Saturday, December 31, 2022

MANUAL PERALATAN RUMAH PENYEMBELIHAN TEMPATAN / SWASTA

 PENGENALAN

Manual Rumah Penyembelihan Tempatan / Swasta ( Ruminan) ini adalah sebagai garis panduan kepada pengusaha rumah penyembelihan tempatan bagi ruminan yang berskala kecil yang merangkumi aspek kemudahan infrastruktur paling minimum yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen mengoperasikan Rumah Penyembelihan Tempatan / Swasta ( Ruminan).

Manual ini merujuk pada Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993.



FUNGSI

Memberi garis panduan kepada pengusaha yang terlibat dalam pengurusan premis penyembelihan tempatan bagi ternakan ruminan mengenai keperluan asas premis, peralatan/perkakasan serta kebersihan dan sanitasi dalam memastikan produk akhir yang dikeluarkan memenuhi keperluan minimum dan berkualiti serta selamat untuk dimakan.

SYARAT-SYARAT AM RUMAH PENYEMBELIHAN:

Skop manual meliputi pemilihan lokasi, pembinaan premis, keperluan peralatan/perkakasan, cara/kaedah pemerosesan mengikut kebersihan dan kesihatan awam veterinar (penerimaan ternakan hidup hingga pengedaran karkas), pencucian peralatan/perkakasan serta pengurusan bahan buangan dan sisa di premis penyembelihan tempatan bagi ternakan ruminan.

Klasifikasi mengikut perundangan : Jadual ketiga [Subkaedah 10 (2)] – Kategori IV

KEPERLUAN PELESENAN RUMAH PENYEMBELIHAN TEMPATAN

  1. Pemohon perlu memohon lesen rumah penyembelihan tempatan dari Bahagian Pembangunan Industri Hiliran, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya
  2. Pemohon perlu mempunyai lesen perniagaan yang sah
  3. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  4. Status tanah adalah hak milik persendirian, pajakan atau penyewaan yang sah
KEPENTINGAN KAJIAN PASARAN

  1. Mengenal pasti bakal pelanggan /memahami sasaran pelanggan semasa
  2. Faham tentang kehendak dan keperluan pelanggan
  3. Menentukan strategi pemasaran terbaik
  4. Mewujudkan daya maju produk atau perkhidmatan
  5. Mengurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan
  6. Memastikan syarikat anda mendahului pesaing
  7. Mengenal pasti arah aliran pasaran semasa
  8. Mengenal pasti ancaman dan peluang

LOKASI RUMAH PENYEMBELIHAN DAN KEMUDAHAN ASAS YANG PERLU ADA

Lokasi Rumah Penyembelihan haruslah berada di kawasan perindustrian.

Pastikan jarak minima 200 meter pembinaan Rumah Penyembelihan Tempatan dari kawasan perumahan, sekolah, klinik, tempat ibadat dan public amneties seperti kawasan rekreasi, pasar dan tempat awam.

Bagi pembinaan Rumah Penyembelihan Khinzir adalah disyorkan dibina di kawasan yang jaraknya sekurang-kurangnya 5 kilometer dari kawasan perumahan penduduk Muslim.

Lokasi rumah sembelih  perlulah terletak sekurang-kurangnya 500m jauhnya dari kawasan simpanan tadahan air atau sungai

  • Lokasi rumah sembelih hendaklah didalam kawasan perindustrian.
  • Rumah sembelih hendaklah dilengkapi dengan sistem jalan yang sempurna, baik, kuat dan rata supaya air tidak bertakung.
  • Kawasan Rumah Penyembelihan haruslah mempunyai sistem keselamatan dengan mempunyai pagar  sekeliling dan pintu kawalan keluar masuk yang sempurna.
  • Rumah Penyembelihan juga perlu dihubungkan dengan sistem jalan yang sempurna 
  • Mengadakan bekalan air dari Syarikat / Jabatan Bekalan Air Negeri 
  • Mengadakan bekalan kuasa elektrik yang sempurna dan mencukupi dari Tenaga Nasional Berhad termasuk pemilik diharuskan mempunyai bekalan kuasa elektrik kecemasan  (Genarator / Genset)
  • Tahap bunyi bising yang dibenarkan ialah 60 decibel yang tercatit di sempadan premis dan 40 decibel yang tercatit di dalam  bangunan
Premis rumah sembelih perlu berpagar
Rumah sembelih hendaklah mempunyai sistem keselamatan dan pengawasan seperti pagar sekeliling dan pintu keluar-masuk kawalan serta lampu dan cermin keselamatan yang sempurna dan mencukupi ( security lighting and safety mirrors )

REKABENTUK DAN SUSUN ATUR BANGUNAN

Rekabentuk dan susun atur bangunan rumah sembelih perlu merujuk kepada pihak-pihak yang bersesuaian seperti pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Beberapa perkara perlu diambil kira seperti; Namun Ketinggian bangunan mestilah sekurang-kurangnya 15 kaki dari paras lantai..

Bangunan rumah sembelih  menghadap arah timur /barat

Bahan binaan

  • Bahan yang digunakan hendaklah dari jenis yang kukuh, sebaik-baiknya jenis konkrit atau kayu/papan yang teguh tidak mempengaruhi kualiti produk dan mudah diselenggara, dibersih dan dibasmi kuman. 
  • Saiz bangunan Saiz bangunan tidak ditetapkan. Walaubagaimana pun ianya hendaklah memenuhi ruang untuk pembahagian ruang operasi untuk mengasingkan Bahagian Kotor dari Bahagian Bersih (Clean To Dirty Area) serta mencukupi untuk kapasiti penyembelihan


Susun atur bangunan (lay-out plan)

Secara umumnya ruang yang perlu ada adalah seperti ruang penerimaan ternakan hidup, ruang penyembelihan /pendarahan, ruang eviserasi/pemeriksaan daging, ruang pemotongan, ruang penyimpanan (storage area) dan akhir sekali ruang pemunggahan (dispatch area)


Pelan lantai ialah suatu pelan yang menunjukkan saiz ruang dalaman, susun atur ruang-ruang, bahan kemasan lantai, kod jenis pintu dan tingkap, arah naik atau turun anak tangga, arah ayun pintu atau tingkap, bahan-bahan binaan ditunjukkan dengan menggunakan simbol-simbol piawaian lukisan, ketinggian lantai, dan garisan keratan.Kebiasaanya pelan lantai menggunakan skala 1 : 100. Antara skala-skala lain yang biasa digunakan untuk pelan lantai ialah 1 : 50 dan 1 : 200.

 Unit dimensi yang digunakan ialah milimeter (mm). Dimensi bagi panjang dan lebar bangunan itu serta bilik-biliknya hendaklah ditunjukkan. Perkara-perkara lain yang perlu ditunjukkan ialah dimensi bukaan tingkap, pintu dan liang udara (jika ada), garisan saliran kekal dengan anak panah yang menunjukkan arah saliran serta saiz parit dan longkang, nama bilik dan kegunaannya.



Kemudahan Minimum Infrastruktur
Premis mestilah bersesuaian dengan kapasiti penyembelihan 10 ekor sehari sahaja.

1)Tempat penerimaan dan ruang rehat ternakan 
  1. Ramp ialah dimana tempat untuk menurunkan ternakan daripada kenderaan.
  2.  “Holding yard” adalah tempat lembu dikurung sebelum disembelih. 
  3.  Perlu disediakan tempat yang selesa, palung air dan bekas makanan ternakan.
  4. “Lairage” merupakan laluan ternakan yang hendak disembelih dari kandang/tempat penyimpanan (holding yard) untuk ke ruang penyembelihan
  5. Ternakan direhatkan sekurang-kurangnya 8 jam sebelum sembelih.
2)Tempat pemeriksaan Ante Mortem
  1. Merupakan tempat pegawai pemeriksa melakukan pemeriksaan ante mortem terhadap ternakan sebelum disembelih 
3) Ruang penyembelihan 
  1.  Ternakan mestilah disembelih oleh penyembelih yang bertauliah dan diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 
  2. Perlu mempunyai tiang untuk kekangan dan penyembelihan atau Jenis “Killing Box” jenis Mark 4 (untuk kekangan bagi penyembelihan ternakan dari Australia). 
  3.  Menyediakan kemudahan pensterilan pisau penyembelihan bagi memastikan pisau dan peralatan menyembelih berada dalam keadaan bersih. 
  4.  Mempunyai saliran darah berasingan dengan sisa pepejal untuk disalurkan ke dalam kolam kumbahan atau tangki takungan khas. 
4) Ruang pemprosesan karkas 
  1. Ruang melapah mestilah berada dalam keadaan bersih. 
  2. Kerja-kerja melapah kulit  dilakukan di atas “cradle” atau digantung terus pada railling
  3.  Kerja-kerja pemotongan (decapitation) kepala, kaki dan ekor juga dilakukan di ruang ini. 
  4.  Prosedur yang diterima pakai hendaklah tidak menyebabkan pencemaran silang. 
  5.  Kawasan pemprosesan hendaklah  menghalang daripada serangan lalat.
Ruang belah karkas
  1. Mempunyai peralatan untuk membelah karkas kepada dua bahagian dan seterusnya kepada 4 bahagian untuk ruminan besar. 
  2.  Mempunyai tempat untuk membersih dan pensterilan (> 82ºC) peralatan membelah karkas (splitting saw)
5) Ruang eviserasi 
  1. Kawasan eviserasi mestilah diasingkan daripada kawasan mengulit. 
  2.  Proses eviserasi dilakukan dengan mengeluarkan offal merah (jantung, peparu, hati,limpa, buah pinggang) dan offal putih (4 perut, usus kecil dan usus besar) 
  3.  Mempunyai kemudahan untuk mencuci dan bekas pensterilan untuk mensterilkan peralatan.
  4.  Mempunyai pengudaraan yang baik. 
  5.  Juga perlu disediakan kemudahan untuk pegawai pemeriksa veterinar memeriksa karkas tersebut. 
6) Ruang pemeriksaan post mortem 
  1. Mempunyai ruangan yang cukup untuk pegawai pemeriksa melakukan pemeriksaan post mortem dengan pencahayaan yang mencukupi (400 lux). 
  2.  Mempunyai peralatan untuk melakukan pemeriksaan post mortem. 
  3. Mempunyai bekas yang berlabel yang mencukupi untuk daging/organ yang kondem.
7) Ruang Deboning 
  1. Deboning adalah salah satu prosedur potongan dengan memisahkan antara daging dan tulang melaui cara manual atau penggunaan mesin nyahtulang
  2. Ruang untuk deboning karkas sebaiknya mempunyai suhu +10 oC.

8) Cold Room
  1. Pembekuan daging diperoleh dengan menurunkan suhu daging di bawah titik beku daging (< -1.5 oC). Pembekuan bertujuan untuk memperpanjang masa simpan daging Karkas / daging yang dibekukan pada suhu -18°C  hingga 0°C merupakan amalan terbaik untuk penyimpanan daging dan menghalang pertumbuhan ( Non Aktif) patogen berbahaya supaya jangka hayat produk lebih tahan lama disimpan.

9) Ruang serahan karkas/daging 
  1.  Semua kemudahan yang disediakan hendaklah tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk akhir.
10) Ruang Pengedaran
  1. Pengedaran daging beku dilakukan dengan menggunakan lori bonded yang dilengkapi penghawa dingin (suhu < -18 oC).

Lokasi Dan Deskripsi Peralatan Dan Mesin

Kemudahan dan peralatan  adalah seperti yang tersenarai di bawah:

  1. Satu unit peralatan  bucket ”restrainer”  sistem hidrolik Mark 4
  2. Lokasi dan keluasan kawasan penyembelihan serta pendarahan yang sesuai ialah 8 meter x 6 meter
  3. Rail pendarahan dibina dengan ketinggian 4.5 meter dari aras lantai
  4. Peralatan operasi penyembelihan  seperti  shackle, hoist, brisket saw, spliting saw, sterilizer, spreader,  hidrolik platform, pisau  operasi menyembelih dan lain-lain
  5. Kemudahan semburan air panas dengan suhu minima  82°C .
  6. Kemudahan  dan peralatan sanitari untuk pekerja  disediakan (pakaian, loker, kemudahan mencuci tangan, footbath, bilik persalinan dan peralatan penyembelihan yang sesuai)


Kawalan Keselamatan

  1. Keseluruhan abatoir dipagar dengan “Chain-Link” setinggi 6 kaki 

Kawalan Pencemaran

  1. Perlu mempunyai sistem saliran bahan buangan/longkang di kawasan “unloading” haiwan supaya air dapat disalirkan ke dalam takungan najis.
  2.  Mempunyai saluran perparitan bagi menyalurkan air sisa ke sistem kumbahan. 
  3. Bahan buangan yang mengandungi bahan-bahan pepejal hendaklah disalurkan melalui pemisah untuk mengekalkan keberkesanan sebelum pepejal kepada pelepasan efluen ini. 
  4. Sisa buangan termasuk bahan pepejal, darah dan lain-lain; perlu dikumpul dan dilupuskan setiap hari. Bekas pengumpulan tersebut perlu dibasuh dan dinyahkuman sebelum guna semula. 
  5.  Sekurang-kurangnya mempunyai dua (2) sistem kumbahan yang khusus iaitu: 
  •  Sisa darah dari tempat penyembelihan disalurkan ke kolam atau tangki takungan khas 
  •  Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan dari diatas.

ASAS REKABENTUK BINAAN DALAMAN

Rekabentuk bangunan mestilah yang membolehkan premis bebas dari makhluk perosak (lalat, burung liar, anjing,  kucing, tikus, lipas) serta kekotoran.

Adanya pemisahan ruang yang jelas secara fisik antara “Bahagian Bersih” dan “Bahagian Kotor”

1. Bahagian kotor 

  • Tempat pemingsanan, tempat pemotongan, tempat pengeluaran darah  
  • Tempat penyelesaian proses penyembelihan (pemisahan kepala, keempat kaki sampai tartus dan karpus, pengulitan, pengeluaran isi rongga dada dan perut)
  • Ruang untuk pembersihan perut / usus
  • Ruang untuk kepala dan kaki
  • Ruang untuk kulit
  • Tempat pemeriksaan Postmortem

2. Bahagian bersih

  • Tempat penimbangan karkas
  • Tempat keluar karkas
  • Ruang pendingin Chiller
  • Ruang pembeku Coolroom
  • Ruang pembahagian karkas / daging

PAPAN TANDA / SIGNBORD SYARIKAT 

Pemasangan dan pamer papan tanda / signboard syarikat  yang bersesuaian dengan Rumah Penyembelihan.

Signboard Permis

  1. Papan Tanda / signboard sebagai media iklan untuk membantu promosi perusahaan.
  2. Pasang  dan pamer papan tanda / signboard   yang bersesuaian dengan Rumah Penyembelihan.



Signboard Arah 
  1. Signboard arah bertindak sebagai penanda lokasi perniagaan
  2. Pemasangan dan pamer papan tanda / signboard arah yang jelas menuju ke Rumah Sembelih supaya pelanggan tahu adanya perkhidmatan Rumah Penyembelihan
Selain itu Pemasangan Papan Tanda Keselamatan Umum (Safety Sign) yang mudah difahami secara visual seperti larangan merokok, dilarang masuk tanpa urusan dan sebagainya yang diperlukan bagi memastikan kawasan kerja dalam keadaan selamat. 



Standard tentang papantanda keselamatan ini iaitu MS2558 dan 29 CFR 1910.145 (f) (3) adalah peraturan OSHA (Occupational Safety and Health Act) Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dibawah seksyen 15 ( Tanggungjawab Majikan) menggariskan bila dan di mana tanda-tanda harus diletakkan di dalam suatu premis. Safety Sign perlu diletakkan "sedekat mungkin dengan selamat" pada menyatakan kawasan bahaya yang berhampiran.

Mengenali jenis-jenis tanda-tanda keselamatan Standard yang telah ditetapkan oleh pihak OSHA dan ANSI telah menetapkan tiga klasifikasi keparahan utama untuk tanda-tanda keselamatan. Ia adalah Danger sign, warning sign dan caution sign berdasarkan keterukan bahaya yang ada atau kemungkinan ia berlaku.

Begitu juga pemasangan papan tanda kadar caj penyembelihan dan caj perkhidmatan lain yang di sediakan, Waktu mula dan tutup operasi permis  dan papan tanda SOP di rumah sembelih  supaya pelangan lebih maklum dan peka tentang perkara tersebut.


DINDING DALAMAN ( INTERNAL WALL)

Dinding bahagian dalam haruslah rata berwarna cerah / terang  dan paling kurang setinggi 3 meter terbuat dari bahan kalis air,  tahan terhadap hentakan benda keras mudah dibersihkan dan didesinfeksi serta tidak mudah mengelupas / tidak terhakis

Sudut pertemuan antara dinding dengan dinding harus berbentuk lengkung  25 mm.

Diperbuat daripada bahan kalis air dan dalam  keadaan sempurna (tidak pecah dan retak)

• Samada konkrit atau jenis panel

• Tidak menyerap kelembapan atau berkeruping

• Penggunaan cat tidak dibenarkan

• Dinding jubin (tiles) tidak digalakkan

• Setiap sudut berlekuk (cove / curb)


Dinding Luar /Dalaman

Bahagian Luar

       - Dinding batu sepenuhnya

       - Spara Batu Spara Zink

       - Dinding PU

Bahagian Dalam

      - Dinding Batu bermozek

      - Spara Batu Spara Zink

      - Dinding PU



LANTAI 

Diperbuat daripada bahan tidak serap air, tahan hakisan, bewarna cerah, mudah dicuci, kecerunan permukaan adalah sempurna bagi mengelak kawasan bertakung.

Permukaan lantai harus rata, tidak bergelombang, tidak ada celah atau lubang. Jika lantai terbuat dari jubin, maka jarak antara jubin diatur sedekat mungkin dan celah antara jubin harus ditutup dengan bahan kedap air

Sudut pertemuan antara dinding dengan lantai harus berbentuk lengkung 75 mm. 

Konkrit (hardener)

• Jubin (tiles) tidak digalakkan

• Tidak licin /Tidak bertakung air

• Ada gredien ( condong ke longkang)

• Mudah dibersih / dibasmi kuman


Perlu diadakan pemisahan ruang yang jelas secara fisik antara “Bahagian Bersih” dan “Bahagian Kotor”

  1. Lantai Merah – Bahagian Kotor
  2. Lantai Hijau – Bahagian Bersih

BUMBUNG

Jenis yang tidak mudah bocor, tidak serap air dan kukuh


SILING

Sekurang-kurang 4 meter tinggi dari aras lantai dan bahan tidak serap air


• 13 kaki dari paras lantai disemua bahagian

• Tidak - menyerap kelembapan / bertoksid / berkeruping

• Jenis panel digalakkan

• Mudah dibersihkan (tiada kondensasi)



STERILISER DAN TEMPAT CUCI TANGAN 

 • Khusus untuk membersihkan / mensteril tangan dan peralatan loji

• Suhu steriliser 82ºC



• Sumber air bersih samada air kerajaan mahupun air dari loji rawatan air yang memenuhi standard.

Jumlah pengunaan air dianggarkan untuk ruminan 1000 liter untuk setiap 1 ekor



Tangki 2000 liter diperlukan sebagai takungan untuk simpanan semasa air perlahan atau tiada manakala pam untuk kuatkan tekanan air ke dalam rumah sembelih

H max ialah Berapa jauh kadar aliran minimum air yang boleh dihantar oleh pum. Kebiasaannya 15 meter hingga 35 meter panjang paip mendatar.

PINTU LALUAN

Pintu jenis rata dan daripada bahan tidak memerangkap kotoran

Tidak menyerap kelembapan dan berkeruping contoh jenis panel atau plastik heavy duty

• Mudah dibersihkan

• Boleh tutup dengan sendiri

• Engsel tahan karat

TINGKAP

Tidak digalakkan mempunyai tingkap untuk mengelak kemasukan haiwan perosak. Ruang terbuka perlu dipasang jaring penghadang



• Tidak digalakkan dalam bangunan

• Tingkap/bukaan di antara setiap bahagian dibenarkan (tujuan pemindahan produk dari satu tempat ke satu tempat)

• Diperbuat dari bahan bukan kaca

PENGUDARAAN  (VENTILASI)

• Ventilasi secara semula jadi atau pun penggunaan pendingin hawa




PENCAHAYAAN  (LIGHTING)

Pencahayaan yang mencukupi (minimum 200 lux) diperlukan bagi kawasan penerimaan ternakan. Kawasan penyembelihan dan evesirasi perlu lebih pencahayaan memandangkan terdapat elemen pemeriksaan dan post mortem


Bulb’ yang dipasang haruslah selamat dan berpelindung, bagi mencegah pencemaran andainya berlaku ‘bulb’ pecah

• Semua lampu perlu berpenutup

• 200 lux – stunning/slaughtering /bleeding/defeathering

• 220 lux - stor produk / simpanan , bilik sejuk beku

• 400 lux – ruang eviserasi, ruang pemotongan daging

• 600 lux – pemeriksaan daging

KEMUDAHAN KANDANG TERNAKAN 

Tempat penerimaan dan ruang rehat ternakan perlu mempunyai ramp, holding yard (tempat yang selesa, palung air dan  bekas makanan) dan lairage . Keluasan yang sesuai adalah 1.7m² bagi setiap seekor ruminan besar

Keluasan Ruang Kandang Mengikut Bilangan Lembu:

BILANGAN LEMBU

KELUASAN RUANG KANDANG

10 ekor

20’ X 16’

30 ekor

60’ X 16’ / 30’ X 32’

50 ekor

100’ X 16’ /50’ X 32’

100 ekor

200’ X 16’ /100’ X 32’

Bangunan kandang simpanan sementara atau kandang istirahat paling kurang berjarak 10 meter dari bangunan utama.







Dilengkapi dengan fasilitas untuk menurunkan ternakan (loading) dari atas kenderaan supaya ternakan tidak cedera akibat melompat atau tergelincir.

Ketinggian tempat penurunan (loding) ternakan harus disesuaikan dengan ketinggian kenderaan / lori

Lantai dari tempat penurunan ternakan sampai kandang simpanan harus tidak licin bagi mengelakan ternakan tercedera

Kandang Simpanan harus memenuhi aspek kesejahteraan haiwan (animal welfare)

Terdapat lorong ternakan (lairage) dari kandang menuju tempat penyembelihan, dilengkapi dengan pagar yang kuat di kedua sisinya dan lebarnya hanya cukup untuk satu ekor, sehingga ternakan tidak dapat berpusing kembali ke kandang.

RUANG PENYEMBELIHAN

Ternakan disembelih oleh penyembelih bertauliah dan diperakui JAIN atau JAKIM. Mempunyai tiang atau kotak kekangan (Mark1 / Mark 4)  dan kemudahan pensterilan pisau.



 Saliran darah adalah berasingan  dengan sisa pepejal untuk disalurkan ke kolam kumbahan atau tangki takungan khas
.


Menghadap Arah Kiblat adalah salah satu daripada syarat sah sholat. Ia juga berkait rapat dengan beberapa tuntutan wajib dan sunat dalam Islam seperti penyembelihan,  pengebumian jenazah dan sebagainya.

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan arah kiblat, ia termasuk dalam perkara hukum yang terletak di bawah bidang kuasa Mufti Kerajaan Negeri.

Jabatan Mufti Johor merupakan satu-satunya pihak yang berautoriti untuk melakukan penentuan dan semakan arah kiblat dalam Negeri Johor.

Permohonan Arah Kiblat boleh melayari

https://mufti.johor.gov.my/perkhidmatan/e-kiblat/

https://said.johor.gov.my/perkhidmatan/permohonan_kiblat.php

RUANG PEMPROSESAN KARKAS

Ruang Melapah 

  • Mestilah berada dalam keadaan bersih dan kerja melapah kulit dilakukan di atas cradle.

Cradle digunakan untuk memastikan karkas yang telah di sembelih tidak menyentuh lantai

  •  Bagi yang melapah mengunakan railing pengunaan Chain Hoist yang bersesuaian adalah amat diperlukan bagi mengangkat beban karkas .

Railing diperlukan bagi memudahan karkas dipindah dari satu tempat ke tempat lain. 



  1.  Ruang melapah mestilah berada dalam keadaan bersih.
  2.  Kerja-kerja melapah kulit akan dilakukan di atas “cradle” atau meja tersebut. 
  3.  Kerja pemotongan (decapitation) kepala, kaki dan ekor juga dilakukan di ruang ini.
  4.  Prosedur yang diterima pakai hendaklah tidak menyebabkan pencemaran silang.
  5.  Ruang penyimpanan hendaklah mencukupi berasingan dari kawasan pengendalian 

Ruang Eviserasi 

  • Ruang Eviserasi mestilah diasingkan dari kawasan mengulit dan mempunyai kemudahan mencuci dan pensterilan

  1. Kawasan eviserasi mestilah diasingkan daripada kawasan mengulit.
  2. Proses eviserasi  offal merah (jantung, peparu, hati,limpa, buah pinggang)
  3. Proses eviserasi  offal putih (4 perut, usus kecil dan usus besar)
  4.  Mempunyai kemudahan pencucian dan bekas pensterilan peralatan.
  5.  Mempunyai pengudaraan yang baik.
  6.  Perlu disediakan kemudahan untuk pegawai pemeriksa veterinar memeriksa karkas 

  • Pengunaan meja tempat cucian perut dan manual Eurobin Offal washing  diperbuat dari material  Stainless Steel  bagi memudahkan pembersihan lemak-lemak yang melekat dan tahan karat.

  • Pengunaan meja tempat cucian perut juga boleh dibuat dari material batu dan bermozek


  • Pengunaan Stomach Washing Machine amat memudahkan kerja-kerja pembersihan offal.

Ruang Belah Karkas 

Ruang proses di bahagian Deboning room dan pembahagian atau pemotongan daging (cutting room) harus kekal pada suhu kurang dari 15ºC. Tirai plastik elastis (PVC Strip Curtain)  perlu di pasang bagi mengekalkan suhu diruangan tersebut

  • Mempunyai peralatan untuk pembelahan karkas kepada dua dan empat bahagian karkas.

                § Mempunyai peralatan untuk membelah karkas kepada dua bahagian 

                § Seterusnya kepada 4 bahagian untuk ruminan besar.

                § Mempunyai tempat pensterilan (> 82ºC) peralatan membelah karkas (splitting saw)

  • Pengunaan mesin Splitting Saw untuk memotong membelah tulang belakang bermula dari pelvic sehingga ke tulang leher menjadi 2 bahagian sebelum di pindah ke rel quartering.  Namun mesin ini amat berat untuk di angkat bagi kerja-kerja membelah karkas
  • Mesin Reciprocating Saw merupakan gergaji mesin tangan yang memiliki mata pisau lurus, prinsip kerja pada mesin ini adalah menggunakan eletrik yang kemudian di olah menjadi energi gerak yang menghasilkan gerakan menarik dan mendorong yang disebut reciprocating.
  • Mesin Reciprocating Saw sesuai dan boleh digunakan untuk membelah Karkas menjadi 2 bahagian. Ianya mudah dikendalikan kerana kecil , lebih ringan dan mudah alih untuk digunakan. 
  • Mesin Reciprocating Saw ini dapat membantu membuat pemotongan pada bahagian karkas dengan celahan yang sangat sempit, lebih flexible untuk memotong dalam pelbagai posisi. Namun penguna haruslah menyesuaikan spesifikasi dengan pelbagai sudut potong dikehendaki .
  • Mata gergaji yang digunakan adalah jenis belahan kayu S 1011 D (6-150mm) yang sesuai untuk pemotongan tulang

  • Ruang Pemeriksaan Post Mortem

Fasilitas dan peralatan pemeriksaan post mortem meliputi:

  1. Meja pemeriksaan hati, paru, limpa dan jantung.
  2. Alat penggantung kepala.

  •    Mempunyai pencahayaan yang  mencukupi (400lux)
  •    Mempunyai  pemeriksa melakukan  post mortem 
  •    Mempunyai peralatan untuk melakukan pemeriksaan post mortem.

  •      Mempunyai bekas yang berlabel yang mencukupi untuk daging/organ yang kondem.


Ruang Serahan / Edaran 

  • Ruang penyerahan  karkas / daging yang disediakan tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk akhir 

                § Kemudahan hendaklah tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk akhir

                § Mempunyai kemudahan untuk mencuci tangan yang secukupnya


PENGHALANG MAKLUK PEROSAK

Mengambil segala langkah-langkah yang sempurna untuk memastikan rumah sembelih sentiasa bebas daripada penyakit berjangkit dan pembiakan serangga, rodensia dan haiwan perosak ( pest and vermin control ) 




Mempunyai penghalang makluk perosak masuk seperti tikus, lipas, cicak, anjing, kucing dan sebagainya

• Penggunaan “insect killer” dimestikan

• Program kawalan makhluk perosak diwajibkan

• Pemantauan

PVC STRIP CURTAIN / Tirai Plastik Elastis

PVC Strip Curtain /Tabir   plastik lutsinar dipasang untuk menjadi Pemisah kawasan kotor dan bersih.

PVC Strip Curtain /Tabir   plastik lutsinar dipasang di setiap pntu masuk ke bahagian dewan sembelih untuk mengelakkan  lalat  memasuki  premis bangunan. 

Pada pintu chiller dilengkapi dengan tirai plastik elastis (PVC Strip Curtain) atau tirai udara: berfungsi untuk mempertahankan suhu ruang dan mencegah masuknya udara dari luar ke dalam ruang chiller.

Jenis-jenis PVC Strip Curtain /Tabir

Plane PVC Grade Normal

Plane PVC Grade Normal berwarna biru jelas merupakan jenis tirai plastik yang bentuknya datar, transparan dan terlihat jelas,. Tirai plastik yang satu ini biasanya digunakan untuk ketahanan pada temperatur pada suhu +50 °C  hingga -20 °C

PVC Amber Anti Serangga

PVC Amber berwarna kuning terang berfungsi  khusus sebagai anti serangga sehingga tidak akan ada serangga yang masuk ke ruangan tirai.

PVC Amber berwarna kuning terang akan mernyebabkan serangga mengidentifikasi warna tersebut sebagai hitam dan kabur. Selain itu, PVC Amber juga berfungsi untuk mengurangi silau.

PVC Freezer Grade (Polar PVC)

PVC Freezer Grade (Polar PVC) biasanya lebih tebal dan digunakan pada ruangan pendingin. Sedangkan fungsi utamanya adalah untuk mengurangi kelembapan dan menghindari pembentukan ais terutama pada ruang dalam coldroom / chiller.

PVC Strip Curtains Anti Statis

PVC strip Curtains atau vinyl curtain. Tirai ini dibuat khusus untuk tujuan mengurangi listrik statis, ( Kepingan tirai tidak melekat diantara satu sama lain) Biasanya digunakan pada Stor  gudang.

 

 PVC Ribbed Double

PVC Ribbed Double Curtain merupakan tirai ini memiliki bentuk yang unik mirip tulang rusuk berlapis dua untuk menjaganya tetap bersih dan tahan lama. PVC Ribbed Double Curtain bertujuan mencegah timbulnya kotoran cair seperti minyak atau lemak dan lain sebagainya. Kebiasaannya di gunakan pada tempat basah / pintu pada bonded lori

 

Strips Door Curtain

Strips Door Curtain merupakan plastik curtain dengan perlindungan paling ketat yang dapat digunakan pada ruang industri. Tirai ini dapat melindungi ruangan dari debu, suara bising dan bahaya lainnya di laboratorium dan industri.


SALIRAN

Seluruh rumah sembelih hendaklah mempunyai sistem perparitan yang baik seperti longkang gerlis (glazed invert drains) bahan meterial diperbuat dari bahan heavy duty dan sebagainya serta cerunan parit yang sempurna supaya air kotor dapat mengalir dengan memuaskan ( self-cleansing ).

• Kedudukan strategik untuk pengaliran air sisa dan bahan sisa keluar dari loji

• Tidak bertakung dan mudah dibersihkan dan ada perangkap sisa

• Bagi Longkang Besar di luar Rumah Sembelih Tidak perlu ditutup

• Bagi Longkang kecil didalam kawasan Rumah Sembelih hendaklah berpenutup 


Bagi Basement Drain Hole di dalam kawasan Rumah Sembelih hendaklah dibuat bersesuaian dengan fungsi juga  mempunyai perangkap pepejal berpenutup dan haruslah mudah untuk kerja-kerja penyelengaraan dan pembersihan dilakukan jika saluran tersumbat. 
Saluran Drain Hole perlulah dipastikan dengan jelas dimana outlet air buangan di salurkan keluar

TAPISAN / GREESE TRAP
Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir danlain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump

Bagi mengatasi masalah pencemaran air sungai, langkah yang paling praktikal dalam menangani masalah pencemaran air sungai dari sisa pepejal premis, minyak dan gris.

Pengunaan tapisan perangkap minyak (Greese Trap) bagi mengasingkan sisa pepejal dan minyak dari air kumbahan. Ini bertujuan bagi menapis air kumbahan dari premis tersebut sebelum air disalurkan ke dalam sistem pembentungan.

Bahan yang digunakan bagi membina perangkap minyak, adalah konkrit bagi jenis komunal dan stainless steel sebagai tapisan.

SISTEM PENGURUSAN BAHAN BUANGAN DAN KOLAM KUMBAHAN 

Mengadakan kolam rawatan kumbahan rumah sembelih yang sempurna dan lengkap untuk rawatan segala air kotor seperti air najis, kencing, darah, lemak-lemak, sisasisa bangkai binatang, kelodak-kelodak dan sebagainya dengan memuaskan. Air kumbahan yang telah dirawat hendaklah mematuhi piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

  • Saluran perparitan air sisa ke sistem kumbahan
  • Bahan buangan pepejal disalurkan melalui pemisah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua sistem kumbahan yang khusus;

            1)Sisa darah disalur ke takungan khas

            2)Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan 

Mengambil dan merekodkan contoh-contoh segala air kumbahan rumah sembelih dan membuat analisa makmal

KOLAM KUMBAHAN / SEPTIK TANK  JENIS KALBAT 

Mempunyai sistem saliran bahan buangan/longkang di kawasan  ”unloading” haiwan ternakan supaya air dapat disalirkan ke dalam takungan najis


Tangki ini perlu dikosongkan sekurang-kurangnya setiap dua tahun sekali bagi mengelakkan enapcemar yang terkumpul di dalamnya menjadi keras.

KOLAM KUMBAHAN JENIS PENGOLAHAN 

Salah satu kaedah rawatan sisa buangan cecair atau air buangan dari aktiviti ternakan yang murah dan mudah adalah menggunakan sistem kolam. Namun memerlukan ruang/kawasan yang luas. Kos terlibat adalah kos pembinaan awal dan penyelenggaraan setiap 2 - 3 tahun sekali. Sistem ini perlu diselenggara dengan baik supaya enapcemar yang terbentuk dan mendap di dasar kolam perlu dibersihkan apabila telah penuh.



Terdapat 3 jenis kolam bergantung kepada jenis-jenis proses penguraian biologi  iaitu: 
(a) Kolam Anaerobik 
(b) Kolam Fakultatif 
(c) Kolam Aerob



Kolam-kolam boleh dikorek agak dalam tetapi sekiranya lokasi kolam terdapat sumber air berdekatan maka dasar kolam hendaklah dilapik dengan bahan kalis air (liner) seperti polimer tebal (HDPE) atau konkrit supaya air kolam tidak meresap ke dalam tanah dan mencemarkan sumber air.


Kolam Anaerobik ( Kolam Pertama )

Kolam ini adalah peringkat pertama yang menerima air buangan yang masuk ke dalam kolam. Kolam anaerobik mengandungi bahan organik yang tinggi sehingga tiada proses penguraian aerobik berlaku. Penguraian bahan organik berlaku melalui pencernaan anaerobik di mana bakteria menurunkan asid meruap kepada karbon dioksida dan gas metana. Umumnya, kolam anaerobik digunakan untuk penguraian bahan organik dan bukan untuk membersihkan air. Kolam anaerobik boleh dikorek agak dalam tetapi sebaik-baiknya tidak menembusi aras air tanah (water table). 

- Anggaran Kedalaman kolam biasanya 3.0 meter dalam
- Anggaran Isipadu kolam  3.8 m3 / ekor  ( 3800 liters / ekor) 
- Anggaran Luas permukaan kolam  1.5 m2 / ekor (1.5 meter / ekor )
- Anggaran Hari Takungan  6-10 hari

Kolam Fakultataif ( Kolam Kedua )

Peringkat kedua dan ketiga adalah samada kolam fakultatif (tanpa atau berudara) berperanan untuk mengurangkan beban bahan organik selepas proses penguraian di dalam kolam anaerobik. Kolam ini mengandungi dua zon iaitu zon aerobik di bahagian atas dan zon anaerobik di bahagian bawah. Di lapisan aerobik, bakteria aerobik menggunakan oksigen untuk menstabilkan bahan organik. Manakala di lapisan anaerobik karbon dihapuskan melalui proses fermentasi dan menghasilkan gas metana. Ada juga Kolam fakultatif yang diudarakan dimana oksigen dibekalkan di bahagian atas dengan alat pengudaraan permukaan (Paddle Wheel Aerator)

- Anggaran Kedalaman kolam biasanya 4.0 meter dalam
- Anggaran Isipadu kolam  4.0 m3 / ekor  ( 3800 liters / ekor) 
- Anggaran Luas permukaan kolam  2.3 m2 / ekor (1.5 meter / ekor )
- Anggaran Hari Takungan  20 hari

Paddle Wheel Aerator kolam kumbahan

Paddle Wheel Aerator bertujuan meningkatkan  kandungan oksigen dalam air kumbahan. Pengudaraan bagi membantu proses penguraian kandungan air kumbahan dengan bantuan mikroorganisme dengan mempercepatkan pereputan bahan organik, mengurangkan toksik keracunan, mengurangkan bahan-bahan berbahaya di dalam air dan juga meningkatkan kualiti air.

Kolam Aerobik ( Kolam ketiga )

Peringkat terakhir kolam aerobik, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan organik. Kekeruhan air serta kedalaman lagun merupakan dua faktor penting dalam operasi kolam aerobik. Keberkesanan kolam aerobik boleh ditingkatkan dengan penambahan alat pengudaraan (aerator) di mana proses pengudaraan boleh mengurangkan masalah bau serta boleh menurunkan kadar pencemaran ke tahap yang lebih baik untuk piawaian kualiti air buangan.

- Anggaran Kedalaman kolam biasanya 1.5 meter dalam
- Anggaran Isipadu kolam  1.5 m3 / ekor  ( 3800 liters / ekor) 
- Anggaran Luas permukaan kolam  1.5 m2 / ekor (1.5 meter / ekor )
- Anggaran Hari Takungan  20 hari

Tempat pelupusan ( Incineration)

Mengadakan pusat atau tempat pengumpulan dan pembuangan semua jenis sampah sarap secara berasingan yang sempurna dan mencukupi.


Bangkai dan sisa-sisa binatang yang berpenyakit dan rosak hendaklah dihapuskan dengan sempurna secara pembakaran ( incineration ) atau loji rendering di dalam kawasan rumah sembelih 

Sekiranya Incineration tiada.. Maka bolehlah pelupusan dilakukan dengan kaedah menanam bangkai dan sisa binatang ke dalam lubang  yang telah digali. Bangkai dan sisa binatang tersebut perlulah di tabur kapor setebal 5 sentimeter. kemudian lubang di kambus dan ditutup dengan tanah dan di tabur kapur sekali lagi di atasnya.





Penyewaan Tong sampah Roro ( Roro Bin) dan di lupuskan di tapak pelupusan . Kemudahan yang perlu ada adalah Rumah sampah untuk meletakkan Tong Roro tersebut.




TEMPAT PENYIMPANAN SEJUK

  • Tempat penyimpanan sejuk chiller room, Chest Freezer atau Cold Room perlulah dipastikan berfungsi dengan baik dan keadaan suhu sejuk yang stabil.
  • Perlulah sentiasa dalam keadaan bersih supaya tiada kontiminasi silang terhadap produk akhir
  • Penyimpanan karkas mestilah bersesuaian dengan  had simpanan didalam tempat penyimpanan sejuk tersebut

Tempat penyimpanan Karkas mestilah terletak di bahagian bersih

Ruang pendinginan (Chiller Room) di pastikan  suhu <+4 oC, kelembaban 85 – 90%, kecepatan udara 1 – 4 m/s. 

Ruang pembeku atau blast freezer dengan suhu -20 oC sampai -30 oC dengan kecepatan udara 2 – 3 m/saat (pembekuan berlangsung selama 6 hingga 8 jam )

Cold storage dengan suhu -18°C  hingga 0°C untuk menyimpan daging setelah dibekukan terlebih dahulu di dalam blast freezer.

Keluasan ruang disesuaikan dengan jumlah karkas yang dihasilkan :

  1. Jarak antara karkas paling kurang 10 cm
  2. Jarak antara karkas dengan dinding paling kurang 30 cm
  3. Jarak antara karkas dengan lantai paling kurang 50 cm
  4. Jarak antara baris paling kurang 1 meter.


 LAIN-LAIN PERKARA PENTING

Fasaliti/Peralatan di Rumah Penyembelihan mestilah mesra pekerja dan sesuai dengan situasi. Selain keperluan di atas, beberapa perkara yang tidak kurang pentingnya perlu diambil perhatian iaitu;


• Alatan asas  perlulah disediakan secukupnya




Visera Trolly  sebagai pengangkut yang diperbuat dari Stanless Stell bagi mengangkut organ dan ofal 



Prosesing Table digunakan untuk tempat memproses karkas


Hook Karkas  digunakan untuk tempat mengantung karkas



Karkas Hanger merupakan tempat mengantung karkas sebelum pengedaran


 Heavy Duty Cutting Machine Bone Saw  merupakan mesin pemotong tulang bagi memudahkan kerja-kerja pembahagian



Pengunaan pisau yang besesuaian dengan kerja yang dilakukan


14 inci lebar  x 14 inci panjang  x 4 inci tebal


Chopper Board yang diperbuat dari Polythylene yang lebih menjamin kebersihan berbanding mengunakan bongkah kayu.


Alat Penimbang digunakan untuk menimbang karkas 


Bakul Frame Beroda di gunakan untuk meletakakan Karkas / Produk Akhir


Kipas Angin

Pengunaan kipas angin hanyalah jenis wall fan di lekatkan di dinding sahaja

Tandas / Bilik Persalinan, Surau Dan Tempat Rehat Pekerja

Mengadakan kemudahan untuk kegunaan pekerja rumah sembelih seperti bilik rehat, latihan, kantin, surau, bilik rawatan perubatan dan sebagainya yang diperlukan.

Mengadakan kemudahan tandas dan bilik air yang sempuran dan mencukupi.

Ruang istirahat pekerja perlulah disediakan tempat penyimpanan barang peribadi dan ruang ganti pakaian (locker) dimana Locker untuk pekerja ruang kotor harus terpisah dari locker pekerja bersih

Pergerakan Pekerja Bahagian Kotor / Bersih dan Produk

• Pergerakan produk dan kakitangan perlu dikenalpasti




Stor Penyimpanan 

• Lokasi stor penyimpanan  stor barangan pembungkus, stor peralatan dan perkakasan serta stor bahan kimia perlu berasingan.


GUMBOOT / FOOTBATH
  • Keperluan menyediakan gumboot yang mencukupi bagi para pekerja, gumboot perlulah dipastikan sentiasa dalam keadaan yang bersih sentiasa. Bolehlah di sediakan Gumboot Rack  untuk meletakkan  supaya gumboot sentiasa dalam keadaan kering selepas digunakan.




• Bagi menjaga bioscuriti kawasan ruangan operasi perlulah disediakan Footbath yang mengandungi disinfactan untuk mencelup gumboot. Jika Footbath kekal tiada, maka bolehlah mengunakan suatu bekas  yang boleh digunakan sebagai tempat mencelup gumboot. Footbath diletakkan di hadapan pintu masuk utama ke ruangan operasi.


Pada setiap pintu masuk bangunan utama, harus memiliki fasilitas untuk mencuci gumboot yang dilengkapi dengan berus dan sabun, dan fasilitas untuk pencelup desinfektan gumboot (foot dipping)

PAKAIAN KESELAMATAN

Pekerja-pekerja rumah sembelihan hendaklah memakai pakaian yang seragam dan bersopan serta menggunakan alat-alat atau perkakas sembelihan yang sempurna, bersih, selamat dan diberikan “locker” atau tempat yang sesuai untuk simpanannya



Perlengkapan pakaian Am untuk pekerja pemprosesan karkas dan/atau daging meliputi pakaian kerja khusus, apron plastik, penutup kepala (hairnet), penutup mulut (masker), sarung tangan (handglove), dan gumboot yang harus disediakan minima 2 (dua) set untuk setiap pekerja.


POWER SPRAY / WATER JET SPRAY

• Power Spray / Water Jet Spray perlu ada bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan lantai dari bercak darah dan kotoran dengan penyemburan air bertekanan tinggi






WATER HEATER

• Pengunaan Water Heater boleh digunakan bagi tujuan pencucian peralatan juga memudahkan pembersihan lemak-lemak yang melekat pada permukaan peralatan.


Wheel Dip

• Lori yang masuk ke dalam rumah sembelih perlu melalui "covered Wheel Dip' bagi tujuan basmi kuman.




Lori Pengangkutan

• Lori bagi tujuan pengedaran daging untuk pasaran haruslah bersih dan bertutup (lori bonded)


Dokumentasi

Lesen Rumah Penyembelihan, Silil Tauliah Penyembelihan perlulah di pamerkan. Dokumentasi seperti Rekod Sembelihan, Rekod SKV Permit Penyembelihan dan Pindah ternakan,  Buku Pelawat, Pemeriksaan AM & PM, Rekod suntikan Typoid juga perlulah disediakan dan dikemaskini bagi tujuan Pemeriksaan





PEYELENGARAAN RUMAH PENYEMBELIHAN

Seluruh rumah sembelih hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik, bersih dan kemas serta tidak menghalang mana-mana laluan, perjalanan, parit, pintu keluar-masuk, tangga Peralatan mesin dan sebagainya.

Sentiasa memastikan persekitaran permis bersih  dan ceria juga  selamat .  Pembersihan  persekitaran perlulah mengikut jadual yang di tetapkan.

Produk Agro Pelancongan


Meningkatkan imej rumah sembelih  kepada imej yang lebih selesa,  elegan, kemas, bersih dengan persekitaran yang ceria boleh menarik minat lebih banyak pengunjung dan pelanggan untuk datang terus ke rumah sembelih  Dengan ini pengusaha rumah sembelih boleh  memasarkan terus hasil keluaran mereka kepada pengguna.



Oleh itu, tahap kesedaran terhadap pengurusan keceriaan dan kebersihan di kawasan rumah sembelih  perlu dipertingkatkan berpotensi menjadi salah satu unsur tarikan kepada minat pengunjung dan pelanggan untuk datang terus ke rumah sembelih.

Lanskap premis yang menarik menjadikan satu tarikan dan sebagai promosi  rumah sembelih dan produk yang dihasilkan kepada pengunjung