GARIS PANDUAN PENYEMBELIHAN TERNAKAN KORBAN
Merujuk pada Buku GPK (A) : 1/2012 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Maksud
Ibadah Korban
Qurban ialah menyembelih binatang
ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari raya Aidil Adha dan pada 3 hari
tasyrik (11,12,13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah .
Sejarah Ibadah Korban
Ibadah Korban ini telah
disyariatkan pada tahun kedua hijrah seperti zakat dan solat dua hari raya
Ibadah qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi
Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan
perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah
SWT kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana
Nabi Ibrahim sangup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh
dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan
mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walupun ia melibatkan
nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi
Ismail dengan kambing (Qibasy).
Dalil
Fadhilat dan Kelebihan Korban
Terdapat
banyak kelebihan bagi orang yang melakukan ibadah korban.
Antaranya
ialah:
1– Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala
Di dalam al-Quran,
Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa hanya amalan korban yang ikhlas dan
dilakukan atas dasar takwa akan diterima oleh-Nya.
Maksudnya:“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak
sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal
yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan
binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang
sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (Surah
al-Hajj, ayat 37)
2– Mendapat kebaikan yang melimpah ruah
Mendapat kebajikan (hasanah)
bagi setiap bulu binatang Korban
Rasulullah
bersabda,
Maksudnya:“Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadith riwayat Ibn Majah)
Mendapat
kedudukan mulia di sisi Allah Ta’ala dan Menebus dosa kecil
Rasulullah
bersabda,
Maksudnya: “Tidak ada suatu amalan yang
paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha
selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari
kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah
haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di
tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Hadith riwayat Ibn Majah Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
3– Tanda mensyukuri nikmat dengan bersedekah dan meningkatkan ukhwah sesama
insan
Membentuk
peribadi ikhlas, sabra, qana’ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
Di
dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah menyatakan
Maksudnya:“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”. (surah al-Hajj ayat 36)
Hukum
Melaksanakan Ibadah Korban
Hukum
melaksanakan ibadah korban adalah
- Sunnat muakkad bagi yang mampu. (Ianya sangat
dituntut tetapi tidak wajib)
- Sunnat kifayah bagi sesebuah keluarga.
- Wajib dilakukan jika bernazar, wasiat dan ta'yin
3 JENIS KORBAN WAJIB DILAKSANAKAN
1. Wasiat- korban wajib ditunaikan jika diwasiatkan
arwah
2. Nazar – korban wajib ditunaikan jika seseorang itu bernazar atas sesuatu
hajat
3. Ta'yin- korban yang diniatkan keatas binatang tertentu Contoh: Ali telah
berniat untuk jadikan seekor atau semua ternakannya untuk korban. Maka bahagian
yang diniatkan tersebut wajib dilaksanakan
Syarat
Sah Sembelihan
Untuk
ibadah qurban anda menjadi sah, anda perlu mengambil kira binatang yang anda
ingin korbankan.
1) Jenis haiwan
Ternakan Tertentu (Al-An'am) untuk sembelihan Korban
2) Jenis Jantina haiwan Ternakan untuk sembelihan Korban
Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah
dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun khunsa.
Bagi haiwan yang dikembiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana
hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:
“Bahawa Rasulullah S.A.W telah berkorban dengan dua ekor kibas
yang telah dikembiri.”
Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i berkata:
“Rasulullah S.A.W berkorban dengan dua ekor kambing yang putih
kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan
enak. Kemudian beliau menyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban
yang terbaik.”
3) Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara Sah
·
Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
·
Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
· Biri-biri/kibas – mengikut mazhab syafie Setahun masuk kedua atau gigi hadapan
sudah bersalin walaupun belum cukup umur TETAPI melebihi 6 bulan.
Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk dijadikan
korban , imam-imam mazhab berbeza pendapat, Secara umumnya semua bersetuju manfaat penyembelihan korban tersebut lebih
bererti jika dapat dinikmati oleh lebih ramai orang. Maka haiwan mana yang
lebih banyak dagingnya boleh dianggap lebih afdal dari haiwan yang lain tanpa
kita tentukan jenisnya
Haiwan ternakan yang TIDAK BOLEH (atas faktor kesihatan /mempunyai kecacatan) seperti:
Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban atau
mempunyai Kecacatan telah ditentukan oleh Rasulullah S.A.W melalui
sabdanya yang bermaksud:
Maksudnya:“Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan
korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang
nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya”. [Riwayat
Tirmizi]
1) Haiwan Ternakan Yang TIDAK BOLEH Dijadikan Ibadah Qurban
·
Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
·
Ekor dan lidahnya terpotong
·
Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
·
Berkudis kerana dagingya mungkin rosak
· Buta mata
· Tempang
·
Bunting
Individu yang ingin melaksanakan ibadah qurban dan
aqiqah hendaklah memastikan haiwan tersebut cukup umur dan tidak bunting. Walau
bagaimanapun, jika status buntingnya diketahui setelah melakukan sembelihan
maka ibadah qurban dan aqiqah tersebut adalah sempurna.
2) Tetapi SAH sekiranya
kecacatan itu seperti;
·
Tidak bertanduk
·
Patah tanduk
·
Terbelah telinga
·
Berlubang telinga tetatpi tak hilang daging
·
Dilahirkan tidak berekor
·
Tertanggal sebahagian giginya
·
Tidak mempunyai zakar
· Binatang yang dikebiri
Kriteria Pemilihan Lembu
Korban
- Memilih dan melihat sendiri keadaan lembu
tersebut di kandang
- Lembu Berumur 2 tahun keatas Disunnahkan pilih haiwan yang sihat, gemuk dan banyak isinya
- Lihat dari belakang ponggong lembu tersebut mesti gempal (body score 4)
- Lihat pada bahagian atas peha belakang dan tulang belakang, lihat pada padat
daging pinangnya di situ.Lihat pula daging peha tak jatuh
dan ratio daging-tulang yang baik.
- Jangan pilih lembu yang mempunyai susuk tubuh yang nampak timbul rangka
rusuk dan nampak timbul rangka tulang pinggul.
- Lihat pada bahagian perut samaada buncit bunting atau banyak cacing
- Lihat pada pemakanan lembu tersebut samaada makan ruput atau dedak. Faktor pemakanan menentukan kandungan lemak dan daging.
Bodyscore
1 - kurus tulang
Bodyscore 2 - kurus tapi nampak rusuk lagi tapi
ada isi sikit berbanding score 1
Bodyscore 3 - berisi dan rusuk sudah tenggelam
tapi tulang punggung masih nampak
Bodyscore 4 - tulang punggung nampak sikitt je,yang
lain semua berisi.
Bodyscore 5 - tak nampak tulang langsung, tapi mungkin lemak banyak.
Cara Kira Anggaran Berat Daging Seekor Lembu
- Lembu / kerbau dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 50 - 60% dari berat hidup
- Kambing / bebiri dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 40 - 50% dari berat hidup
Anggaran Karkas seekor lembu adalah 60% dari berat hidup.
1) Anggarkan seekor lembu Kalau beratnya 300kg
Cuba kirakan (300kg dibahagikan 60%) berat karkas adalah bersamaan 180kg.
2) Daging 70% daripada berat karkas,
Cuba kirakan (180kg di bahagikan 70%) bersamaan 126kg daging lembu bersih.
Pilihan warna haiwan yang paling Afdhal
Pertama Putih
Kedua Kuning
Ketiga kelabu
Keempat Hitam
Waktu
Untuk Melaksanakan Qurban
Setelah
selesai sembahyang hari Raya dan bacaan khutbah iaitu matahari naik sekadar
segalah.
Masa
berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyri’ yang akhir atau sebelum
terbenam matahari pada hari itu.
Maksudnya Ibadah qurban bermula
selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan bermula apabila khatib turun dari
atas mimbar selepas khutbah solat Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga
terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Maka tempoh menyembelih haiwan korban
hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sesiapa
yang menyembelih korban sebelum atau sesudah waktu itu, tidak sah korbannya
Rasulullah S.A.W ada bersabda:
إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan
salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia
memotong rambutnya serta kukunya. (Riwayat Muslim )
Rasulullah SAW ada
bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِي شَىْءٍ
Maksudnya: “Perkara
pertama yang kami mulakan pada hari ini, ( hari raya ) ialah kami
bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban. Oleh itu, sesiapa
yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunah kami. Dan
sesiapa telah menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli
keluarganya, bukan untuk ibadat korban sedikit pun”.
Riwayat al-Bukhari (965) dan Muslim
(1961)
Lafaz Niat Korban
1.
Tiada lafaz khusus untuk niat korban, dan boleh sekadar diniatkan dalam hati. Disyaratkan
untuk berniat ketika menyembelih binatang qurban jika penyembelihan dilakukan
sendiri,
Sebagai contoh, “Sahaja aku melakukan
korban sunat, kerana Allah Ta’ala”, di dalam hati.
2. Tetapi haruslah berhati-hati sekiranya korban tersebut adalah
korban nazar. Niat nazar seseorang sekiranya niat itu sekadar di dalam
hati Selagi ianya tidak dilafazkan, nazar itu menjadi tidak
sah dan tidak wajib ditunaikan.
Contohnya,
“Aku
bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada hari raya Haji nanti”, sekiranya orang yang bernazar cuma di dalam
hati dan tidak dilafazkan, nazar tersebut bukanlah nazar yang sah dan tidak
wajib ditunaikan.
3.
Jika diwakilkan seseorang untuk niatkan sewaktu penyembelih menyembelih
binatang qurban iaitu
Melalui aqad al-wakalah (aqad mewakilkan
orang lain), sewaktu menyerahkan wang untuk membeli binatang korban Seperti yang dilakukan ramai
jika melakukan ibadah qurban di negara
luar.
Contoh lafaz aqad al-wakalah: “Saya Ahmad
bin Muhamad bersetuju mewakilkan tuan menguruskan korban saya pada tahun ini
(1439H) kerana Allah Ta‘ala”.
Cara Menyembelih
Ternakan Korban
Hendaklah sembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang
tajam. Ucapkanlah Bismillah wallahu akbar” (dengan nama Allah dan Allah Maha
Besar), membaringkan haiwan tersebut pada sisi kirinya kerana yang demikian
mudah bagi si pemyembelih memegang pisau dengan tangan kanannya, dan menahan
lehernya dengan tangan kiri. Inilah juga yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata
Maksudnya: “Nabi SAW menyembelih sendiri dua ekor
kibasnya yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan Bismillah dan bertakbir
dan meletakkan kakinya di samping lehernya.” (HR al-Imam al-Bukhari dan Muslim)
Hukum
Qurban Bagi Pihak Orang Lain
1.Tak
sah melaksanakan ibadah korban bagi pihak yang lain yang masih hidup tanpa
izinnya. Maksud melaksanakan di sini ialah orang yang membuat penyertaan bagi
pihak orang tersebut.
2.Situasi
sama seperti pihak yang telah meninggal dunia dengan tiada berwasiat atau
pesanan untuk melakukan qurban.
Jikalau
qurban itu diwasiatkan oleh si mati, wajib disedekahkan kesemua bahagian
binatang korban itu.
Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban
1. Membaca Bismillahirrahmanirrahim
2. Berselawat ke atas Nabi S.A.W
3. Menghadapkan binatang ke arah kiblat di atas rusuk kirinya
4. Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
5. Membaca doa : Maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku
mendekatkan diri kepadaMu dengannya.”
6. Sebaiknya ibadah ini dilakukan sendiri tetapi harus diwakilkan
kepada orang lain.
Hukum Daging Ibadah Qurban
1.Qurban
yang wajib iaitu dinazarkan, wajiblah disedekahkan kesemuanya dan orang yang
berqurban tidak boleh memakannya.
2.Lebih afdhal untuk disedekahkan kesemuanya sekali kecuali menjamahnya sedikit untuk mengambil berkat
3.Sebahagian ulama berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 milik peserta / empunya korban, 1/3 disedekahkan mentah kepada fakir miskin dan 1/3 disedekahkan mentah kepada sanak saudara dan orang awam
Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban?
Pecahan Setiap Bahagian
1) Peserta
·
Peserta korban ialah setiap orang yang mengambil bahagian iaitu
7 orang bagi setiap lembu.
·
Hak bagi setiap peserta ialah daging sahaja 1/3 bahagian
·
Semua bahagian selain daging iaitu hati, limpa, kepala, dan
lain-lain (dipersetujui antara 7 orang peserta)
·
Jadi selain 7 orang ini, sesiapa pun tak boleh ambil organ2 lain
ini kecuali diredhai oleh 7 orang peserta tersebut.
·
Organ-organ semuanya adalah milik 7 orang peserta korban.
2)
Fakir Miskin
· Bahagian
kedua ialah fakir miskin.
· Hak
bagi fakir miskin ialah bahagian daging sahaja 1/3 bahagian
· Sebagai
contoh jika seorang sahaja fakir miskin, semua 1/3 hak beliau.
3)
Saudara Mara dan Orang Awam
· Bahagian
ketiga ialah orang awam
· Termasuk
tukang lapah, tukang potong, tukang buat kerja dan sebagainya.
· Bahagian
mereka hanyalah daging sahaja 1/3 bahagian.
· Selain
dari itu mereka TAK BOLEH ambil. Itu bukan hak mereka.
· Organ
lain itu hanya dibenarkan ambil jika telah diredhai oleh 7 orang peserta korban
tadi.
AWAS!
PENCURI DAGING KORBAN
Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika
pembahagian tersebut bahagian-bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih
dahulu. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau
bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya
korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih,
pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa
terlebih dahulu meminta izin dari Walaupun mungkin tuan empunya
tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.
Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging
korban tanpa terlebih dahulu diberikan oleh empunya, merupakan perbuatan yang
haram.
Daging, hati, jantung, limpa, tulang dan lain-lainnya hendaklah dibahagi adil sesama peserta atas lembu korban tersebut kecuali kaki dan kepala lembu tersebut.
Perlu diingatkan juga iaitu bahagian keutamaan seperti Daging Batang Pinang, tulang rusuk dan ekor diberikan kepada yang mempunyai keutamaan dan hak masing-masing. (Perlu izin dahulu daripada tuan empunya )
Selepas sembelih, jangan pandai-pandai campur daging korban kemudian buat agihan..
Perbuatan mencampurkan daging korban dari
kumpulan peserta korban yang lain kemudian
buat agihan adalah tidak dibolehkan, kecuali apabila semua pihak telah
bersetuju untuk melakukannya.
Ini kerana, bahagian-bahagian tersebut adalah dengan nama secara berasing-asingan begitu juga, jumlah pembayaran tidak sama. Malah, supaya mengelak daripada menjadi satu masalah yang besar, sehingga membawa kepada pertelingkahan.
Masing-masing pelaku ibadah korban berniat untuk memperoleh ganjaran pahala atas ibadah korban yang dilakukan
Bolehkah sekiranya seekor lembu
korban itu disekalikan niat untuk korban dan aqiqah?
Maka
dibolehkan qurban itu disekalikan niat untuk korban dan aqiqah. Seekor lembu
ataupun unta, ianya boleh dikongsikan kepada tujuh bahagian.
Ini
berdasarkan sebuah hadith daripada Jabir bin Abdullah R.A yang mana
menyebutkan:
Maksudnya:“Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah S.A.W pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan tujuh bahagian dan lembu yang dikongsi dengan tujuh bahagian.” [Riwayat Muslim (1318), Abu Daud (2809) & Al Tirmizi (1502)]
Pendapat Al Syafi’eyyah membenarkannya.
Seperti
mana pendapat Ibn Hajar Al Haithami R.A yang mana menyebutkan bahawa:
“Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk tujuh bahagian bagi sebab-sebab
darinya untuk qorban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur
ketika ibadah haji makan sah hukumnya.” [Lihat Al Fatawa Al Fiqhiyyah Al Kubra.
Al Maktabah Al Islamiyyah, 4/256]
Larangan menjadikan Daging Korban Sebagai Upah Kerja
Tukang sembelih tidak boleh diberikan daging korban tersebut
atas dasar upah kepada pekerjaannya. Diriwayatkan dari sahabat Nabi SAW iaitu
Ali bin Abi Talib RA bahawa Rasullah SAW bersabda : Maksudnya: Rasulullah SAW
memerintahkan aku supaya tidak memberikan kepada tukang potong sedikitpun dari
korban (sebagai upah).” (HR al-Imam al-Bukhari)
Ini kerana sekiranya
diberikan daging korban sebagai upah pekerjaannya maka perbuatan seperti ini
seolah-olah menjual daging korban untuk membeli tenaga kerja yang telah
dilakukan oleh tukang sembelih tersebut, sedangkan daging korban tidak boleh
dijual beli. Maka tukang sembelih diberi upah selain daging korban seperti wang
ringgit dan sebagainya oleh orang yang berkorban.
Walau bagaimanapun
tukang sembelih boleh mendapatkan daging korban sama seperti orang lain, sama
ada dari bahagian pemberian hadiah atau sedekah yang diagih-agihkan kepada
orang ramai.
Hukum Memberikan
Non-Muslim Daging Korban
Ini
adalah pendapat-pendapat kepada isu ini yang telah disebut oleh Nawawi
Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (8/425) dan begitu
juga Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni (9/450):
·
Al-Imam
Abu Hanifah Rahimahullah: Keringanan
(rukshah) bagi golongan non-muslim yang fakir untuk menerima daging korban.
Pendapat sama daripada al-Hasan al-Basri Rahimahullah dan juga Abu Thaur
Rahimahullah.
·
Mazhab
Maliki: Makruh
non-muslim diberikan daging korban (Yahudi dan Nasrani)
·
Mazhab
Hanbali: Harus
non-muslim dihadiahkan daging korban yang sunat. Korban wajib pula tidak
diharuskan
·
Mazhab
Syafi’e: Pendapat
masyhur mengatakan tidak dibolehkan kerana korban adalah tanda ketaatan untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
GARIS PANDUAN PENYEMBELIHAN TERNAKAN KORBAN
Kenapa Perlu Ada Fasiliti Tempat Penyembelihan
Dapatlah kita lihat perbezaan antara pengurusan sembelihan ternakan korban yang lebih sistematik, lebih selamat dan terjamin kebersihannya jika ternakan tersebut di buat di pusat sembelihan.
Mengikat
Saluran Makanan
Saluran makanan (Esofagus) diikat untuk mengelakkan
daripada makanan yang berada di dalam perut ternakan terkeluar dan boleh
menyebab pencemaran silang.
Pencemaran atau kontaminasi bakteria yang tidak baik dari
dalam perut boleh terkena dan mencemari daging serta organ-organ lain.
Pemindahan
ternakan dan kawalan penyakit
Pembekal dan pihak pengurusan ternakan korban perlu mendapatkan Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan Kebenaran Pindah dari Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah dan Ibu pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berkenaan dan juga capaian atas talian e-permit
Permit Bagi Tujuan
Ibadah Korban
Ternakan bagi tujuan
ibadah Korban hendaklah mempunyai
- Akuan Pemindahan Ternakan
- Sijil Kesihatan Veterinar
- Permit Penyembelihan Luar
- Deklarasi Status Haiwan
Pihak Berkuasa Veterinar hendaklah memeriksa setiap ternakan korban sebelum Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan Kebenaran Pindah dikeluarkan bagi memastikan ternakan yang akan disembelih sihat dan bebas daripada penyakit.
Sekiranya, ternakan tersebut akan disembelih di masjid, surau, padang awam, balai raya dan rumah persendirian, selain daripada Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan Kebenaran Pindah, Permit Penyembelihan Luar juga perlu dipohon oleh pihak pengurusan ternakan korban atau mana-mana individu yang akan menjalankan aktiviti korban. Permit Penyembelihan Luar boleh diperolehi dari Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah, Ibu pejabat Perkhidmat
Kebersihan
Penyembelihan
ternakan korban yang dilakukan di Rumah Sembelih diluluskan atau berlesen
adalah lebih terjamin kebersihan dan keselamatannya kerana setiap daging yang
dikeluarkan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Veterinar.
Penyembelihan ternakan korban yang dilakukan di luar dan perkarangan masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan serta rumah persendirian perlu menitikberatkan aspek kebersihan dan kualiti bagi memastikan daging korban bersih dan selamat untuk dimakan
Tempat melapah
- Ternakan yang telah disembelih, hendaklah digantung di tempat yang bersesuaian dan bersih bagi tujuan melapah;
- Sekiranya, ternakan dilapah di atas lantai, permukaannya hendaklah dialas dengan pelapik yang sesuai dan bersih;
- Karkas yang telah dilapah, hendaklah digantung pada tiang yang tidak karat dengan ketinggian yang bersesuaian agar karkas tidak mencecah lantai;
- Daging hendaklah dimasukkan dalam bekas yang bersih
Tempat memotong
daging
Pemotongan
daging hendaklah menggunakan Papan Pemotong Daging (Chopping board) dari bahan
yang sesuai, bersih, selamat dan kukuh (dicadangkan diperbuat daripada plastik
sekurang-kurangnya 2 inci tebal);
Proses memotong daging hendaklah dilakukan di atas meja yang di alas dengan bahan yang sesuai dan bersih.
PENGURUSAN SISA
TERNAKAN KORBAN
Sisa penyembelihan
ternakan korban hendaklah diuruskan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran:
Sisa Pepejal
Sisa pepejal
hendaklah dibungkus dan dilupuskan dengan cara yang bersesuaian dan tidak
bertentangan dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.
Sisa Cecair
Sisa cecair
seperti darah penyembelihan hendaklah ditanam atau dilupuskan dengan cara yang
bersesuaian serta tidak bertentangan dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan
JANGAN MENGAMBIL GAMBAR DAN VIRALKAN SEMASA SEMBELIHAN KORBAN
Siapakah
yang akan membuat Pemeriksaan daging?
Kakitangan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Veterinar sebagai
Pemeriksa Daging di bawah Kaedah-kaedah
Pemeriksaan Daging 1985 [P. U. (A) 236 / 85] sebagai seorang pemeriksa untuk
menjalankan tugas-tugas yang diperuntukan dalam kaedah-kaedah tersebut.
Pemeriksa Daging
DVS akan memastikan proses penyembelihan yang dijalankan mematuhi Kaedah-kaedah
Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 dan Garis Panduan Penyembelihan Ternakan
Korban
Video Tip Penyembelihan Patuh Syariah
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah
SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita
di akhirat nanti.