PEMBERIAN
TANDA (EAR NOTCHING)
Kacip pada telinga (ear notching) ialah teknik pengenalan haiwan yang dibuat pada telinga haiwan untuk membuktikan hak milik dengan mengacip bahagian tertentu pada cuping telinga. Kebaikan kaedah ini adalah, ianya kekal, cepat dan murah. Setiap penandaan ditentukan oleh kod yang telah ditetapkan yang melambangkan nombor kelompok dan nombor individu atau kod ladang.
Notching dilakukan
pada anak babi berumur 5 hari atau bersamaan dengan pemotongan gigi
Enakmen Penternakan Babi 2020 (Pulau Pinang)
Prosedur kacip pada telinga (ear notching)
- Bahagian kepala ternakan perlu dikekang dengan kemas
- Pengacip perlulah dalam keadaan tajam agar cuping telinga tidak terkoyak. (3/16 hingga 1/4-inch-deep)
- Pengacip perlu di nyahkuman selepas setiap kali proses mengacip.
- Setiap kacipan perlu dibuat pantas dan kemas.
- Pemerhatian perlu dibuat ke atas ternakan selepas beberepa jam dikacip untuk memastikan sebarang luka pada telinga di rawat
- Nombor kod kelopok dan nombor individu perlu dikenalpasti sebelum mengacip telinga.
Merujuk pada
PROTOKOL VETERINAR MALAYSIA African Swine Fever No. Dokumentasi: PVM 5(1):1/2020
Selaras dengan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) berkenaan
penyakit ASF bahawa kawalan pergerakan atau pemindahan dapat mengurangkan
risiko kemasukan virus berkenaan.
Negeri sumber perlu memastikan ternakan babi yang
akan dipindahkan bebas penyakit terutama penyakit berjangkit ASF melalui ujian
makmal dan survelan klinikal yang dijalankan oleh DVS.
Seterusnya, pihak terbabit perlu menyediakan borang
permohonan deklarasi status Kesihatan haiwan (babi) yang dilengkapkan oleh veterinawan
swasta/ladang atau pemilik haiwan/produk haiwan/premis, mempunyai kod ladang
babi dan melampirkan lakaran ear notching.
Ladang
perlu mempunyai kod ladang dan melampirkan lakaran ear notch di dalam permohonan.
Penternak perlu memastikan “ Ear Nocth” adalah tepat dan jelas serta boleh
dibaca pada lakaran dan ternakan tersebut.
Perkara lain yang hendaklah dipastikan ialah bilangan
ternakan yang dipindahkan adalah sama seperti bilangan di dalam permit, nombor
kenderaan yang membawa ternakan adalah sama seperti di dalam permit pindah
serta tidak dikongsi dengan ladang lain.
Tanda Cacah (Tatto Slaps Mark)
Teknik pengenalan haiwan dengan memasukkan dakwat ke bawah permukaan kulit menggunakan jarum atau alat yang tertentu.
Prosedur tanda cacah
- Ternakan perlu dikekang dengan kemas.
- Kenalpasti lokasi tanda cacah di punggung / peha hadapan. Elakkan kawasan yang berlekuk dan bersalur darah.
- Sapukan dakwat cacah yang bersesuaian pada lokasi yang hendak di tanda.
- Pastikan angka yang akan dicacah disusun dengan betul. Tekapkan alat pencacah pada bahagian berseuaian
- Nombor ladang atau nombor individu yang ingin dicacah pada telinga perlu dipastikan sebelum mencacah.