Wednesday, December 20, 2023

PROSEDUR PEMINDAHAN TERNAKAN


SISTEM E-PERMIT 2

Sistem E-Permit 2 dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2008 dan mula digunakan seluruh negara pada April 2009. Pembangunan sistem ini bertujuan untuk mengawal penyakit haiwan dan sebagai mekanisme daya jejak penyakit, haiwan dan produk haiwan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953 dan Enakmen-Enakmen Negeri.

Rujukan Risalah:

Pelan Strategik Daya Jejak Kebangsaan 2018-2022

Sistem ini terdiri daripada dua modul iaitu Pendaftaran Premis Haiwan dan Permohonan Akuan Kebenaran Pindah (Permit) antara negeri-negeri di Malaysia.

Bagi modul Permohonan Akuan Kebenaran Pindah (Permit), modul ini memudahkan prosedur permohonan permit pemindahan haiwan dan produk haiwan antara negeri di Malaysia. Ia merangkumi permohonan Akuan Kebenaran Pindah Masuk (AKPM) dan Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK).

Melalui sistem ini, daya jejak haiwan dapat dijalankan dengan menggunakan pengenalan haiwan yang didaftarkan semasa memohon permit.

Pengenalan yang digunakan termasuklah nombor visual tag atau nombor RFID tag pada lembu, kambing, kerbau dan bebiri. Ternakan khinzir pula menggunakan ear notch  

Penggunaan RFID tag (nombor mikrocip) sebagai pengenalan pada ternakan memudahkan lagi daya jejak dijalankan kerana nombor tag ini unik dan mampu menyimpan lebih banyak data.



PERMIT PERMINDAHAN TERNAKAN

1. Tarikh permohonan permit sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari dalam waktu bekerja daripada tarikh permohonan ternakan hendak dipindahkan.
2.    Tempoh masa sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja mengikut pada tarikh yang dinyatakan dalam Akuan Kebenaran Pindah
3.    Perlu menyatakan tarikh dan lokasi penerima ternakan serta maklumat pengeluar ternakan termasuk ID Premis dengan jelas.
4.    Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima daripada Negeri penerima ternakan.
5.    Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang deklarasi  ladang semasa      membuat permohonan


SYARAT PADA TERNAKAN YANG DIPINDAHKAN

Setiap ekor ternakan yang hendaklah dipindah dikehendaki:
1.    Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual dan telah disahkan oleh doktor veterinar.
2.    Mempunyai tanda pengenalan ternakan yang jelas serta dikepilkan/sertakan bersama borang permohonan Akuan Kebenaran Pindah Ternakan [PVDM/PAPT(1)].
3.    Mendapat pengesahan Pegawai Veterinar Daerah pengeluar/penerima ternakan ATAU wakil yang diberi kuasa sebelum dan selepas pemindahan dilakukan.
4.    Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

PERMINDAHAN TERNAKAN BAGI TUJUAN PENYEMBELIHAN;

1.    Hanya dibenarkan di Rumah Sembelih yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.
2.    Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
3.    Bagi tujuan penyembelihan diluar kawasan Rumah Sembelih selain yang digazetkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mendapat kebenaran yang disahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
4.    Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah   disembelih tidak melebihi 30 hari. Jika penyimpanan melebihi 30hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.
5.    Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan perlu di ‘Seal pada bahagian kenderaan yang kehendaki. 

S.O.P Pemindahan Ternakan Di Antara Negeri Di Semenanjung Malaysia


SYARAT PEMINDAHAN HAIWAN DAN PRODUK HAIWAN ANTARA NEGERI DAN DALAM NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA


















ARAHAN KERJA PENERIMAAN TERNAKAN HIDUP ( LEMBU / KERBAU) DARI AUSTRALIA





Thursday, December 14, 2023

Standard Operating Procedure (SOP) RS JABATAN

Standard Operating Procedure (SOP)

Standard Operating Procedure (SOP) merupakan dokumentasi / format terperinci berbentuk arahan bertulis yang spesifik atau garis panduan / prosedur untuk melaksanakan sesuatu tugasan bagi memastikan dapat dilaksanakan secara tersusun, selamat, menepati piawai mengikut ketetapan-ketetapan am pada sesebuah loji pemprosesan/ rumah sembelih. 

Prosedur Kerja Selamat Kompleks Abatoir Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia disediakan untuk rujukan pihak pengurusan Kompleks Abatoir Jabatan bagi langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil bagi setiap prosedur yang dijalankan di kompleks abatoir dan langkah-langkah bagi mengelakkan kemalangan berlaku sepanjang prosedur dijalankan.




Kepentingan SOP

  1. Memastikan tugasan atau kerja dengan betul
  2. Standard perlaksanaan proses dan mengelakkan ketidakseragaman
  3. Mengetahui dengan jelas peranan dan pembahagian tugas setiap posisi tugasan masing-masing
  4. Perlaksanaan dapat dijalankan dengan lebih  cekap, efektif, efisen dan ekonomi
  5. Menjamin kualiti yang konsisten
  6. Meningkatkat kecekapan pekerja
  7. Mengurangkan kesilapan pekerja
  8. Menghindari pertindihan proses
  9. Meningkatkan pengurusan masa
  10. Pengurusan risiko dan melindungi kecelakaan semasa menjalankan tugas


CARTA ALIR PROSES

Penerangan  format SOP hendaklah sesuatu yang mudah, jelas dan lebih baik sekiranya carta aliran proses disediakan untuk membantu penerangan. Carta Aliran proses memberi gambaran proses secara grafik supaya setiap aktiviti proses


MANUAL OPERASI PROSES

Prosedur ini adalah untuk kegunaan dan kemudahan para pekerja Rumah Sembelih yang terlibat menjalankan kerja penyediaan karkas dengan sempurna dan mengikut peraturan.

Prosedur ini melibatkan penerimaan ternakan, pemeriksaan ante-mortem, penyembelihan , pemeriksaan post-mortem sehingga karkas siap untuk di keluarkan.


Ketibaan Kenderaan pengangkutan Ternakan

  1. Kenderaan pengangkutan yang membawa ternakan ternakan  akan melalui ‘covered wheel dip’ sebagai langkah kawalan bioskuriti. (menghalang kemasukan / mengurangkan agen-agen penyakit)
  2. Pastikan disinfectant dalam  ‘covered wheel dip’ ditukar sekiranya kotor.
  3. Pekerja yang melakukan semburan nyah kuman darei bahagian atas kenderaan, ke bahagian sisi kenderaan dan ke bahagian bawah kenderaan.
  4. Pekerja yang menjalankan kerja-kerja nyah kuman perlulah memakai Pakaian Keselamatan Lengkap (PPE)
  5. Penggunaan bahan disinfectant mestilah direkod supaya senang dipantaui
  6. Kenderaan pengangkutan  akan melalui Pondok Pengawal untuk pemeriksaan kemasukan ternakan

Penerimaan Ternakan

Ternakan yang dibawa masuk di wajibkan mempunyai Sijil kesihatan atau Permit Memindah Ternakan daripada  pihak berkuasa iaitu Pengarah Perkhidmatan Veterinar @ Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah  berkenaan

  1. Pegawai pemeriksaan membuat pemeriksaan terhadap jumlah bilangan, baka dan jantina  ternakan
  2.  Pemerhatian dilakukan ke atas keadaan fizikal ternakan yang diterima
  3. Rekod penerimaan kemasukkan ternakan di dalam Borang Penerimaan
  4. Pastikan tempat penurunan ternakan (loading bay) dalam keadaan baik mengikut   SOP
  5. Pastikan bilangan ternakan yang telah dibawa turun dari lori
  6. Menerima ternakan dan membuat checklist dokumen  berkaitan
  7. Ketibaan ternakan hendaklah diiringi dengan Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan kebenaran Sembelih dari pihak berkuasa Veterinar
Contoh Borang Laporan Penerimaan Ternakan Harian Yang Perlu di Isi


SEMAKAN DOKUMENTASI

Ternakan yang dibawa masuk di wajibkan mempunyai Sijil kesihatan atau Permit Memindah Ternakan daripada  pihak berkuasa iaitu Pengarah Perkhidmatan Veterinar @ Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah  berkenaan

Jenis-jenis dokumentasi yang diperlukan

  1. Sijil kesihatan Veterinar (SKV)
  2. Akuan kebenaran pindah (Permit)
  3. Akuan kebenaran sembelih
  4. Surat kebenaran menyembelih lembu betina
  5. Rekod kemasukan ternakan dan simpan dokumen-dokumen tersebut

Pastikan dokumen-dokumen tersebut seharusnya mempunyai butiran berikut;

1.      Nama tuan punya ternakan

2.      Tempat di perolehi

3.      Nombor kenderaan pengangkutan

4.      Umur ternakan

5.      Jantina

6.      Status bebas dari penyakit berjangkit

Contoh Borang Laporan Kemasukkan Ternakan Harian Yang Perlu di Isi



HOLDING YARD / KANDANG SIMPANAN
  1. Ternakan tersebut akan direhatkan di dalam Holding yard selama satu (1) hari bagi mencegah daripada berlakunya stress terhadap ternakan sebelum di sembelih.
  2. Pastikan kandang simpanan  sesuai untuk jumlah ternakan yang hendak disimpan
  3. Ternakan yang akan disembelih tidak digalakkan diberi makanan dan hanya diberi minuman untuk mengelakkan kontaminasi semasa penyembelihan

PEMERIKSAAN ANTE MORTEM

  1. Perhatikan secara umum keatas kumpulan dan individu ternakan semasa rehat dan semasa bergerak ternakan di dalam kurungan
  2. Pengamatan (observe) keatas pernafasan, mata, hidung, kulit dan  perhatikan abnormal discharge
Contoh Borang Pemeriksaan Ante Mortem Ternakan Yang Perlu di Isi


Contoh Borang Pemusnahan Ternakan Semasa Ante Mortem Yang Perlu di Isi

MENGHALAU TERNAKAN KE TEMPAT SEMBELIHAN

  1. Ternakan dibersihkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum disembelih.
  2. Pastikan ternakan tidak stress



KELENGKAPAN PPE DAN FOOTBATH

  1. Operator pengendali bersiap dengan memakai pakaian yang besesuaian dan kelengkapan PPE .
  2. Perlengkapan pakaian Am untuk pekerja pemprosesan karkas dan/atau daging meliputi pakaian kerja khusus, apron plastik, penutup kepala (hairnet), penutup mulut (masker), sarung tangan (handglove), dan gumboot 
  3. Operator pengendali dimestikan untuk mencelup Gumboot kedalam Footbath yang mengandungi Disinfaktan sebelum memasuki ruang Dewan Operasi 
  4. Pastikan prosedur keselamatan dipatuhi

KEBERSIHAN DIRI & AMALAN SANITASI

Semua pekerja dikehendaki mengamalkan konsep kebersihan diri yang telah ditetapkan saperti tatacara mencuci tangan sabelum dan salepas operasi , keluar dari bilik air dan  sentiasa berpakaian kemas dan mempraktikan amalan kerja yang sihat.

Tatacara mencuci tangan dengan betul;

  1. Membasah kedua belah tapak tangan hingga ke pegelangan tangan dengan air sabun
  2. Mengosok kedua belah tapak tangan
  3. Menbersihkan kuku
  4. Mengosok belakang tapak tangan
  5. Membersihkan celah-celah jari
  6. Membilas dengan air secukupnya

Amalan kebersihan diri;

  1. Memakai uniform yang lengkap termasuk apron, topi dan gumboot berwarna cerah
  2. Menyimpan rambut pendek dan kemas
  3. Kuku hendaklah sentiasa pendek , kemas dan bersih
  4. Tidak makan dan minum semasa berada didalam dewan penyembelihan.
  5. Tidak merokok semasa bekerja
  6. Tidak memakai barang kemas termasuk jam tangan semasa bertugas
Contoh Borang Senarai Semak Kebersihan Pekerja (Personal Hygien) Yang Perlu di Isi
SUNTIKAN ANTI TYPHOID
Semua kakitangan yang terlibat dengan pengendalian Rumah sembelih perlu  mendapatkan suntikan vaksin anti-typhoid 
Contoh Rekod Suntikan Vaksin Typhoid Paekerja Yang Perlu di Isi

PENYEMBELIHAN HALAL

  1. Ternakan dihalau kedalam  hidrolik”bucket”
  2. Ternakan dihadapkan ke kiblat dan di sembelih mengikut hukum syarak.
  3. Setelah selesai penyembelihan ternakan dikeluarkan dari  hidrolik “bucket”

RESTTRAINING / PENDARAHAN

Menentukan ternakan benar-benar mati periksa reflek mata,  kaki dan ekor



 DECAPITITATION

  1. Pisahkan kepala dari karkas
  2. Memotong kaki hadapan
  3. Memotong kaki belakang dan ekor



SKINNING / PROSES MEMBUANG KULIT

  1. Pindahkan karkas ke rel dengan mencangkuk sebelah kaki belakang pada rel. Pasangkan spreader dan cangkuk kedua –dua kaki belakang ke rel.
  2. Lapah kulit di bahagian dada, perut dan peha (partial skinning)
  3. Teruskan dan selesaikan melapah kulit badan. Pindahkan karkas ke ruang evisceration



MEMBUKA ABDOMEN

Proses membuka rongga dada tepat melalui ventral tengah tulang atau sternum dengan menggunakan mesin reciprocating saw



PROSES EVISERASI PERTAMA

  • Proses pengeluaran salur pencernaan dengan melakukan irisan sepanjang ventral tengah
  • Proses mengeluarkan offel putih iaitu:

  1. 4 perut (Rumen, Retikulum, Omasum dan Abomasum)
  2. Usus kecil
  3. Usus besar

  • Hati-hati supaya tidak membocorkan perut dan usus
  • Menolak perut dan usus ke bilik cuci perut.
  • Cuci bersih usus dan perut.
  • Pindahkan usus dan perut ke dalam troli



Kedua PROSES EVISERASI KEDUA

  • Proses mengeluarkan offal merah (Organ dalam) iaitu:

  1. Jantung,
  2. Peparu
  3. Hati,
  4. Limpa
  5. Ginjal

  • Memisahkan organ dan hantar ke meja pemeriksaan (MI)



PEMERIKSAAN POST MORTEM

  1. Pegawai Pemeriksaan Daging (MI) membuat pemeriksaan postmortem pada paru-paru, jantung, ginjal, hati serta limpa
  2. Pegawai Pemeriksaan akan menilai dan membuat kondem sebahagian atau  dibuang keseluruhannya jika didapati terdapat tanda-tanda patologi atau fisiologi am pada bahagian yang tidak layak dimakan manusia
  3. Rekod penemuan dan kondem didalam borang perakuan pemeriksaan Post Mortem
Contoh Borang Rekod Penemuan Post Mortem Karkas Yang Perlu di Isi




Contoh Borang Laporan Pemusnahan Post Mortem Karkas Yang Perlu di Isi


SPLITTING / MEMBELAH KARKAS

  1. Karkas ditolak ke bahagian splitting
  2. Membelah tulang belakang mulai bahagian pelvic terus ke tulang leher mengggunakan splitting saw
  3. Karkas terbahagi dua dan dipindahkan ke rel quartering      



CUCIAN PERUT DAN USUS

  1. Menolak perut dan usus ke bilik cuci perut. 
  2. Cuci bersih usus dan perut. dan pindahkan usus dan perut ke dalam troli



QUARTERING / PENSUKUAN KARKAS

  1. Karkas ditolak ke rel Quartering
  2. Pembelahan karkas  dari dua di potong lagi menjadi 4 bahagian
  3. Perapian karkas (trimming)  dengan memotong  bahagian karkas yang tidak perlu
  4. Penimbangan karkas untuk mengetahui berat karkas bersih




STAMPING PENGESAHAN KARKAS

  1. Menggunakan tanda kelulusan pemeriksaan Veterinar pada setiap peha.Stamping dye berwarna digunakan yang mana diluluskan Akta Makanan 1985. Pengesahan karkas merujuk kepada kaedah-kaedah pemeriksaan 1985 kaedah 10. (1)
  2. Pegawai Pemeriksaan Daging (MI) membuat Stamping Dye penandaan  cop lagenda “V” pada karkas (Setiap bahagian peha) bagi menunjukan telah menjalani proses yang mematuhi peraturan dari Rumah Sembelih Jabatan
  3. Menekap alatan Lagenda Pemeriksaan yang berdakwat secara sekata di atas permukaan karkas ruminan pada bahagian tengah ‘fore shank’ dan bahagian ‘hind shank’ manakala untuk babi bermula pada bahagian kaki, bahagian ‘round’, ‘rump’, ‘loin’, seluruh kawasan rusuk dan ke leher.
  4. Cetakan  Lagenda Pemeriksaan hendaklah jelas, tidak bertindan dan tidak terseret (smear) di bahagian karkas tersebut.


PEMASANGAN TAG PENANDA KARKAS

  1. Pegawai Pemeriksaan Daging (MI) memasang Tag Penandaan karkas  sebagai kepastian kualiti daging yang dikeluarkan selamat di makan
  2. Sticker Tang Penanda Karkas yang terletak di bahagian belakang tag, hanya ditanggalkan setelah tag dimasukkan. Ini untuk mengelakkan tempat lekatan terkena daging atau lemak yang menyebabkan tag tidak boleh dilekatkan atau lekatan menjadi lemah dan tag akan mudah tertanggal.
  3. Catat nombor Id dan bilangan Tag Penanda karkas yang telah dikeluarkan dalam Borang Penggunaan Tag Karkas



PENYIMPANAN KARKAS

  1. Karkas yang disimpan di dalam Bilik Chiller bersuhu  0-4° C 
  2. Mengikut kaedah-kaedah pemeriksaan 1985 kaedah 4 jadual Pertama bahagian II.No 30(1)

Contoh Borang Senarai Semak Suhu Chiller / Freezer Yang Perlu di Isi

Contoh Borang Laporan Penyerahan Karkas / Organ Yang Perlu di Isi

PENGEDARAN KARKAS

  1. Karkas yang telah keluar terus diserahkan kepada pemilik. Pengedaran Karkas kepada pembekal daging segar untuk di hantar ke pasar-pasar awam. 
  2. Semua penyerahan karkas direkodkan 



REKOD DAN LAPORAN

Pegawai Pemeriksa Daging memasukkan data penyembelihan harian,  Laporan Pemeriksaan, pengunaan Tag Karkas dan Pengesahan kemasukan ternakan dalam system dan secara manual

  1. Rekod jumlah bilangan ternakan yang disembelih di dalam sistem e-Sihat
  2. Laporan Ante mortem dan past mortem
  3. Rekod kelulusan pengeluaran karkas di dalam sistem e-Karkas
Contoh Borang Rekod Penyembelihan Ternakan Yang Perlu di Isi


Program Pembersihan

Tujuan mengadakan program ini ialah untuk;

1.    Menjaminkan kebersihan peralatan dan permukaan lantai dan dinding

2.    Mengelakan pencemaran bau, habuk dan kehadiran makhluk perosak

3.    Mengurangkan pencemaran keatas karkas yang di proses

4.    Menjamin mutu pengeluaran karkas.

Senarai Semak Harian Pembersihan Peralatan / Mesin

  • Membersihkan mesin bagi  gergaji  belah dada dan gergaji belah dua
  • Membersihkan peralatan spt. pisau, kilir dan inspection hook
  • Membersihkan peralatan spt. beef hooks dan chain hooks
  • Membersihkan peralatan spt. troli, bucket dan cradle
  • Membersihkan celup kaki
  • Membersihkan meja
  • Membersihkan dinding
  • Membersihkan lantai
  • Membersihkan longkang
  • Membersihkan chiller
  • Membersihkan bilik mencuci perut

Jadual pembersihan peralatan perlu disertakan

Nyatakan kekerapan bagi setiap SSOP –contoh kekerapan dua kali sehari sebelum atau selepas operasi 







Prosedur Operasi Mesin Gergaji Belah Dada dan Gergaji Belah Dua

Prosedur

  1. Bersihkan dengan air panas (suhu 82°C ) untuk mengeluarkan kotoran

2.   Berus permukaan mesin dan buang bahan buangan pepajal

3.   Bilas dengan air sejuk

4.   Keringkan dengan menggunakan kertas tisu

5.   Sembur dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound

      (1 : 100)

6.   Gantung  dan biarkan semalaman

Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Peralatan Pemeriksaan

 Prosedur

  1. Bilas peralatan dengan air bersih
  2. Berus permukaan alat dengan detergen
  3. Masukan kedalam sterilizer dengan suhu air 82°C
  4. Rendam selama 10 minit
  5. Keringkan dengan menggunakan kertas tisu
  6. Simpan ditempat yang selamat

Prosedur Operasi Bagi Pembersihan  Beef Hook dan Chain hook

Prosedur

1.         Bersihkan permukaan dengan air panas (suhu 82°C )

2.         Berus dengan permukaan alat dengan detergen untuk menghilangkan   

           kekotoran

3.         Bilas dengan air sehingga bersih

4.         Sembur dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound

           (1 : 100)

7.         Gantung atas rak dan biarkan semalaman

Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Troli, Bucket dan Cradle

Prosedur

1.            Sembur semua permukaan troli, bucket dan cradle dengan air panas (82°C )

2.            Berus dengan menggunakan detergen untuk mengeluarkan kotoran

3.            Bilas dengan air sejuk sehingga kotoran hilang

4.            Sembur dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)

5.            Biarkan kering semalaman

SSOP Pembersihan Pencelup Kaki

Prosedur

  1. Buangkan air kotor dari pencelup kaki
  2. Berus permukaan pencelup kaki
  3. Bilas permukaan dengan air
  4. Isikan pencelup kaki dengan air bersih
  5. Larutkan dengan  chlorine pada tahap 200ppm .
Contoh Borang Laporan Pemeriksaan Footbath Yang Perlu di Isi

SSOP Bagi Pembersihan Meja Pemeriksaan

Prosedur

  1. Bilas permukaan meja dengan air panas (82°C )
  2. Berus permukaan meja dengan menggunakan detergen
  3. Bilas dengan air sejuk
  4. Sembur permukaan meja dengan campuran quartenary ammonium compound (1 : 100)
  5. Biarkan semalaman

SSOP Membersihkan Dinding

Scope

Prosedur ini merangkumi dinding yang di bersihkan

Prosedur

  1. Bilas permukaan dinding dengan air
  2. Berus permukaan dinding
  3. Gunakan clorin ke atas permukaan dinding (700ml clorin dalam 37 liter air)
  4. Berus permukaan dinding semula
  5. Bilas permukaan dinding dengan air bersih
  6. Biar semalaman 

SSOP Membersihkan Lantai

Prosedur

  1. Bilas permukaan lantai dengan air
  2. Berus pemukaan lantai dan buang pepejal buangan
  3. Gunakan clorin ke atas permukaan lantai ( 700 ml clorin dalam 37 liter air)
  4. Tunggu selama 10 minit
  5. Berus permukaan lantai semula
  6. Bilas permukaan lantai dengan air bersih
  7. Tunggu semalaman
  8. Bilas dengan air bersih sebelum beroperasi

SSOP Membersih Kandang .

Prosedur

  1. Kumpulkan sampah sarap dan buang kedalam bag plastik dan ikat dengan tali rafia.
  2. Letakan bungkusan sampah ditempat khas untuk diangkut oleh Majlis Tempatan
  3. Sembur air keseluruhan lantai kandang untuk membersihkanya
  4. Taburkan serbuk klorin (1 kg. untuk permukaan 3m x 3m) dan berus permukaan lantai untuk menanggalkan kekotoran sekali seminggu.
  5. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air.

Prosedur Membersihkan chiller

Prosedur

1.            Tutupkan suis dan biarkan  semalaman

2.            Sembur dengan air sejuk kesemua dinding dan lantai

3.            Bersihkan lantai dan dinding dengan menggunakan detergen

4.            Bilas dengan air sejuk

5.            Campurkan 30 ml sanitizer dengan 3 liter air

6.            Sembur dengan quartenary ammonium compound

Nota : Prosedur 1 – 7 dilakukan setiap 6 bulan

Contoh Borang Pemeriksaan Kebersihan Chiller / Freezer Yang Perlu di Isi

SSOP pembersihan bilik perut

Prosedur

1.    Sembur air panas (suhu 82°C ) kesemua permukaan lantai, dinding dan meja dalam bilik.

2.    Berus dengan menggunakan detergen sehingga kekotoran hilang

3.    Bilas dengan air sejuk

4.    Sembur dengan campuran sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)

5.    Biarkan untuk kering semalaman

Contoh Borang Housekeeping Yang Perlu di Isi


Contoh Borang Pemeriksaan Housekeeping Yang Perlu di Isi
Contoh Borang Pemeriksaan Housekeeping Sebelum & Selepas Operasi Sembelihan Yang Perlu di Isi



BAHAN PENCUCI & PEMBASMI KUMAN (DETERGEN, SANITIZER, DISINFEKTAN) 

    Cuma bahan pencuci dan pembasmi kuman yang di luluskan akan di gunakan

Bahan tersebut adalah tersenarai di bawah :-

No

Jenis Bahan

Fungsi

Kadar Campuran

1

GP CLEAN

(Natrium Hidroksida/ Sodium Hydroxide) <10%

Pembersihan umum

Pencucian lantai dan Mesin

 

Pencucian Cool Room

1:10

 

 

 

1:20

2

DIVERFOAM TRF

Pembersihan umum

1:30 – 1:50

(Pembersih berbuih)

1:100 – 1:200

(Pembersihan tekanan tinggi)

1:50 – 1:100

(Pembersihan merendam)

3

SF Sanitizer <15%

(Quartenary Ammonium Compound)

Sanitizer/Pembasmi kuman

 

Foot Bath

2.5 ml dengan 1 liter air

(200ppm)

 

7.5ml-10ml + 1Liter Air

(600ppm-800ppm)

4

Diverpine

Bahan pembasmi kuman bagi bahan buangan

1 oz Diverpine dalam 1 gallon air

5

Chlorine Powder

Bahan pembasmi kuman

1 kg untuk permukaan

3m x 3m


Program Pengendalian Pengurusan Stor Bahan Kimia

Semua bahan pencuci di simpan di dalam stor yang berasingan dari stor bahan kering. Stor bahan kimia hendaklah berkunci dan hendaklah dipegang oleh pegawai yang bertanggungjawab. Stor hendalah sentiasa bersih dan kemas dan disusun mengikut program (FIFO System). Semua bahan kimia hendaklah ditandakan dengan jelas serta dipamerkan bahan aktif ingredient. Bahan kimia yang digunakan mempunyai MSDS dan log masuk dan keluar bahan kimia

  1. Pastikan operator yang mempunyai pengetahuan mengenai bahan kimia yang digunakan
  2. Pastikan bahan kimia tidak dipindahkan kedalam bekas yang tidak berlabel, mudah hakis atau rosak
  3. Pastikan kepekatan campuran mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pengilang
  4. Pastikan bekas bahan kimia yang kosong dilupuskan dengan kaedah yang betul
  5. Pastikan pekerja membersihkan diri setelah selesai tugasan yang melibatkan pengendalian bahan kimia
Contoh Borang Stok Pengunaan Bahan Kimia  Yang Perlu di Isi


Kawalan makhluk perosak ini dilakukan dengan 4   cara

Pertahanan pertama

  • Meletakkan Pest Control di sekeliling kawasan yang berpagar dibahagian  dalam dengan jarak 40 diantara setiap perangkap. Menutup laluan longkang  ke kawasan luar dengan menggunakan jaring untuk  mengelak kemasukan anjing.

Pertahanan Kedua

  •  Meletakkan Pest Control di tempat bangunan  kawasan luar di bahagian kaki lima .

Pertahanan ketiga

  • Meletakkan perangkap tikus atau glue board di dalam dewan penyembelihan dan di ruang pengedaran   karkas.     

Semua perangkap tikus ini dipantau setiap hari bagi memastikan ia-nya berkesan

Semua pemantauan ini direkodkan didalam buku

Perkara

Spesifikasi

Kawalan mahluk perosak

 

1.    Anjing liar

2.    Tikus

(i)            Stor makanan & ubatan

3.    Lalat

 

 

4.    Nyamuk

 

·         Pagar chain-link


·         Perangkap tikus

·         Mengamalkan kebersihan

·         Semburan racun – kawasan jauh dari tempat makanan

·         Mempastikan tidak ada tempat air bertakung

·         Fogging di kawasan jauh dari tempat makanan



Contoh Borang Pemeriksaan Perangkap Tikus (Pest Control Program) Yang Perlu di Isi

Penyelenggaran Mesin

Tujuan program ini adalah untuk memastikan peralatan penyembelihan seperti hoist, brisket saw, splitting saw, chiller dalam keadaan sempurna dan sentiasa berfungsi dengan baik. Semua peralatan ini perlu diselenggarakan dengan baik mengikut jadual yang telah di tetapkan. Kerja-kerja penyelenggaran ini perlu direkodkan.

Contoh Borang Log Penyelenggaraan Servis Peralatan Yang Perlu di Isi

Contoh Borang Pemeriksaan  Servis Peralatan / Mesin Yang Perlu di Isi
Contoh Borang Rekod Kaliberasi Peralatan Yang Perlu di Isi

Contoh Borang Laporan Kerosakan Peralatan Yang Perlu di Isi

Program pengujian persekitaran 

Mengadakan program pemantauan keadaan tahap kebersihan peralatan, mesin, udara dan pekerja. Program dijalankan dengan mengambil calitan saperti berikut;

1.    Calitan permukaan yang bersentuhan dengan karkas saperti pisau, gergaji, hooks dll.

2.    Calitan keatas pemukaan yang tidak bersentuhan dengan karkas saperti dinding dewan sembelih dan chiller dll.

3.    Calitan tapak tangan pekerja sabelum mula operasi.

4.    Sampel udara dalam dewan sembelih

Tempat calitan dijalankan

Keputusan

Dinding Dewan Sembelih

Bersih (bil. koloni E.coli < 10)

Tapak Tangan Pekerja A

Kotor (bil. koloni  E. coli > 10

Dinding Chiller

Bersih (bil. koloni < 10)

Sampel udara dalam dewan sembelih

Bersih (bil. koloni <10)


PIAWAIAN MIKROORGANISMA (PERSEKITARAN) RUMAH SEMBELIH

CALITAN

(SWAB)

TPC

cm2

Coliform

cm2

E. Coli

cm2

Salmonella

cm2

STANDARD (ACCEPTABLE)

0 - 1000

0 - 1

0 - 1

ND

STANDARD (UNACCETABLE)

˃1000

˃1

˃1

DETECTED

KAWALAN PENCEMARAN SISA KUMBAHAN

Air Kumbahan (Waste water treatment)                 

Semua air kumbahan disalurkan melalui paip/longkang ke kolam rawatan (Kolam Oxidasi) berukuran  6 meter x 4.2 meter x 5.4 meter, Cemaran air dapat dikurangkan, air kumbahan diambil setiap 6 bulan sekali untuk di hantar ke makmal dibuat ujian, tahap BOD (biological oxygen demand) yang dibenarkan ialah 50 ppm. Sehingga kini pencapaian terbaik ialah <10ppm. Sampel air dihantar ke JAS. 

Pembuangan sisa-sisa pepejal

Sisa pepejal dari rumah sembelih seperti tulang dan lemak  akan di kumpulkan di dalam tong (Tong Roro).  Kemudahan yang perlu ada adalah Rumah sampah untuk meletakkan Tong Roro tersebut.

Pastikan sisa pepejal  perlu di bungkus dan dilupus dengan baik. Kerja-kerja ini  dilakukan setiap kali selepas penyembelihan.

Pihak Berkuasa Tempatan atau kontraktor pembersihan yang dilantik akan mengambil tong-tong sisa pepejal  ini untuk dilupuskan di tempat pelupusan

Contoh Borang Rekod Pelupusan Sisa Pepejal / Sampah Yang Perlu di Isi

Pengurusan Sisa Cecair (Saptik Tank)

Mempunyai sekurang-kurangnya dua sistem takungan Septik kumbahan yang khusus;

  1. Sisa darah disalur ke takungan khas
  2. Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan 

Bagi sisa cecair ini pula akan dilupus dan diuruskan dengan baik bersesuaian dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kontraktor pembersihan yang dilantik

Tangki ini perlu dikosongkan sekurang-kurangnya setiap dua tahun sekali bagi mengelakkan enapcemar yang terkumpul di dalamnya menjadi keras.