SEJARAH SEMBELIHAN HAIWAN
SEMBELIHAN QURBAN MENURUT ISLAM
Qurban (Arab: قربان) dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih
binatang tertentu pada Hari Raya Aidil Adha atau hari tasyriq dengan
tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT. Binatang yang dibolehkan
qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas).
Ibadah
ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan
anaknya Nabi Ismail a.s
10 zulhijjah di kenali sebagai hari Nahar bersempena perkataan “
sembelih” iaitu “ Nahrun” dalam Bahasa Arab.
Ibadah Sembelihan Qurban telah disyariatkan pada
tahun kedua hijrah seperti zakat dan solat dua rakat hari raya.
SEMBELIHAN DI ZAMAN MESIR KUNO
Terdapat catatan sejarah menyebut tempat penyembelihan / pemotongan haiwan dan pemeriksaan daging ditemui pada sekitar tahun 2350 sm kaum Mesir kuno mengikut adat dan kepercayaan agama mereka.
SEMBELIHAN DI ZAMAN BABYLON
Pada sekitar tahun 37 M Di zaman Babylon purba, pemotongan haiwan telah dilakukan di rumah sembelih dan perdagangan penjual daging telah dihalalkan, dimana harga jualan daging telah dikawal dan ditetapkan pemerintah.
PERKEMBANGAN SEJARAH ABATOIR
Pada tahun 1876 Pemerintahan empayer Ottoman (Sultan Uthmaniyyah II Abdül Hamit) telah membina Kompleks Penyembelihan Awam Utama yang moden bertempat Kazlıçeşme di Yedikule, Istambul, dengan menyediakan kemudahan penyembelihan yang dibenarkan oleh Islam kepada petani dan tukang daging tempatan untuk keperluan penduduk muslim sekitar.Rumah penyembelihan pada zaman itu dipanggil sebagai salhane atau kanara.
Pada tahun 1900 pembinaan Pusat sembelihan ternakan iaitu Adana Slaughterhose telah dilkukan secara besar-besaran. Projek pembinaan pusat sembelihan tersebut telah di rancang oleh Arkitek Perbandaran bernama Vedat Tek, Ahmet Buhaneddin, Osman Fitri dan Marko Logosa dimana setiap pusat Penyembelihan Utama tersebut di lengkapi Rumah Penyembelihan dan pemeriksaan daging, bangunan pentadbiran dilengkapi bilik untuk persalinan pekerja, Bangunan Penyelengaraan, sebuah Rumah Ais bagi penyimpanan daging agar sentiasa segar. Juga dilengkapi menara tangki air yang besar bagi kegunaan rumah sembelih. juga kandang ternakan sihat dan kandang kuarantin ternakan sakit.
Pemerintahan empayer Ottoman (Sultan Uthmaniyyah II Abdül Hamit) telah memerintahkan supaya Pegawai-pegawai Majlis Perbandaran menjalankan tugas untuk membuat pemeriksaan daging dan memberi Tauliah kepada juru penyembelih. Sultan juga memberi kebenaran untuk mengatur pengedaran daging kepada masyarakat setempat.
Pada masa itu, proses penyembelihan kebanyakannya dilakukan di rusat penyembelihan bahagian luar kubu pertahanan. Jumlah daging yang diperlukan dikumpulkan oleh istana, askar dan selebihnya diberikan kepada tukang sembelih untuk menjualnya kepada penduduk -penduduk meliputi Moldavia, Wallachia, dan Anatolia serta Thrace, Bulgaria, Macedonia dan Thessaly.
Sejarah Perkembangan Pusat Sembelihan Di Benua Afrika
Pada tahun 1912 Rumah Penyembelihan Casablanca , Morocco telah dibina di bawah naungan Perancis di Maghribi. Arkitek binaan dengan seni bina Art deco bergaya Magribi dihasilkan oleh George- Ernest Desmarest (Perancis)
Sejarah Perkembangan Pusat Sembelihan Di Benua Eropah
Pada tahun 1805 seorang ahli teori seni bina bernama Jean-Nicolas-Louis Durand memulakan suatu perancangan rekaan projek senibina rumah penyembelihan tanpa tapak. Pelan itu menyerupai orang Rom basilika tertumpu pada fungsi ruang.
- (A) Dewan tengah dirancang sebagai kawasan penyembelihan / pemotongan
- (B dan C) Terdapat bilik untuk menyimpan potongan daging segar di sebelahnya
- (D) Kandang untuk haiwan terletak pada dua sisi bangunan.
- (D)Sedikit penerapan elemen Lanskap dengan penanaman pokok hiasan
Pada tahun 1810, Raja Napoleon I tidak lagi membenarkan operasi rumah penyembelihan persendirian dan memerintahkan supaya digantikan dengan beberapa projek pembinaan rumah penyembelihan awam.
Projek pemodenan rumah sembelihan ini dikenali sebagai Abattoir of Rochechouart yang di bangunkan oleh seorang arkitek bernama Joseph Belanger dengan ciri-ciri senibina menerapkan unsur klasik dan terdapat monumen arca haiwan di luar perkarangan rumah penyembelihan tersebut.
Pada tahun 1824 Negara Perancis, semasa era pemerintahan Napoleon II telah mengerakkan usaha membina lebih banyak pusat penyembelihan / pemotongan Awam. Pembinaan utama merupakan sebuah kompleks pasar ternakan iaitu La Porte deI Abbattoir Lille yang terletak di pinggir Paris yang di lengkapi dengan Rumah penyembelihan / pemotongan haiwan yang menjadikan pintu masuk utama pedagang dari Eropah untuk berurus niaga pada waktu itu.
Pada tahun 1824 itu juga, Seorang arkitek perancang bandar Lyon, Perancis bernama Tony Garnier menjana idea untuk bandar perindustrian di mana rumah penyembelihan yang La Mouche Abattoir dibina berdekatan dengan stesen kereta api, mempunyai kandang terbuka dan kandang bertutup Terdapat kapasiti 2500 lembu, 3700 anak lembu dan 3500 ekor babi. Dilengkapi 4 buahdewan sembelihan / pemotongan dan ruang penyimpanan sejuk.
Pada tahun 1741 di Bamberg, Negara Jerman terdapat Rumah penyembelihan / pemotongan Awam telah di bina yang dikenali sebagai "kuttelhäuser", di mana terdap[at peraturan yang menetapkan setiap haiwan dan daging harus diperiksa.
Seterusnya usaha pembinaan Rumah penyembelihan / pemotongan Awam terus berkembang hingga sampai ke Hamburg
Pada tahun 1890, pusat penyembelihan utama L’ex Mattatoio telah dibina dan merupakan rumah penyembelihan/ pemotongan utama yang terletak di tengah-tengah Rione XX, Testaccio, Rome. Arkitek pembinaan ialah Gioacchino Ersoch. Pada zaman itu L’ex Mattatoio merupakan rumah penyembelihan terbesar dan termaju di eropah.
Pada tahun 1800 pihak berkuasa Venice menetapkan penyembelihan haruslah dilakukan dirumah sembelih dan terdapat peraturan yang mengharamkan pengambilan daging daripada haiwan yang sakit di bawah ancaman hukuman mati kepada pelaku.
Pada tahun 1890 pembinaan sebuah
kompleks yang menempatkan pasar dan
Rumah Pemotongan haiwan yang sangat terkenal. Ianya di kenali sebagai Les abattoirs de Cureghem, berada di Negara Belgium
Pada tahun 1908 Arkitek Luis Bellido telah menghasilkan rekaan bangunan rumah penyembelihan Madrid merupakan tapak pasar ternakan dan juga rumah sembelihan / pemotongan haiwan dan bangunan pentadbiran.
Pada tahun 1918 apabila General de Mataderos (di atas perintah Diraja pada 5 Disember 1918) telah menetapkan bahawa setiap bandar Sepanyol harus mempunyai rumah penyembelihan awam untuk mengelakkan penyembelihan haram, untuk mengawal kualiti daging dan untuk menjamin bekalan daging kepada penduduk.
Pada tahun 1900 Cincinnati, Amerika Syarikat telah menjadi pusat awal industri daging dan menjadikan industri pembungkusan daging terbesar pada waktu itu
Pada tahun 1864, sebuah syarikat bernama The Union Stock Yard & Transit berkumpul dengan beberapa syarikat kereta api dan membeli tanah di selatan Chicago untuk dimajukan sebagai pusat industri daging dimana kesemua proses memindah, membeli, menjual haiwan ternakan termasuklah penyembelihan/ pemotongan, pemprosesan dan pembukusan telah dilakukan di tempat yang sama. Kebanyakannya pengeluaran daging di Amerika Syarikat bergantung kepada Chicago selama bertahun-tahun dan menjadikan pasaran ternakan nombor satu di Amerika.
Namun pada 1900, selepas Perang Dunia Kedua, The Union Stock Yard & Transit Chicago
terpaksa di tutup di mana banyak syarikat-syarikat besar terpaksa meninggalkan
tersebut akibat banyak masalah yang dihadapi oleh pihak pelabur dan mogok
pekerja yang dilakukan.
Pada tahun 1971 Chicago, Industri daging Amerika Syarikat telah pulih semula dari kejatuhan teruk dan memulakan revolusi industri daging baru yang dikenali sebagai "Porkopolis" telah menjadi industri penyembelihan / pemotongan haiwan berskala besar, pembungkusan daging dan pengeksport daging terbesar di dunia. Langkah tersebut berkembang dengan pesat terutama pengunaan peralatan yang lebih canggih lagi.
Pada tahun 1936 sebuah Rumah Pemotongan Haiwan El- Matadero di tengah-tengah Pampas Argentina ( Amerika Selatan) dan pernah menjadi tempat pengedaran daging terbesar suatu ketika dahulu
Pada tahun 1933 di Shanghai China semasa zaman pra-komunis
terdapat pembinaan sebuah Rumah Pemotongan Haiwan yang terbesar di sebelah
timur asia berupa bangunan empat dikenali sebagai Rumah Penyembelihan Shanghai
atau Old Millfun
Sejarah Perkembangan Pusat Sembelihan Di India
Pada tahun 1971, Pembinaan sebuah Rumah Penyembelihan Haiwan
terletak di Deonar, pinggir timur Mumbai, India. Rumah penyembelihan itu pernah
menjadi yang terbesar di Asia
Pada awal tahun 2000 Langkah-langkah dan peraturan terhadap pemeriksaan daging telah kemaskini semula dan diperkenalkan . Menjadikan piawai kebersihan meliputi pengendalian, Praktis kebersihan hygiene dan keselamatan makanan yang merangkumi keseluruhan proses secara beransur-ansur menjadi lebih berkesan dan bertambah baik dengan ketara.
SEJARAH ABATTOIR INDONESIA
Kata "Abatoar" itu sendiri merupakan perkataan pinjaman dalam bahasa Belanda
manakala "Abattoir" merupakan perkataan pinjaman dalam bahasa Perancis
Abattoir membawa maksud tempat di mana binatang yang disembelih untuk daging
Menurut sejarah sekitar tahun 1927 mula berkembang Perusahaan Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan adalah semasa kemasukan Pemerintah Kolonial Hindia Belanda di negara Indonesia.
Di mana Kolonial Hindia Belanda pada masa itu, telah memerintahkan untuk membangunkan beberapa buah Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan untuk keperluan bekalan daging kepada pihak markas tentera Kolonial Hindi Belanda (KNIL) yang bertapak di negara Indonesia
Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan (Abattoir) pada awalnya juga kenali sebagai Rumah Pembantaian atau Rumah Jagal (Slach Plats / slachthuis)
Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan pertama di indonesia telah diasaskan oleh Dr Jan Stepensea yang merupakan seorang Doktor Veterinar dan di bangunkan oleh seorang arkitek dari belanda ( ir Herman Thomas Karsten). Kemudian diserahkan kepada syarikat perusahaan Jenne & Co di Batavia sebagai pengimpot lembu dari Australia.
Kebanyakan Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan (Abattoir) ini menghubungkan Pelabuhan dimana lembu-lembu Import Astralia ini akan di angkut melalui pengangkutan darat (jalan raya) atau pengangkutan kereta api sehingga sampai ke Abattoir tersebut.
Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan (Abattoir) tersebut dilengkapi tempat pemotongan babi dan pemotongan lembu juga bangunan Pentadbiran.
Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan (Abattoir) tersebut dibina pada asalnya bertujuan sebagai tempat pemotongan haiwan yang lebih praktikal, efektif, lebih higienis dan memastikan ternakan yang dipotong dengan kaedah yang baik ( tidak tersiksa )
SEJARAH ABATTOIR MALAYSIA
Pada tahun 1974, Rumah Sembelih yang terletak di Shah Alam, Selangor telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein
Langkah juga di ambil untuk memodenkan dan mengawal rumah sembelih disetiap bandar bagi menjamin mutu kebersihan dan pengeluaran daging.Rancangan juga diatur untuk membina rumah-rumah penyembelihan di Pahang Tenggara, Johor dan Perak.
SEJARAH ABATTOIR SINGAPURA
Pada tahun 1894, Rumah Penyembelihan Haiwan milik kerajaan
berada di Jalan Besar, Singapore ditubuhkan untuk mengawal penyembelihan tanpa
lesen untuk haiwan ternakan lembu, kambing dan khinzir
Rumah penyembelihan asal telah dibina pada tahun 1905. Rumah
penyembelihan baru dibina pada tahun 1930 dan kemudiannya digantikan oleh rumah
penyembelihan di Jurong pada tahun 1967.
SEJARAH ABATTOIR BRUNEI
Rumah penyembelihan Mulaut di Jalan Kilanas-Bebatik itu mula ditubuhkan oleh kerajaan Brunei untuk menyembelih daging yang diimport dari Australia mengikut kaedah halal orang Islam untuk kegunaan tempatan di Brunei.
Ia telah diswastakan pada Ogos 1990 sebagai Mulaut Abattoir Sdn Bhd dan merupakan anak syarikat Royal Brunei Airlines.