Friday, June 30, 2023

PUSAT SEMBELIHAN BAHAGIAN KHINZIR



























Merujuk pada 

Arahan Prosedur Tetap Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan, Hasil dan Produk Haiwan Dalam Negeri Di Malaysia  No. Dokumentasi: APTVM (20a(1):2009)

Mengikut Perintah 4(1)(a) Perintah Haiwan Kawalan dan Pembasmian Penyakit 2003 bersama Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 (Akta 647). 
"Mana - mana orang  adalah dilarang memindahkan ke dalam atau keluar daripada mana-mana kawasan tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM15,000"



1)  AKUAN KEBENARAN PINDAH KELUAR –AKPK – ANTARA DAERAH
NEGERI PERAK  > NEGERI  JOHOR  

  1. Bagi permohonan Permit Kebenaran Pindah Ternakan Antara Negeri hendaklah dibuat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah di lokasi asal.(PVD KAMPAR, PERAk)
  2. Bagi sesetengah DVS negeri ada yang menggunakan E-SKV yang mana menjanakan Permit AKPK berserta Sijil Kesihatan Veterinar (SKV). 

Deklarasi Status Haiwan (Ruminan)

  1. Setiap konsigmen dari luar negeri perlu disertakan dengan Deklarasi Kesihatan oleh veterinawan ladang



Permit Kebenaran Masuk Ternakan Antara Negeri

  1. Sekiranya merentasi negeri, permohonan Permit Kebenaran Masuk Ternakan Antara Negeri perlu dibuat serentak dengan negeri penerima.
  2. Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima Daripada Negeri penerima ternakan.



2)  AKUAN KEBENARAN PINDAH KELUAR –AKPK – ANTARA DAERAH
DAERAH TANGKAK  > DAERAH JOHOR  BAHRU

 Akuan Kebenaran Pindah Antara Daerah (AKPK) 

  1. Untuk permohonan Permit Kebenaran Pindah  Antara  Daerah (AKPK) ianya bergantung kepada JPV negeri.
  2. Untuk dapatkan Permit AKPK perlu ada ID Premis. Tarikh, lokasi penerima beserta maklumat penerima, Tempat sembelihan dan Holding Yard hendaklah dinyatakan dengan lengkap (destinasi)  dalam permit



3)  AKUAN KEBENARAN PINDAH KELUAR –AKPK – DALAM DAERAH
DAERAH JOHOR BAHRU  > DAERAH JOHOR  BAHRU

















Kacip pada telinga (ear notching) ialah teknik pengenalan haiwan yang dibuat pada telinga haiwan untuk membuktikan hak milik dengan mengacip bahagian tertentu pada cuping telinga. Kebaikan kaedah ini adalah, ianya kekal, cepat dan murah. Setiap penandaan ditentukan oleh kod yang telah ditetapkan yang melambangkan nombor kelompok dan nombor individu atau kod ladang. 

Tanda Cacah (Tattoing)

Teknik pengenalan haiwan dengan memasukkan dakwat ke bawah permukaan kulit menggunakan jarum atau alat yang tertentu.