Wednesday, July 12, 2023

PENSIJILAN HALAL RUMAH SEMBELIHAN


PENSIJILAN HALAL RUMAH SEMBELIHAN

Pensijilan halal khususnya rumah sembelihan adalah satu proses bagi memperakui serta mengesahkan kehalalan produk sembelihan yang dihasilkan. Proses ini dijalankan bagi mengesahkan produk yang dikeluarkan telah memenuhi kehendak jaminan kualiti, perundangan berkaitan kualiti yang ditetapkan, serta syarat-syarat minimum prestasi selain daripada aspek halal

Pensijilan Halal Rumah Sembelihan adalah  skim pensijilan yang dibuka kepada pengusaha produk sembelihan dalam negara untuk mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor  adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal kepada pengusaha produk makanan dan barang gunaan orang Islam, premis makanan dan rumah sembelih setelah memenuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Negeri Johor  

Pengeluaran Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Malaysian Standard (MS) 1500:2004 Makanan Halal - Pengeluaran, Pengendalilan dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

DEFINISI

HALAL

Halal berasal daripada kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

PENYEMBELIHAN

Penyembelihan bermaksud mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan saluran pernafasan (halkum), saluran makanan (mari’) dan kedua-dua urat darah karotid dan jugular (wadajain) untuk mempercepatkan pengaliran keluar darah dan kematian haiwan dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

RUMAH SEMBELIH

Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan memproses binatang secara komersil.

SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA

Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah dokumen rasmi yang menyatakan status halal bagi sesuatu produk dan/ atau perkhidmatan berdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa.

 Asas Pensijilan hendaklah mematuhi:

  1. MS1500: 2009 Makanan Halal - Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum (Semakan Kedua)
  2. Malaysia Protocol for Halal Meat and Poultry Productions; 40
  3. Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  4. Animal Rules 1962, Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 atau Ordinance Sabah Slaughterhouse Rules 2004 (Sabah) atau Veterinary Public Health Ordinance, 1999 (Sarawak)
  5. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  6. Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  7. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri
  8. lain-lain peraturan dan garis panduan berkaitan.

Syarat- Syarat Memohon Bagi Kategori Rumah Sembelihan

  1. Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  2. Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Mempunyai sekurang- kurangnya 2 orang pekerja Islam di bahagian pengeluaran.
  4. Pengeluar/Pengilang/Syarikat hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
  5. Mempunyai sijil tauliah penyembelih yang masih sah bagi penyembelih dan ' checker '.

Dokumen Yang Perlu Disertakan

Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut :

  1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat yang disahkan.
  2. Salinan lesen operasi dari Pihak Berkuasa Tempatan yang disahkan.
  3. Salinan Penyata Kewangan syarikat tahun sebelumnya.
  4. Salinan kad pengenalan 2 ( dua ) orang pekerja tetap beragama Islam warganegara Malaysia serta surat perlantikan sebagai pekerja di syarikat berkenaan.
  5. Salinan sijil halal bagi ramuan yang digunakan (jika berkenaan).
  6. Salinan permit impot bagi bahan mentah berasaskan haiwan yang diimpot.
  7. Salinan surat kebenaran dari pihak berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi produk kesihatan/makanan kesihatan.
  8. Peta lokasi premis pengeluaran ( location-map ).
  9. Contoh label produk yang disahkan halal.

Pensijilan halal rumah sembelihan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu 

  1. kategori  Besar 
  2. kategori Sederhana 
  3. kategori  Besar 

KATEGORI BESAR & SEDERHANA  Pemohon hendaklah:

1) Mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman (JkHD)

  • Merujuk kepada HAS 2011
  • Keahlian adalah termasuk pemeriksa halal Muslim (Muslim halal checker)/ penyembelih bertauliah.

2) Melantik seorang Eksekutif Halal/ penyelia halal Muslim;

3) Melantik minima seorang pemeriksa halal Muslim (Muslim halal checker);

  • Hendaklah mempunyai sijil/ kad tauliah penyembelih daripada MAIN/ JAIN, bertugas sepanjang masa semasa penyembelihan dijalankan dan menghadiri kursus berkaitan penyembelihan halal.

4) Melantik minima dua orang penyembelih Muslim.

  • Jumlah keseluruhan penyembelih hendaklah bersesuaian dengan jumlah sembelihan;
  • Hendaklah mempunyai sijil/ kad tauliah penyembelihan daripada MAIN/ JAIN, bertugas sepanjang masa penyembelihan dijalankan dan menghadiri kursus berkaitan penyembelihan halal.

5) Mewujudkan Sistem Jaminan Halal dengan merujuk kepada HAS 2011


KATEGORI KECIL Pemohon hendaklah:

1) Melantik minima dua orang penyembelih Muslim.

  • Jumlah keseluruhan penyembelih hendaklah bersesuaian dengan jumlah sembelihan

2) Mempunyai sijil/ kad tauliah penyembelihan oleh MAIN/ JAIN, bertugas sepanjang masa semasa penyembelihan dijalankan dan menghadiri kursus berkaitan penyembelihan halal;

3) Melantik minima seorang pemeriksa halal Muslim (Muslim halal checker)


Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD) 
Komiti yang dilantik secara rasmi dan bertulis oleh pengurusan tertinggi syarikat yang bertanggungjawab membangun, melaksana, memantau dan mengawal keberkesanan pelaksanaan Has Review (HAS) serta pematuhan terhadap keperluan Pensijilan Halal Malaysia. 

Maksudnya disini adalah Management mempunyai kuasa authority untuk meluluskan sesuatu sistem Jaminan Halal dalam syarikat.



HALAL ASSURANCE SYSTEM ( SISTEM JAMINAN HALAL)
Halal Assurance System/ Sistem Jaminan Halal yang  menguruskan Industri Besar dan Industri Sederhana yang bertujuan mekanisma kawalan  dalam syarikat untuk mengawal, memperbaiki, mengelakkan dan mengenalpasti ketidakakuran yang muncul dalam menghasilkan produk halal. Bagi Objektif HAS adalah untuk menentukan langkah pencegahan dan tindakan pembetulan untuk meminimumkan, memerhatikan dan mengawal kemungkinan ketidakpatuhan yang akan memberi kesan kepada status halal produk atau perkihdmatan.


1) Mesyuarat Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee Meeting)
  • Sekurang-kurangnya setahun 2 kali
  • Perlu di kemaskini / update sebarang isu yang timbul bagi menambahbaik sistem operasi yang ada di syarikat. Mesyuarat perlu diminitkan, simpan dalam fail.
  • Pegawai Audit JAKIM akan semak fail tersebut. Rekod berkaitan kawalan bahan mentah hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.

2) Dokumentasi
  • Syarikat perlu pastikan SOP bagi production makanan turut merangkumi konsep Halal. SOP tersebut mestilah disahkan oleh Pengurus.
  • Bahagian purchasing perlu pastikan setiap bahan ramuan yang dibeli dari supplier kena dilampirkan sijil Halal.
3) Langkah kawalan (Control Measure)
  • Pihak syarikat mempunyai sistem kawalan untuk mengasingkan produk yang Halal dan yang tak Halal.

4) Tindakan pembetulan (Corrective Action)
  • Tindakan pembetulan juga perlu dilakukan dan dicatitkan setiap kali ianya berlaku.
  • Laporan dan tindakan pembetulan perlu dibuat bagi mengelakkan kejadian tersebut tidak berlaku lagi.
6) Ketidakpatuhan (Non Compliance)
  • Pihak Syarikat perlu pastikan setiap pekerja kena mematuhi peraturan Halal syarikat.
7) Pencemaran (Contamination)
  • Pihak Syarikat perlu memastikan kawasan mana boleh berlaku pencemaran kepada produk. Lori yang digunakan untuk hantar barang perlu pastikan dalam keadaan bersih dan tidak bercampur dengan barang tidak Halal.
8) Kobolehkesanan (Traceability)
  • Setiap bahan ramuan itu perlu di rekodkan bila bahan ramuan itu dibeli, digunakan dan bila bahan ramuan itu akan expired. Supaya boleh trace balik bahan ramuan yang digunakan.
9) Titik Kawalan Halal (Halal Critical Point)
  • Setiap Titik Kawalan Halal (Halal Critical Point) yang dikenalpasti pula perlulah disediakan langkah-langkah kawalan dan penyeliaan bagi memastikan tiada bahan yang tidak Halal diterima sepanjang operasi harian.
10) Penentusahan (Verification)
  • Perlulah mendapat approval / Pengesahan dan persetujuan dari Pengurus bagi sebarang perkara yang perlu ditambah atau diubahsuai dalam Sistem Jaminan Halal Syarikat.

11) Latihan
  • Ahli JKHD hendaklah diberikan latihan kompetensi halal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali bagi pemahaman terhadap keperluan Pensijilan Halal Malaysia 
Titik Kawalan Kawasan Sembelihan 
Titik Kawalan Kritikal Halal merupakan bahagian yang berisiko untuk berlakunya ketidakakuran/pencemaran dalam proses sembelihan. Pihak Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia telah mengemukan seperti berikut:


KEPEERLUAN LAIN

 i. Rumah sembelih

  • Bersih dan mematuhi kriteria kebersihan pihak berkuasa bertauliah yang bertanggungjawab; 
  • Berasingan daripada rumah kediaman/ penginapan pekerja.

ii. Haiwan

  • Haiwan yang halal;
  • Bernyawa atau diyakini masih bernyawa (hayatmustaqirrah) ketika penyembelihan dilakukan; 
  • Sihat dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa bertauliah yang berkenaan.

iii. Penyembelih

  • Seorang Islam yang waras, baligh dan mengamalkan ajaran Islam;
  • Mempunyai pemahaman dan pengetahuan mengenai peraturan dan syarat penyembelihan halal; 
  • Mempunyai sijil/ kad tauliah penyembelihan halal yang masih sah laku daripada MAIN/ JAIN; dan d. pertukaran penyembelih hendaklah dilakukan setelah sembelihan mencapai  maksimum 25 ekor bagi ruminan.

 iv. Alat sembelihan

  • Aliran, alat dan kelengkapan penyembelihan hendaklah dikhaskan untuk penyembelihan halal sahaja;
  • Pisau atau mata pisau yang digunakan hendaklah tajam dan bersih daripada najis, darah dan kotoran lain;
  • Pisau hendaklah mencukupi dan tidak diperbuat daripada tulang, kuku dan gigi;
  • Pisau atau mata pisau yang digunakan hendaklah dibersihkan menggunakan air yang mengalir;
  • Penggunaan kejutan elektrik (stunning) tertakluk kepada MS1500: 2009 dan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri;
  • Parameter untuk kejutan elektrik (stunning) hendaklah menepati keperluan MS1500: 2009 dan mempunyai mekanisma kawalan yang bersesuaian.

v. Pemeriksa Halal Muslim (Muslim Halal Checker)

  • Seorang Islam yang waras, baligh dan mengamalkan ajaran Islam;
  • Mempunyai sijil/ kad tauliah penyembelihan halal yang masih sah laku daripada MAIN/ JAIN;
  • Mempunyai pemahaman dan pengetahuan mengenai peraturan dan syarat penyembelihan halal; d. bertugas sepanjang masa penyembelihan dijalankan; dan e. menghadiri kursus berkaitan penyembelihan halal

f. Membuat penelitian terhadap haiwan yang disembelih

  • Haiwan yang hendak disembelih mestilah bernyawa atau diyakini masih bernyawa (hayat-mustaqirrah) ketika penyembelihan dilakukan;
  • Putus halkum;
  • Putus urat mari’;
  • Putus urat darah (wadajain);
  • Sempurna mati sebelum aktiviti pemprosesan selanjutnya. 

g. Pengendalian

  • Haiwan yang disembelih menggunakan kaedah konvensional hendaklah dikendalikan dengan baik; 
  • Haiwan yang tidak sempurna sembelihan mengikut Hukum Syarak hendaklah diasingkan dan dilabelkan sebagai tidak halal;
  • Penyembelihan hendaklah dilakukan hanya sekali;
  • Pergerakan pisau yang berulang-ulang semasa penyembelihan dibenarkan asalkan pisau yang digunakan itu tidak diangkat semasa penyembelihan;
  • Haiwan yang disembelih tidak dilonggokkan atau bertindihan bagi mengelakkan haiwan tersebut mati disebabkan kelemasan;
  • Penyembelihan hendaklah dilakukan bermula dengan memotong pada bahagian leher di bawah biji halqum bagi haiwan berleher pendek dan selepas biji halqum bagi haiwan yang berleher panjang; 
  • Tiada sebarang proses dilakukan selepas sembelihan sebelum haiwan tersebut benar-benar mati;
  • Sisa buangan hendaklah dikendalikan mengikut undang-undang berkaitan.

h. Rekod

  • Mempunyai Sijil Pemeriksaan Veterinar/ surat perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar; 
  • Mempunyai rekod-rekod berkaitan operasi penyembelihan;
  • Mempunyai rekod pemantauan penggunaan stunning (Eksekutif Halal perlu sentiasa mengambil sampel bagi verifikasi kadar voltan).

Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal

  • Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya.
  • Penggunaan Sijil Pengesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini.
  • Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis clan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan clan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu kepada Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor  secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
  • Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor  
  • Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Garis Panduan" yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dari segi syarak.
  • Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan mengguna Logo Halal (seperti yang terdapat di sijil berkenaan) pada barangan atau premis berkenaan.
  • Sijil Pengesahan Halal yang asal perlukan dipamerkan.
  • Penggunaan logo perlu disertai dengan Nombor Rujukan.


Permohonan melalui sistem MYeHalal

Sistem MyeHalal merupakan satu sistem yang menguruskan permohonan sijil Halal Malaysia . Sistem ini digunapakai oleh semua Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia


Permohonan sijil halal boleh dibuat terus ke portal MyeHalal.

LANGKAH PERTAMA.

  1. Pergi ke website Jakim > halal.gov.my. ( http://sistem.halal.gov.my/myehalal )
  2. Selepas itu; scroll ke bawah dan klik pada “System MyeHalal”.
  3. Kemudian; klik pada “Domestic”.
  4. Klik “Pendaftaran Akaun Syarikat”. Selepas itu, klik “Setuju” untuk Terma dan Polisi Perkhidmatan.
  5. Mula isi butiran syarikat/perniagaan anda.

LANGKAH KEDUA.

  1. Selepas anda selesai daftar; anda perlu tunggu pengesahan pendaftaran (Jakim panggil ini sebagai pengesahan akaun pengguna).
  2. Jakim maklumkan proses ini akan mengambil masa tidak lebih dari 24 jam.

LANGKAH KETIGA.

  1. Anda akan dimaklumkan oleh Jakim untuk hantar dokumen berkaitan dalam tempoh 5 hari bekerja.
  2. Setelah Jakim puas hati dengan semua dokumen dan info yang anda berikan; Jakim akan beritahu anda buat bayaran pemprosesan. Bayaran ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Ada 2 jenis fi yang perlu dibayar, iaitu:

Fi Pemprosesan.

  • Fi pemprosesan adalah  RM20 

Fi Pensijilan.

  • Untuk permohonan sijil halal mengikut  kategori Rumah Sembelih, fi pensijilan yang dikenakan ialah RM 100 setahun.

LANGKAH KEEMPAT.

  1. Tunggu makluman audit dari Jakim.
  2. Jakim mungkin akan maklumkan anda satu audit akan dibuat pada premis anda.
  3. Jika audit diperlukan dan perlu tunggu “Laporan Audit Lapangan” dari Jakim.

LANGKAH KELIMA.

  1. Jakim akan bentangkan permohonan anda ke Panel Pengesahan Halal Malaysia DAN jika lulus anda akan terima sijil halal untuk syarikat anda.

Pembaharuan Sijil

Permohonan pembaharuan Sijil Halal hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil sedia ada berserta borang dan dokumen yang lengkap.

Cara Semakan Status Halal Premis Rumah Sembelih secara On line

Portal Halal Malaysia ini dikelola dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi portal ini dipercayai dan boleh digunapakai untuk buat rujukan berkaitan status halal sesebuah produk atau premis Rumah Sembelih.

Langkah ini pastinya sangat penting terutamanya mereka yang beragama Islam. Ini kerana mencari yang halal itu adalah fardhu atau wajib. Sumber makanan daripada haiwan merupakan sumber yang kritikal dari aspek status halal. Dalam masa yang sama, sumber daripada haiwan adalah sumber makanan utama yang menjadi pilihan masyarakat. Sehubungan itu, masyarakat Islam perlu bijak & prihatin memastikan sumber makanan daripada haiwan terutama ayam dan daging, adalah yang telah disahkan halal.

Ikuti langkah mudah untuk semak status halal produk atau premis Rumah Sembelih secara online melalui Portal Rasmi Halal Malaysia.

Cara Semak Status Halal 

Langkah 1 :

Pergi ke Portal Halal Malaysia dengan Klik - http://www.halal.gov.my/.../direktori-halal/direktori-halal


Langkah 2 :

Kemudian pilih negeri tempat anda tinggal



Langkah 3 : 

Kemudian pilih kategori yang berkaitan (Rumah Sembelihan)

Langkah 5 :

Jika tidak keluar carian anda. Anda juga boleh semak melalui kategori yang disediakan pada bahagian Kategori/Skim

Akan dipaparkan nama premis Rumah Sembelihan tersebut beserta tarikh luput sijil halal.