Wednesday, May 21, 2025

PENTERNAKAN ITIK PENELUR

PENTERNAKAN ITIK PENELUR

Itik merupakan sejenis ternakan yang produktif. Ianya lebih cepat membesar dan lebih banyak bertelur daripada ayam.Itik lebih tahan (resistant) daripada kebanyakkan penyakit ayam dan boleh dibela dikawasan kawasan yang tidak sesuai untuk ternakan lain dan tidak memilih makanan.
Walaupun itik telah lama wujud di Negara ini namun kebanyakkan masih di bela mengikut cara lama.Bagi menggalakkan ternakan yang lebih produktif, Panduan ini akan memberi gambaran yang ringkas mengenai pembelaan itik penelur dengan cara yang lebih teratur.


Pemilihan Kawasan
Kawasan yang paling sesuai untuk ternakan itik ialah kawasan sawah padi yang berdekatan dengan pantai.Kawasan ini dapat memberi kemudahan untuk mendapatkan bekalan ikan baja, dedak padi ..

Perumahan
Bangsal dibina mengikut bilangan itik. Berikut adalah cadangan keluasan lantai bangsal yang diperlukan oleh itik mengikut peringkat umur.

Biasanya itik penelur dibela secara bebas, dimana itik-itik tersebut dibiarkan dari reban ke kawasan yang berpagar di tepinya. Luas kawasan yang berpagar ialah 2-5 kaki persegi seekor

Baka
Seperti ayam ,itik penelurjuga banyak jenisnya, tetapi antara yang banyak mengeluarkan telur ialah
(a) Khaki Campbell
(b) Indian Runners
(c) Taiwan Tsaiya



Itik Khaki Campbell

Itik khaki Campbell merupakan itik penelur yang paling produktif masa kini.

Diantara cirri-ciri itik penelur khaki Campbell adalah seperti berikut
(a) Produksi 5% -23 minggu
(b) Produksi 52 minggu -H.D 285 biji
(c) Berat telur 52 minggu - 65-70grm
(d) Produksi telur 52 minggu -H.H 78%
(e) Jumlah makanan 52 minggu-60kg

Perindukan
Alat-alat yang diperlukan
(a) tempat makanan (rentas 12”) – 2 buah / 100 ekor anak itik
(b) Tempat minuman ( 3 gelen)- 2 buah / 100 ekor anak itik
(c) Alat pemanasan (30,000 BTU) untuk 300 ekor atau 4/5 buah lampu hurticane untuk jumlah yang sama
(d) Pembentung ( kadbod atau kawat jaring setinggi 12”)
(e) Lampu
(f) Alas lantai( habuk kayu/ sekam padi)


Persediaan sebelum ketibaan anak itik
(a) bersihkan reban
(b) Tutup dinding perindukan dengan kertas/ guni( sebaik-baik buat seperti bidai supaya boleh di gulung apabila cuaca panas dan turun semula apabila sejuk
(c) Buat lingkaran bulatan ( pembentung)- rentas 10’ bagi setiap 500 ekor
(d) Tabur habuk kayu dan sekam padi setinggi 3”-4 ”
(e) Pasang alat pemanas atau lampu sekurang –kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik di masukkan
(f) Sediakan tempat makanan dan minuman di dalam lengkungan bulatan.

Ketibaan anak itik
(a) Periksa dan kira anak-anak itik yang diterima
(b) Asingkan yang mati dan yang sakit
(c) Takai yang cacat
(d) Timbang
(e) Rekodkan
(f) Celup paruh anak itik dalam air
(g) Perhatikan keadaan anak itik

Pengurusan anak itik
Dari 0-2 minggu
(a) pasang alat pemanas/ lampu waktu malamhingga awal pagi
(b) Jika menggunakan alat pemanas hendaklah di pasang jua supaya mennyenang kan
(c)Air bolehdi campur dengan vitamin. Pastikan air sentiasa ada
(d) Tukar habuk kayu bila basah
(e) Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble
(f) Gulung/ buka tirai apabila panas ( tengah hari hingga petang)
(g) perhatikan anak itik, ubah suai tinggi / rendah alat pemaas supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang bersesuaian.
(h) Besarkan lengkungan bulatan selalu
(i) Elak kan dari terperanjat
(j) Lepaskan 10-14 hari pembentung dan penutup dinding di buka.

Umur 3-4 minggu
(a)Letak bekas air atas kawat jaring
(b)Minggu ketiga diberi makanan Duck starter di campur dengan Duck grower
(c)Tambah sebuah lagi tempat makanan bagi setiap 100 ekor
(d) Pada minggu ke empat baaru di berikaan sepenuhnya makaan Duck Grower

Umur 5-16 minggu
(a) pada minggu ke 5 itik boleh di biarkan keluar di kawasan yang berpagardiwaktu siang hari
(b) Sebaik-baiknya kawal makanan itik supaya itik tidak terlalu cepat besar.


Anggaran makanan

Umur (minggu) Anggaran makanan
1 minggu 15 grm
2 minggu 31grm
3 minggu 40grm
4 minggu 61grm
5 minggu 78grm
6 minggu 80grm
Makanan dikawal
7 minggu 71grm
8 minggu 72grm
9-11 minggu 74grm
12-13 minggu 76grm
14-17 minggu 78grm
18-20 minggu 90grm
20 minggu 95grm
21 minggu 100grm
22 minggu 110grm

Catuan makanan adalah untuk mengawal berat badan. Berat badan itik Khaki Campbell mestilah seperti berikut

Minggu/Berat (kg)

7minggu-1.325kg
9minggu-1.506kg
11minggu-1.612kg
13minggu-1.717kg
15minggu-1.823kg
17minggu-1.898kg
19minggu-1.928kg

(a)Jika kurang berat badan tambah makanan.
(b)Jika terlebih berat makaan... Janga kuragkan makanan dan jangan ditambah makanan
(c)Jika dalam satu kumpulan banyak perbezaan ( kecil/besar) asingkan

Apabila itik bertambah besar gunakan 4 tempat makanan bagi setiap 100ekor
Tempat minuman bolh juga ditukar kepada jenis palong

Umur 16 minggu ke atas
(a) Siapkan tempat sarang untuk itik bertelur
(b) Satu petak untuk 4-6 ekor itik
(c) Tukar makanan kepada Duck layer Pallet (16 minggu keatas)
(d) Cahaya boleh ditambah untuk pengeluaran telur yang makima dalam jangka masa yang minima.

Penambahan Cahaya Untuk Itik Penelur
Umur(minggu) Siang Lampu Jumlah Cahaya
0-20 minggu -12jam – 12 jam
21 12jam -½- 12 ½ jam
22 12jam -¾- 12 ¾ jam
23 12jam- 1- 13 jam

Daripada minggu ke 22 keatas tambah cahaya sebanyak ¼ jam seminggu hingga berjumlah 16 jam pada minggu yang ke 34. Teruskan dengan jumlah 16 jam sehari (cahaya) hingga akhir hayat.

Apabila itik mula bertelur bolehlah gunakan anggaran makanan seperti berikut

Minggu Pengeluaran Pengeluaran H.D (%) Makanan 100 ekor sehari/kg
1 minggu 5 12
2 minggu 20 13
3 minggu 45 14
4 minggu80 16
7 minggu 88 18
9 minggu 92 19
11 minggu 90 19
14 minggu 91 19
20 minggu 86 19
37 minggu 80 18
38 minggu79 16
43 minggu 76 15
52 minggu 72 14

Untuk mendapatkan telur yang bersih, tambahkan habuk kayu yang baru ke dalam sarang setiap petang

Biarkan itik di luar reban pada siang hari dan masukkan semula pada waktu malam. Supaya reban lebih kering dan bersih

Kutip Telur di waktu pagi

Perhatian
(a) menukar-nukar makanan itik boleh menjejaskan pengeluarannya
(b) Tempat minum mestilah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelam keseluruhan kepala kedalam air
(c) Itik bertelur di waktu pagi. 5% telur boleh dikutip menjelang 7.00 pagi
(d) Elak itik dari terperanjat atau ketakutan
(e) Itik yang dikejar-kejar boleh jadi lumpuh
(f) Itik boleh bertelur lebih dari 1 ½ tahun


Makanan
Oleh kerana itik memerlukan makanan yang banyak, adalah lebih murah jika makanan di campurkan sendiri. Berikut adalah contoh makanan itik penelur

(a) Beras Temukut- 60 kg
(b) Dedak padi – 16 kg
(c) Ikan baja – 1 ½ pikul (basah)
(d) Kapor – 1 kg
(e) Vitamin dan Galian – 0.5 kg

Berikut adalah makanan campuran makanan itik penelur yang diamalkan oleh penternak-penternak itik di kedah untuk 500 ekor/ sehari

(a) 50kg Beras temukut
(b) 20 kg- Dedak padi
(c) 60 kg-ikan baja

Cara pemberiannya
Beras temukut di masukkan dalam palung.. Ikan baja di pilih.. Ikan kecil di berikan mentah di waktu pagi dan selebihnya ( biasanya separuh) di masak untuk di berikan pada waktu petang.

PENTERNAKAN ITIK DAGING

PENTERNAKAN ITIK DAGING

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.

Biasanya itik di ternak di kawasan yang berparit atau kolam kerana dipercayai itik memerlukan nya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak.

Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripadaa ayam.




Potensi Itik Pedaging Mengikut Bakanya

Itik Peking- Umur 8 minggu –berat 2.8-3.0kg

Itik Rouen- Umur 8 minggu- berat 2.8-3.0kg

Itik Aylesbury- Umur 8 minggu- berat 2.7-2.9kg

Itik Muscovy – Umur 16 minggu- berat 4.5-5.0kg (jantan) 2.5-3.0( betina)

Itik Cherry Valley- Umur 47 hari- berat3.2(FCR 2.8:1)

C.P. Duck-Umur 47 hari- berat 3.0( FCR 2.8:1)




Reban Itik
Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembab sepanjang tahun.Reban itik patut dibina rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang baik tinggi (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring atau terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan atap nipah/ rumbia adalah digalakkan

Luas lantai daripada 0.19, 0.28 dan0.37 meter persegi (2,3,4 kaki persegi) seekor tidak menunjukkan kesan yang buruk dalam pembesaran dan pemakanan, seperti ayam juga itik boleh di bela dengan menggunakan lantai sarap tebal atau tinggi ( dibaluti atau kawat jarring)

Perindukan
Alat yang diperlukan
(a) hover / lampu
(b) Tempat makan
(c) Tempat minum
(d) Pembentung ( kadbod atau kawat jarring setinggi 12” )
(e) Habuk kayu atau sekam padi


Persediaan
(a) Sekat 1/3 bahagian reban untuk perindukkan
(b) Tabur habuk kayu / sekam padi setebal 2-3 inci
(c) Buat lengkungan bulatan
(d) Nyalakan hover / lampu sebelum itik masuk
(e) Sediakan makanan ( 2 buah tempat makanan bagi setiap 100ekor)
(f) Sediakan air (2 buah tempat air ( 2/3 gelen) bagi setiap 100ekor)



Pembelaan
Umur 1-2 minggu
(a) Celupkan paruh anak-anak itik ke dalam air sebelum memasukkan kedalam lengkungan bulatan
(b) Air bolih dicampurkan dengan anti stress selama 3 hari
(c) Lampu / hover di pasang diwaktu malam selama 1 minggu. Jika musim hujan tambahkan seminggu lagi
(d) Pastikan alas lantai sentiasa kering. Tukarkan/ tambah jika basah
(e) Air hendaklah sentiasa ada
(f) Besarkan pembentung (lengkungan bulatan) selalu. Buka lengkungan bulatan selepas 10-14 hari

Membesar (3-8 minggu)
(a) Anak itik boleh dibela di reban yang saama dari kecil hingga jual, dengan keluasan yang cukup.
(b) Tempat air hendaklah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelupkan keseluruhan kepalanya kedalam air
(c) 3 buah tempat makan gantung cukup untuk 100 ekor
(d) Selepas 3 minggu anak-anak itik bolehlah dibiarkan keluar di kawasan yang berpagar di waktu siang

Makanan
(a) Duck Broiler Starter- ( 1 hari hingga 14 hari)
(b) Duck Broiler Finisher –( 15 hari hingga 7/8 minggu)

Contoh Campuran Makanan
Bahan Starter (%) Finisher (%)
Jagung halus 55.5- 6.8
Hampas Kacang Soya 32.0 -21.0
Dedak ikan 6.0 -5.0
Lemak 3.0 -3.0
Galian 2.5 -2.0
Vitamin 1.0 -1.0

Anggaran berat purata (pertukaran makanan-F.C.R)

Umur 4 minggu- berat 1.7kg- FCR 2.0
Umur 5 minggu- berat 2.2kg- FCR 2.2
Umur 6 minggu- berat 2.7kg- FCR 2.4
Umur 7 minggu- berat 3.2kg- FCR 2.6

Panduan Penternak
(a) beli anak itik dari baka yang baik yang digemari pengguna
(b) elak itik dari kekurangan air
(c) beri makanan yang bermutu mengikut jadual
(d) Pastikan itik mendapat perlindungan dari hujan/ panas dan cuaca buruk
(e) Elakkan lantai dari basah atau lembab semasa perindukan
(f) Jual itik ketika berumur 7/8 minggu untuk mendapat keuntungan yang baik
(g) Tangkap itik pada bahagian lehernya atau badannya dan bukan dekat kakinya
(h) Cari pasaran dulu jika hendak membela cara besar-besaran.

Umur Itik sesuai dijual
Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.


Penternakan Itik daging dikawasan Sawah Padi

Suatu ketika dahulu pernah popular tentang kaedah penanaman padi yang menggunakan itik untuk membantu makan serangga, rumput rampai. Kayuhan kaki itik akan mengeruhkan air secara tak langsung mengurangkan proses fotosintesi berlaku untuk rumput rampai tu. Tahi dari itik pula digunakan sebagai baja padi-padi.

Teknik ini dinamakan "Aigamo Method" dicipta oleh Takao Furuno - seorang pesawah di Fukuoka pada 1989. Teknik ini terbukti keberkesanannya kerana padi yang dihasilkan lebih sedap dan sihat, dan mengurangkan beban kepada pesawah.

Namun kaedah ini ada baik dan buruknya. Salah satunya ialah, hanya itik saiz kecil sahaja yang sesuai, bila dah besar, itik-itik ini akan langgar padi-padi dan merosakkan dan akan memakan padi itu pula.

Itik Moskovy
Itik Moskovy adalah sejenis itik pedaging dibiakan dari induk yang diimport dari negeri Perancis. Jabatan Pertanian menggalakkan penternakan itik Moskovy dalam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protein pada keluaga tani dan juga pendapatan tambahan pada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimakan penggunaan tanah selepas menuai padi. -itik ini apabila dilepaskan di sawah akan memakan tumpahan padi selepas penuaian, perosak-perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dalam sawah.

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik:
· Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Eloknya jika terdapat reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor/m2. Untuk 100 ekor itik saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3 m x 5 m. Jika reban sedia ada, bersihkan reban itu.
· Sediakan/buatkan bidai/tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai/tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.
· Tabur habuk kayu/sekam padi setebal 2.5 – 5 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.

Ketibaan Anak Itik:
· Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima.
· Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat.
· Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin
· Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik dimasukkan.
· Sediakan tempat makan dan minum.

Dari 0 – 2 Minggu:
· Pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35o C. Bila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang).
· Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.
· Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit.
· Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.
· Tabur abuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.
· Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.
· Setelah anak itik berumur 1– 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri.

Umur 3 – 4 Minggu:
· Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi.
· Itik boleh di didik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.

Umur 5 -13 Minggu:
· Mulai minggu ke 5 atau pun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.
· Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.
Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.

Monday, May 19, 2025

PENTERNAKAN AYAM BELANDA

PENTERNAKAN AYAM BELANDA / TURKEY / PIRU


Ayam turki turut dikenali dengan panggilan ayam belanda. Di utara semenanjung Malaysia, ia juga dikenali sebagai ayam piru.

Ayam Belanda ialah haiwan yang tergolong dalam golongan kelas burung. Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.. Bulunya mempunyai pelbagai warna. Bergantung kepada spesis dan baka  

Ayam Belanda ini merupakan sejenis ayam daripada keluarga burung yang diberi nama saintifik sebagai Meleagris gallopavo (Wild turkeys) iaitu dari keluarga Phasianidae.

TEMPOH MATANG
  • 5 BULAN (DAGING)
  • 7 BULAN (INDUK)

Ayam Belanda jauh lebih besar dari ayam biasa. Rata-rata ayam belanda mempunyai berat badan 7.7kg berbanding ayam biasa seberat 1.5 hingga 2kg sahaja.

Ayam belanda  matang ini boleh menjangkau berat  hingga 30kg+/seekor

Terdapat 2 kategori bagi saiz ayam belanda.

  1. Ayam Belanda yang bersaiz 10kg keatas
  2. Ayam Belanda kurang daripada 10kg (ukuran berat maksima untuk yang jantan dewasa).


Jenis baka ayam belanda adalah seperti 

'White Turkey',


Black Spanish Turkey

'Blue Slate Turkey',

'Bourbon Red Turkey'


 'Bronze turkey' 

Narraganseft Turkey

Royal Palm Turkey

Chocolate Turkey

Reban

  1. Pada musim hujan sekarang, pastikan perumah sentiasa kering, 
  2. lantai “di-spray” dengan larutan Disinfection untuk elak jangkitan bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab. 
  3. membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau kelambu.
  4. Bersihkan perumah setiap hari, gas ammonia dari najis ayam boleh akibatkan penyakit pneumonia.
  5. Pagar Kawasan Reban bagi mengelakkan Anjing liar dan Musang


Ketibaan anak ayam piru
Anak ayam yang berumur 1 – 15 hari perlu diberi perhatian lebih kerana ianya menentukan masa depan ayam itu. Sebab itulah untuk sesiapa yang baru nak belajar-belajar, beli anak ayam yang berusia 15 hari ke atas untuk mengurangkan risiko kematian dan kerugian.


Umur 1 Hari hingga 2 minggu
  •  anak ayam dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas.
  • suhu boleh dikawal menggunakan thermostat bagi menjimatkan tenaga elektrik
  •  permulaan (starter crumble) Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu diberikan
  • Air yang secukupnya
  • Jaring anti nyamuk di pasang sekeliling brooder bagi mengelakkan penyakit puru dan lain2 lagi.

 Umur 2 minggu Hingga 4 minggu
  • Anak ayam sudah boleh tidak diberikan lampu
  • dedak halus dicampur jagung halus sudah boleh di berikan beransur-ansur
  • boleh di pindahkan dari brooder ke reban didik bagi menjaga kebersihan
  • EM disemburkan di najis bagi mengelakkan pembiakan lalat dan amonia

 Umur 2 bulan hingga ke atas
  • Anak ayam sudah boleh diturunkan ke atas tanah secara beransur-ansur
  • dedak kasar boleh diberikan
  • pada masa ini lebihan makanan dan rumput napier boleh diberikan kepada Ayam belanda ini supaya isinya kental dan sihat
  • Elakkan memberikan makanan lebih yang berminyak.


Makanan
  1. permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu
  2. makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
  3. Jagung halus juga boleh dicampurkan pada masa ini utuk menjimatkan kos
  4. Bagi Free Range juga adalah lebih baik untuk Ayam Belanda
  5. Makanan ini diberikan 2 kali atau lebih sehari dan sentiasa tersedia 24jam sehari.
JADUAL PEMAKANAN
UMURJENIS MAKANAN
1-30 HARI
  • DEDAK HALUS (Starter Crumble)
31 KEATAS 
  • DEDAK PENGEMUK (Broiler Grower) 
5 BULAN KE ATAS
  • Finisher Pellet
  
Pembiakan
Ayam  belanda mula bertelur pada usia 19 minggu, disebabkan ayam belanda mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Maka ia perlu membesar sehingga benar-benar matang iaitu sekitar usia 32 minggu
  1. Di luar negara teknik permanian berhadas seperti lembu di guna pakai bagi mensenyawakan benih jantan kedalam betina untuk mendapatkan baka dan hasil yang optimum
  2. Di malaysia kaedah semulajadi di gunapakai iaitu ayam belnda berkahwin sendiri ini adalah kerana permintaan ayam belanda yang bermusim dan tidaklah menjadi menu harian seperti ayam daging
  3. Seekor ibu ayam mampu bertelur hingga 30 ke 35 biji semusim (2 kali setahun).
  4. Boleh dibiakkan dalam dua cara sama ada biar ayam belanda mengeram sendiri atau menggunakan incubator
  5. Tempoh pengeraman telur-telurnya pula akan mengambil masa selama 26-28 hari.

PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG

  • Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
  • Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
  • Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
  • Ia juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
  • Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam.
  • Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh.

Ayam Kampung Asli / Biasa
Jangka masa peliharaan : 6-7 bulan
Saiz : Lebih kecil berbanding ayam kampung kacukan
Berat : 1kg - 1.5kg
Tempat ternakan : Ayam asli tidak diletak dalam reban terkurung. Mereka dibiarkan bebas untuk mencari makanan sendiri. Aktiviti ayam ini menyebabkan protein membentuk daging yang kenyal dan lemak sangat kurang kerana lemak tidak terbentuk disebabkan aktiviti ayam yang aktif.

Jenis ayam kampung asli / biasa selalu mempunyai purat aberat badan jantan 1.5 kg seekor semantara bagi betina adalah 1.0 kg seekor. 

Kapasiti bertelur ayam kampung biasa sekitar 50 - 80 biji seekor setahun dimana ia akan sesuai dijual atau boleh ia dipasarkan dalam tempoh 6 bulan jangkamasa menternak.

Ayam Kampung Kacuk (Baka Hibrid)
Jangka masa peliharaan : 3 bulan
Saiz : Lebih besar dan banyak daging berbanding ayam kampung asli
Berat : 1.5kg - 2.5kg
Tempat ternakan : Kebiasaanya diternak dalam reban yang dikhaskan dimana ayam ditempatkan didalam reban tersebut sepenuh masa dan makanan disediakan. Aktiviti ayam ini lebih terhad, jadi proses pembesaran adalah konsisten. Tidak seperti ayam kampung asli, ayam jenis ini ditempatkan dalam reban khas bagi mengelakkan pergaduhan untuk mendapatkan makanan disamping memudahkan proses menuai apabila ayam mencapai umur atau berat tertentu. Dalam masa yang sama, kualiti ayam juga dapat diseragamkan.

Bagi Jenis Ayam Kampung Kacukan ia mempunyai berat badan 1.5 - 2.5 kg seekor bagi ayam jantan dan seberat 1.3 - 1.5 kg seekor bagi ayam betina. 

Kapasiti bertelur ayam ini sebanyak 120 -150 biji seekor setahun dan mengambil masa selama 3 - 3.5 bulan jangkamasa ternakan sebelum dijual. 

SISTEM PENTERNAKJAN

Ayam kampung kacukan sesuai diternak dalam sistem pemeliharaan seperti;

Sistem Intensif

Sistem ini dikenali sebagai sistem kurung. Ini bermakna ayam kampung kacukan akan dikurung setiap masa. Sistem ini memudahkan pemberian makanan, program pemvaksinan, pungutan telur dan lain-lain.


Ayam kampung kacukan diternak dalam sistem lantai bawah bersarap tebal atau sistem lantai tinggi.

  1. Sistem sarap tebal Sistem ini menggunakan lantai simen. Ia memudahkan kerja mencuci dan membasmi kuman. Bahan sarap seperti ketaman kayu ditaburkan di atas lantai dengan sekata.
  2. Sistem berlantai atas Lantai diperbuat daripada dawai berjaring (BRC) bersaiz 2.5cm x 1cm atau kayu beruti berukuran 2.5cm x 2.5cm yang dinaikkan antara 0.6 – 0.9m dari paras tanah

1) Sistem Semi-intensif

Sistem ini merupakan gabungan antara sistem intensif dan sistem ekstensif (bebas). Ayam akan dibebaskan dalam kawasan berpagar pada waktu siang dan akan dikurung pada waktu malam


2) SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. 

  • 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. 
  • Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.

PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-


1) Makanan komersil/dagangan

  • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
  • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
  • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)


2) Makanan Campuran atau Sisa Makanan

  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  • Ikan baja dan lain-lain
Untuk ayam kampung kacuk, gunakan minimum ratio 1:50 bekas makan dan 1:100 utk bekas minum.
Maknanya, kalau 100 ekor ayam, minimum perlu ada 2 bekas makan dan 1 bekas minum. Bekas makan sebaiknya ditutup dan digantung separas dada/punggung ayam, untuk elakkan ayam berak ke dalam bekas makan/minum.

• 7 gram/per hari sampai umur 1 minggu • 19 gram/per hari sampai umur 2 minggu • 34 gram/per hari sampai umur 3 minggu • 47 gram/per hari sampai umur 4 minggu • 58 gram/per hari sampai umur 5 minggu • 66 gram/per hari sampai umur 6 minggu • 72 gram/per hari sampai umur 7 minggu • 74 gram/per hari sampai umur 8 minggu

 PENGURUSAN AYAM KAMPUNG KACUKAN

Peringkat anak ayam berumur dari 1 hari hingga 3 minggu.

  • Vaksin ND (Ranikhet F) diberi pada hari pertama dan vaksin Fowl pox pada minggu ke 2.
  • Alat pemanas dipasang 24 jam hingga hari ke 14. (sehingga umur 2 minggu)
  • Perlakuan anak ayam diperhatikan selalu bagi memastikan keselesaan ayam
  • Bekas makanan jenis dulang digunakan.
  • Makanan komersial iaitu makanan permulaan anak ayam (Poultry Starter Pellet) diberi secara ad-libitum (bebas).
  • Anak ayam diberi air minuman bersih setiap hari.
  • Bekas air minuman hendaklah dicuci setiap hari
  • Bekas makanan dan minuman ditukar ke bentuk gantung pada hari ke 21
  • Jumlah makanan dan bilangan kematian dicatatkan.

Peringkat pembesaran ialah peringkat umur 4 minggu hingga dipasarkan.

  •  Ketinggian bekas makanan dan minuman jenis automatik diselaraskan mengikut aras belakang ayam. 
  • Makanan ayam ditukar kepada makanan peringkat pembesar (Poultry Grower Pellet) secara perlahan-lahan pada hari ke 29 dan pada hari ke 34 barulah diberikan 100% makanan pembesar
  •  Kuantiti makanan digunakan dan bilangan kematian dicatatkan

Peringkat pembesaran ialah peringkat umur 4 minggu hingga dipasarkan.

  • Ketinggian bekas makanan dan minuman jenis automatik diselaraskan mengikut aras belakang ayam.
  • Makanan ayam ditukar kepada makanan peringkat pembesar (Poultry Grower Pellet) secara perlahan-lahan pada hari ke 29 dan pada hari ke 34 barulah diberikan 100% makanan pembesar.
  • Kuantiti makanan digunakan dan bilangan kematian dicatatkan.
  • Peringkat umur  minggu ke 9 - 12, penjualan ayam kampung kacukan boleh dilakukan. 

 Peringkat Jualan

  • Ayam boleh dijual pada umur 9 - 12 minggu
  • Hanya ayam yang sihat dan cergas sesuai untuk dijual.
  • Ayam akan diberi makan jagung bagi memberi nilai khasiat pemakanan dan warna kulit yang kekuningan.
  • Pemberian antibiotik dihentikan 2-3 minggu sebelum penjualan.
  • Berat badan ayam ditimbang sebelum dijual.
  • Ayam boleh dijual secara jualan hidup atau yang diproses.

Peringkat Pembiak ( > 4 Bulan)

  •  Nisbah pembiakan ialah 1 ekor ayam kampung jantan dibiakkan dengan 10 ekor ayam betina.
  • Kutipan telur dibuat 3-4 kali sehari bagi memastikan kualiti telur tetasan.
  • Pemberian makanan pembiak (Poultry Breeder Pellet) diberi secara berperingkat sebanyak 120 gm/ekor/hari.
  • Sediakan kotak bertelur.
  • Catatkan kuantiti makanan, pengeluaran telur dan bilangan kematian ternakan

PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli

  • 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  • Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  • Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  • Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur 


KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

  • Warisan
  • Pemakanan
  • Pengurusan
  • Persekitaran
  • Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

  • Reban sentiasa bersih
  • Anak ayam bebas dari penyakit
  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  • Pelawat perlu dikawal
  • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat


Program Pencegahan penyakit
  • Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  • Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
  • Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “.

Vaksin diberi untuk mencegah penyakit-penyakit yg disebabkan oleh virus & tiada penawarnya. Jadi setiap ekor ayam seharusnya divaksin seawal umur 1 hari lagi.

1. Vaksin NDIB B1 (gambar 1)
- Diberi pada anak ayam yg berumur antara 1 hari sehingga 8 hari sahaja
-Kaedah pemberian ialah secara semburan atau titis mata
2. Vaksin Gumboro (gambar 2)
-Diberi pada ayam yg berumur 12 hari
- Kaedah pemberiannya ialah dicampur dalam air minuman ayam
3. Vaksin Lasota ( gambar 3)
- Diberi pada ayam yg berumur 18 hari ke atas
- Kaedah pemberiannya ialah dicampur dalam air minuman ayam


Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

  • Kurang nafsu makan
  • Monyok dan tidak aktif
  • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  • Muka bengkak
  • Berak cair atau berdarah
  • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

  • Sampar ayam (ND)
  • Penyakit Gumboro (IBD)
  • Puru
  • Salmonellosis
  • Pasteurellosis
  • Lain-lain
Pengurusan Lalat
Satu amalan yang sesuai dibuat adalah dengan menyembur larutan EM di najis bagi mengelakkan pembiakan lalat dan amonia.