Keperluan-keperluan asas seperti peralatan penyembelihan dan pemprosesan adalah penting untuk membangunkan rumah penyembelihan ruminan
• Alatan asas perlulah disediakan secukupnya yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen mengoperasikan rumah penyembelihan tempatan – ruminan.
TEMPAT SEMBELIHAN & KEKANGAN (RESTRAINT)
Secara umumnya Kaedah penyembelihan terbahagi dua jenis iaitu
1) Kaedah Konvensional
(tanpa pemingsanan)
2) Stunning (Pemingsanan)
Kaedah konvensional merupakan penyembelihan yang dilakukan di lantai tanpa alat pengekang khusus. Kebaikan Kaedah konvensional adalah praktikal, tidak perlu banyak peralatan digunakan dan murah. Akan tetapi, kaedah konvensional menyebabkan pengendalian mengekang yang berlebihan pada haiwan yang cenderung kasar dan tidak mematuhi kebajikan dan kesejahteraan haiwan.
Kaedah Stunning (Pemingsanan)
boleh dibahagikan kepada 3 cara iaitu
1) Cara
Mekanikal dengan penggunaan Captive Bolt
Stun Gun;
2) Cara aliran
elitrik dengan menyepit di kepala dan
tubuh;
3) Cara Gas CO2 dalam kadar tertentu dan waktu tertentu (EFSA 2006).
Sejak awal tahun 2000 Meat and Livestock Association (MLA) dan Livecorp telah mula mengembangkan keperluan penggunaan Restraining Box Mark I dan Restraining Box Mark IV (Jones 2011) untuk tujuan penyembelihan di kebanyakan Pusat Penyembelihan Haiwan.
Namun penggunaan Restraining Box Mark I masih dianggap tidak sesuai dengan kehendak standart antarbangsa yang ditetapkan oleh World Organisation for Animal Health - OIE (2013) - Bab 7.5 mengikut penilaian yang telah dilakukan oleh AVCO (2011)
Bagaimanapun penggunaan Restraining Box Mark IV dinilai AVCO (2011) merupakan alternatif terbaik dan bersesuaian mengikut kehendak World Organisation for Animal Health - OIE (2013) - Bab 7.5 untuk tujuan kekangan dan sembelihan haiwan ternakan.
Pengunaan tempat sembelihan dan kekangan ternakan untuk disembelih telah berubah dari sistem mengunakan tiang hinggalah di buatkan sebuah kotak tempat sembelihan bagi mengurangkan jumlah operetor yang mengendalikan ternakan tersebut
Salah satu upaya yang dilakukan untuk meminimalkan stress
adalah dengan melakukan kekangan (restraint)
pada ternakan yang akan disembelih.
Tempat Sembelihan / kekangan ternakan yang diperlukan
samaada
- Restraining Jenis tiang
- Restraining box Manual tipe Mark 1
- Restraining box Manual tipe Mark 2
- Restraining box Hidrolik tipe Mark 3
- Restraining box Hidrolik tipe Mark 4 (untuk kekangan bagi penyembelihan ternakan dari Australia).
- Dan seterusnya
1) Restraining Jenis Tiang
Kekangan Jenis Tiang merupakan kaedah kekangan (restraint) yang basic pada ternakan Lembu / Kerbau yang di ikat dengan tali pada sebatang tiang Namun kaedah ini memerlukan kemahiran operator pengendali bagi mengekang ternakan supaya merebah dan terbaring.
2) Restraining box Manual Tipe Mark I
Restraining box Manual tipe Mark 1 adalah alat bantu yang
digunakan oleh Rumah Penyembelihan yang berfungsi untuk melakukan kekangan (restraint)
pada ternakan Lembu / Kerbau sebelum proses penyembelihan.
Ternakan akan dimasukkan kedalam kotak Mark 1 terlebih dahulu, kemudian Operator akan menjeratan sebelah kaki ternakan bahagian
hadapan dan belakang dengan tali dan
mengikatnya pada penjuru. Apabila pintu Sliding
di buka oleh operator, membuatkan ternakan hilang keseimbangan tubuh dan kaki ternakan tergelincir lalu merebah secara posisi baring ke lantai akibat faktor kecerunan lantai.
Kaedah ini memerlukan 2 orang operator bagi menjerat kaki seorang operator mengekang leher ternakan dan seorang operator untuk sembelih
3) Restraining box Tipe Mark II
3) Restraining box Tipe Mark III
4) Restraining box Hidrolik Tipe Mark 4
Restraining box Hidrolik tipe Mark 4 adalah merupakan kotak perebahan ternakan lembu / kerbau mengunakan pengerak hidrolik dengan menyepit bahagian perut dan leher. Kemudian alat tersebut memutar tubuh ternakan dalam posisi berbaring. Hanya memerlukan 2 orang untuk operator hidrolik dan seorang operator untuk sembelih.
- Bagi Penyembelihan ternakan pedaging yang di import daripada Australia yang dipelihara bagi suatu tempoh masa sebelum disembelih. Negara Australia telah menguatkuasakan Export Supply Chain Assurance System (ESCAS) yang merujuk kepada peraturan pengurusan ternakan semasa sembelihan Dimana salah satu syarat yang dikenakan untuk mendapatkan kelulusan Pembangunan Pusat Sembelihan dari ESCAS adalah dengan menyediakan Fasiliti kemudahan penyembelihan yang lebih praktikal dengan penekanan kepada aspek kebajikan Haiwan.
SISTEM RAILING
Sistem Railing adalah sebuah jalur rel dan alat penggantungan karkas yang memudahkan proses pemindahan karkas secara beurutan bermula dari tempat sembelihan di bahagian restraining box menuju dan melalui bahagian mengulit / melapah, bahagian pemotongan, bahagian bonning, bahagian chilling dan bahagian edaran / loading truck.
Karkas yang diproses di bahagian tersebut akan berpindah secara berurutan dengan mengunakan karkas hanger / hook karkas yang dilengkapi roller.
Rel dan alat penggantung karkas yang didesain agar karkas tidak menyentuh lantai.
Sistem Railing Rumah Penyembelihan terdiri dari :
- Tiang / Rail Beam : Tiang untuk menyangga rail hanger, didirikan dengan tiang atau bersambung dengan struktur bangunan
- Rail Hanger : Struktur tempat penggantungan rail track
- Rail Track : Rel tempat menggantungkan roller, berbentuk trek lurus (I) , belok (L), atau turn over (U)
BEAM TROLLEY & CHAIN LOCK / HOIST
Beam Trolley merupakan sejenis alat yang memudahkan
prosedur mengangkat dan memindahkan (tranfer) dan mengendali Karkas dari tempat
sembelihan hingga ke bahagian proses dimana cara pengoperasiannya dengan cara didorong
oleh operator secara manual atau menggunakan motor dan
dikendalikan remote sehingga dapat bergerak melalui jalur rail Beam.
PLATFORM
- Stage 1 Seorang Operator yang ditugaskan memasang Spreader, menukar dan memasang Hook kedua-kaki ke rel
- Stage 2 Seorang Operator yang ditugaskan untuk melapah kulit dibahagian belakang karkas dari arah punggung
- Stage 3 melepaskan kulit dari tubuh hingga ke bawah (kaki depan)
- Stage 1 Seorang Operator memotong 2 kaki belakang dan ekor
- Stage 2 Seorang Operator yang ditugaskan untuk melapah kulit dengan membuat hirisan pada medial kaki belakang hingga bahagian abdomen sampai tengah dada
SKINNING CRADLE
Skinning Cradle merupakan salah satu peralatan yang digunakan di rumah penyembelihan untuk tujuan bagi memudahkan proses mengulit / melapah atau pengeluaran Offal ( organ dalam).
Skinning Cradle juga merupakan pengantara pemindahan karkas dari tempat sembelih kemudian menjalani proses menanggalkan kulit sebelum di gantung mengunakan speader dan dinaikkan pada railing. berbentuk V atau U di tengahnya bagi menahan tubuh karkas semasa kerja-kerja mengulit /melapah
Terdapat beberapa bentuk Skinning Cradle iaitu
- Skining Cradle Moving ( dilengkapi dengan roda)
- Skinning Flipped Moving ( boleh direnggang sesuai ukuran & mempunyai roda)
- Skinning Cradle Static ( tetap tanpa roda)
SINGLE HOOK KARKAS
Alat cangkok (Hook) bagi mengantung karkas pada railing diperbuat dari meterial Heavy Duty Solid Stainless Steel supaya tidak karat. Dengan saiz keseluruhan panjang 570mm.
Hook Karkas boleh mengantung beban berat sekurang-kurangnya 500- 800 kg
Hook Karkas di bahagikan kepada 2 bahagian
- Upper (Top) pembuatan secara Casting dari meterial Iron Galvanised. Roda (Roller) juga diperbuat dari meterial Heavy Duty pada railling bersaiz ⌀1.5 inci adalah ± 5.3cm
- Plug Hanger diperbuat dari Solid Stainless Steel dengan pusat pengantungan rod ⌀16-20 mm berhujung sharpen end R 2.5
SPREADER / ALAT PERENGANG KARKAS
Spreader adalah alat untuk membantu merengangkan diantara 2 belah kaki belakang sehingga lebih mudah diproses baik untuk dibelah ataupun pemotongan karkas.
Spreder diperbuat dari rod material Stainless Steel sepanjang 65 cm ⌀ 20cm. Hujung Rod dibuat bercabang ⌀ 0.5 cm.
HOOK CHAINS BLEEDING
Alat cangkok bagi mengikat kaki Karkas setelah disembelih untuk dihubungkan dengan chain Hoist dari skinning craddle. Alat cangkok ini juga digunakan bagi mengangkat karkas bagi tujuan proses pendarahan (Bleeding)
- Manual
- Electric
- Electric Chain Hoist setempat ( Fixed location)
- Electric Chain Hoist Berpindah ( Crane/ elephant / Mobile) merupakan tambahan pada fungsi konstuksi rel dan eletric trolly sehingga hoist dapat bergerak mengikut relnya.
- Chain Hoist digunakan mengangkat beban secara vertikal dengan sudut 45 darjah
- Winch digunakan untuk menarik beban di atas permukaan rata atau sedikit miring / condong
Meterial Roda Polyurethene (PU) lebih tahan lasak berbanding Roda Tayar
Getah senang rosak dan pecah
Round Surface Iron Core (Heavy Duty Double Ball Bearing) supaya tahan lasak bagi menampung Load Capacity 180 kg
LOADING BAY / DOCK
Loading bay / Dock adalah kemudahan yang disediakan di kawasan pengedaran bagi tujuan memudahkan kerja-kerja memunggah dan memuatkan barang masuk ke dalam kenderaan pengangkutan logistik.
Terdapat beberapa jenis Loading Bay / Dock
Flush Loading Dock- Dimana pintu Loading Dock sama rata dengan dinding bagi menjimatkan ruangan dan memudahkan kerja-kerja pemunggahan barang masuk ke dalam kenderaan pengangkutan (lori) . kebiasaannya keadaan permukaan lantai parking rata mendatar.
Pastikan area parkir Lori mempunyai ruangan yang cukup luas bagi memudahkan melakukan U-Turn dan Reverse, maju dan mundur.