Fungsi Rumah Sembelih adalah memberi perkhidmatan sembelihan ternakan kepada pengusaha-pengusaha daging selain menyediakan kemudahan pelapahan, pemotongan dan penyimpanan karkas. Pemeriksaan kesihatan ternakan serta penjagaan kebersihan premis dan kakitangan perlulah dititik beratkan bagi memastikan daging yang di keluarkan ke pasaran pengguna adalah dalam keadaan selamat.
KAWALAN PENYEMBELIHAN
Merujuk pada Kaedah-‐Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 Di buat di bawah Seksyen 86(2), Akta Binatang 1953
PENYEMBELIHAN DILAKUKAN:
- Rumah Penyembelihan JPV (RP yang diluluskan) atau
- RP yang telah dilesenkan di bawah Akta RP (Penswastaan) 1993
- Pusat Sembelihan Sementara di bawah perintah kawalan Penyakit Negeri Johor 2005
CARTA ALIR PENYEMBELIHAN DAN PEMPROSESAN KARKAS
(RUMINAN)
Antara proses yang dijalankan di Rumah Sembelih adalah:
Lori membawa ternakan ternakan akan melalui ‘covered wheel dip’ sebagai langkah kawalan bioskuriti
Lori akan melalui Pondok Pengawal untuk pemeriksaan kemasukan ternakan
Semakan dokumentasi : Pegawai pemeriksaan membuat semakan terhadap checklist dokumentasi ternakan yang diterima sama ada lengkap atau tidak .
Ketibaan ternakan di rumah
sembelih/ loji pemprosesan /tempat penyembelihan hendaklah diiringi dengan
Permit sembelih dan SKV.
Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) Ternakan untuk sembelih
- Ternakan yang hendak disembelih hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan dipastikan bebas dari sebarang penyakit dan bahan kimia yang memudaratkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar
- Keputusan ujian makmal yang mengesahkan status terkini sesuatu penyakit/ residu kimia terhadap haiwan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bebas penyakit
- Pihak Berkuasa Veterinar yang menjalankan pemeriksaan hendaklah mencatat di dalam SKV status kesihatan dan dinyatakan penyakitnya sekiranya akan disembelih atas sebab kesihatan.
- Semua ternakan yang disembelih hendaklah memiliki tanda pengenalan yang dicatatkan dalam SKV
Akuan Kebenaran Sembelihan Ternakan
- Permohonan Permit sembelih dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Veterinar samada di Bahagiaan Permit Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran
- Pemohon perlu mengemukakan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) yang dikeluarkan oleh Pihak berkuasa Veterinar
- Bagi negeri yang melaksanakan pendaftaran ternakan, ternakan yang hendak disembelih perlu dibatalkan pendaftarannya.
- Permit sembelih akan menyatakan lokasi keberanan sembelih
- Penyembelihan untuk Jualan pada musim perayaan Raya Puasa dan Raya Haji ( hanya terpakai 3 hari sebelum dan 3 hari selepas)
- Untuk penyembelihan adat / agama contoh aqiqah korban (Lembu kerbau kambing Bebiri)– Sembahyang (Khinzir)
- Diguna pakai atau sah hanya di pusat sembelihan sementara kebenaran JPV Negeri , kebenaran PBT (Permis) dan kebenaran bersyarat Majlis agama Islam Johor ( Masjid/ Surau Terpilih) contoh Sembelihan Korban
- Permohonan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan sijil pindah bagi tujuan diatas hendaklah Bersama dengan permit penyembelihan.(3 hari sebelum – bergantung kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berkaitan)
- Kebenaran Penyembelihan Negeri bergantung kepada ordinan Negeri diguna pakai atau tidak
Surat kebenaran Menyembelih Ternakan Betina
Pemohon harus memohon surat kebenaran menyembelih
dari Pihak Berkuasa Veterinar untuk ternakan
ruminan betina yang hendak disembelih atau dijual untuk disembelih. Tujuanya adalah
- Memastikan ternakan ruminan betina (lembu / kerbau, kambing / bebiri) yang masih muda dan produktif tidak disembelih dengan sewenang - wenangnya.
- Memastikan kemampanan dan seterusnya meningkatkan populasi ternakan ruminan tempatan.
- Mengurangkan kebergantungan terhadap import ternakan ruminan dari luar negara
Penyerahan Dokumentasi iaitu Permit Akuan Kebenaran Pindah, Sijil Kesihatan Veterinar dan Borang Deklarasi Kesihatan Haiwan
Pegawai pemeriksaan membuat pemeriksaan
terhadap jumlah bilangan ternakan. Pemerhatian dilakukan ke atas keadaan fizikal
ternakan yang diterima.
Pegawai pemeriksaan membuat pemeriksaan seal tag lori samaada nombor tersebut sama atau tidak seperti mana yang ada pada sijil Akuan Kebenaran Pindah
Ternakan tersebut akan direhatkan di dalam Holding yard selama satu (1) hari bagi mencegah daripada berlakunya stress terhadap ternakan sebelum di sembelih.Dipuasakan daripada makanan bagi mengosongkan kandungan rumen.
Pegawai pemeriksaan membuat
pemeriksaan Antemortem pada posisi ternakan berdiri sempurna.Pemerhatian
dilakukan bagi mengesahkan kondisi fizikal ternakan tersebut sihat dan layak
untuk disembelih. Merujukj
Ternakan di masukan ke ruangan sembelihan (Mark 1). Ternakan perlu dikekang dengan merebahkan ditempat sembelihan
Ternakan disembelih oleh penyembelih yang bertauliah dan mengikut tatacara syariat islam
Memastikan penyembelihan tersebut memutuskan
- Salur pernafasan (Trakhea),
- Salur makanan (Esofagus)
- Pembuluh darah (Arteri Carotis dan Jagular Vain)
Ternakan dikeluarkan dari ruangan sembelih. Ternakan di gantung kaki belakang ke atas dengan kepala melunjur ke bawah pada rail
Tempoh " Proses Bleeding " (Pendarahan) selama 7-10 minit . Pemeriksaan bagi mengesahkan kematian ternakan dilakukan.
Mengapakah darah harus dikeluarkan seberapa banyak yang boleh???
- Darah (kaya dengan berbagai nutrien dan H2O) – sangat sesuai sebagai media untuk pertumbuhan mikrob (e.g. bakteria, fungi dll.)
- Oleh itu, DARAH yang dikeluarkan dalam daging akan mengurangkan pertumbuhan dan aktiviti mikrob atau melambatkan proses kerosakan daging dan memanjangkan jangka hayat penyimpanan/ mengekalkan kualiti daging.
Proses memisahkan Kepala dari karkas dengan menggunakan pisau . Masukkan kepala ke dalam Trolly. Pindahkan karkas ke rel dengan menukar Hook karkas sebelah kaki belakang pada rel. kemudian memasang Spreader . Mencangkuk sebelah lagi kaki belakang ke rel. ( kedua-dua kaki belakang telah tergantung pada hook yang dinaikkan diatas rel)
Memotong 2 kaki hadapan dari karpus dan Memotong 2 kaki belakang dari tarsus dan ekor
Kerja-kerja melapah kulit dilakukan
- Membuat
hirisan panjang pada kulit sepanjang garisan tengah dada dan bahagian
perut (abdomen)
- Hirisan
dilanjutkan sepanjang permukaan dalam pada bahagian peha (partial Skinning) dan kaki belakang (medial)
- Kulit dipisahkan mulai arah punggg hingga ventral kaki belakang sehingga selesai
- Masukkan kulit didalam trolly
Pindahkan karkas ke Ruang Evisceration. Proses pengeluaran salur pencernaan
dengan melakukan irisan sepanjang ventral tengah kemudian mengeluarkan offel putih
- 4 perut
- Usus
kecil
- Usus besar
Menolak perut dan usus ke bilik cuci perut. Cuci bersih usus dan perut. dan pindahkan usus dan perut ke dalam troli
Proses Eviserasi dengan mengeluarkan offal merah (Organ dalam) iaitu: Jantung, Peparu, Hati, Limpa dan Ginjal
Pemeriksaan Daging (MI) membuat pemeriksaan postmortem pada paru-paru, jantung, ginjal,
hati serta limpa.
Pemeriksaan post mortem pada bahagian kepala, mulut, lidah, dan bibir. Pemeriksaan Daging (MI) membuat pemeriksaan postmortem pada bahagian kepala
Pemeriksaan Daging (MI) membuat pemeriksaan karkas dengan melihat lymph node (prescapular, preformaral). Pemeriksaan Daging (MI) juga melihat kondisi karkas jika terdapat lebam pada kulit sekiranya perlu di trim
Karkas di tolak ke bahagian splitting kemudian Membelah tulang belakang “halving” mulai bahagian pelvic terus ke tulang leher menggunakan splitting saw. Karkas dibelah menjadi dua bahagian tepat sepanjang garis tengah tulang belakang.
Potongan dilakukan pada tulang rusuk dengan pisau. Karkas terbahagi dua seterusnya dipindahkan ke rel quartering Pembelahan karkas dari dua di potong lagi menjadi 4 bahagian kemudian perapian karkas (trimming) dengan memotong bahagian karkas yang tidak perlu
Menimbangan karkas untuk mengetahui berat karkas bersih
Pemeriksaan Daging (MI) memasang Tag Penandaan karkas K1 (unggu) sebagai kepastian kualiti daging yang dikeluarkan selamat di makan
Karkas yang disimpan di dalam Bilik Chiller bersuhu 0-4° C mengikut kaedah-kaedah pemeriksaan 1985 kaedah 4 jadual Pertama bahgian II.No 30(1)
Karkas yang telah keluar terus diserahkan kepada pemilik. Pengedaran Karkas kepada pembekal daging segar untuk di hantar ke pasar-pasar awam. Semua penyerahan karkas direkodkan
Proses Merekod Rekod Sembelihan Harian Ternakan ( Secara Manual)
Pegawai Pemeriksa Daging memasukkan data penyembelihan harian, Laporan Pemeriksaan dan Pengesahan kemasukan ternakan dalam sistem
Proses Merekod sembelihan harian di dalam sistem e-Sihat
Proses Merekod Rekod sembelihan harian Sistem Penerimaan e Vetpermit
No comments:
Post a Comment