Merujuk kepada satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor mengenai "Garis Panduan Tempat Penyembelihan Dan Pengurusan Haiwan Korban" bertarikh 23 Julai 2019
Seperti yang diterangkan dalam pekeliling 01/PMS/2019 perenggan 2.0 pekeliling tersebut menjelaskan mengenai objektif pekeliling adalah untuk menjaga kebersihan dan kesucian masjid, surau disamping untuk menjaga imej masjid dan surau dengan pandangan dan imej yang kurang disenangi.
Ada beberapa dalil dan hadis menekankan mengenai aspek kebersihan dalam Islam. Sebagai contoh, Surat At Taubah ayat 108 "Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih"". Dalam hadis lain riwayat At Tirmidzi menyatakan, "Kebersihan itu sebagian dari iman"
Pastinya, apabila pekeliling ini diluluskan, ia telah melalui satu proses musyawarah yang ketat terutamanya diperingkat Exco Kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Johor dan pihak-pihak yang ahli dalam hal ini.
Pun begitu, ia telah pun menjadi amalan sekian lama di Negeri Johor yang mana proses sembelihan korban ini dilakukan dikawasan selain daripada masjid dan surau iaitu dikawasan rumah, kawasan tanah lapang seperti padang dan sebagainya. Untuk kawasan di bandar pula, ada juga pihak mengusahakan 'Rumah Sembelihan' yang tujuannya khas untuk proses penyembelihan di musim Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban ini.
Jika dilihat daripada segi dalil Al-Quran dan hadi Nabi S.A.W, tiada juga dimaklumkan bahawa ibadah korban ini 'wajib' dilakukan di masjid atau surau. Oleh kerana itu, ia perlulah diberikan panduan seperti pekeliling ini melalui ijmak ulama' , para alim untuk memandu umat Islam dalam perkara ini agar ibadah yang kita laku ini dapat berjalan dengan sempurna tanpa ada isu-isu berbangkit.
Juga perlu diingatkan bahawa aspek agama Islam di Malaysia adalah dibawah ruang lingkup dan bidangkuasa negeri dan juga Sultan. Nescahaya apa yang diputuskan oleh Majlis Agama Negeri Johor dan yang diperkenankan oleh DYMM Sultan Johor pastinya adalah yang terbaik demi kemaslahatan umat Islam di negeri Johor.
Kerajaan Negeri Johor tidak melarang penyembelihan haiwan
korban di masjid dan surau, tetapi ia hanya dibenarkan di tempat yang
disediakan seperti rumah sembelihan berdaftar atau masjid dan surau yang
mempunyai kemudahan khusus untuk penyembelihan. Aktiviti memotong, menimbang,
dan mengagihkan daging sahaja yang dibenarkan di tempat lain seperti kawasan
perumahan tanpa kemudahan penyembelihan, bagi memastikan keselamatan dan
kebersihan terjamin, sepertimana yang dinyatakan dalam Pekeliling
Bilangan 1 Tahun 2023 JAINJ.
- Larangan
khusus:
Penyembelihan secara langsung tidak dibenarkan di kawasan
masjid dan surau yang tidak mempunyai kemudahan penyembelihan yang telah
ditetapkan.
- Kelulusan
untuk penyembelihan:
Pelaksanaan ibadah korban hanya dibenarkan di rumah
sembelihan berdaftar atau kawasan masjid/surau yang memiliki kemudahan
penyembelihan yang diiktiraf.
- Aktiviti
lain dibenarkan:
Aktiviti memotong, menimbang, dan mengagihkan daging
dibenarkan dilakukan di tempat lain seperti di rumah masing-masing.
- Tujuan:
Larangan ini bertujuan memastikan keselamatan dan kebersihan
terjamin semasa aktiviti ibadah korban dijalankan.
- Rujukan
lanjut:
Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai disarankan merujuk
kepada Pejabat Kadi Daerah masing-masing.
SENARAI PUSAT KEBENARAN SEMBELIHAN SEMENTARA (PKSS)
BAGI TUJUAN IBADAH KORBAN NEGERI JOHOR
OLEH JPVNJ
PKSS ini diwujudkan bagi memastikan semua aktiviti penyembelihan haiwan korban mematuhi peraturan kebajikan haiwan, keselamatan makanan dan kebersihan persekitaran, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Hanya pusat
yang mendapat kelulusan sahaja dibenarkan untuk menjalankan aktiviti
penyembelihan di luar rumah sembelih.
Jumlah PKSS yang telah diluluskan pada tahun 2025 menunjukkan rekod pertambahan, berbanding tahun 2024, iaitu sebanyak 204 buah.
Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga akan terus memantau perjalanan program korban ini dari semasa ke semasa bagi memastikan 3 spesifikasi utama iaitu kebajikan haiwan, keselamatan makanan, dan kawalan pencemaran dapat dipatuhi.
SENARAI MASJID DAN SURAU YANG DI BERIKAN KEBENARAN
BAGI TUJUAN IBADAH KORBAN NEGERI JOHOR OLEH JAINJ


























