Penternakan Landak
Semenjak 2005 Landak telah mula dikomersial secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Semua landak raya diternak perlu mempunyai lesen memiliki bagi tujuan membela, membiakkan dan sebagai perniagaan yang dikeluarkan Perhilitan kerana ia di bawah akta pemuliharaan hidupan liar 2010 Mengenai Spesies Terancam (CITES). Landak raya diiktiraf sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi dalam senarai Jadual Dua Bahagian II - Binatang Perburuan.
- Landak atau Bahasa saintifik Hyistrix Brachyura atau dikenali sebagai Porcupine.
- keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae.
- Landak merupakan haiwan eksotik mamalia bertulang belakang (vertebrata) .
Ada 4 sub-spesies landak di Malaysia iaitu:
- Asiatic brush-tailed porcupine (Atherurus macrourus) Landak Batu/Nibong
- Malayan porcupine (Hystrix brachyura) Landak Raya
- Thick-spined porcupine (Hystrix crassispinis) Landak Tebal Borneo
- Long-tailed porcupine (Trichys fasciculata) Landak Padi
- Seekor landak matang ketika usia 8 hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-kira 8 kg daging.
- Panjang landak biasanya 63 hingga 80 sentimeter (25 hingga 32 inci) dan ekor sepanjang 10 hingga 13 Cm (4.5 hingga 5 inci) dengan berat antara 5 kg hingga 20 kg
- Landak raya liar mampu hidup 12 hingga 15 tahun sementara landak yang di pelihara boleh hidup mencapai 20 tahun
- Penternakan Landak raya atau nama saintifiknya Malayan Porcupine
- Landak Raya merupakan spesies rodentia ketiga terbesar di dunia.
- lanya terdapat di Sumatra, Semenanjung Malaysia, Borneo, melalui Tenggara China, Hainan dan Nepal.
- Mengikut taxonomi, ia diklasifikasikan di bawah Order Rodentia dan Famili Hystricidae atau Old World Porcupine.
- Daging landak boleh dimakan dan tidak diharamkan oleh agama.
- Harga daging landak menjadi tinggi kerana ia dikatakan mendapat tempat di pasaran Hong Kong, China, Singapura dan Thailand.
- Landak raya mempunyai tabiat aktif pada waktu malam, makan yang kerap dan aktif mengawan.
- Proses untuk menternak Landak Raya sehingga boleh dijual mengambil masa selama 8 - 10 bulan.
Landak dalam bahasa Arabnya disebut al-qunfudz. Mengenai landak (qunfudz) ini, ada khilafiyah. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, hukumnya haram, berdasarkan sebuah hadis yang mengharamkannya. Sedang menurut Imam Malik dan Ibnu Abi Laila, hukumnya halal (Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam IV/77).
Namun pendapat yang tepat (sahih), adalah halal (Imam an- Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 8/16). Hal itu kerana tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkannya. Kerana itu, hukumnya kembali pada hukum asal benda, iaitu mubah.
- Landak tidak termasuk dalam golongan haiwan bertaring atau berkuku tajam yang bersifat pemangsa.
- Tidak terdapat dalil khusus sama ada daripada al Quran dan al Sunnah yang mengharamkan landak
- Landak adalah Halal di makan dan didapati ia di buru dan dimakan oleh orang melayu terdahulu kala dan tiada fuqaha’ tempatan yang membantahnya binatang yang tidak disebut oleh nas (halal/ haramnya) diserahkan kepada uruf (hukum adat)
- Walau bagaimana pun, Landak Raya tidak disenaraikan di bawah Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna (CITES).
- Salahlaku ke atas haiwan di bawah jagaan seseorang.
- Kecuaian terhadap haiwan sehingga ianya mengalami kesakitan, penderitaan atau tekanan.
- Gagal menyediakan sumber yang mencukupi untuk berat badan yang mengikut kadar fisiologi haiwan tersebut berdasarkan kepada jenis, umur dan jantina yang relatif kepada sesuatu masa dalam setahun. Mengeluarkan mana-mana bahagian anatomi haiwan tersebut tanpa pembiusan yang cukup.
- Mematikan, mengurung atau memindahkan haiwan dengan cara yang dapat mengelakkan kesakitan, penderitaan atau tekanan.
- Membela/menyimpan haiwan yang telah disahkan mengalami penderitaan fizikal atau fisiologikal kecuali jika ianya berada di bawah jagaan Pegawai Veterinar yang berdaftar.
Sistem
Sangkar / Kurungan Landak
Landak Raya hendaklah di uruskan mengikut system Intensif
dan dikurung dalam sangkar secara berkumpulan, berpasangan atau bersendirian.
Cara yang terbaik ialah menempatkan seekor jantan dan 2 ke
4 ekor dalam satu kurungan
- Kurungan individu hendaklah sekurang-kurang mempunyai saiz 90cm panjang X 60 cm lebar X 60 cm tringgi
- Kurungan yang tingginya 90 sm memerlukan unjuran berukuran 30 sm yang dipasang pada sudut 45°.
- Manakala kurungan besar atau berpasangan hendaklah bersaiz sekurang-kurangnya 180 cm panjang X 150 cm lebar X 120 cm tinggi
- Landak diternak dengan menggunakan sangkar dinding konkrit dan bahagian depannya besi jeriji dengan setiap sangkar boleh diletakkan seekor atau dua ekor (sepasang).
- Sangkar yang didirikan atas tanah mestilah mempunyai 90cm jaring besi yang ditanam bagi mengelakkan landak lari dengan menggali terowong
- Altenatif lain adalah dengan membina lantai kurungan daripada simen konmkrit bagi mengelakkan landak mengorek lubang
Bahan-bahan seperti dahan pokok, kelapa atau kayu hendaklah disediakan untuk dibuat bahan gigitan oleh landak.
Pembiakan:
Landak Jantan
- Seekor landak jantan mampu mengawan dengan 10 ekor landak betina
- Landak sangat sensetif dalam soal memilih pasangan dan tidak akan mengawan sekiranya pasangannya tidak serasi
- Landak tidak mengira waktu mengawan tetapi lebih aktif pada waktu malam
Landak Betina
- Sediakan ruang khas untuk ibu melahirkan (boleh pakai kotak atau sarang).
- Tempoh bunting landak raya betina adalah 16 minggu (hampir 100 hari) Biasanya seekor landak betina jenis landak raya beranak lima kali dalam tempoh dua tahun. Seekor landak mampu melahirkan anak antara dua dan tiga ekor sekali beranak dan menyusukan anaknya.
- Pusingan estrus di antara 31 - 35 hari dan tempoh bunting 94 - 112 hari. Kematangan seksual di antara 8 - 12 bulan.
Makanan
Landak mempunyai gigi yang amat kuat untuk membantu memakan tumbuhan yang keras seperti kulit dan batang pokok.
- Landak makan pisang, ubi kayu,keledek, nangka, buah kelapa sawit, sayur, rumput serta roti, hampas kacang soya
- Landak juga boleh di beri makan pelet sekali sekala.
- Namun landak tidak suka makan makanan yang sama setiap hari.
Bekas
makanan yang bersih ( bekas besi diutamakan) digunakan untuk memberi makanan
(pellet, ubi dan sayuran) kepada landak
Walaubagaimanapun
dedaun berbatang boleh digantung atau diletakkan di atas lantai
Jumlah
makanan yang diberikan berbeza mengikut umur, kumpulan pembiak atau kumpulan
untuk dijual.
Secara
purata makanan segar yang diberikan adalah mengikut kadar 10% berat badan dan
1% berat badan bagi makanan pellet.
Kadar pengambilan makanan seharian Voluntary Feed Intake (VFI) oleh Landak Raya yang makan bahan tumbuhan ialah daripada 0.8 - 1.2 kg (berat segar) atau 10 - 15% dari berat badan. Walau bagaimana pun, jumlah makanan yang diberi adalah lebih tinggi daripada VFI. Kekerapan untuk memberi makan ialah dua kali sehari (siang dan malam) tetapi makanan mestilah sentiasa ada bagi memastikan pengambilan yang optima dan memperkayakan kelakuannya.
Minuman
Bekas air boleh dibuat daripada konkrit, porselin atau tanah liat (alas pasu bunga) kerana bekas plastik atau aluminium tidak tahan lama bila digunakan oleh landak.
- Anggaran 500ml air bersih disediakan sehari untuk setiap landak
- Penggunaan air automatic akan dapat memastikan kurungan sentiasa kering
Penjagaan:
- Bersihkan kandang 2–3 kali seminggu.
- Kawal serangga perosak & pastikan tiada pemangsa masuk.
Kesihatan:
Kelebihan menternak landak
raya itu kerana ia tidak mempunyai risiko kematian kerana penyakit, Tahan lasak, mudah dijaga, dan tidak memerlukan
penjagaan intensif.
- Vitamin dan garam mineral perlu diberi bagi membekalkan nutrien yang mencukupi untuk cepat proses tumbesaran landak.
- Pemberian ubat cacing secara rutin 3 bulan sekali
- Landak Raya hendaklah ditimbang sekali setiap bulan (terutama kumpulan yang sedang membesar) bagi memantau kesihatan dan kadar pembesarannya. Beratnya juga direkodkan ke dalam buku log setiap individu.
- Amati tingkah laku — jika lesu, periksa najis dan selera makan.
- Dapatkan khidmat veterinar jika perlu.
- Tidak perlu suntikan khas tetapi amalkan biosekuriti
- Haiwan kurang aktif dan kurang bergerak serta selalu duduk dan kelihatan lesu. Walau bagaimana pun, di dalam keadaan biasa, Landak Raya akan berehat di antara waktu 1200 Н – 1600 H
- Tidak berselera atau kurang makan boleh dilihat melalui makanan yang tidak habis dimakan atau tidak makan langsung. Voluntary Feed Intake Landak Raya dewasa ialah di antara 1 - 1.5 kg sehari untuk makanan basah atau 100 grams makanan kering.
- Cecair yang keluar daripada hidung, mulut, mata dan rongga yang lain adalah tidak normal. Perubahan pada warna kulit atau bengkak yang mungkin disebabkan oleh abses atau hematoma. Seperti yang dinyatakan, luka (melecet dan lelasan) disebabkan oleh pergaduhan atau cedera yang terjadi semasa mengendalikannya. Kulit Landak Raya mudah terkoyak. Kehadiran darah di dalam kurungan, memungkinkan kecederaan telah terjadi

























































