Friday, November 29, 2024

PENTERNAKAN KERBAU

Asal Usul Kerbau

Domestikasi kerbau di India dimulai 5000 tahun yang lalu di lembah Sungai Indus dan di Cina kira-kira 1000 tahun kemudian. Kerbau yang telah dijinakkan termasuk anggota sub-famili Bovinae di dalam genus Bubalus yang dibagi dalam 4 sub genus iaitu :

  1. Bubalus caffer(kerbau Afrika)
  2. Bubalus bubalis (kerbau Asia)
  3. Bubalus mindorensis (kerbau Mindora)
  4. Bubalus depressicornis (kerbau mini Sulawesi = anoa)

Kerbau  dapat dikategorikan menjadi 2 jenis, iaitu :

  1. Kerbau Sungai ( River buffalo/ water buffalo)
  2. Kerbau Sawah  (swamp buffalo)
Kerbau Sungai / River Buffalo / Water Buffalo

  • Kerbau sungai mempunyai dwifungsi iaitu susu dan daging.
  • Kerbau Sungai boleh memproduksi susu  yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis kerbau Sawah.(mengeluarkan 15 liter susu seekor)
  • Bagi speisis Kerbau sungai  biasanya didapati di negara Asia Barat, India, Pakistan, Iran, Iraq, Nepal, Sri Lanka dan Bangladesh. 
  • Kerbau sungai mempunyai badan yang berwarna hitam dan memiliki tanduk berbentuk melengkung. 
  • Kerbau Sungai gemar berkubang di aliran air deras yang bersih seperti sungai. 
  • Kerbau sungai jantan dewasa mempunyai berat di antara 325 dan 450 kg
  • Ciri-ciri khas bagi spesis Kerbau Sungai Asian adalah mempunyai jangka hayat di antara 15 hingga 25 tahun dan jangka hayatnya dijangka meningkat sekiranya ia dibela oleh penternak dan dijaga dengan baik.
Contoh baka Kerbau Sungai
  1. Kerbau Kundi
  2. Kerbau Murrah
  3. Kerbau Nili Ravi

Kerbau Sawah / Swamp Buffalo

  • Kerbau Sawah pula terdapat di negara Asia Timur seperti di Burma, China, Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand and Vietnam. 
  • Spesis kerbau sawah mempunyai warna badan kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar
  • Memiliki tanduk yang lurus dan panjang  ±2 meter 
  • Kerbau jenis ini dilihat ia amat suka berkubang di kawasan paya. 
  • Berat purata kerbau jantan dewasa adalah dalam lingkungan 300 kg hingga 550 kg 
  • Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. 

BAKA-BAKA KERBAU 
Rujukan Risalah:


Kerbau Murrah

Habitat asli: Utra Pradesh Barat,Delhi, Haryana (India), Karachi(Pakistan), Medan Sumut(Indonesia)

Tinggi: Jantan 142,2 cm  Tinggi betina 132,1 cm

Berat Badan : Jantan 566,9 kg; Betina 430,9kg 

Warna tubuh: hitam

Tanduk: melingkar berbentuk spira

Rujukan Risalah



Kerbau Nilli

Habitat: lembah sungai Sutley dan Rovi di Pakistan

Tinggi : Jantan 137,2 cm;Tinggi Betina 127 cm

Berat Badan Jantan 589,7 kg Betina 453,6 kg 

Warna tubuh hitam, putih didahi, muka, muncong dan paha Tanduk 


Kerbau Ravi

Habitat : lembah sungaiSutley & Ravi di Pakistan

Ukuran tubuh :- Tinggi gumba (jantan132,1 cm; 127 cm) 

Berat Badan Jantan 680,4 kg; Betina 635 kg

Warna tubuh :Hitam, wall eyes putih, putih dikepala, paha, ambing


Rujukan Risalah:


Kerbau Kundi

Habitat :Daerah Sind →Sindhi Murrah

Berat badan 320 – 450 kg 

Warna tubuh :Hitam/coklat terang; putih bentuk bintang di dahi,teracak & bulu ekor

Tanduk : Dasar tebal,mengarah kebelakang & atas(seperti pancing)


Rujukan Risalah:


Pengurusan Penternakan Kerbau Pedaging

  1. Sistem Penternakan Semi Intensif
  2. Sistem Penternakan Ekstensif lepas bebas​.

1) Sistem Penternakan Semi Intensif
  • Ternak kerbau di gembalakan dengan mebiarkan meragut pada siang hingga petang dan dikandangkan pada malam harinya. 

2) Sistem Penternakan Ekstensif
  • Ternakan kerbau digembalakan di padang ragut atau lepas bebas 

INFRASTRUKTUR
1. Lokasi
2. Kandang
3. Pagar Perimeter & Pintu Utama
4. Kolam Takungan Najis
5. Tempat Pemungahan Ternakan
6. Stor Makanan, Peralatan,Ubatan & Bahan Kimia
7. Ruang Makan & Palung Air Minuman
8. Tempat Rawatan & Menimbang

KANDANG

  1. Ruang kandang yg mencukupi & selesa, sekurangnya 20 - 25 kaki persegi bagi seekor Kerbau
  2. Gunakan lantai konkrit (ketebalan 10cm/4 inchi)- memudahkan pencucian kandang serta memberi keselesaan pada ternakan
  3. Kecuraman lantai - 1m bagi setiap 24 m panjang bagi mengelak air bertakung & memudahkan pembuangan najis ke longkang. Lantai tidak terlalu licin, elak daripada tergelincir
  4. Tinggi kandang ≥ 10 (3.0 m) dari lantai ke bumbung bagi menyediakan sistem pengudaraan yang baik
  5. Kandang separuh bumbung memadai untuk mengurangkan kos, mempercepatkan pengeringan lantai & memberi sinaran matahari terus pada lembu
  6. Pagar / dinding setinggi 1.2 - 1.5 m dengan jarak antara palang dinding 0.3 m Kandang daripada bahan yang tahan lama, tidak berkarat serta mudah dicuci.
TEMPAT BERKUBANG
  1. Menyediakan tempat untuk kerbau berkubang tidak jauh dari kandang, namun harus dipastikan tempat berkubang menpunyai air bersih yang sentiasa berganti. Kerbau tidak boleh dibiarkan berkubang lebih daripada dua jam sehari kerana ia akan menjejaskan berat badannya.
  2. Sekiranya tiada tempat untuk kerbau berkubang, maka perlulah memandikan atau menembak air paip untuk menyejukkannya badan ternakan tersebut sekurang-kurangnya  dua kali sehari.
  3. Kerbau  akan mengalami  tekanan stress sekiranya tidak dapat berendam atau disiram air pada tubuhnya dan yang paling dibimbangi, haiwan berkenaan akan mengamuk bukan setakat bergaduh sesama sendiri, malah boleh mencederakan  pekerja lain di ladang penternakan

RUANG MAKAN & PALUNG AIR MINUMAN
  1. Ruang makan perlu disedia secukupnya supaya semua lembu boleh makan serentak. Anak lembu memerlukan ruang sepanjang 0.45 m seekor, dewasa 0.6 m.
  2. Kedudukan palung air minuman bergantung pada reka bentuk kandang. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung air boleh ditempatkan di antara petak.
  3. Konkrit merupakan bahan sesuai

TEMPAT PEMUNGAHAN TERNAKAN

  1. Diperlukan bagi menyenangkan kerja-kerja pemungahan ternakan & makanan
  2. Tanah dipotong / ditambak @ tangga dibina setinggi lantai lori
  3. Loading ram sentiasa berkeadaan baik & selamat digunakan

TEMPAT RAWATAN & MENIMBANG
  1. Ladang mesti dilengkapi dengan travis untuk memudahkan kerja-kerja rawatan, pengasingan & menimbang ternakan
  2. Travis mestilah sentiasa berkeadaan baik & selamat digunakan
  3. Penimbangan dan pengukuran secara rutin harus terus dilakukan, agar dapat mengetahui laju pertumbuhan ternak kerbau secara terus menerus

PAGAR PERIMETER & PINTU UTAMA
  1. Ladang dilingkungi dengan pagar perimeter yang mempunyai hanya satu pintu masuk utama bagi tujuan biosekuriti
  2. Vehicle dip dibina dipintu masuk utama untuk tujuan disinfeksi kenderaan yang masuk keluar ladang

KOLAM TAKUNGAN NAJIS
  1. Takungan najis bagi menampung pepejal najis supaya hanya air jernih sahaja mengalir keluar dari kawasan kandang. Elak najis daripada mencemarkan sungai & persekitaran
  2. Ukuran takungan najis bergantung kepada bilangan ternakan. Bagi 50 ekor kerbau dewasa kolam berukuran 2 m panjang, 2 m lebar & 1 meter dalam
  3. kolam effluent 3 peringkat pengolahan najis & air cucian kandang
  4. BOD air kumbahan dr kolam effluent peringkat ketiga kurang 50 ppm
  5. Keluarkan najis apabila kolam penuh
TERNAKAN
  1. Perolehan bekalan ternakan bebas penyakit
  2. Timbang berat badan individu semasa tiba
  3. Tentukan ternakan baru tiba tidak stress

PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN
  • Pilihan makanan kerbau adalah lebih meluas berbanding cara permakanan bagi lembu seperti , campuran rumput bersama molases, jagung, hasil buangan pertanian : hampas soya, sagu atau nenas
  • Beri makanan bermutu secukupnya, Kerbau mampu memakan sebanyak 6 hingga 30kg bahan kering sehari.
  • Periksa kualiti makanan yang diterima & pantau dari masa kesemasa
  • Untuk kerbau dengan berat badan antara 350 kg hingga 500 kg, pemberian makanan sebaiknya mencapai 10% dari berat badannya. Berikan dua kali sehari, pada pagi dan  Petang.
  • PKC sentiasa ada dalam palung, tambah jika kurang dengan kadar berpatutan Makanan sisai hendaklah diasing untuk ditabur ke atas makanan yang baru ditambah. Buang jika kualiti tidak elok.
Air minuman
Air minum yang bersih sentiasa tersedia secukupnya di dalam palung

Mineral
Campur dengan kadar 1 kg setiap 100 kg PKC
Atau garam jilatan (blok mineral)

PENGURUSAN KANDANG
  1. Bersih kandang & kawasan sekeliling sekurangnya sekali sehari. Pastikan tidak membasahi palung makanan
  2. Cuci perlatan ladang selepas digunakan
  3. Bersih takung makanan setiap hari
  4. Bersih palung air setiap minggu

PENGURUSAN TERNAKAN BARU TIBA
  1. Periksa untuk kepastian bebas jangkitan penyakit, infestasi kutu , tidak cacat, tiada kecederaan serta mempunyai keseragaman badan .
  2. Timbang untuk rekod berat awal dan diasingkan mengikut kumpulan berat badan yang sama .
  3. Pastikan ternakan mendapat air minuman yang mencukupi dan telah dibancuh ubat `anti-stress` contoh stress pack untuk mengurangkan tekanan stress.
  4. Sanitasi kandang dan Membiarkan kandang kering dan kosong sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum kumpulan ternakan baru dibawa masuk
PENGURUSAN KESIHATAN
  1. Pastikan kandang yang telah digunakan didisenfek sekurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk
  2. Sediakan ubatan asas untuk rawatan luka, myiasis, diarea, sakit mata, kembung, rawatan sokongan (vitamin, tonik) & antibiotik berspektrum luas.
  3. Perhatikan kesihatan ternakan semasa memberi makan, mandi @ basuh kandang
  4. Laksanakan program kesihatan jika perlu seperti nyahkutu, nyahcacing terutama semasa menerima ternakan
  5. Asing & buat rawatan awal ternakan sakit sekiranya ekonomik dirawat & tidak berjangkit pada ternakan lain
PENGURUSAN REKOD
  1. Penting untuk penilaian projek : prestasi ADG, & kos operasi berbanding pendapatan bagi mendapat pulangan maksimum
  2. Rekod yang perlu: pembelian feeder, pemberian makanan harian, ADG, kesihatan

PENGURUSAN PEMBIAK BAKAAN

Populasi kerbau selalunya kerbau membentuk kumpulan mengikut jantina di mana jantan dan betina hidup secara berasingan. Namun apabila ia sudah menghampiri musim mengawan maka kerbau jantan dan betina akan saling berinteraksi. Sistem mengawan haiwan ini adalah berbentuk poligami yang bermaksud kerbau jantan mengawan dengan lebih dari satu ekor kerbau betina ketika musim mengawan. Kaedah poligami itu dilakukan untuk tujuan dalam kemandirian dan kelangsungan populasi haiwan ini.  
  • Pemeriksaan kuantiti baka penjantan dilakukan dari semasa ke semasa
  • Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidk kurang 3 tahun dan mempunyai ciri-ciri libido tinggi
  • Nisbah baka penjantan dengan induk betina ialah 1:10 atau 1:15
  • Kerbau betina melahirkan seekor anak dalam jangka masa dua tahun. 
  • Tempoh masa  kebuntingan kerbau  lebih lama dibandingkan lembu iaitu  rata-rata 310 sampai 330 hari.  

PENTERNAKAN BEBIRI

Penternakan Bebiri

Usaha penternakan bebiri merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang amat menguntungkan di Malaysia. Pada peringkat awal, penternakan bebiri kebanyakannya hanya dilakukan sebagai aktiviti sampingan untuk mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber makanan tambahan. Kini, perusahaan penternakan bebiri mula dijalankan secara intensif memandangkan permintaan yang semakin bertambah terhadap bulu dan dagingnya.

BAKA-BAKA BEBIRI

1.BARBADOS BLACKBELLY SHEEP

Ciri-ciri baka:

  • ~Dibangunkan di Bahagian barat Kepulauan Hindi
  • ~Bahagian bawah badan & celah kaki berwarna hitam
  • ~ garis hitam (bars) di bahagian depan muka ke ~kening dan mulut
  • ~Bahagian belakang dan sisi badan bervariasi warna
  • ~Jantan & betina : tidak bertanduk

2.SANTA INES

Ciri-ciri baka:

  • ~Juga dikenali sebagai Pelo de Boi de Bahia
  • ~Kacukan antara Morada Nova x Bergamasca x Sahelian
  • ~Tidak bertanduk
  • ~Berat biasa : 40-50kg jika pemakanan yang baik berat sampai 100 kg
Rujukan Risalah:

3.DAMARA

Ciri-ciri baka:

  • ~Tahan lasak
  • ~Berkaki panjang, fat tail & berbulu pendek
  • ~Asal usul : Hamites ( Timur Asia ) dan Mesir
  • ~Dibangunkan : Namibia & Angola
  • ~Saiz besar bahagian bahu
  • ~Badan panjang berbentuk oval
  • ~Kaki panjang tetapi kuat
  • ~Warna pelbagai
Rujukan Risalah:

4.DORPER

Ciri-ciri baka:

  • ~Berasal dari Afrika Selatan semenjak 1930 an
  • ~Kacukan antara Dorset Horn dan Blackheaded Persian
  • ~Bentuk badan cantik, bulu pendek
  • ~Dorper : kepala hitam
  • ~Baka bebiri ke-2 terbesar di Afrika Selatan
  • ~Warna dipengaruhi oleh genetik yang dominan
  • ~Dorper > 85% Dorper Sheep Breeders’ Society Afrika Selatan
  • ~Pembiakan tidak bermusim
  • ~Berat umur 4 bulan : 36 kg

a) Sistem Meragut Bebas

Dalam sistem ini ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa. Biasanya tiada kandang khas dibina. Ternakan akan berlindung dengan penjagaan penternak atau tinggal di bawah pokok tempat meragut pada malam hari atau semasa hujan/ panas. Walaupun sistem ini tidak memakan belanja yang banyak tetapi ianya tidak digalakan. Selain bebiri merayau dan boleh merosakkan tanaman orang, risiko kehilangan agak tinggi. Pengawasan terhadap ternakan agak rumit kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakan setiap masa.

b) Sistem Separa Berkurung

Pemeliharaan bebiri secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan bebiri pada siang hari dan mengurungkannya di dalam kandang pada waktu malam. Biasanya ternakan akan dilepaskan dari kandang selepas penternak balik bekerja ( 12.00tgh atau 1.00ptang atau selepas rumput agak kering sekitar 9.00pagi. Bebiri akan meragut di bawah pokok getah atau kelapa sawit hingga lewat petang, Biasanya bbiri akan pulang sendiri dan masuk kandang bila cuaca buruk atau waktu malam. Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan kesihatan ternakan dapat dibuat setiap hari sebelum melepaskan ternakan untuk meragut atau ketika mengurung ternakan kembali

b) Sistem berkurung

Sistem ini tidakdigalakan kerana tujuan kita memelihara adalah untuk di integrasikan dengan tanaman kekal agar semua bahan makanan yang terdapat disekeliling dapat digunakan sepenuhnya. Biasanya sistem ini diamalkan oleh penternak yang tidak mempunyai kawasan ragutan dan selalunya dipelihara bersama ternakan kambing. Walaubagaimanapun sistem ini boleh digunakan untuk projek pengemukan, menggunakan rumput potong dan dedak PKC sebagai makanan harian. Selain itu pengurusan ternakan yang sakit dan bebiri baru lahir 2 minggu hingga 2 bulan elok dibuat secara berkurung agar pembesaran dan kesihatan lebih terjamin.

Kandang

Seperti ternakan lain bebiri juga memerlukan tempat perlindungan untuk berteduh pada waktu malam, menempatkan ibu-ibu beserta anak yang baru dilahirkan dan tempat merawat ternakan yang sakit

  • Kandang hendaklah dibina dikawasan tinggi kawasan tanah yang agak keras agar tidak banjir atau becak ketika hujan
  • Kandang yang panjang hendaklah dibina arah Utara Selatan agar kandang mndapat lebih cahaya matahari pagi dan petang supaya kandang dan lantai sentiasa kering
  • Jarak yang sesuai dalam lingkungan 200meter dari tempat kediaman
  • Jika lebih dari sebuah kandang, jarak antara kandang dengan kandang sebelahnya adalah kedudukan jangan terlalu rapat sekurangnya sama lebar dengan lebar kandang yang akan dibina
  • Keperluan keluasan untuk ternakan bebiri ialah tidak kurang 0.7 meter persegi ( 7 kaki persegi) bagi setiap ekor




Urusan Penternakan

Pengurusan bebiri bermula dari kelahiran hinggalah ianya bunting dan beranak kembali.

1) Pengurusan Lahir hingga 3 bulan

Anak bebiri yang lahir hendaklah dikurung didalam kandang bersama ibunya dalam 2 minggu bagi memperolehi susu awal atau colostrum dalam masa 6 jam selepas kelahiran.adakalanya ibu bebiri tidak dapat mengeluarkan susu mencukupi terutama mempunyai anak kembar Susu tambahan jenis Calf Milk Replacer yang dibancuh dan diisi dalam botol susu diberikan 4 kali sehari.. susu diberi sebanyak 150-200 ml sekali minum sehingga bebiri umur 4 minggu sebanyak 300-350ml sekali minum.. jika bilangan anak bebiri banyak dalam satu-satu masa penggunaan susu tepung secara jilatan sebanyak 10-20 gm seekor sehari dan tambah sehingga 50 -100 gm seekor sehari sehingga umur meningkat 3 – 4 bulan. Selepas 3 atau 4 bulan mengurangkan pemberian susu pada anak bebiri. Pemberian rumput atau dedak digalakkan agar perut rumen cepat membesar dan dilakukan secara beransur-ansur agar pertumbuhan anak bebiri tidak terjejas

Pusat anak bebiri hendaklah disapu dengan iodine supaya cepat kering dan menghindari dari jangkitan kuman.

Pemberian tanda (tagging pengenalan ) pada telinga untuk memudahkan menanda pengenalan apabila bilangan bebiri telah banyak disamping memudahkan semasa mengadakan pemilihan.

b) Pengurusan anak bebiri 4 bulan – 1 tahun

Pengurusan Selepas Cerai susu dalam lingkungan umur 3 -4 bulan anak bebiri akan dipisahkan dari ibu-ibu mereka. Ditempatkan di kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Kumpulan anak-anak jantan elok diasingkan dari yang betina. Apabila umur meningkat 7 -9 bulan anak bebiri ini sudah mula membiak. Anak –anak yang tidak dipilih dijadikan baka bolehlah di gemukan dan dijual..

c) Pengurusan Bebiri Dewasa

Setiap ekor bebiri hendaklah diperiksa gigi, kaki dan ambing susunya. Bebiri yang tempang dan tidak bergigi juga ambing tidak normal perlu disingkirkan ( dijual atau disembelih) Kuku yang panjang dipotong supaya ia boleh bergerak jauh memperolehi makanan dan kuat untuk berdiri apabila bunting kelak. Bebiri yang menghadapi sakit uruk kuku dirawat segera. hendaklah melakukan Pemberian ubat cacing dan penyemburan atau pemandian ubat kutu hendaklah dilakukan mengikut jadual sama ada Sebulan sekali bergantung keadaan cuaca panas atau kerap hujan.Pencukuran bu;u bebiri perlu dilakukan kerana bulu bebiri yang panjang menyebabkan bebiri panas dan boleh menjadi tempat pembiakan kutu.


Kedewasaan bebiri dari segi tubuh badan akan dicapai pada 1 ½ tahun- 2 tahun. Umur yang baik bagi membiakkan bebiri betina adalah pada peringkat 15 bulan dan jantan 18 bulan

Kitaran berahi / jarak berahi: 15 – 20 hari secara purata 17 hari. Lama berahi: 20 – 42 jam purata 30 jam

Tanda tanda berahi

  • -Gelisah dan mengembek
  • -Nafsu makan berkurangan
  • -Suka memanjat bebiri lain
  • -Kerap berdampingan dengan bebiri jantan
  • -Kemaluan membengkak dan kemerahan
  • -Keluar cairan/ lendir dari kemaluan.Kerap terkencing
  • -Suka mengoyangkan ekornya
  • -Rela dirinya dipanjat dan dikahwini

d)Pengurusan Ibu bunting berat

Ibu bunting berat hendaklah di tempatkan di dalam kandang khusus yang diletakkan guni kering atau jerami. Pemberian makanan perlu disediakan didalam kandang

Tanda tanda kebuntingan

  1. Tidak adatang biang / berahi
  2. Nafsu makan bertambah badan kelihatan semakin besar dan bulat
  3. Pada peringkat akhir pergerakkan anak di dalam perut dapat dirasa di sebelah kanan perut terutama sebelah pagi sebelum diberikan makanan
  4. Puting susu sudah mula membengkak. Urat- urat perut jelas kelihatan..
  5. Jangka masa bunting :144 -152 hari atau purata 148 hari ( lebihkurang 5 bulan)

e) Pengurusan semasa kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa adalah sekitar 6 – 8 bulan dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 10 – 20 % adalah dijangka purata bilangan anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.4 – 1.5 ekor anak untuk seskor ibu ( 3 ekor anak dalam masa 2 tahun)

Tanda-tanda ibu bebiri akan melahirkan anak

- Ambing susu bngkak kemerah merahan. Puting bila dipicit akan mengeluarkan susu

- Vulva membengkak serta keluar lendir yang agak pekat

- Perut meneran-neran , nafas turun naik

- Bila berdiri kakinya akan akan merentang serta pangkal ekor diangkat tinggi

Pada kelahiran normal pertolongan kepada anak bebiri baru lahir perlu dilakukan.

- Membersihkan lendir dari lubang hidung dan mulut supaya anak barukllahir segera bernafas. Bersihkan lendir seluruh badan dengan mengelapkannya sambil melakukan pemicitan pada dinding rongga dada untuk merangsang pernafasan.

-Jika tali pusat belum putus dari placenta potong segera dengan gunting disterilkan. Kemudian pusat perlu di celup dengan ticture iodine.

-Beberapa jam setelah lahir. Anak bebiri sudah boleh berdiri dan mencari tetek untuk dihisap. Anak bebiri yang lemah perlu dibantu.

Ibu yang melahirkan pula perlulah kita lakukan.

- Bersihkan ekor dan kaki belakang dari kotoran dan lendir cuci dengan air dicampur pembasmi kuman. Ambing susu perlu di cuci bersih sekali.

- Awasi Placenta yang mahu jatuh sepaya keluar segera. Bila tergantung panjang hendaklah dipotong dan dikeluarkan semua


f) Pengurusan Baka jantan

Baka jantan perlu diasingkan dari bebiri betina. Ia akan di campurkan hanya bila hendak dikahwinkan. Setiap ekorjantan disimpan berasingan untuk mengelakan berlakunya pergaduhan dan kecederaan. Setiap ekor jantan boleh digunakan untuk membiak dengan 20 -30 ekor bebiri betina

Anak anak jantan biasanya akan mengawan bila meningkat usia 7 -9 bulan tetapi umur yang sesuai dijadikan baka adalah 1 -1 ½ tahun


g)Pengurusan Penggemukan

Jika bebiri dipelihara untuk penggemukan dan dijual . yang penting adalah pemberian makanan bermutu bermula umur 3-4 bulan dimana berat badan mencapai 20- 35 kg.

h)Cara Pencukuran Bulu bebiri


PEMASARAN
1. Paling penting dikaji sebelum operasi penternakan bebiri dijalankan.
2. Timbangan hidup hendaklah diguna sebagai asas jualan
3. Kaedah pemasaran
4. Jualan bebiri hidup pada peraih / butcher
5. Jualan hidup untuk aqiqah & kurban
6. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

Contoh aliran tunai

Dalam memastikan ternakan berada dalam prestasi yang memuaskan. Langkah langkah dalam pengawalan, Pencegahan dan pembasmian perlu diambil berat. Ini kerana industri ternakan merupakan satu cabang perniagaan yang mendatangkan keuntungan . Bertindak selepas sesuatu terjadi akan menyebabkan pembaziran atau kerugian dari segi kos , masa dan tenaga

Baka: kacukan

Bilangan bebiri : 50 ekor

Jangka masa peliharaan: 3 bulan

Kadar kematian : 2%

A) Hasil

Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Jualan

Aqiqah

Kg

6.715

1828.00

12275.02

Jumlah

Hasil

12275.02

245.50

B) Kos berubah 1

Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Beli bebiri

Kg

4.00

1136.00

4544.00

90.88

Sheep Pellet

Beg

25.90

4.00

103.60

2.07

PKC + Zinc ocide

Beg

16.52

90.00

1486.80

29.74

Garam biasa

Beg

13.00

1.00

13.00

0.26

Rumput

Kg

0.05

3044.00

152.20

3.04

Jumlah

Kos berubah 1

6299.60

125.99

Jumlah

Kos berubah 1

10351.95

575.11

C) Marjin kasar 1(A-B) 6299.60 119.51

D) Kos berubah 2

Item

Unit

Harga/unit

Kuantiti

RM

RM/ seekor

Ubat-ubatan

RM

7.50

0.38

Api /air

RM

10.00

0.20

Upah pekerja (2orang)

RM

1500.00

30.00

Kos lain-lain

RM

Jumlah

Kos berubah 2

RM

1517.50

30.35

E. Marjin kasar 2

( Marjin kasar 1 – Jumlah kos berubah 2) 4457.92 89.16

Anggaran Kos seekor 156.34