Sunday, June 30, 2024

PERMOHONAN LESEN OPERASI RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA (PENYEWAAN)


PERMOHONAN LESEN OPERASI  RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA  (PENYEWAAN)

  • Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan  mengeluarkan notis Pemakluman Tawaran Penyewaan Rumah Sembelih Jabatan (RSJ) samaada Ruminan atau khinzir.
  • Tawaran ini adalah terbuka kepada individu atau syarikat yang berminat untuk membuat permohonan.
  • Walaubagaimana pun permohonan tawaran ini tertakluk kepada tempoh waktu (Tarikh Tutup) yang ditetapkan .

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN LESEN OPERASI RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA (PENYEWAAN)

Berikut adalah beberapa senarai semak yang setiap pengusaha perlu ambil perhatian..



SYARAT-SYARAT AM

  1. Pemohon perlu memohon lesen rumah penyembelihan tempatan dari BAHAGIAN REGULATORI, IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA
  2.  Pemohon perlu mempunyai lesen perniagaan dan SSM yang sah
  3. Pemohon mestilah warganegara Malaysia



KLIK LINK UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN : 


1. SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN PENYEWAAN

Surat Setuju Terima Tawaran Penyewaan merupakan surat pemakluman rasmi penerima oleh kerajaan keatas tawaran syarikat

Surat Setuju Terima Tawaran Penyewaan merupakan dokumen  yang mengandungi perjanjian kontrak berasaskan syarat dalam dokumen tender, syarat dipersetujui dalam surat niat atau syarat-syarat lain yang di persetujui.


2. PROFIL SYARIKAT

Profil syarikat bertindak seperti dokumen informatif yang menonjolkan apa yang dimaksudkan oleh perniagaan dan apa yang berfungsi sebagai pelan untuk pertumbuhan.
Profil syarikat merupakan keterangan terperinci berserta butiran perihal syarikat yang memaparkan segala informasi dalaman berkenaan sesebuah organisasi atau syarikat.


* Profil syarikat perlu dinyatakan perkara berikut:
  1. Penerangan / Maklumat berkaitan Syarikat
  2. Senarai Ahli Jemaah Pengarah dan Kakitangan Syarikat
  3. Kapasiti Penyembelihan dan Jenis Penyembelihan
  4. Keupayaan Tenaga kerja
  5. Keupayaan Kewangan
  6. Cadangan Kesesuaian Tapak Projek 
  7. Cadangan Pelaksanaan Projek meliputi Cadangan Infrastrutur Utama Rumah Penyembelihan

3. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)

Secara amnya, Sijil Pendaftaran Syarikat menjadi satu kewajipan pengusaha  mendaftar  perniagaan samaada  secara sampingan atau serius sepertimana Mengikut Akta Perniagaan 1956 

  • Pemohon perlu mempunyai lesen perniagaan dan SSM yang sah
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia


4. SALINAN KAD PENGENALAN
Salinan Pemohon / Pemegang-pemegang Saham Syarikat / Pengarah Syarikat


5. SUSUN ATUR BANGUNAN (LAY-OUT PLAN)

Sekiranya premis rumah penyembelihan tersebust ada membuat penambahbaikan atau naiktaraf bangunan, maka  pemohon perlulah mengemukakan pelan susun atur bangunan (Lay-Out Plan) yang terkini. Pelan tersebut menunjukkan fungfi bahagian-bahagian/ ruangan seperti ruang penerimaan ternakan hidup, ruang penyembelihan /pendarahan, ruang eviserasi/pemeriksaan daging, ruang pemotongan, ruang penyimpanan (storage area) dan akhir sekali ruang pemunggahan (dispatch area)


6. PELAN LOKASI / GOOGLE MAP/ KOORDINAT GPS

Pelan Lokasi melalui Google Map dan Koordinat GPS diperlukan bagi tujuan memudahkan mengenal pasti kedudukan Premis Rumah Penyembelihan  (Koordinat dipintu masuk)


7. SIJIL / KAD TAULIAH PENYEMBELIH HALAL

Antara salah satu syarat utama untuk menjadi tukang sembelih halal di Rumah Sembelih Ruminan adalah perlu mendapatkan sijil/ kad tauliah yang diperakukan  oleh Jakim,

Tukang sembelih ini WAJIB mempunyai tauliah penyembelihan daripada Jab. Agama Islam Negeri di negeri mereka bertugas.

* Salinan Sijil / Kad Tauliah Penyembelih Halal bagi Permohonan Rumah Sembelih Ruminan



8. BAYARAN FI PERMOHONAN

Pembayaran fi permohonan adalah sebanyak RM 100.00
Resit pengesahan pembayaran fi permohonan tersebut perlu disertakan bersama dengan Dokumen Sokongan dan Borang Permohonan.


HANTAR BORANG PERMOHONAN

  • Pemohon perlu cetak salinan

a)    Borang permohonan

b)    Dokumen sokongan

  • Dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh DUA (2) Minggu dari tarikh permohonan kepada

BAHAGIAN REGULATORI,

IBU PEJABAT

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA

 

Saturday, June 29, 2024

PEMBAHARUAN LESEN RUMAH SEMBELIH SWASTA

 

PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN  RUMAH SEMBELIHAN

Lesen Rumah sembelih Swasta yang akan Tamat Tempoh di sarankan untuk membuat permohonan Pembaharuan (Renew). Dimana Pengauditan perlu dijalankan sewaktu ada Operasi Lesen Rumah sembelih Swasta yang akan Tamat Tempoh di sarankan untuk membuat permohonan Pembaharuan . Dimana Pengauditan perlu dijalankan sewaktu ada Operasi Sembelihan.

Kegagalan pihak pemilik Rumah Sembelih Swasta tersebut untuk membuat Pewrmohonan Pembaharuan Lesen Rumah Penyembeliohan Swasta dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan Fi Lewat memperbaharui  lessen sebanyak RM 1000.00

Sekiranya permis Rumah Penyembelihan tersebut beroperasi TANPA LESEN ATAU TIDAK DIPERBAHARUI akan menyebabkan pelanggaran kepada Perundangan di bawah Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang memperuntukan penalty tidak melebihi RM 10,000.00

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Berikut adalah beberapa senarai semak yang setiap pengusaha perlu ambil perhatian..


1. SURAT PERMOHON PEMBAHARUAN LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Pemohon perlu membuat surat rasmi dengan Latter Head Syarikat dan menyatakan pada Tajuk Permohonan Lesen Operasi Rumah Penyembelihan Swasta

Surat tersebut perlu disertakan bersama Borang permohonan yang telah lengkap dan Dokumen Sokongan yang dikehendaki.

Kemudian surat tersebut perlu dihantar kepada

PENGARAH

BAHAGIAN REGULATORI,

IBU PEJABAT

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA

*Pemohon perlu mengemukakan permohonan untuk pembaharuan lesen sekurang-kurang 3 bulan sebelum tamat tempoh sah lesen.

2. BORANG PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Operasi Rumah Penyembelihan Tempatan dengan lengkap.

Borang Permohonan tersebut yang telah lengkap perlu dilampirkan di hadapan dokumen sokongan serta perlu comb binding (jika tebal) atau staler (jika nipis) supaya tidak terlerai.




KLIK LINK UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN : 


3. LESEN OPERASI  RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA

Lesen Operasi Rumah Penyembelihan swasta yang bakal tamat perlulah di sertakan sebagai rujukan .


3. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)

Untuk pemohon yang bernaung di bawah Syarikat, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) yang sah dan terkini .

4. SIJIL / KAD TAULIAH PENYEMBELIH HALAL

Antara salah satu syarat utama untuk menjadi tukang sembelih halal di Rumah Sembelih Ruminan adalah perlu mendapatkan sijil/ kad tauliah yang diperakukan  oleh Jakim,

Tukang sembelih ini WAJIB mempunyai tauliah penyembelihan daripada Jab. Agama Islam Negeri di negeri mereka bertugas.

* Salinan Sijil / Kad Tauliah Penyembelih Halal bagi Permohonan Rumah Sembelih Ruminan


5. PERJANJIAN SEWA / PAJAKAN

Jika tanah itu bukan miliknya, pemilik pengusaha perlu mendapatkan kebenaran bertulis dan perjanjian sewaan atau pajakan jangka panjang untuk menduduki tanah tersebut tanpa sebarang halangan untuk suatu tempoh yang ekonomik.

* Surat Perjanjian Guna / Sewa diperlukan sekiranya Tanah bukan milik Pemohon.


6. SALINAN KAD PENGENALAN
Salinan Pemohon / Pemegang-pemegang Saham Syarikat / Pengarah Syarikat


7. SUSUN ATUR BANGUNAN (LAY-OUT PLAN)

Sekiranya premis rumah penyembelihan tersebust ada membuat penambahbaikan atau naiktaraf bangunan, maka  pemohon perlulah mengemukakan pelan susun atur bangunan (Lay-Out Plan) yang terkini. Pelan tersebut menunjukkan fungfi bahagian-bahagian/ ruangan seperti ruang penerimaan ternakan hidup, ruang penyembelihan /pendarahan, ruang eviserasi/pemeriksaan daging, ruang pemotongan, ruang penyimpanan (storage area) dan akhir sekali ruang pemunggahan (dispatch area)


8. PELAN LOKASI / GOOGLE MAP/ KOORDINAT GPS

Pelan Lokasi melalui Google Map dan Koordinat GPS diperlukan bagi tujuan memudahkan mengenal pasti kedudukan Premis Rumah Penyembelihan  (Koordinat dipintu masuk)

9. LAPORAN PENAMBAHBAIKKAN KETIDAKAKURAN

Laporan Penambahbaikkan rumah penyembelihan bagi rumah penyembelihan berstatus bersyarat / ditangguh pembaharuan lesen.

  • Surat makluman keputusan NCR yang dikeluarkan oleh jawatankuasa penilai dan tempoh Penambahbaikkan yang perlu dilaksanakan oleh pihak syarikat / Pemilik Rumah Sembelih Swasta tersebut .


  • Surat Maklumbalas  Permohonan Rayuan dari pemilik rumah sembelih swasta dan tindakan penambahbaikkan yang telah dilakukan.
* Tempoh permohonan 


  • Laporan Audit Verifikasi Ketidakakuran dan Penambahbaikkan Rumah Sembelih Swasta  oleh Pegawai Pemeriksa


  • Pihak Syarikat atau pemohon berkenaan hendaklah mengemukakan maklum balas dan jawapan NCR kepada pegawai pemeriksa mengikut tempoh masa yang ditetapkan

Maklum balas dan jawapan NCR hendaklah dikemukakan secara rasmi  dengan memenuhi perkara-perkara berikut

  1. Didokumenkan secara bertulis
  2. Mengemukakan maklum balas secara terus , spesifik dan jelas berkaitan pembetulan yang dilaksanakan
  3. Mengemukakan dokumen sokongan (seperti jadual, resit, invois dan gambar-gambar penambahbaikkan hendaklah ditandai dengan jelas, teratur dan sistematik)

  • Pegawai pemeriksa perlu menyediakan Laporan Syor susulan  atau semula berkaitan status NCR permohonan / pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta.

Pegawai pemeriksa boleh mengesyorkan tidak di sokong permohonan/ pembaharuan kepada Panel pengesah untuk menolak permohonan sekiranya pihak Syarikat atau pemohon berkenaan

  1. Gagal memberi maklum balas dan jawapan NCR mengikut tempoh masa yang ditetapkan
  2. Sekiranya memberi maklum balas dan jawapan NCR palsu serta tidak memenuhi keperluan prosedur permohonan / pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta
CARTA ALIRAN

HANTAR BORANG PERMOHONAN

  • Pemohon perlu cetak salinan
  • Dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh DUA (2) Minggu dari tarikh permohonan
  • Urus setia JPV akan proses Borang Permohonan Pemohon
  • Pastikan Borang dan Senarai Semak Dokumen yang diperlukan mencukupi
  • Urus setia JPV akan melantik beberapa orang Pegawai Auditor dan akan datang membuat Lawatan Audit Kelulusan Membina ke tapak premis penyembelihan tersebut.
  • Laporan Audit Pemerhatian akan di buat.

PEMBENTANGAN SYOR AUDIT DI MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PERMOHONAN BARU RUMAH PENYEMBELIHAN

  • Pegawai Auditor akan membentangkan
  • Laporan Syor Audit di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Permohonan Baru Rumah Penyembelihan Swasta .
  • Jawatankuasa akan menilai dan membuat keputusan berdasarkan ulasan dan hasil Audit sama ada disyorkan bagi permohonan tersebut sama berstatus

            a) LULUS

            b) GAGAL

PENGESYORAN KELULUSAN PERLESENAN RUMAH PENYEMBELIHAN OLEH YB MENTERI PERTANIAN

  • Jawatankuasa akan mengangkat permohonan untuk PENGESYORAN KELULUSAN OLEH YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, MALAYSIA
  • SETELAH MENDAPAT KEPUTUSAN YB MENTERI
  • Pemohon akan dimaklumkan kelulusan membina / lesen operasi telah BERJAYA.
  • Pembayaran Fi sebanyak RM 300.00 dikenakan bagi Lesen operasi.
  • (NO KELULUSAN MEMBINA / LESEN AKAN DIDAFTARKAN KE DALAM SISTEM SIHAT)

PERMOHONAN  LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA SECARA ONLINE SISTEM

Buat pemohon Membina / Lesen Rumah Penyembelihan Swasta secara Online

Sila klik pada pautan 

 ( http://sihat.dvs.gov.my BUAT PERMOHONAN )


PANDUAN BUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE SISTEM 

1) Panduan & Tatacara Penggunaan Sistem Sihat Permohonan Membina / Operasi 

Sila klik pada pautan 

 ( http://sihat.dvs.gov.my Panduan Permohonan Operasi )

2) Panduan & Tatacara Penggunaan Sistem Sihat Permohonan Lesen 

Sila klik pada pautan 

 ( http://sihat.dvs.gov.my Panduan Permohonan Lesen )

Tuesday, June 4, 2024

PENYAKIT-PENYAKIT TERNAKAN


Sedikit panduan yang amat penting bagi mengenalpastian tanda - tanda penyakit pada ternakan  dan mengenalpasti punca penyakit  serta dapat memudahkan kerja-kerja memberikan rawatan yang bersesuaian terhadap ternakan tersebut

Selain itu, melalui panduan penyakit-penyakit ternakan ini membolehkan tindakan pencegahan, pembasmian dan pengawalan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan di peringkat lapangan.

Penyakit Ternakan ini juga mengandungi penyakit - penyakit yang biasa menjangkiti ternakan yang melibatkan risiko kerugian ekonomik serta zoonotik walaupun tidak pernah belaku di Negeri ini namun dapat memberi impak yang besar terhadap kerugian dan risiko keselamatan kesihatan awam.

PENYAKIT WAJIB LAPOR

Penyakit-penyakit berkaitan ternakan ruminan merujuk kepada Kaedah-Kaedah Pemeriksaan Daging 1985 dan Buku Panduan Senarai Penyakit Wajib Lapor

 Merujuk pada 

Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM)  PENGURUSAN INDEKS PENYAKIT HAIWAN  No. Dokumentasi: APTVM 24(a): 1/2011




PROSEDUR PENYEMBELIHAN TERNAKAN BERPENYAKIT DI RUMAH SEMBELIH JABATAN 

Prosedur penyembelihan ternakan berpenyakit di Rumah Sembelih Jabatan adalah tertakluk dengan syarat-syarat dan keperluan semasa Rumah Sembelih termasuk caj Fi perkhidmatan semasa yang berkuatkuasa di bawah Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009.



Penyakit Kuku dan Mulut (FMD)

 1. Dokumen:

 i.dokumen pengesahan penyakit oleh Pihak DVS Negeri

 ii.Permit pindah ternakan 

2. Penyembelihan bagi ternakan berpenyakit dijalankan terakhir dan ternakan yang sihat disembelih sehingga selesai terlebih dahulu. 

3. Daging boleh dimakan. Tulang dan nodus limfa perlu dibuang (deboned°landed) dan dilupuskan dengan cara yang sesuai (bakar/tanam). Penjualan daging hanya boleh dibuat dalam Kawasan setempat/mukim yang sama (rujuk PVM 1(9):3/2022) 

4. Pelupusan disediakan dan diuruskan oleh Negeri/pihak yang menghantar ternakan(rujuk APTVM 22(e):1/2010) Penghapusan) 

5. Cuci dan disinfek rumah sembelih 

Kawalan Pemindahan & Sembelihan Ternakan

  • Haiwan yang akan dipindah keluar dari Kelantan perlu divaksin untuk tujuan pembiakan dan penyembelihan.
  • Pemindahan haiwan dibenarkan selepas 14 hari haiwan disuntik P2 atau booster.
  • Semua haiwan dalam gerompok yang disahkan dijangkiti FMD (sama ada haiwan yang menunjukkan tanda klinikal FMD atau tidak) hendaklah dihapuskan melalui cara penyembelihan in-situ (Rujuk Lampiran 8: Standard Operating Procedur (SOP) Penyembelihan Ternakan Berpenyakit Kuku & Mulut (FMD) secara in-situ, nombor rujukan surat: JPV/PBS(K)/600-1/2/3Jld.4( ) bertarikh 20 Disember 2019 yang telah dipinda) di bawah pengawasan PPVN dengan segera. Bahagian kepala dan nodus limpa wajib dilupuskan. Ini bagi mengurangkan risiko penyebaran virus FMD ke persekitaran dan perebakan penyakit kepada haiwan rentan yang lain.
  • Penghapusan secara sembelihan di rumah semebelih boleh dijalankan bagi haiwan yang tidak menunjukkan tanda klinik FMD dengan pengawasan PPVN. Pihak MAQIS perlu membuat pengesahan penghapusan melalui sembelihan di rumah sembelih. Pihak rumah sembelih perlu membuat pengesahan sembelihan yang dijalankan menggunakan Borang Pengesahan Penghapusan di Rumah Sembelih (Rujuk Lampiran 9). Bahagian kepala dan nodus limpa wajib dilupuskan.

Penyembelihan in-situ

  • Haiwan yang disembelih in-situ (dalam kawasan kuarantin) perlu dibuang tulang dan nodus limfa. Hanya daging dibenarkan untuk dijual dan dimakan dalam mukim yang sama.
  • Bagi penghapusan in-situ, PBV perlu memastikan kemudahan penyembelihan yang minima dan sesuai.


Penyakit Brucellosis 
1. Dokumen:
 i.dokumen pengesahan penyakit oleh Pihak DVS Negeri 
ii.Permit pindah ternakan 

2. Penyembelihan bagi ternakan berpenyakit dijalankan terakhir dan ternakan yang sihat disembelih sehingga selesai terlebih dahulu. 

3. Pelepasan daging: 
i. Brucella abortus (primer affect: ruminan besar) - Daging boleh dimakan manakala organ pembiakan (termasuk testis dan kelenjar susu/udder) hati,ginjal dan limpa hendaklah dilupuskan. 
ii. Brucella melitensis (primer affect: ruminan kecil) – total condemn / dilupuskan sepenuhnya
iii. Brucella suis (babi)- Daging boleh dimakan manakala organ pembiakan (termasuk testis dan kelenjar susu/udder) hati,ginjal dan limpa hendaklah dilupuskan. (rujuk PVM 1(4):2/2020)

dari ternakan yang dijangkiti _B.abortus_ dan _B.suis_ boleh dikeluarkan manakala daging dan semua organ dalaman dari ternakan dijangkiti _B.melitensis_ wajib dilupuskan. Organ reproduktif yang dijangkiti _B.abortus_ dan _B.suis_ wajib dilupus dan tidak boleh dimakan,Organ dalaman lain boleh dimakan bergantung keputusan pemeriksa daging di RSJ. (rujuk PVM 1(4):2/2020) 

4. Pelupusan disediakan dan diuruskan oleh Negeri/pihak yang menghantar ternakan (rujuk APTVM 22(e):1/2010) Penghapusan) 

5. Cuci dan disinfek rumah sembelih

Kawalan Pemindahan Ternakan

  • Pemindahan ternakan bagi tujuan penyembelihan dan pemeliharaan / pembiakbakaan perlu disaring mengikut syarat – syarat yang telah ditetapkan dalam Syarat Pemindahan Ternakan dan Produk semasa.

Penyembelihan, Penghapusan dan Pelupusan

  • PPVN mengeluarkan surat arahan penghapusan kepada penternak yang terlibat.
  • Bagi kes Brucella melitensis, ternakan yang positif mesti dihapuskan sepenuhnya (total condemn). Rujuk APTVM Penghapusan.
  • Bagi kes Brucella abortus, ternakan yang positif hendaklah ditanda dan direkod dan seterusnya disembelih. Penyembelihan hendaklah dilakukan di bawah pengawasan PBV di rumah sembelih jabatan atau yang berlesen. Daging boleh dimakan manakala organ pembiakan (termasuk testis dan kelenjar susu / udder), hati, ginjal, dan limpa hendaklah dilupuskan.
  • Bagi kes Brucella suis, babi yang positif hendaklah disembelih dibawah pengawasan PBV dirumah sembelih jabatan atau yang berlesen. Daging boleh dimakan manakala organ pembiakan (termasuk testis dan kelenjar susu / udder), hati, ginjal, dan limpa hendaklah dilupuskan
  • Permit perjalanan ternakan lembu, kerbau dan babi yang positif dikeluarkan kepada penternak sebelum ternakan dipindahkan ke rumah sembelih.

Kawalan Hasil Ternakan

A) Daging

  1. Daging dari ternakan yang dijangkiti B.abortus dan B.suis boleh dimakan.
  2. Daging dari ternakan yang B.melitensis tidak boleh dimakan dan wajib dilupuskan.

B) Organ dalaman

  1. Organ reproduktif yang dijangkiti oleh Brucella abortus dan Brucella suis wajib dilupus dan tidak boleh dimakan. Organ dalaman lain boleh dimakan bergantung keputusan pemeriksaan daging yang dijalankan oleh pemeriksa daging di rumah sembelih.
  2. Semua organ dalaman yang dijangkiti Brucella melitensis wajib dilupuskan.

Bayaran wang ehsan

  • Bagi tujuan pemberian bayaran wang ehsan ternakan perlu diuji dengan ujian saringan diikuti dengan ujian pengesahan.
  • Borang pampasan hendaklah diisi oleh PBV dan disertakan bersama untuk proses penyembelihan ternakan.
  • Borang pampasan perlu disahkan oleh PBV di rumah sembelih dan dikembalikan kepada Ketua Bahagian Kesihatan DVS Negeri untuk urusan pembayaran wang ehsan.
  • Ketua Bahagian Kesihatan DVS Negeri akan menghantar dokumen lengkap kepada Bahagian Pengurusan Biosekuriti Veterinar dan SPS, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya untuk menguruskan proses bayaran wang ehsan.

Penyakit Tuberculosis

Kawalan Pemindahan Ternakan

  • Lembu, kerbau, kambing, bebiri dan rusa dari kelompok mestilah sentiasa di bawah pengawasan DVSN dan telah disahkan bebas TB, boleh dibenarkan untuk pindah atau pergerakan tanpa ujian dengan syarat disertakan dengan SKV.
  • AKP dan SKV yang dikeluarkan oleh DVSN yang membenarkan pemindahan dan pergerakan lembu, kerbau, kambing, bebiri atau rusa mestilah mematuhi syarat yang telah ditetapkan di atas; (APTVM: Penyediaan Sijil Kesihatan Veterinar dan APTVM: Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan dan Produk Haiwan Antara Negeri di Malaysia

Rumah Sembelih

  • Ternakan yang dihantar untuk sembelih hendaklah dijalankan pemeriksaan ante dan post mortem. Mana-mana karkas yang mempunyai abses, hendaklah diambil sampel dan dihantar ke makmal untuk tujuan pengesahan.
  • Keseluruhan karkas mestilah dilupuskan dan ditegah dari dimakan
  • Borang asing singkir dan pampasan hendaklah diisi. Pampasan hendaklah diproses dan dibayar. (Rujuk APTVM: Penghapusan)



Penyakit Kulit Kental /Lumpy Skin Disease (LSD) 

1. Dokumen: 
i.dokumen pengesahan penyakit oleh Pihak DVS Negeri 
ii.Permit pindah ternakan 

2. Penyembelihan bagi ternakan berpenyakit dijalankan terakhir dan ternakan yang sihat disembelih sehingga selesai terlebih dahulu. 

3. Karkas perlu diperiksa oleh pemeriksa daging untuk menentukan sama ada daging sesuai dijadikan makanan manusia (dilupuskan separa) atau dilupuskan secara menyeluruh bergantung keterukan lesi. Keseluruhan karkas atau bahagian karkas seperti kulit atau organ dalaman yang mempunyai jangkitan hendaklah dilupuskan. (rujuk PVM 2(11):1/2021) 

4. Pelupusan disediakan dan diuruskan oleh Negeri/pihak yang menghantar ternakan (rujuk APTVM 22(e):1/2010) Penghapusan) 

5. Cuci dan disinfek rumah sembelih

Kawalan Pemindahan Ternakan

  • Ternakan bagi tujuan penyembelihan dan pemeliharaan / pembiakbakaan hendaklah diperiksa tanda-tanda klinikal LSD mengikut syarat- syarat yang telah ditetapkan dalam Syarat Pemindahan Ternakan dan Produk (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)
  • Jika terdapat tanda klinikal LSD, indeks penyakit perlu diaktifkan dan langkah-langkah kawalan perlu dijalankan. Sila rujuk Bahagian I, Perkara 3.0: Pengurusan Indeks Penyakit dan Bahagian III: Panduan Tindakan

Rumah sembelih

Sekiranya terdapat ternakan yang disyaki terjangkit LSD semasa pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem di rumah sembelih dijalankan, pensampelan hendaklah dijalankan dan dihantar ke makmal bagi tujuan pengesanan virus. Borang EpiS09 perlu dihantar kepada PPVN dan ADIC.

PENGHAPUSAN DAN PELUPUSAN

  • Ternakan yang disahkan positif atau disyaki LSD, hendaklah segera diasingkan dan direkod untuk dihapuskan di Rumah Sembelih Yang Diluluskan atau Rumah Sembelih Dilesenkan atau di fasiliti/premis yang dibenarkan oleh Pengarah DVS Negeri dan dijalankan di bawah pengawasan PBV.
  • PBV atau DVSN mengeluarkan notis arahan penghapusan ternakan kepada penternak yang terlibat. Rujuk APTVM: Penghapusan
  • SKV dan Permit pemindahan ternakan terjangkit LSD dikeluarkan kepada penternak sebelum ternakan dipindahkan ke rumah sembelih.
  • Karkas ternakan perlu diperiksa oleh Pegawai Pemeriksa Daging DVS untuk menentukan sama ada daging boleh dijual untuk dijadikan makanan manusia (dilupuskan secara separa) atau dilupus menyeluruh bergantung kepada keterukan lesi.
  • Keseluruhan karkas atau sebahagian karkas seperti kulit atau organ dalaman yang mempunyai lesi jangkitan LSD dan tidak sesuai untuk dijadikan makanan manusia hendaklah dilupuskan. Rujuk APTVM: Penghapusan.

BAYARAN PAMPASAN

  • Pembayaran pampasan dipertimbangkan ke atas ternakan terjangkit LSD setelah ternakan dihapuskan dan/atau dilupuskan.
  • Laporan Pegawai Pemeriksa Daging DVS diperlukan bagi menentukan kadar yang layak dibayar kepada pemilik ternakan yang dihapuskan dan/atau dilupuskan.
  • Kadar yang dibayar bergantung kepada sama ada pelupusan separa atau penuh dan mengikut kadar sedia ada (merujuk kelulusan MOF pada tahun 2011).
  • Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh PBV bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan.
  • KBK perlu memastikan dokumen yang lengkap dan menghantarnya kepada Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Rujuk APTVM: Pampasan


Penyakit Anaplasmosis

Kawalan Pemindahan Ternakan

  • AKP dan SKV yang dikeluarkan oleh DVS Negeri yang mengeluarkan ternakan mestilah mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam klausa 2.1 -2.3. (Rujuk APTVM Pengurusan Kebenaran Pindah Ternakan dan Produk Ternakan Antara Negeri di Malaysia)
  • Kumpulan ternakan yang ingin dipindah haruslah diasingkan dari gerompok ternakan yang lain selama 21 hari sebelum pemindahan dilakukan.


Penyakit Caseous Lymphadenitis (CLA)

Kawalan Pemindahan Ternakan

  • Pemindahan ternakan dari gerompok positif mestilah ternakan yang tidak menunjukkan tanda klinikal dan serologi negatif.
  • AKP dan SKV yang dikeluarkan oleh DVS Negeri yang mengeluarkan ternakan mestilah mematuhi syarat yang telah ditetapkan di atas. (Rujuk APTVM (20a(1): 2009 Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan dan Produk Haiwan Antara Negeri di Malaysia)

PANDUAN TAKAI

  • Kondem keseluruhan Lesi menyeluruh pada beberapa organ utama atau kondisi badan kurus kering
  • Kondem separa Lesi dan organ yang terlibat dibuang sekiranya skor badan >3 dan lesi setempat

PENGHAPUSAN DAN PELUPUSAN

  • Tindakan penghapusan dan pelupusan ternakan berpenyakit berpandukan kepada kriteria seperti di Lampiran 1 dan APTVM 22 (e): 1/2010) Penghapusan.
























Pemeriksaan denyut jantung (pulsus) dan nadi
Pemeriksaan kadar denyutan jantung adalah dengan meletakkan tapak tangan dan meraba dada di belakang hujung dari elbow dekat kaki depan kiri di posisikan kira-kira satu per tiga di depan kaki kanan pastu buat kiraan denyutan jantung.. kemudian tekan hujung jari periksa nadi samaada di pangkal leher atau pada femoral artery berdenyut nadi dan buat kiraan

Kadar nadi

Bagaimana Cara Pengambilan Contoh Spesimen
Seperti kita tahu,Makmal Diagnosa Veterinar diwujudkan untuk menjalankan perkhidmatan diagnosis Bakteriologi, Biologik, Hematologi & Biokimia Klinikal, Histopatologi, Serologi , Parasitologi, Post Mortem, Kesihatan Umum, dan Virologi..

Pemilihan specimen untuk dihantar kepada Makmal Diagnosa bergantung jenis penyakit yang disyaki dan juga dari tanda-tanda penyakit yang di tunjukkan oleh haiwan atau ternakan. Pada kebiasaannya, pemeriksaan post mortem tidak dapat memberi gambaran tentang penyakit sebenar. Dalam keadaan tersebut banyak specimen perlu dihantar supaya berbagai ujian dapat dijalankan bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan..






Pengambilan Semple Darah Ternakan

Pengambilan sample darah mengunakan Venoject tiub Pengambilan darah melalui vena ekor (coxygea).
Venoject tiub ada beberapa fungsi:
Tiub plain- Ujian Serologi/ Protozua
Tiub Heprin- Ujian Virologi
Trypsin ethylen diamin tetra acetic acid (EDTA)- Ujian Toksilogi dan ujian kehadiran parasit dalam darah


Ujian yang dijalankan
1.Hematoma
2.Kultur
3.Serologi

Spesimen yang diambil
1.Keseluruhan darah
2.Smear
3.Serum
4.Plasma



Ujian pada sample keseluruhan darah
1.Spesimen Virologi
2.Ujian hematology / Complete Blood Count ( CBC)
3.Diagnosis Protozoa darah / Thin Blood Smear
-Guna anti Coagulant (EDTA)
-Simpan dalam bekas sejuk
-Jangan dingin beku


Ujian sample serum
-Bagi ujian spesimen Serologi
-Guna Plain Tube biarkan darah Clot ( beku)
-Minima 1 ml
-Masukkan darah beku dalam bekas dan dihantar dalam keadaan sejuk
-Centrifuge dan asingkan darah beku dari serum dalam keadaan dingin beku


Ujian bagi sample Smear
-Tujuan mengesan Protozoa dalam darah
-Smear diatas Slide Microskop
-Keadaan kering dan dengan methanol

Pengambilan Semple Rembesan / cecair lelehan Ternakan
Ujian yang dijalankan adalah Bakterialogi
Cara pengambilan semple dari cecair lelehan adalah
1.Gunakan swab kapas dibasah dengan medium perantaraan
2.Hantar ke makmal pada suhu 4° C



Pengambilan Semple Tinja  Ternakan
Ujian yang dijalankan
1.Parasitologi
2.Virologi
3.Bakterialogi
Cara pengambilan spesimen tinja adalah 
-Spesimen tinja perlulah segar baru diambil, anggaran 10grm
-Kaedah rectal pinch untuk ujian bakterialogi bagi penyakit Johnes dan Salmonela
-Hantar bungkusan dalam ais 5° C kemakmal dalam masa 24 jam



Pengambilan Semple kulit ternakan
Ujian yang dijalankan adalah Bakterialogi 
Ujian kultur bakteria
Cara pengambilan semple kulit
1.Kikisan lesi (bahagian abnormal)
2.Ambil cecair Vesicular
3.Simpan dalam keadaan sejuk
4.Juga boleh digunakan untuk diagnosis penyakit FMD


Pengambilan Semple Urin/ air kencing Ternakan
Ujian yang dijalankan
1.Parasitologi
2.Bakterialogi
Cara pengambilan semple urin
1.Gunakan bekas yang disteril
2.Simpan dalam keadaan sejuk
3.Dapatkan sekurang-kurangnya 2mg/100ml toluene atau 5ml
4.Boleh gunakan Chloroform boleh digunakan sebagai pengawet


Pengambilan Semple Susu Ternakan
Ujian yang dijalankan ialah Bakterialogi
Cara pengambilan spesimen susu adalah
1.Cuci ambing susu ternakan dan asingkan aliran pertama
2.Dapatkan sekurang-kurangnya 10ml susu
3.Simpan dalam keadaan sejuk
4.Hantar secepat mungkin