan kita akan dapat menilai pemakanan sama ada baik atau berkesan atau tidak...  Tinja sebenarnya boleh memberitahu kita segala-galanya dari saat untuk menambah protein kepada diet rutin terbaik lembu kita sehinggalah mengesan masalah seperti asidosis sebelum ia meruncing memeningkan kepala kita sebagai penternak.


Tinja lembu fidlot jika diperhatikan berbeza dengan tinja lembu yang meragut lepas bebas. Tinja lembu fidlot selalunya kelihatan lebih lekit daripada tinja lembu  meragut lepas bebas kerana makanan dan persekitaran. Tinja lembu feedlot lebih kurang keras  daripada haiwan yang memakan jerami kering atau rumput, tetapi tidak berair atau cair. Terlalu cair atau berair boleh menjadi petunjuk asidosis atau mungkin ternakan menghadapi penyakit “Johne’s”. 

Walaupun situasi itu sebenarnya lebih biasa dalam lembu tenusu, penyakit Johne’s menjadi lebih lazim dalam lembu daging juga. Oleh kerana tiada rawatan wujud untuk penyakit Johne’s, tindakan pencegahan adalah penting. Lembu dengan penyakit Johne mengalami kesukaran mengekalkan berat badan selain najis berair. Situasi ini menyebabkan produktiviti ternakan menurun, malah tidak memberi keuntungan kepada pemilik.


Mungkin situasi yang selalu kita lihat...  Penternak lembu  berjalan di kebun sawit atau padang rumput dan menendang tinja dengan kakinya.. dan ada yang memijak tinja tersebut  dengan kakinya... Tujuannya adalah sebagai bentuk pemerhatian melalui pandangan mata kasar untuk membuat penilaian terus...

Pemerhatian pada bentuk dan keadaan tinja ternakan adalah sangat penting bagi memastikan tindakan susulan adalah tepat dan tidak mendatangkan sebarang kerugian. Langkah pencegahan perlu dilakukan seketat yang mungkin supaya tiada penyakit yang teruk akan dihadapi oleh ternakan kita.

Pentingnya Memerhati Bentuk Tinja:

  • Petunjuk Kesihatan: Tinja cair (cirit-birit) boleh menunjukkan jangkitan parasit atau bakteria.
  • Kualiti Diet: Tinja yang terlalu kering mungkin menunjukkan kurang air, manakala tinja tidak hadam (ada sisa makanan) menunjukkan diet yang tidak sesuai.
  • Pengurusan Sisa: Bentuk tinja mempengaruhi cara sisa tersebut diuruskan (contoh: najis pejal lebih mudah dijadikan kompos berbanding najis cair).


jika tinja atau najis lembu kelihatan tebal dan berserabut, Suplemen protein perlulah ditambah ke dalam diet pemakanan ternakan supaya mikrob rumen supaya boleh mencerna makanan ternakan dengan lebih lengkap.

Jika tinja lembu berbentuk bertindan tebal dan berserabut, diet perlu diperhalusi dan perlu diubah dengan segera.


Cuba kita pijak dengan kaki atau selongkar apa kandungan tinja tersebut untuk menilai penghadaman atau memetabolismekan nutrien makanan tersebut. Contohnya beginilah, jika kita bagi makan jagung... Kita akan tengok biji jagung dalam tinja, terutamanya jika ia tidak dikisar. Apa yang kita nak perhatikan ialah peratusan keseluruhan. Jika seekor lembu makan setengah kilogram jagung, biasanya hanya terdapat peratusan yang kecil yang tertinggal dalam tinja. Takdalah nampak macam banyak sangat biji-biji jagung tadi dalam tinja seolah-olah dah makan keluar balik dengan kuantiti dan keadaan sama menyebabkan pembaziran zat makanan.

Bentuk tinja (najis) ternakan merujuk kepada konsistensi, fizikal, dan rupa bentuk sisa buangan haiwan yang merupakan penunjuk utama tahap kesihatan, pemakanan, dan fungsi sistem pencernaan ternakan tersebut. Tinja yang normal (seperti berbentuk pelet untuk kambing atau tumpukan pejal untuk lembu) menandakan haiwan sihat, manakala tinja cair atau berdarah menandakan penyakit atau masalah diet.






Warna tinja biasanya menunjukkan warna makanan. Hijau gelap keperangan contohnya palet jenama tertentu dan rumput. Makanan ternakan berkualiti tinggi biasanya najis berwarna lebih cerah.

Walau bagaimanapun, jika kita mempunyai anak lembu yang menerima makanan rayap dan najis kelihatan lekit lembik dan berlemak, sudah tiba masanya untuk membuat beberapa pengubahsuaian dalam ramuan atau pengambilan makanan terbaik. 

Score keadaan tinja ternakan yang mengalami Scours (cirit-birit)

Scours (cirit-birit), yang disebabkan oleh pertumbuhan E-coli yang berlebihan dalam rumen, akan kelihatan sebagai tinja yang sangat cair dan lembik melekit berwarna kelabu atau seolah berkabus. Kebanyakan penternak biasa dengan scours dan tahu rawatan adalah penting. 

Najis berdarah boleh menunjukkan terdapat masalah coccidiosis, dan pelepasan tisu usus sering dikaitkan dengan bakteria salmonella.

Cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli dan juga jangkitan oleh Coccidia.. Cirit birit juga kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. 
 
Faktor cirit-birit pada ternakan
-Cacing
-Protozoa (coccidia)
-Kuman bakteria
-Salah makan


PUNCA & TANDA-TANDA CIRIT-BIRIT
Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem penghadaman ternakan.
Kecacingan pada Lembu, kambing dan bebiri
Punca samada disebabkan oleh pemakanan, jangkitan bakteria, jangkitan coccidia atau cacing.
Tanda-tanda bebanan cacing seperti
-Kurang selera makan
-Kurus/lemah
-Berak cair/diarea
-Najis berbau
-Bulu tidak kemas dan pudar
-Perut buncit/abdomen besar
-Selaput basah pucat
-Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu
Pengesahan bebanan kecacingan adalah dengan melakukan Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)- bilangan telur cacing dalam tinja. Caranya adalah dengan mengambil sampel tinja dalam gerompok 10% ternakan.. jika keputusan makmal menunjukkan kiraan telur cacing melebihi 500 epg per gram , maka perlulah diberikan ubat cacing pada ternakan tersebut..

Buah pinggang berfungsi  untuk filter/tapis bahan kumuh untuk keluar dari tubuh jika tak perlu atau terlebih.

Protien pun akan ditapis oleh buah pinggang. Protein ini penting untuk kegunaan badan  terutama untuk maintain keseimbangan cecair dan garam galian dalam badan .





Secara amnya, perubahan drastik pada bentuk tinja dan urin ternakan perlu diperhatikan dengan teliti untuk tindakan rawatan segera.

Wednesday, February 25, 2026

SUNTIKAN INTRAVENOUS, INTRAMUSCULAR, SUBCUTANEOUS

KAEDAH SUNTIKAN VETERINAR

SUNTIKAN INTRAVENOUS, INTRAMUSCULAR, SUBCUTANEOUS

Terdapat banyak kaedah suntikan haiwan, di antaranya suntikan intramuskular, suntikan subkutan, suntikan intravena dan suntikan intradermal adalah kaedah yang paling biasa digunakan di klinik.

Pemberian Suntikan Ubat

Pemberian suntikan ubat bergantung kepada arahan pengeluar oleh itu lihat lebel dan baca arahan

-Bahan asas

-Treade name

-Dosage

-Kepekatan ubat

-Tarikh luput


Cara pengambilan

a.Goncang botol ubat

b.Periksa kehendak pembuat dan tarikh

c.Sapu spirit pada penutup

d.Masukan jarum bersih

e.Tonggangkan botol dan syrin

f.Tarik plunger ke paras banyak ubat yang diperlukan

g.Tentukan tiada udara didalam syiringe sebelum disuntik pada ternakan



Cari tempat suntikan



Kedudukan tempat suntikan dalam kawasan segitiga injeksi 
  1.  Terletak di kedua sisi leher pada bahu dan mengecil mengarah ke telinga / salur jugular,  terletak di bagian tengah leher.
  2.  Terlerak di batasan posterior mengikuti garis di atas titik bahu
  3.  Terletak di antara tulang ekor dan pinggul (pada sisi pelvis)



Syringe (picagari)

Syringe boleh digunakan untuk memberi ubat-ubat dan juga untuk mengambil contoh-contoh darah, najis atau cecair untuk dihantar ke makmal

Saiz picagari (syringe) diukur dalam mililiter (mL) atau sentimeter padu (cc)

  • 1 ml
  • 5 ml
  • 10ml
  • 15ml
  • 20ml
  • 30ml
  • 50ml
Pemilihan saiz bergantung kepada isi padu cecair/ubat yang diperlukan.

Jarum (Needles)

Jarum di kriteriakan mengikut 2 cara iaitu panjang dan saiz (G-gauge)



Panjang

1” 1¼” 1½” 3”

Di gunakan untuk i/m i/v i/p i/c

¼” ½” ¾”

Digunakan untuk Suntikan intra dermal dan subcut


Saiz (G-gauge)

Untuk lembu, kerbau dan kambing

16 G 17 G 18 G 19 G

Untuk Kucing Dan anjing

23 G 24 G 25 G


Jenis Sambungan: Terdapat jenis Luer Lock (skru) dan Luer Slip (tolak).

Membersihkan jarum dan syringe
-Alat suntikan seperti jarum dan syringe terutama sekali yang digunakan untuk membuat suntikan vaksin hendaklah dibasmi kuman menggunakan kaedah fizikal.

-Pengunaan bahan kimia ( disinfectan /antiseptik) akan meninggalkan kesan sisa (keladak) pada alatan tersebut ini mungkin memusnahkan virus/ kuman dalam vaksin tersebut ini mengakibatkan vaksin tersebut menjadi tidak berkesan.

-Pembasmian kuman atau memusnahkan mikro organisma pada jarum dan syringe menggunakan kaedah fizikal
a)Sterilizer ( 30 minit –6 jam)
b)Rebusan ( air mendidih- boiling water) (30 minit keatas)
c)Hot air oven ( udara panas) (160 °C untuk 1 jam)
d)Autoclave (121°C untuk 15-30 minit pada tekanan 151lb/ inci persegi)


i.v

intravenous

Jagular vein

Coccygeal vein

Ear vein

i.m

Intramuscular

-Otot bahagian punggung

-Otot bahagian kaki belakang

s.c

Subcutaneous

Bahagian leher depan


Intramammary

Putting

i.c

Intracardiac

Jantung

i.d

Intra dermal

Dalam kulit

i.p

Intra peritoneal

Dalam peritoneum



Ada beberapa sudut tertentu jarum disuntik ke dalam tubuh? Suntikan vaksin suntikan ubat atau ambil sampel darah , semuanya berbeza angle.

Suntikan intra venous ( salur darah)
Cepat beri kesan badan ( sistemik) iaitu dalam masa 15-16 saat
Ubat yang boleh menimbulkan kerangsangan kulit sekiranya diberi pada kulit atau otot


Suntikan intra venous adalah untuk menyuntik ubat cecair terus ke dalam tiub vena, dan ia diedarkan dengan cepat ke seluruh badan dengan aliran darah, jadi ubat itu berfungsi dengan cepat, tetapi penghapusan juga lebih cepat, masa tindakan adalah pendek, dan ia sesuai untuk rawatan penyakit kritikal. Apabila suntikan intra venous  dilakukan, haiwan 16 atau 20 jarum mengukur biasanya digunakan.

Suntikan IV digunakan untuk pemberian ubat kecemasan, cecair intravena, atau transfusi darah.

Suntikan intra mascular ( Dalam otot)
Ubat yang tidak merangsang kulit atau otot
Ubat yang berminyak memerlukan 2-3 hari untuk meresap
Perlu suntik dibeberapa tempat dalam kuntiti yang kecil
Rehatkan ternakan selepas suntikan



Suntikan intra muscular adalah untuk menyuntik ubat ke dalam otot, supaya ubat diserap oleh otot untuk mencapai kesan terapeutik. Tapak suntikan berbeza mengikut jenis dan saiz haiwan, dengan haiwan dan anak lembu yang besar, anak lembu, domba, anjing, dan lain -lain, kebanyakannya di leher dan punggung; Pada burung, ia berada di otot pektoral atau kaki besar, dan perlu untuk mengelakkan bahagian -bahagian saluran darah besar dan laluan saraf. Sebelum suntikan, adalah perlu untuk memilih saiz jarum suntikan yang sesuai, seperti anjing dan kucing umumnya memilih No . 7, babi dan kambing No . 12, lembu dan kuda No . 16.

Suntikan IM digunakan untuk pemberian vaksin, antibiotik, atau ubat penahan sakit

Suntikan Intraperitoneal ( dalam rongga)
Pada rumen, suntikan dibuat pada bahagian paralumba fosa kanan


Pada haiwan kecil pegang kedua-dua kaki belakang , biar haiwan tergantung dan suntik pada posterior perut
Hanya dengan ubat yang tidak merangsakan


Suntikan Subcutaneous ( bawah kulit)
Suntikan dalam jumlah sedikit
Penyerapan ubat melalui kapilari dan limfatik
Keradangan setempat berlaku, histamin dikeluarkan oleh badan
Hyperemia setempat berlaku



Suntikan subcutaneous adalah ubat yang disuntik ke dalam tisu subkutan, diserap melalui kapilari dan limfatik, dan biasanya mengambil masa 5 hingga 10 minit untuk ubat itu berfungsi. Kaedah ini sesuai untuk ubat -ubatan, vaksin dan vaksin yang mudah dibubarkan dan tidak sangat menjengkelkan. Tapak suntikan biasanya dipilih di mana tisu subkutaneus kaya dan kulit mudah bergerak, seperti sisi leher atau belakang anjing atau kucing, dan bahagian dalam paha.

Suntikan SC digunakan untuk pemberian insulin, heparin, atau vaksin yang memerlukan penyerapan perlahan seperti vaksin MMR.

Suntikan Epidieral (tulang belakang)
Untuk Anestetik setempat ( regional anesthesia)
Melumpuhkan saraf tertentu
Selalu digunakan keatas ternakan lembu



Suntikan Intradermal (dalam kulit)
Suntikan ubat dalam lapisan kulit dengan jumlah yang sedikit Contohnya suntikan Tuberculin pada caudal fold



Suntikan intradermal adalah suntikan ubat cecair ke dalam kulit antara epidermis dan dermis, dan sering digunakan untuk vaksinasi, ujian alahan, dan diagnosis alahan penyakit tertentu. Tapak suntikan harus dipilih dari kulit yang tidak terdedah kepada geseran dan menjilat, seperti leher dan akar telinga.

Suntikan ID biasanya digunakan untuk ujian alahan, vaksinasi (seperti vaksin BCG), ujian tuberkulosis (TB) dan anestesia (bius) setempat. Berbeza dengan suntikan subkutan (di bawah kulit) dan intramuskular (ke dalam otot), suntikan intradermal bertujuan untuk penyerapan ubat yang lebih perlahan dan respons badan yang lebih mudah dilihat.