Friday, March 21, 2025

AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK (GMP) PUSAT PENYEMBELIHAN

Pensijilan produk merupakan elemen penting dalam pembangunan sesuatu produk. Pensijilan produk akan memberi nilai tambah terhadap sesuatu produk. ia sebagai satu jaminan berkaitan kualiti dan kebersihan produk tersebut. Keperluan pensijilan produk ini juga mestilah daripada badan-badan pensijilan yang mempunyai Skim Akreditasi Produk .. 



SEBAGAI PENGUSAHA MAKANAN :

  1.  Logo-logo ini amat penting bagi mengekalkan kualiti makanan yang disediakan.
  2.  Setiap logo mempunyai standard persijilan tersendiri yang perlu dipatuhi.
  3.  Dengan adanya logo - logo ini, imej perniagaan anda akan dapat dikembangkan lagi


APA KELEBIHAN LOGO-LOGO NI :

  1. Jenama Anda Lebih Profesional dan Premium di mata pelanggan
  2. Keyakinan Pengguna keatas keselamatan dan kualiti produk yang dikeluarkan
  3. Akses Pasaran lebih berdaya saing dan di terima untuk pasaran tempatan dan standard luar negara
  4. Meningkatkan reputasi untuk kelulusan Perlesenan atau persijilan seperti KKM, Halal, JPV dan lain-lain
  5. Meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan risiko operasi
  6. Memudahkan industri mendapatkan insentif dan bantuan kewangan lain


Berikut adalah Logo-logo ini adalah sebagai rujukan atau panduan pengguna  antaranya adalah:




Good Manufacturing Practices (GMP)


GARIS PANDUAN AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK (GMP)

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna

SKIM PERSIJILAN DVS

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) bertujuan menggalakkan penternak / pengusaha untuk meyertai Skim Persijilan Jabatan  seperti MyGAP, MyOrganik (Peringkat ladang) dan Veterinary Health Mark (VHM), Good Veterinary Hygienic Practices (GVHP) (diperingkat loji pemprosesan) 


Garis panduan ini menyediakan panduan tentang elemen-elemen utama GMP kepada industri makanan daripada penerimaan bahan mentah hingga ke Produk Akhir (pengedaran produk)



RANTAIAN PENGELUARAN GMP

Pelaksanaan garis panduan ini adalah untuk meningkatkan tahap biosekuriti dan mewujudkan keseragaman dalam Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) bagi memastikan pengeluaran produk hasilan ternakan adalah dijamin bersih dan selamat untuk dimakan

1) Makanan Ternakan 

Mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan. (Akta Makanan Haiwan)

  • Memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan
  • Tidak memudaratkan haiwan dan
  • Tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan selamat untuk kegunaan lain

2) Ladang

Memastikan biosekuriti ladang, pengurusan ladang, pengurusan program kawalan penyakit serta pengurusan drug, amalan perladangan yang baik, skim akreditasi, perlesenan serta segala peraturan dipatuhi. (MyGAP, MyOrganic)

  • Proses pemeriksaan Veterinar diperingkat ladang yang teratur dapat menjamin keutuhan pengisytiharan bebas penyakit dan persijilan Veterinar yang dikeluarkan oleh Jabatan

3) Rumah Sembelih

Memastikan daging yang dikeluarkan dari abatoir dan loji pemerosesan unggas selamat untuk pengguna.

  • Melibatkan aktiviti ante-mortem dan post mortem pada sebelum dan selepas Sembelih
  • Memastikan pematuhan kepada Amalan Kebersihan Veterinar yang Baik (GVHP), skim akreditasi, perlesenan serta segala peraturan berkaitan.

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) sektor Halal 

Dalam konteks Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) sektor Halal melibatkan penilaian bahan mentah, proses pengeluaran, serta pengendalian pencemaran silang, bagi memastikan status Halal dipatuhi sepanjang rantaian pengeluaran. Tanpa pensijilan Halal, adalah sukar untuk memastikan bahawa produk makanan dapat memenuhi keperluan GMP yang ditetapkan oleh badan penguatkuasa (Jakim).

GMP Halal bukan sahaja memastikan produk memenuhi requirement dari segi kebersihan dan keselamatan, tetapi juga menggambarkan pematuhan kepada hukum syarak dan fatwa. Melalui proses pengesahan dan audit berkala, GMP Halal berpotensi untuk meningkatkan kepercayaan pengguna Muslim serta membuka peluang luas dalam pasaran global Halal yang sedang berkembang.

PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN STANDARDS 

Di Malaysia, pelaksanaan Malaysian Standards (MS) adalah penting untuk memastikan pematuhan kepada keperluan GMP Halal. Bagi setiap sektor seperti makanan terdapat garis panduan khusus yang ditetapkan oleh badan regulator seperti National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).

MS seperti MS 1514:2022 bagi makanan dan MS 2634 bagi kosmetik telah memperkenalkan elemen-elemen khusus untuk menjamin kebersihan dan keperluan Halal dalam penghasilan produk.

Apabila dilaksanakan, GMP boleh membantu mengurangkan kerugian dan pembaziran kemudahan serta membantu melindungi syarikat, pengguna dan alam sekitar daripada bahaya



ELEMEN-ELEMAN  DALAM GMP
Terdapat 8 elemen penting di dalam GMP antaranya adalah



*ELEMEN PENTING GMP*

·           BANGUNAN DAN KEMUDAHAN

o   Lokasi, Lesen & Syarat: 

  • Tanah berstatus industri dan telah mendapatkan kebenaran Merancang (KM) terlebih dahulu dan mempunyai lesen untuk beroperasi.
  • Jauh dari kawasan perumahan, sekolah, klinik , tempat ibadat dan public amneties
  • Jauh dari kawasan simpanan tadahan air atau sungai
  • Kawasan yang sering dilanda banjir hendaklah dielakkan
  • Mempunyai sistem jalan yang sempurna, dilengkapi bekalan eletrik dan bekalan air bersih
  • Tidak mencemari alam sekitar dari segi aspek bau,  bunyi dan kacau ganggu penduduk awam
  • Mempunyai sistem keselamatan dan pengawasan seperi pagar keliling dan pintu keluar masuk  kawalan yang sempurna.

o   Premis : Perkara berikut mesti diambil kira

  • Rekabentuk dan susun atur  bangunan perlu dirujuk kepada pihak-pihak bersesuaian
  • Bahan / meterial yang digunakan adalah kukuh dan bersesuaian dengan faktor keselamatan
  • Permis mestilah bersesuaian dengan kapasiti pengeluaran
  • Perlu ada pengasingan kawasan basah (Kotor) dan Kering (Bersih)
  • keperluan suhu yg berbeza dan risiko pencemaran produk (tinggi, sederhana, rendah)
  • Aliran proses penerimaan bahan metah hendaklah dielakkan daripada berlaku cross crossing ( pemisah antara bahan mentah dan produk siap adalah penting)

o   Kemudahan :

  • Rekabentuk dan susun atur  bangunan perlu dirujuk kepada pihak-pihak bersesuaian
  • Kemudahan umum seperti ruang penerimaan ternakan hidup, kandang simpanan, ruang penyembelihan / pendarahan, eviserasi, pemriksaan daging, ruang pemotongan, ruang proses, tempat penyimpanan (storage area) dan ruang pemunggahan (dispatch area)
  • Pencahayaan ruangan yang mencukupi
  • Kemudahan disediakan untuk memudahkan penyelenggaraan dan pembersihan
  • Dilengkapi dengan kemudahan untuk pengurusan sisa dan kawalan pencemaran
  • Mempunyai kemudahan kawalan dan langkah pencegahan kemasukan  makluk perosak dan kelengkapan Bioskuriti
  • Kemudahan tempat penyimpanan yang bersesuaian dan berasingan( Stor Penyimpanan barang, peralatan, perkakasan , bahan kimia)
  • Mengadakan kemudahan untuk kegunaan operator/ pekerja seperti bilik rehat, surau,  bilik rawatan dan kantin

o   Kemudahan sanitasi

  • Mengadakan kemudahan bilik persalinan (Changing Room) yang dilengkapi pakaian am meliputi pakaian kerja khusus, apron, penutup kepala (hairnet) penutup mulut (masker) sarung tangan (hand glove) dan gumboot.
  • Kemudahan bilik air, Footbath mengandungi disinfactan, peralatan untuk Sterilizer dan sinki untuk cucian tangan yang mencukupi
  • Bahan disinfactan dan sanitasi yang bersesuaian dengan fungsi dan selamat (food grade)
  • Mempunyai jadual housekeeping  sebelum dan selepas operasi sepertimana yang ditetapkan

o   Peralatan dan Perkakasan: 

  • Peralatan perlu dipastikan dalam kondisi yang baik (boleh berfungsi dengan sempurna / tidak rosak ) tidak boleh mudah berkarat dan senang dibersihkan
  • Semua peralatan perlu diselenggara secara berkala dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan

·         Kawalan pengoperasian ( Amalan dan Prosedur) 

o   Setiap proses mesti mengikuti spesifikasi dan standard yang di tetapkan

o   Dokumentasi yang sistematik dan setiap proses perlu direkodkan untuk tujuan pemantauan

o   Keperluan bahan mentah

o   Penerimaan dan penyimpanan bahan mentah

o   Aspek utama siatem kawalan pengoperasian

o   Operasi pembungkusan

o   Verifikasi terhadap produk akhir

o   Recall produk

·         Penyelenggaraan Dan Sanitasi

o   Fasiliti sanitasi haruslah dipersiapkan dengan baik bagi menjaga kebersihan lingkungan (area kerja)

o   Prosedur penyelenggaraan peralatan, pembersihan dan sanitasi perlu dilaksanakan dengan kerap 

o   Perlu ada SOP pembersihan: Jadual pembersihan, apa yang hendak dibersihkan, cara pembersihan, bila hendak dibersihkan dan bahan apa yang digunakan untuk pembersihan

o   Ada pemantauan yang dibuat untuk periksa tahap kebersihan

·         Pekerja

o   Ada peraturan lengkap berupa Standard Operating Procedure (SOP) meliputi petunjuk , peringatan serta larangan yang perlu dipatuhi oleh pekerja sebagai pedoman. (semua  langkah harus dijalankan sesuai dengan SOP)

o   Kesedaran pekerja terhadap kebersihan (personal Hygine), Pekerja harus memastikan mereka mengunakan pakaian pelindung PPE sesuai dengan standart. juga pekerja perlu mematuhi prosedur penggunaan peralatan dengan betul , baik dan selamat.

o   Pekerja perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan suntikan vaksin

o   Kesedaran pekerja tentang amalan Halal

·         Pengangkutan Dan Pengedaran

o   Pemahaman pematuhan terhadap kawasan pengeluaran mesti dijaga pada tahap tinggi untuk elakkan pencemaran

o   Pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut dan mengedar hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan dalam keadaan baik sesuai 

·         Pengesanan

o   Sistem pengurusan aduan pelanggan perlu wujud serta pengeluaran semula mesti dilakukan jika terdapat isu Qualiti

o   Perlu bekerjasama dengan pembekal

·         Pemeriksaan dalaman

o   Melaksanakan pemeriksaan jaminan mutu, pengawasan penyimpangan dan Audit rantaian bekalan

o   Setiap penyimpangan perlu dilakukan penambahbaikkan dengan segera supaya tidak mempengaruhi produk akhir.

o   Proses perlu dikawal dengan teliti untuk memastikan konsisten dan Qualiti produk, dokumentasi lengkap untuk langkah pengeluaran diperlukan

o   Dokumentasi yang baik akan membantu  meningkatkan jaminan mutu produk

·         Latihan

o   Memberi latihan berterusan kepada pekerja untuk memastikan pematuhan yang ideal terhadap Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan


1) KEPERLUAN PERLESENAN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Merujuk dan berpandukan pada Kaedah-­Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 & Seksyen 86(2), Akta Binatang 1953


Mengikut Subkaedah 5(3) Kaedah - Kaedah Binatang ( Kawalan Penyembelihan) 2009, Akta Binatang 1953,
"Mana - mana orang yang memiliki , mempamer , atau menjual karkas binatang yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan, adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kaedah 17, Kaedah yang sama .

Perkara utama Pengusaha  Rumah Penyembelihan Tempatan perlu lakukan adalah memenuhi kehendak Perundangan ( Local Authority ) yang ditetapkan.

KLASIFIKASI SISTEM PENYEMBELIHAN DI DALAM SESUATU RUMAH PENYEMBELIHAN

KAEDAH-KAEDAH RUMAH PENYEMBELIHAN (FI) 2005 JADUAL III [Subkaedah4(2)]

Perlesenan Rumah Penyembelihan Swasta adalah mengikut Kategori Rumah Penyembelihan

Rumah penyembelihan boleh diklasifikasikan kepada kategori yang berikut berdasarkan sistem penyembelihan:

  1. KategoriI (Automatik)
  2. KategoriII (SeparaAutomatik)
  3. KategoriIII (Penjenteraan)
  4. Kategori IV (Manual)


2) KEPERLUAN SIJIL TAULIAH PENYEMBELIHAN

Keutamaan bagi GMP dalam industri halal bagi kategori pensijilan 'Rumah Sembelih'  adalah berkaitan pematuhan kepada hukum syarak dimana salah satu syarat utama adalah tukang sembelih di Rumah penyembelihan adalah  WAJIB mempunyai tauliah penyembelihan daripada Jab. Agama Islam Negeri di negeri mereka bertugas.

Mengikut Akta Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1972 (APD 1972) telah dipinda untuk menamakan JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebagai badan pengeluar tunggal pensijilan halal di Malaysia.


Pensijilan halal Jakim selama ini amat menitik beratkan soal penyembelih ini, dimana status kehalalan daging serta serba serbi yang terhasil daripadanya terletak pada mereka.

Bagi memastikan pematuhan  syarat  dan  peraturan  yang  telah ditetapkan didalam GMP Halal dapat diterapkan oleh setiap  pekerja, maka  hanya  penyelia,  penyembelih  dan  “  checker”  bertauliah sahaja yang bertugas atau menguruskan hal ehwal berkaitan sembelihan ternakan pada setiap masa proses 

  • Jumlah keseluruhan penyembelih hendaklah bersesuaian dengan jumlah sembelihan
  • Melantik minima seorang pemeriksa halal Muslim (Muslim halal checker)
  • Penyembelih hendaklah mempamerkan atau menunjukkan Kad Tauliah Penyembelih sekiranya diminta oleh pihak berkuasa

3) KEPERLUAN SUNTIKAN VAKSIN ANTI TYPOID
Semua pengendali makanan di Malaysia wajib untuk mendapatkan suntikan typhoid atau pil typhoid pengendali makanan bagi mematuhi AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988

  • Peraturan 31(1) menyatakan semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.

Kerajaan mewajibkan dan menjadikan syarat utama bagi semua pengendali makanan mendapatkan suntikan ini kerana golongan ini di anggap mempunyai risiko tinggi penyebaran demam kepialu.

Demam Tifoid atau  demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Suntikan typhoid hanya boleh diberikan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.

Oleh yang demikian, pengendali makanan hendaklah memastikan penyedia suntikan vaksin typhoid adalah samada dari Hospital Kerajaan, Klinik Kerajaan, Klinik Kesihatan, Hospital Swasta dan Klinik Swasta yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

PENGURUSAN DOKUMENTASI & REKOD GMP

  1. Dokumen dan rekod perlu ada, sentiasa diisi, disemak dan disimpan dengan baik juga senang di cari semula apabila memerlukan
  2. Dokumentasi perlulah sistematik dan setiap proses perlu direkodkan untuk tujuan pemantauan dan Audit / Pemeriksaan
  3. Dokumentasi yang baik akan membantu  meningkatkan jaminan mutu produk

Penjelasan bagi setiap elemen GMP termasuk SOP dan manual yang keluarkan, dokumentasi dan rekod sokongan tersebut perlu dipersetujui dan ditandatangani oleh Pengurusan Tertinggi yang mempunyai Kuasa Eksekutif.

A) DOKUMENTASI GMP

• Geran Pemilikan Tanah, Profil Syarikat, Lesen Operasi & Perniagaan, Sijil Pendaftaran Syarikat, surat kelulusan, Pelan Lokasi dan surat sokongan

      Standard Operating Procedure (SOP) Operasi dan Manual Sokongan

      Carta Organisasi dan Carta Alir Proses

      Carta Ahli GMP dan Latar belakang Ahli GMP

      Polisi Pengurusan dan Objektif keselamatan makanan

B) REKOD-REKOD SOKONGAN GMP

• Rekod Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) ternakan

• Rekod kemasukkan ternakan (Rekod pembekal bahan mentah)

• Rekod penyembelihan

• Rekod pemprosesan, pengeluaran , pengedaran karkas dan pemantauan

• Rekod ante-mortem dan post-mortem

• Rekod pekerja

• Rekod peralatan yang digunakan dan servis

• Rekod pembersihan dan sanitasi

• Rekod keputusan analisis makmal  (ujian kualiti produk)

• Rekod pembetulan, penarik balik (recall)

• Rekod kawalan makhluk perosak

• Rekod latihan

• Rekod Tauliah Penyembelihan

• Rekod Kesihatan Pekerja & Suntikan Vaksin Anti Typoid

• Rekod Audit Dalaman, Audit Luaran dan Audit Pembekal

• Buku Pelawat dan Log Pemeriksaan


CARTA ORGANISASI

Carta organisasi kakitangan permis perlu ada untuk tujuan mengenalpasti peringkat organisasi dari peringkat tertinggi sehingga pekerja am, jumlah kakitangan sedia ada dan tugasan yang dijalankan

Carta organisasi juga memudahkan pemeriksaan  Verifikasi dan pemantauan dijalankan.

Bagi Carta ahli GMP dan latar belakang ahli GMP (nama, kelulusan akademik, pengalaman kerja, jawatan dan senarai latihan); Ketua dan/atau ahli GMP perlu mempunyai latihan secara formal berkaitan GMP .


Keperluan Asas Pengilangan Baik Rumah Penyembelihan Swasta

 Lokasi

  • Terletakdi tapak / zon perindustrian atau
  • Sekurang-kurangnya 200 m dari bangunan rumah sembelih ke kawasan kediaman awam (elak kacau ganggu)
  • Bukan kawasan tadahan air
  • Jauh dari kawasan pencemaran bau, air, kehadiran makhluk perosak dan sebagainya
  • Mempunyai akses kemudahan asas air, elektrik dan jalanraya
  • Kawasan berpagar dengan ketinggian minimum 6 kaki
  • Tidak dibenarkan menanam pokok buah-buahan sebagai teduhan di sekeliling bangunan rumah penyembelihan
  • Kawasan pintu masuk diselenggara dengan baik
  • Sistem saliran yang baik

Bangunan

  • Saiz = min 10 ekor
  • sehari Pengudaraan bersih dan mencukupi secara mekanikal
  • Pencahayaan cukup (umum= minimum 200 lux; sembelihan & eviserasi= 600 lux)
  • Reka bentuk sesuai
  • Bebas makhluk perosak seperti lalat, burung liar, anjing,  kucing, tikus, lipas
  • Memudahkan pencucian

Dinding Dalaman 

  • Diperbuat dari bahan kalis air serta mudah dibersihkan
  • Sempurna (tidak pecah, tidak retak, tidak berkarat, cat tidak terkupas dll )

Bumbung

  • Tidak mudah bocor, tidak serap air dan kukuh

Lantai

  • Diperbuat dari bahan tidak serap air dan tahan terhadap hakisan/ bahan cuci
  • Permukaan warna cerah, licin dan mudah dicuci
  • Kecerunan permukaan lantai yang sempurna untuk elakair bertakung terutama di Kawasan basah
Tingkap

  • Tidak digalakkan mempunyai tingkap
  • Jaring penghadang dipasang pada ruang yang terbuka
  • Sistem pengudaraan atau gentian udara yang sesuai dan mencukupi

 Siling

  • Ketinggian= sekurang-kurangnya 4 meter
  • Diperbuat daripada bahan yang tidak serap air / kelembapan

 Pintu

  • Jenis rata
  • Diperbuat daripada bahan yang tidak memerangkap kotoran, mudah cuci, kalis air, tahan karat dan tidak mudah terbakar
  • Hendaklah dipasang rapat dan tertutup sendiri

Kemudahan Pendinginan (sekiranya ada)

  • Suhu bilik pendingin = 0°C -4 °C

Kemudahan minimum infrastruktur

Tempat Penerimaan dan ruang rehat ternakan

  • Ramp
  • Holding yard –selesa, palung air dan bekas makanan ternakan
  • Ante-mortem
  • Lairage
  • Stunning (sekiranya ada)

  Ruang penyembelihan

  • Penyembelih bertauliah(*Halal –diperakui JAIN atau JAKIM)
  • Tiang–kekangan& penyembelihan
  • Killing Box (*Mark 4 –Australia)
  • Kemudahan pensterilan pisau penyembelihan
  • Saliran darah berasingan dengan sisa pepejal kekolam kumbahan/ tangki takungan khas

Ruang pemprosesan karkas

  1. Ruang melapah
  2. Ruang eviserasi
  3. Ruang belahkarkas
  4. Ruang pemeriksaanpost mortem
  5. Bilik pendingin (sekiranya ada)
  6. Ruang pemotongan karkass(sekiranya ada)
  7. Ruang pembungkusan (sekiranya ada)
  8. Bilik penyimpanan karkas/ daging
  9. Ruang loading atau serahan karkas/ daging

Kemudahan pekerja

  1. Bilik persalinan pekerja
  2. Stesen cuci tangan
  3. Tong sampah
  4. Bakul baju kotor
  5. Footbath
  6. Tempat cuci boot
  7. Locker
  8. Tandas
  9. Kamar mandi
Lain-lain kemudahan

  • Bilik bahan kimia berkunci
  • Bilik utiliti
  • Bilik pemeriksa veterinar

Penyelenggaraan, kebersihan dan sanitasi

  • Reka dan lokasi kesemua mesin dan peralatan memudahkan pencucian
  • Kawasan premis termasuk holding  yard, lairage, dalam bangunan, peralatan, mesin, meja dan lantai sentiasa dibersihkan dan disanitasi

Kawalan makhluk perosak

  • Program kawalan makhluk perosak perlu dilaksanakan dan didokumentasikan dengan lengkap dan mengikut kesesuaian bangunan dan sistem operasi.
  • Pestisid yang digunakan perlu mendapat kelulusan daripada pihak berwajib, dilabelkan dan disimpan di tempat khas.
  • Jika menggunakan perkhidmatan syarikat kawalan makhluk perosak, perlu dipastikan bahawa syarikat tersebut berdaftar dengan pihak berkuasa.
  • Pastikan perangkap beracun tidak diletakkan di dalam kawasan pemprosesan agar tidak mencemarkan produk, bahan mentah, bahan pembungkusan dan peralatan.

Pengurusan Sisa buangan dan kolam

  • Kawasan unloading disediakan system saliran bahan buangan / longkang untuk disalirkan ketakungan najis
  • Kawasan dalam bangunan disediakan saluran perparitan kesistem kumbahan
  • Bahan buangan disalurkan melalui pemisah

  • Sisa buangan termasuk bahan pepejal, darah dan lain-lain perlu dikumpul dan dilupuskan setiap hari
  • Bekas dibasuh dan dinyahkuman sebelum diguna semula
  • Sekurang-kurangnya dua system kumbahan khusus disediakan (Sisa darah Dan Sisa Pepejal )
  • Sistem rawatan sisa yang sesuai dan berkesan
  • Pematuhan standard kualiti alam sekitar

Kebersihan dan kesihatan pekerja termasuk pelawat

  • Baju PPE yang bersih
  • Sihat semasa bekerja
  • Health declaration form

Bioskuriti

  • Kawasan permis haruslah mempunyai pagar keliling  dan mempunyai Pintu Gate dengan ketinggian minimum 6 kaki

  • Pintu masuk mempunyai Vehicle Dip (Pencelup Tayar) untuk Bioskuriti

  • Pintu masuk mempunyai Vehicle Spray untuk Bioskuriti

  • PVC Strip Curtain /Tabir   plastik lut sinar dipasang   di setiap pintu masuk ke bahagian dewan sembelih untuk mengelakkan  lalat  memasuki  premis bangunan.





 SignBoard /Safety Sign

Papan tanda / Signboard Premis merupakan satu bentuk pemakluman (media komunikasi penyampaian maklumat) yang digunapakai oleh pemilik atau pengusaha perniagaan sebagai medium untuk memaklumkan serta mempromosikan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan kepada orang awam.

  • Selain itu , Papan tanda juga berfungsi  memberikan peringatan keselamatan (Safety Sign)  tentang potensi bahaya atau aturan keselamatan 

  • Papan tanda keselamatan perlulah senang dilihat, mudah difahami secara visual seperti larangan merokok, dilarang masuk tanpa urusan dan sebagainya yang diperlukan bagi memastikan kawasan kerja dalam keadaan lingkungan selamat. 

Prosedur Operasi Standard (SOP)

  • Panduan kepada semua pekerja berkaitan dengan langkah-langkah pemprosesan.
  • Menyeragamkan kerja-kerja di sepanjang proses pemprosesan.
  • Bagi memastikan semua pemprosesan produk makanan dilakukan secara teratur dan mengikut langkah-langkah yang betul.
  • Untuk memastikan kualiti produk adalah konsisten pada setiap batch.

Kepentingan SOP

  1. Memastikan tugasan atau kerja dengan betul
  2. Standard perlaksanaan proses dan mengelakkan ketidakseragaman
  3. Mengetahui dengan jelas peranan dan pembahagian tugas setiap posisi tugasan masing-masing
  4. Perlaksanaan dapat dijalankan dengan lebih  cekap, efektif, efisen dan ekonomi
  5. Menjamin kualiti yang konsisten
  6. Meningkatkat kecekapan pekerja
  7. Mengurangkan kesilapan pekerja
  8. Menghindari pertindihan proses
  9. Meningkatkan pengurusan masa
  10. Pengurusan risiko dan melindungi kecelakaan semasa menjalankan tugas
CARTA ALIR PROSES

Penerangan  format SOP hendaklah sesuatu yang mudah, jelas dan lebih baik sekiranya carta aliran proses disediakan untuk membantu penerangan. Carta Aliran proses memberi gambaran proses secara grafik supaya setiap aktiviti proses



Kepentingan Kepatuhan SOP terhadap risiko Bahaya
  • Kepatuhan SOP itu cukup penting untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi mengelak dan mengurangkan bahaya demi menjaga keselamatan dan kesihatan diri 

1) Bahaya Fizikal

disebabkan oleh pencemaran yang tidak disengajakan atau amalan pengendalian makanan yang tidak baik.

Contoh Bahaya Fizikal

  • Batu
  • Pasir
  • Dawai kokot
  • Paku
  • Jarum
  • Duit syiling
  • Pin tudung
  • Rambut
  • Kuku
  • Serpihan logam
  • Serpihan plastik
  • Serpihan kaca
  • Serpihan kayu

2) Bahaya Biologi

Makanan boleh dipengaruhi oleh bahan cemar biologi. Bahan pencemar biologi adalah jenis organisma yang dapat mengubah komposisi makanan sehingga tidak sesuai untuk dimakan.


Contoh Bahaya Biologikal 

  • Salmonella
  • Vibrio cholera
  • Campylobacter jejuni
  • Escherichia coli
  • Clostridium botulinum
  • Listeria monocytogens
  • Staphylococcus aureus
  • Clostridium botulinum
  • Toxoplasma gondii
  • Giardia parasites
  • Hepatitis A virus (HAV)
  • Kulat
  • Najis makhluk perosak
  • Darah
  • Bahan dalam makanan yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang.

3) Bahaya Kimia

Toksin semula jadi dan bahan cemar kimia (agen pembersih dan sanitasi, dadah, bahan tambahan makanan, racun perosak, bahan kimia industri dan toksin lain). 


Contoh Bahaya   Kimia

  • Sisa klorin daripada proses sanitasi akan mencemarkan produk.
  • Sisa klorin akan menyebabkan produk mempunyai bau yang tidak enak dan rasa produk akan berubah.
  • Kebocoran bahan kimia daripada mesin boleh mencemarkan produk makanan.
  • Pastikan pengunaan larutan klorin untuk sanitasi adalah betul. Pastikan semua mesin diselenggara dengan baik.
  • Pastikan penggunaan bahan aditif makanan adalah betul dan kepekatan adalah dalam julat yang dibenarkan
  • Keadaan kilang yang kotor akan menyebabkan bakteria dan serangga perosak membiak.
  • Kehadiran makhluk perosak akan mendatangkan banyak masalah kesihatan dan risiko pencemaran biologikal kepada makanan agak tinggi.
  • Peralatan dan fasiliti yang tidak disanitasi selepas penggunaan juga boleh menyebabkan pencemaran biologikal kepada produk makanan.
  • Suhu penyimpanan produk makanan juga penting untuk mengawal pencemaran biologikal.
  • Pastikan suhu produk dan suhu penyimpanan adalah betul dan patuh standard/peraturan.
  • Bahan Aditif
  • Logam berat - Merkuri, Arsenik, Plumbum, Kadmium, Kromium
  • Antibiotik
  • Toxin
  • Racun perosak
  • Racun serangga
  • Racun rumpai


ALIRAN PROSES DI RUMAH PENYEMBELIHAN












Kesedaran awam terhadap keselamatan makanan

  • Kesedaran terhadap risiko jangkitan penyakit zoonotik (penyakit yang berjangkit dari ternakan ke manusia)
  • Memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menyembelih ternakan mereka di rumah sembelih yang diluluskan atau berlesen bagi memastikan daging/ karkas yang bersih dan selamat untuk dimakan. Ianya dapat dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Agensi-agensi Kerajaan
  • Memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan mengutamakan aspek kebersihan (hygine), keselamatan (safety) dan kesihatan dalam setiap aktiviti penyembelihan ternakan tidak kira di mana ia dilakukan. 

Saluran makanan (Esofagus) perlulah diikat untuk mengelakkan daripada makanan yang berada di dalam perut ternakan terkeluar dan boleh menyebab pencemaran silang.

Pencemaran atau kontaminasi bakteria yang tidak baik dari dalam perut boleh terkena dan mencemari daging serta organ-organ lain.

Penggunaan Wheel Barow bagi mengangkat dan memindahkan daging adalah tidak sesuai digunakan kerana persekitaran rumah penyembelihan yang sentiasa berkeadaan basah sehingga peralatan yang diperbuat dari material besi cepat berkarat. Bahan yang berkarat adalah tidak selamat digunakan  dan boleh mendatangkan bahaya fizikal seperti mengakibatkan keracunan logam jika termakan.

Ruang melapah dalam keadaan bersih dan tidak menyebabkan pencemaran silang. Karkas yang telah siap dilapah disarankan digantung. Kerja -kerja melapah tidak dibenarkan dilakukan secara terus di atas lantai seharusnya karkas perlu di alas / diletakkan di atas Craddle supaya karkas tidak menyentuh lantai. 

Jika karkas terpaksa diproses di atas lantai perlulah berlapik dengan kanvas  dan mudah dibersihkan

Tempat pemotong daging hendaklah menggunakan papan pemotong yang sesuai,bersih dan selamat digunakan (kayu tidak sesuai yang boleh menyebabkan pencemaran fizikal)

Pemotongan daging hendaklah menggunakan Papan Pemotong Daging (Chopping board) dari bahan yang sesuai, bersih, selamat dan kukuh (dicadangkan diperbuat daripada plastik Polythylene sekurang-kurangnya 2 inci tebal) 

Pemotongan dilakukan diatas meja yang di alas dengan bahan yang sesuai dan bersih


Mesin pemotong tulang perlulah daripada peralatan yang khas yang bersesuaian dengan tujuan untuk memotong tulang atau daging beku.. Penggunaan Grindder untuk memotong tulang dan daging adalah tidak bersesuaian dengan fungsi sebenar untuk tujuan memotong yang baik kerana penggunaannya amat merbahaya kepada pengguna.

Peralatan ini perlulah bermeterial bahan kalis air, mudah dibersihkan, selamat untuk digunakan dan perlu dalam keadaan sentiasa bersih.

Mesin pemotong tulang haruslah juga mempunyai  jarak yang selamat dan dapat beroperasi memotong dengan  kesan menggergaji tulang yang baik (tanpa meninggalkan  serpihan tajam)

Penggunaan Hook Karkas / Cangkuk daging dari material besi yang mudah berkarat boleh mendatangkan bahaya fizikal.

Cangkuk Karkas seharusnya diperbuat dari meterial Standless Steel yang tidak mudah berkarat

Tempat mengantung karkas digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pemprosesan deboning sebelum pengedaran. Tempat mengantung karkas ini perlulah kukuh yang  dapat menampung bebanan berat karkas yang di gantung juga bahan meterial tidak berkarat supaya tidak berlaku pencemaran fizikal

Karkas yang telah dilapah, hendaklah digantung pada tiang yang tidak berkarat dengan ketinggian yang bersesuaian agar karkas tidak mencecah lantai

Penggunaan alas plastik hitam kitas semula (recyled plastik) bagi tujuan mengalas atau membungkus daging adalah tidak bersesuaian kerana meterial ini mengandungi bahan kimia toksik iaitu bromin dan plumbum yang tinggi yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia  

Daging hendaklah dimasukkan dalam bekas yang bersih.

Kenderaan pengangkutan karkas haruslah bersesuaian dengan jenis barangan atau muatan yang dibawa. Kenderaan pengangkutan karkas perlulah berpenutup penuh dan mempunyai bekas takungan bagi mengelakkan air dari karkas meleleh keluar. Pengunaan lori Bonded adalah yang sesuai sepenuhnya bertutup dan lebih hygine.


PENGURUSAN SISA PEPEJAL  DI RUMAH PENYEMBELIHAN

Sisa penyembelihan ternakan hendaklah diuruskan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran:

Sisa Pepejal

Sisa pepejal hendaklah dibungkus, ditanam dan dilupuskan dengan cara yang bersesuaian dan tidak bertentangan dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sisa Cecair

Sisa cecair seperti darah penyembelihan hendaklah ditanam atau dilupuskan dengan cara yang bersesuaian serta tidak bertentangan dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL